Translate

Total Pageviews

Sunday, May 30, 2010

Gerakan Anti Samy Vellu (GAS)

Hari ini secara rasminya aku dapat membuat liputan mengenai Gerakan Anti Samy Vellu (GAS).

Sebelum ini apa yang aku coretkan disini hanyalah dari pengamatan hasil bacaan dan rujukan dari media-media lain.

Berada sendiri di tempat berlangsungnya GAS, dapat dilihat pelbagai drama dan corak kepelbagaian dalam politik didedahkan.

Banyak isu yang tidak diketaahui generasi muda di muntahkan para pemimpin veteran anti Samy yang hadir.

Baik, memulakan cerita, aku sudah berada seawal jam 1 petang di The Mines International and Convention Centre. Berada sejam lebih dari awal adalah sebagai persediaan jika akan berlaku kesesakkan jalan raya. namun, segalanya nampak begitu lancar. Ketibaan kami disambut dewan yang kosong. Memikirkan hanya tinggal kurang satu jam untuk berlangsungnya perhimpunan yang disifatkan perhimpunan gergasi menentang kepimpinan Samy, aku menjangkakan disaat kami tiba disitu dewan sudah sekurang-kurangnya dipenuhkan separuh daripadanya.

Menjelang jam 2 petang, waktu sepatutnya majlis bermula, Pengacara Majlis mengumumkan majlis akan bermula sedikit lewat kerana rata-rata penyokong yang datng dari luar Kuala Lumpur tersalah maklumat dan ke PWTC kerana tidak tahu isu pertukaran vanue.

Aku dimaklumkan sejumlah 7 ribu tempat duduk disediakan. ada yang kata 5 ribu. tidak pasti jumlaah sebenar berapa. Tetapi melihat kapasiti dewan yang sangat besar, menampakkan sejumlah 10 ribu orang boleh dimuatkan pada satu-satu masa.

Menjelang jam 3 petang, dewan sudah dipenuhi hampir separuh darinya. Maka, majlis dimulakan dengan meminta penyokong bersabar lebih kurang 30 minit saja lagi kerana dilaporkan masih ada penyokong yang dalam perjalanan.

Menjelang sekitar 3.30 petang, majlis dimulakan. Pemimpin Vateran mengambil tempat. pelbagai 'pembohongan' yang dibuat Samy vellu sepanjang pentadbirannya di luahkan. Entah sejauh mana kebenarannya..

Kemudian,beberapa pemimpin pelapis mengambil tempat.

Lagi cerita buruk Samy Vellu dicanang. dari penyelewengan wang milik Maika Holding hinggalah ke AIMST.

Semuanya tampil dengan bukti dan saksi.

Ini kemudian diikuti oleh V.Mugilan, teraju utama GAS.

Beliau menceritakan bahawa samy Vellu dalam keadaan sangat keliru ketika ini kerana tidak tahu bagaimanaperlu meninggalkan jawatan yang disandangnya. Isu Vell Paari sedang dilatih untuk memanjat kerusi Presiden dipukul canang.

Katanya, itu agenda tersembunyi Samy Vellu.

Dan sindir beliau, Samy Vellu adalah seorang bekas pelakon yang kini masih berlakon sehingga hari ini.

Menjelang jam 5.30 petang,majlis bersurai.

Kesimpulan yang aku dapat buat disini..GAS berjaya dalam gagal. Berjaya kerana dapat mengumpul sejumlah sekitar 5-10 ribu orang. Namun gagal untuk menunaikan janji membawa lebih 15 ribu orang.

Alaasan diberi-SABOTAJ!

Sejumlah 5 juta ringgit dikatakan digunakan oleh Samy Vellu untuk menggagalkan usaha GAS.

Entah benaar, atau sekadar andaian.

Apa yng pasti, langkah seterusnya adalah, GAS akan mengambil tempoh bertenang selama 1 minggu. Tempoh ini akan dijadikan waktu untuk memberikan peluang kepaada samy Vellu membuat keputusan.

Jika masih tidak mahu turun dari takhta, maka langkah susulan yang akan diambil GAs adalah dengan mendapatkan sejumlah 500 ribu tandatangan meminta Samy Vellu meletak jawatan.

Apakah siriseterusnya dcalam drama ini. Akana dibawakan kelak!

:D

Saturday, May 29, 2010

KRISIS DALAMAN MIC--PARAH?

Semakin banyak, semakin ramai dan semakin bertambah reaksi yang pelbagai ekoran krisis dalam parti tunggal masyarakat India yang menganggotai Barisan Nasional ini.


Terbaru, kenyataan yang dikeluarkan Vell Paari yang mendakwa ada kepimpinan Umno yang mnenjadi antara tangan ghaib dalam percaturan Gerakan Anti-SamyVellu (GAS) dikecam hebat.


Justeru, Vell Paari terpaksa menarik balik semua kenyataannya sekaligus terpaksa meminta maaf kepada Perdana Menteri, Timbalannya serta pimpinan Umno diatas kelancangannya itu.


Ini belum lagi kes Ketua Pemudanya, T.Mohan campur tangan memporak perndakan lagi krisis yang sedang dilalui parti itu dengan turut melibatkan komponen parti lain.


Memalukan apabila seseorang pemimpinan kanaan parti bertindak kuraang bijak dalam percaturan politik.


Belum lagi cerita Setiausaha Agongnya, S.Murugesan pula bertindak membidas tindakan Presiden Parti, Datuk Seri S.Samy Vellu yang memecat 4 anggota dan pemimpin kanan parti itu yang bertindak memintanya meletakkan jawatan lebih awal.


Kelam kabut jadinya.


Tammbah Kelam kabut, belum pun GAS berlangsung, sudah ada gerakan baru yang menentang GAS diwujudkan iaitu, Gerakan Anti Mugilan (GAM) yang merupakan biasan kepada tindakan menentang pemimpinan, dan sasarannya kali ini adalah pengasas GAS.


Namun, matlamat dan hala tuju GAM sedikit berserabut tanpa koordinasi yang baik. Agak mengecewakan sebenarnya. Dapat dilihat pembentukkan pasukaan GAM sangat longgar.


Apapun yang terjadii, GAS tetap diaanjurkaan dan akan menngambil tempatdi The Mines, Seri Kembangan.


Ini susulan pembatalan kebenaran menganjurkan perhimpunannya di PWTC.


Apakah drama yang dijanjikan kali ini?Apakah MIC dan kepimpinannya akan bertambah paraah dekkerana usaha kearah GASini?

Akan kita saksikan bersama-sama.....

Tuesday, May 25, 2010

VELL PAARI PULAK TUDUH UMNO

Nampak gayanya, krisis dalam MIC sudah menjadi sesuatu yang diluar jangkaan apabila anak kepada pemimpin nombor satu partii itu, S.Vell Parri secara terbuka menuduh UMNO menjadi dalang disebalik Gerakan Anti Samy Vellu yang bakaldilancarkan mantan Timbalan Ketua Pemuda MIC, V.Mugilan.

Menarik!

Dalam keadaan Umno dan BN terkapai-kapai mencari keseimbangan selepas pelbagai krisisyang berlaku sejak pilihanraya umum lalu, 'kehadiran' isu terbaru ini dilihat satu bentuk halangan yang jelas ketara dalam usaha memulihkan keseluruhan parti komponen tersebut.

Bayangkan, isu yang dahulunya melingkari hanya satu parti kini sudah menular kepada parti lain, yang merupakan pasukan induk dalam komponen tersebut.

Aku berpendirian apa yang berlaku ketika ini adalah kesan kelewatan pemimpin nombor satu MIC tidak pergi meninggalkan jawatan itu pada masanya.

Tindakannya yang melihat MIC tidak punya pemimpin selayaknya mampu memimpin parti itu menjadikannya kekal terlalu lama di takhta.

Tambah membimbangkan, setiap seorang yang dilihat mencabar beliau akan dipecat, dibuang parti dengan alasan mudah--tidak bertindak mengikut kehendak parti.

Persoalannya? Kehendak parti atau kehendak Samy Vellu?

Dan siapa Vell Paari untuk menjadi jurucakap kepada parti? Dia cuma ahli CWC yang baru dilantik. Tidaklebih dari itu. Apakah kedudukannya sebagai anak kepada pemimpin kanan MIC menjadikan kebal dalam mengeluarkan kenyataan?

Atau, apakah pendirian yang diambil Samy@Vell adalah untuk memastikan kehancuran MIC dan BN sebelum jawatan dilepas pergi..agar apa juga natijahnya kemudiaan hari, akan disambut dengan kata-kata, "selama aku di jawatan tertinggi, perkara itu dan ini tidak terjadi"..

Mungkin kan?

Aku bukanlah arif tetang dunia politik, tapi ini adalah common sense. Sesuatu yang lazimnya kita rasa dan cuba untuk fahami dari situasi semasa.

Apa yang aku dapat lihat adalah Samy Vellu sedang berkira-kiradengan satu tindakan yang luarbiasa.

Tetapi apakah tindakan itu akan menguntungkan MIC dan BN?

Itu persoalannya..

Wednesday, May 19, 2010

MIC, SAMY VELLU dan BERUNDUR...

Samy Vellu berundur September tahun depan

(Sumber dari Bernama)

Datuk Seri S Samy Vellu hari ini mengumumkan beliau akan melepaskan jawatan presiden MIC yang dipegangnya sejak 1979 dalam tempoh lapan bulan sebelum penggalnya sekarang tamat pada Mei 2012.

Ini bermakna beliau akan melepaskan jawatan tersebut pada bulan September tahun depan.

Semasa membuat pengumuman itu dalam sidang akhbar sebelum berlangsungnya konvensyen MIC Wilayah Persekutuan di ibunegara, presiden MIC itu tidak menyatakan kepada siapa beliau akan menyerahkan jawatan tertinggi parti itu.

"Saya akan berundur dalam masa lapan atau sembilan bulan selepas penggal saya tamat pada Mei 2012. Saya akan serahkan jawatan presiden pada waktu itu.

'Inilah yang telah saya maklumkan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) semasa saya berjumpa beliau sebelum pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

"Saya akan serahkan kepimpinan parti kepada pemimpin generasi akan datang. Sebelum itu, saya akan melakukan rombakan parti secara menyeluruh bermula dengan pemimpin cawangan dan negeri.

'Orang selalu bertanya bila saya akan melepaskan jawatan saya dan inilah tempoh masa yang saya telah tetapkan.

"Saya mahu semua anggota parti tahu bahawa transformasi MIC akan diteruskan. Peralihan kuasa dalam MIC akan berjalan dengan lancar," katanya.

Samy, 74, dipilih semula untuk menerajui parti buat kali kesembilan pada tahun lepas.

- Bernama

LEPAS TU MUNCUL CERITA INI

Samy Vellu didesak undur sekarang, bukan 2011

(sumber dari Malaysiakini.com)
S Pathmawathy & K Pragalath

Mei 19, 10

2:41pm

Rasa tidak puas hati ahli-ahli parti MIC terhadap presiden mereka, Datuk Seri S Samy Vellu terus memuncak, meskipun beliau berjanji untuk melepaskan jawatannya itu pada September 2011.

Pada sidang media hari ini, timbalan ketua pemuda MIC, V Mugilan (kiri, berbaju putih) mendesak Samy Vellu supaya berundur segera.

Menurut Mugilan, jika Samy Vellu, yang telah menerajui MIC hampir 30 tahun gagal berundur, MIC akan terkubur pada pilihan raya umum akan datang.

"Sekiranya Samy Vellu tunggu sehingga September 2011, timbalan presiden (G Palanivel) tidak mempunyai masa yang mencukupi bagi melakukan pembaharuan sebelum pilihan raya umum pada 2012,” kata Mugilan.

"Samy Vellu selalu mempersalahkan (mantan perdana menteri) Mahathir Mohamed atas segala kegagalannya, tetapi dia sebenarnya yang gagal melakukan perubahaan untuk masyarakat India.”

MAKA MUNCULLAH CERITA INI PULA...

Samy: "Saya tak akan undur macam orang bodoh"

(sumber dari Bernama)

Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu menegaskan beliau akan "memusnahkan" mereka yang memusnahkan parti sebelum beliau meletakkan jawatan sebagai presiden parti tahun depan.

"Saya tidak mahu berundur dari MIC macam orang bodoh dan saya akan membuat keputusan baik sebelum saya berundur," katanya semasa merasmikan Konvensyen MIC Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur.

Samy Vellu yang telah menerajui MIC selama 31 tahun sejak 1979 melahirkan harapan tinggi bahawa presiden parti akan datang akan memimpin parti dengan baik dan aman.

Dalam perkembangan lain, beliau menyangkal persepsi bahawa MIC tidak lagi relevan bagi kaum India kerana parti telah membuktikannya dengan memenangi dua pilihan raya kecil.

"Jika MIC tidak relevan, bagaimana kami boleh menang di Bagan Pinang dan Hulu Selangor (pilihan raya kecil)?

"Jika kami meneruskan usaha transformasi kami, MIC akan terus diterima dan dihormati," katanya kepada kira-kira 300 perwakilan pada konvensyen itu.

Pada sidang akhbar sebelum konvensyen itu, Samy Vellu mengumumkan beliau akan melepaskan jawatan tertinggi parti itu dalam tempoh "lapan atau sembilan bulan" sebelum penggalnya sekarang tamat pada Mei 2012.


MAKA, ORANG NOMBOR DUA PARTI PULA MULA BERSUARA....

Palanivel: Samy beritahu saya nak letak jawatan

(Sumber dari Bernama)

Timbalan Presiden MIC Datuk G Palanivel hari ini berkata Datuk Seri S Samy Vellu telah memaklumkan kepadanya bulan lepas tentang hasratnya untuk meletakkan jawatan sebagai presiden parti sebelum tamat penggal memegang jawatan pada 2012.

"Presiden MIC telah beritahu saya pada April lepas tentang hasratnya untuk melepaskan jawatan presiden parti beberapa bulan sebelum penggalnya berakhir," katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama.

Palanivel berkata Samy Vellu telah menjelaskan kepadanya tentang sebab beliau berbuat demikian dan kenapa beliau tidak mahu meletakkan jawatan dengan segera, berikutan desakan yang meminta beliau berbuat demikian selepas kekalahan teruk pada pilihan raya umum ke-12.

Bagaimanapun, Palanivel, yang kalah pada pilihan raya umum 2008 tetapi dilantik sebagai Senator awal bulan ini, tidak mendedahkan alasan yang diberi oleh Samy Vellu.

"Saya faham penjelasannya. Saya fikir beliau telah membuat penjelasan yang baik," katanya mengulas mengenai pengumuman Samy Vellu pada Selasa.

Semalam, Samy Vellu yang menerajui MIC selama 31 tahun, mengumumkan bahawa beliau akan melepaskan jawatannya dalam tempoh 'lapan atau sembilan' bulan sebelum penggalnya sekarang tamat pada Mei 2012.

Beliau bagaimanapun tidak menamakan penggantinya.

"Saya akan berundur dalam masa lapan atau sembilan bulan selepas penggal saya tamat pada Mei 2012. Saya akan serahkan jawatan presiden kepada pemimpin generasi ketika itu. Inilah yang telah saya maklumkan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) semasa saya berjumpa beliau sebelum pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor," kata Samy Vellu semalam.

Samy Vellu, 74, yang dipilih semula untuk menerajui parti buat kali kesembilan pada tahun lepas, juga berkata apabila tiba masanya untuk beliau bersara, beliau telah pun melatih timbalan presiden untuk memimpin parti, tanpa menamakan timbalannya Palanivel.

ULASAN AKU..

Memandangkan umum sudah mengetahui Samy vellu seakan-akan beban kepada masyarakat India, beliau sepatutnya sudah lama meninggalkan parti dan memberikan ruang kepada pelapis baru. cuma persoalannya, siapa pemimpin yang bakal mengambil alih tempat beliau?

Hakikatnya, kehebatan Samy vellu sebagai pemimpin yang ada 'kelas' tersendiri dari segi pengetah

Sunday, May 16, 2010

PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN P.212 SIBU

Akhirnya keputusan bagi Pilihanraya kecil ke-11 ini berjaya diperoleh.

Satu 'keajaiban'.

Itu yang disifatkan pemimpin-pemimpin DAP yang berpendapat kemenangan itu adalah sesuatu sangat bermakna.

Petanda yang baik buat Pakatan Rakyat yang baru kehilangan Kerusi Parlimen Wangsa Maju, apabila wakilnya dari PKR, Wee Choo Keong mengumumkan meninggalkan parti itu.

Tapi kita perlu selidik.

Apa yang menyebabkan DAP boleh menang dan apa yang membuatkan BN boleh kalah.

Pelik bukan?

Setelah berbagai-bagai janji ditabur, pembangunan dijanjikan, kemewahan dilapangkan, BN tetap kalah.

Ada yang kata, biar kalah terus dari menang tipis.

Betul, tapi kenapa boleh kalah?

Itu persoalannya.

Hakikatnya, dikala PR sedang bergolak, BN sepatutnya boleh memenangi kerusi itu.

Apatah lagi kerusi itu bukan milik pembangkang. Ianya milik BN., dan sudah menjadi kubu kuat baginya, paling kurang lima penggal!

Baik. Mari kita lihat apa masalahnya.

PERTAMA

Pemilihan calon tidak tepat.

Saya amat yakin dengan pendapat yang satu ini. Ramai kalangan rakan wartawan yang membuat liputan sepanjang tempoh kempen berpendapat, Robert Lau Jr bukanlah seorang yang mesra. Menjadi seorang calon yang kurang dikenali oleh kalangan penduduk Sibu, jika dibandingkan Wong Ho Leng, Calon BN ini perlu tahu cara untuk merendah diri dan memahami hasrat hati setiap seorang.

Ini termasuk kepada media. Tindakan dan sikapnya kurang mesra dengan media menjadi buah mulut. Jadi, keputusannya, media tidak tergamak untuk keluar membuat liputan mengenainya.

Sebaliknya tumpuan kempen bagi media lebih terarah kepada pemimpin kanan kerajaan yang lain.

Dalam satu insiden pada hari pengundi, Robert Lau yang disapa wartawan Malaysiakini, dilaporkan di'luah'kan dengan perasaan kurang berpuas hati mengenai laporan yang dikeluarkan mengenainya.

Ini menunjukkan Robert tidak layak menjadi pemimpin.

Pemimpin yang baik perlu tahu masalah, dan tahu menghadapinya dengan bijak. Dengan status sebagai media baru, Malaysiakini punya agendanya tersendiri dalam menyokong siapa atau kenapa. Hakikatnya, pemimpin yang bijak akan mencuri peluang membetulkan laporan di mana hubungan baik wartawan, media dengan calon akan mengurangkan cerita buruk mengenainya.

Potretkan apa baik baik pada anda. Menjadi calon bukan untuk mengangkat kepala, berhidung tinggi..sebaliknya perlu jalan tunduk kebumi, tapi mata tajam ke mata, sekaligus menusuk hati pihak lain untuk menyukai dirinya.

Ianya mungkin mudah dikata, tapi sukar dikota. Tapi inilah hakikatnya. Rakyat kini sudah celik, macam macam celik sudah ada. Mahu tambat hati, kena tahu caranya.

Pemimpin yang bermegah-megah dengan cara hidup mewahnya tidak ada tempat di hati pengundi.

Tawaduk, maka rakyat akan hormat kepada anda.

KEDUA

Taib's Dynasty!

Ini satu lagi isu.

Krisis sebenarnya.

Kenapa? bagi aku, aku selalu percaya yang kepimpinan terlalu lama akan membawa kepada kehancuran.

Rakyat yang dahulunya menyanjung tinggi akan mula dapat melihat kegagalan dalam pentadbiran.

Satu demi satu, akan bertambah banyak seiring usia pemerintahan.

Harus difahami, selagi kita tidak benci..yang buruk nampak cantik, yang busuk akan nampak wangi.

Tapi sekali benci menguasai diri, maka tidak kiralah sebesar manapun sumbangan, termasuk yang terkini pengumuman pengurangan premium tanah, ianya tidak difikirkan membawa pembaharuan.

Sudah ada bibit-bibit mahu Taib berhenti dari terus mengaut kekayaan negeri. Itu sentimennya. Harus diakui bahawa rakyat sudah muak dengan kehadiran muka yang sama.

Cakap-cakap kaum muda berbangsa cina adalah, mereka tidak kisah jika perlu mengundi BN, tetapi kehadiran nama besar ini menghalang usaha tersebut.

Jadi, moralnya..kalaupun mahu mengaut keuntungan, bagi pada kroni, perlu berpada-pada. Keadaan yang mana pun, perlu bersederhana. Mahu menipu pun, sikit bolehlah..tapi kalau nak menipu siang malam, lama-lama terkantoi juga.

Begitu juga bila mentadbir. Sudah cukup apa yang diterima, apa yang diberi..tinggalkannya, dan beri peluang kepada orang lain yang layak untuk meneruskan kebaikkan kepada rakyat.

Justeru, kegagalan berbuat demikian dengan beranggapan diri masih mahu berkuasa boleh menyebabkan kebinasaan, dan dalam konteks orang Sarawak..pemerintahan yang lama oleh Taib menyebabkan masyarakat Sibu bertindak menyokong seruan DAP berbunyi, "Vote SUPP=Vote TAIB".

KETIGA

BN dan Jenteranya!

Ini isu yang aku tak faham apa yang tak kena dengan BN di Sibu ni.

Apakah partinya? Apakah orangnya? Apakah pemimpinnya?
Semuanya serba tak kena..

Yang nyata, pemimpin di Sarawak dilihat kurang cenderung dalam berkempen untuk calon BN yang seorang ini.

Terlebih yakin mungkin atau tak suka?

Kalau tak suka calonnya, kenapa nak kena calonkan?

Yelah, kempennya tidak berapa nak berkesan. Tidak mesra sama seperti calonnya, Robert.

Tiada kenderaan untuk mengambil pengundi..kempen yang lemah dan segala macam masalah. Entah apa masalah sebenar parti komponen BN yang satu ini.

Apa yang jelas, hanya wakil kerajaan pusat memenuhkan kempen-kempen di sekitar parlimen Sibu.

Perdana Menteri Sendiri perlu berkali-kali turun untuk menyakinkan rakyat mengundi BN.

Kenapa? kerana SUPP sendiri dilihat lemah dalam menyampaikan masej itu.

Ini halkikatnya yang perlu diterima. BN sudah kalah!

Tambahan pula BN gagal berkempen secara bijak.

Guna pentas, bawak Jamal nyanyi lagu..ada apa dengan kempen ini.

Walhal dipentas lain, DAP dengan tanpa sedikit pun rasa simpati, membuka pekung pemimpin-pemimpin BN. segala kesalahan mereka dibogelkan.

Inilah hakikatnya. Sekarang  bukan lagi masa untuk kempen kekampungan. jangan ingat penduduk Sibu dan lain-lain ketinggalan!

Gunalah perang saraf, guna media baru..perkasakan pendekatan kepada pengundi muda.

Kalau boleh mansuh PTPTN pun tak pe lah..ini tak.

PR bukannya sempurna, tapi meerka bijak.

Mereka bijak kerana tahu bagaimana untuk memastikan momentum sokongan kepadanya.

Mereka seboleh-bolehnya tidak mahu bercerita tentang apa yang baik pada mereka tapi lebih suka bercerita tentang keburukkan lawan.

Memanglah cara kempen ini ada yang kata kotor, tapi bagi aku tidak.

Dalam politik, kalau nak menang, kita kena pastikan lawan kita lemah.

Tapi Bn tak pandai buat lawan dia lemah. Bercerita benda remeh temeh..alahai..macam mana nak terus pimpin negara??

Dalam konteks lain, kalau nak bercerita tentang DAP, tindakan mereka membuka segala apa yang tertutup dalam kelambu pempin BN wajar dipuji.

Mereka tidak tergolong dalam kalangan mereka yang berfikiran kuno dalam berkempen.

Tapi, DAP masih meneruskan cara 'ganas' pembangkangnya.

Itu yang aku kurang suka..kalau nak bercakap tu macam nak bergaduh!

Hakikatnya aku tidak suka cara kempen dan diskusi yang semacam itu.

Tapi kalau dah itu caranya kenalah kita redha.

Apa yang DAP perlu lakukan sekarang adalah bukan bermegah dengan kejayaannya itu.

Janganlah berangan nak Putrajaya terus..berangan dulu macam mana nak tolong rakyat. Dah menang, buat cara dah menang. jangan nak terus bertindak membuta tuli. Buat kerja. Tolong Rakyat!

Apapun, tahniah kepada DAP! BN, banyak lagi peluang untuk anda tu tunjuk keikhlasan dalam memastikan rakyat didahulukan.

:) ARIOS!

Friday, May 14, 2010

PILIHANRAYA KE-11

Setelah sekian lama tidak mencoretkan apa pun khabar berita, pastinya rakan-rakan yang menjadi 'follower' terniat untuk membuang saja laman blog ini dari senarai.

Bukan tidak mahu memberikan perkhabaran, tetapi ada saja kekangan masa dan peluang yang menggagalkan usaha itu.

Setiap kali aku sudah mula menaip, aku terpaksa hentikan, dan bila terhenti, cerita menjadi basi dan aku tidak lagi punya semangat untuk meneruskan coretan.

Justeru, hilanglah apa yang sudah ditaip apabila dengan selama tangan aku menyuruh jari jemari klik pada perkataan 'delete'.

Apapun aku sudah kembali hari ini dengan semangat ingin memastikan apa yang aku taip diselesaikan sebelum berpeluang untuk menghentikannya.

Baik, apa yang aku coretkan diatas ini hanyalah muakdimah yang tidak perlu pun dipedulikan, kerana seperti yang tertera di tajuk, apa yang aku bakal coretkan disini lebih tertumpu kepada Pilihanraya Parlimen P.212, SIBU.

Aku seperti biasa, dihantar ke tugasan yang satu ini, bagi memastikan Bernama TV menyiarkan berita dari kawasan ini.

Untuk makluman anda, kawasan Sibu ini besar  dan menghimpunkan tiga buah Dewan Undangan Negeri (DUN).

Majoriti masyarakat disini berketurunan Cina, diikuti Melayu Melanau, Iban dan lain-lain.

Berbeza dengan pengalaman lalu disemenanjung, kehangatan disini jelas tidak terasa sehingga ke saat ini.

Manakan tidak, penduduk disini tidak terlalu terpengaruh dengan perkhabaran isu-isu dan bumi semenanjung mahupun isu nasional.

Apa yang mereka mahu adalah apa yang mementingkan mereka.

Jadi, tidak hairanlah masyarakat disini lebih suka berperang melalui undi dari berperang mulut, slogan dan isu.

Dan pemantauan aku mendapati, pemilihan calon Barisan Nasional (BN) disifatkan kurang kena. Mungkin aku tersalah kumpulan sasar (masuk kandang DAP), atau mungkin benar pemilihan calon ini tidak kena.

Hakikatnya, hasil pemerhatian dalam pilihanraya terdahulu, aku sifatkan pilihanraya kecil sangat fokus kepada satu-satu tempat.

Justeru pemilihan calon yang tepat sangat penting.

Calon perlulah ada PR yang bagus, dan bijak menawan hati pengundi.

Tapi khabarnya, Calon BN ini kurang sedikit di bab yang itu.

Jadi, peluang kemenangan sangat disandarkan kepada jentera BN.

Apakah beliau akan dimenangkan?

Dan bercakap soal pembangkang pula, calonnya juga disifatkan sebagai seorang yang angkuh.

Sudah berstatus YB, calon ini sepatutnya lebih tahu tentang cara menawan hati pengundi. Mungkin keyakinan yang tinggi atau kekurangan ini berpunca dari sikap pemimpin tempatan, tidak pasti pula saya.

Menariknya, diluar gelanggang politik, kedua-dua calon ini dikatakan rakan baik.

Tidak hairan sebenarnya, kerana masing-masing berlatar belakangkan kerja peguam. jadi mungkin urusan kerja menyatukan mereka, tapi dipisahkan ideologi politik.
Tinggal sehari saja lagi, aku tidak sabar lagi untuk mengetahui siapakah yang akan berjaya mendapatkan kerusi yang satu ini.

Bagi BN, kemenangan ini adalah sangat penting bagi membantu menampakkan kesinambungan kepimpinan dan trend kemenangan BN.

Bagi DAP dan pakatan pembangkang, kemenangan ini diperlukan bagi mematahkan ideologi yang mengatakan rakyat sudah kembali menyokong BN.

Jika DAP menang di Sibu, saya yakin ianya satu tamparan hebat buat BN.

Apapun, keputusan ditangan pengundi, sama-sama kita lihat siapa yang menang dan siapa pula yang kalah...