Translate

Total Pageviews

Saturday, March 28, 2009

AKHIRNYA TUN KEMBALI...

Meskipun dalam post beliau di chedet.cc, Tun Dr Mahathir menjelaskan dengan terang dan nyata mengapa beliau tidak menghadirkan diri dalam Perhimpunan Agong UMNO, tetapi hari ini, hari terakhir perhimpunan menyaksikan kehadiran TUN bersama Isteri Tun Siti Hasmah.

Ketibaan mereka ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang berucap, bagaimanapun tidak menghalang perwakilan untuk memberikan standing ovation...aku yang ketika itu dapat bersama-sama melihat suasana itu sangat teruja..

Meremang bulu roma aku melihat bertapa berkuasanya AURA TUN DR MAHATHIR MOHAMAD.

Sebaik tamat ucapan presiden, Tun turun dan bersalaman dengan kesemua Ahli Majlis Tertinggi dan ketua-ketua sayap, juga kesemua naib dan timbalan serta presiden parti.. juga Pak Lah.

Nyata, jelas.. TUN DR MAHATHIR tiada penggantinya.. dan aura yang dibawa TUN itu tidak dapat dinafikan.

Hebatnya TUN..sehinggakan setiap seorang tidak berhenti bertepuk tangan setiap kali nam,a beliau disebut.

TUN TETAP DI HATI KAMI.. bukan hanya orang UMNO, sebaliknya semua masyarakat Malaysia.. I LOVE U TUN, and i beliave there are many of us in the line too.

P/S-- Satu lagi gambaran yang jelas tentang jiwa murni seorang yang bernama Mahathir dapat anda baca dalam posting bertajuk OPERASI UDARA DI LAUTAN PASIFIK - 09 di www.pokleh.blogspot....

Friday, March 27, 2009

1. Ramai kenalan saya yang fikir saya tidak hadir pembukaan mesyuarat Perhimpunan Agung UMNO kerana anak saya Mukhriz kalah pertandingan Ketua Pemuda.

2. Memanglah saya terasa sedih kerananya.

3. Tetapi sebab yang sebenar saya tidak hadir ialah oleh kerana Pemuda UMNO secara langsung dan terbuka merestui politik rasuah.

4. Mereka memilih sebagai ketua mereka seorang yang telah didapati bersalah menggunakan wang dan sogokan dalam usahanya untuk dipilih sebagai Ketua Pemuda. Samada dia dibenar bertanding atau tidak, tidak menidakkan dianya adalah perasuah.

5. Hukuman yang dijatuhkan kepada orang ini tidak setimpal dan adil kerana orang lain yang didapati bersalah sama sepertinya tidak dibenar bertanding.

6. Tidak pernah terjadi orang yang dikenali dan diakui umum sebagai perasuah oleh Lembaga Disiplin, oleh parti dan oleh orang ramai dipilih dan dijunjung tinggi sebagai ketua. Tetapi inilah yang dilakukan oleh Pemuda UMNO yang dahulu terkenal sebagai barisan hadapan dalam perjuangan UMNO.

7. Pemuda telah merosakkan imej UMNO dan imej orang Melayu sendiri. Rupa-rupanya duit lebih utama daripada bangsa dan negara. Apakah rakyat akan terima dipimpin oleh tokoh rasuah yang terkenal? Perbuatan merestui rasuah adalah satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu dan negara Malaysia.

8. Juga saya hairan kenapa untuk mengira hanya 790 undi mengambil masa lebih dari enam jam?

9. Apakah pengira undi tidak tahu kira? Atau apakah sesuatu sudah diusahakan untuk menjayakan menantu Perdana Menteri. Ini menjadi soalan bukan daripada saya seorang tetapi oleh semua orang ramai. Tak usahlah Perdana Menteri bercakap berkenaan dengan menolak rasuah kerana menantu yang perasuah diberi keistimewaan luar biasa.

10. Ini juga menghakiskan lagi kepercayaan rakyat kepada UMNO.11. Inilah sebab-sebabnya saya tidak hadir. Saya rasa diri saya akan tercemar jika saya berada dalam majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah.

Ini adalah posting Tun Dr Mahathir Mhamad dalam blognya, Chedet.cc.

Aku sangat setuju dengan kenyataan beliau yang berkata rasa diri akan tercemar jika berada dikalangan orang-orang yang corrupt. Begitulah keadaan aku sepanjang aku berada didalam dewan pengumuman..sehingga aku keluar.

Terasa jijik melihat gelagat dan telah penyokong KJ yang terkinja2.. memaki hamun media dan sangat tidak mencerminkan apa2 ciri kepimpinan...

Aku hilang hormat pada pemuda UMNO.

Semoga UMNO tidak rebah dek kerana KJ yang sudah membawa UMNO ke keadaan hari ini...

Sunday, March 22, 2009

SEKITAR PERTUNANGAN ABBY DAN MAIL

Aku tidak mahu bercerita panjang, cuma mahu mempamerkan gambar sekitar Majlis Pertunangan Nabilah (Abby) dan Ismail (Mail).
Kedua mereka adalah rakan aku sejak dari kolej.. dan kini, jodoh mereka sudah sampai ke pertunangan. Semoga dipanjangkan ke akhir hayat harapnya.
Dan bagi majlis ini, aku sumbangkan keringat untuk menatarias, sementara rakanku Eddy, menyiapkan pelamin dan hantaran.. well, dengan bantuanku sikit2..

Ketika Abby disarungkan cincin, mengesahkan kedudukannya sebagai tunangan Mail..disarungkan Ibu Mail..

Dan inilah cincinnya..

Ini Mail, Tunangan Abby..
Ini pula Pak Andamnya..
Aku(makeup) , Eddy (pelamin & Hantaran), Aishah (Pembantu Am), dan Ida (Pembantu Am)




Hasil sentuhanku...

Pelamin karya Eddy, sedikit keringat aku...

Hantaran juga karya Eddy, juga dengan sedikit keringat aku..
SEMOGA ABBY DAN MAIL SENTIASA BAHAGIA DAN DIPANJANGKAN UMUR DAN JODOH SEHINGGA AKHIR HAYAT! TAHNIAH!

Friday, March 20, 2009

SENGAJA AKU DEDAHKAN DULU...

Memandangkan kurang 24 jam lagi, majlis ini bakal berlangsung, maka tidak salah kiranya jika aku dedahkan rahasia kerajaan yang aku dan rakan2 ku simpan hampir berbulan juga lamanya.

Rakanku, Abby dan Mail akan melangsungkan pertunangan mereka.. dan aku diberikan tanggungjawab menatarias serta buat apa yang patut untuk membantu dua merpati ini.

Dan bersama posting ini, aku sertakan beberapa gambar yang diambil semasa pre makeup menjelang hari baik itu.. :)




Ini baru Pre Tunang.. entah masa tunang sama atau tak makeup dia.. yang penting, banyak lagi bahan yang aku tak letak..antaranya bulu mata palsu.. tengoklah esok, apa pula bentuk wajah dan tatariasnya!

Thursday, March 19, 2009

JADUAL YANG PADAT!

Aku bagaikan sangat tidak boleh hendak percaya p[ada apa yang sedang aku lalui ketika ini.

Terkadang aku rasa bagai aku sangat relexed, walhal, aku bagaikan menanggung beban yang sangat besar (bak kata Tasha--Batu Caves atas kepala), namun, aku sedang menjadikannya nampak mudah dan ya, menenangkan aku.

Ketika ini, aku sudah sepatutnya dalam rangka akhir menjalankan laporan khas berhubung Earth Hour.. kempen tutup lampu selama sejam dari jam 8.30 malam hingga 9.30 malam pada 28 mac. Tingal kurang 10 hari, aku tidak lagi menyiapkan laporan khas tersebut.

Tambah beban, aku juga diberikan amanah untuk membuat laporan khas berhubung PPSMI yang masih belum berjaya diselongkar! BILA NEH..? Jangan En ARA menyinga dah lah.. itu jer yang aku dapat doakan..

Menambahkan beban, aku kena bersedia untuk Perhimpunan Dan Pemilihan UMNO 24 Haribulan ini... (MAC).

Sebaik tamat pada 28 haribulan, malam itu juga aku akan bertolak ke Sungai Petani.. Pilihanraya DUN Bukit Selambau!

7 Haribulan baru dapat balik... banyak kerja.. banyak tanggunjawab.. dan banyak yang aku nak pastikan akan dapat aku selesaikan...

Doa2kanlah yer kawan2...

Wednesday, March 18, 2009

MUHYIDDIN MENANG MUDAH..? KJ APA CERITA?

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Datuk Seri Ali Rustam

Tan Sri Muhammad Mohd Taib
Mungkin itu adalah tanggapan setiap seorang dari kita, yang kini sudah menerima perkhabaran tentang kedudukan politik negara.

Lembaga Displin UMNO dengan rasminya mengumumkan bahawa Datuk Seri Ali Rustam (DSAR) tidak dibenarkan bertanding.

Ini dengan jelas membuka lembaran, dan jalan baru kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY), calon Timbalan Presiden UMNO untuk memenangi kerusi tersebut. Umum mengetahui bahawa antara calon yang disebut-sebut bakal mencapai kedudukan itu, kalau bukan TSMY, sah milik DSAR.

Ini kerana, DSAR adalah calon pilihan diperingkat akar umbi, manakala TSMY adalah calon yang dilihat paling layak oleh komuniti masyarakat Malaysia secara umumnya.

Ini dibuktikan melalui kajian yang dilakukan banyak pihak.

Dan, pencabar mereka, Tan Sri Muhammad Mohd Taib (TSMMT) memang jauh dari senarai pilihan. Taring beliau tidak lagi kelihatan. Harimau yang pernah gagah di negeri Selangor ini, sudah hilang kuasa dan pengaruhnya...

Keputusan Lembaga Displin, yang menghalang pertandingan bagaimanapun dengan jelas membuka jalan kepada TSMY untuk menjuarai pertandingan perebutan kerusi ini.

Apakah pewakilan akan mengundi beliau untuk menggantikan tempat yang dikosongkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, menjelang pemilihan Mac ini?

Atau, mungkinkah mereka yang proksi kepada DSAR akan melepaskan rasa marah dengan memilih seorang yang tidak ada 'sinar' seperti TSMMT untuk mengambil alih kedudukan itu?

Kita harus menanti, menunggu dan melihat kebijaksanaan mereka ini nanti.. dan apa yang pasti..orang UMNO perlu berubah, dan jika mereka tidak berubah.. maka akan diubah pemerintahan negara oleh pengundi menjelang PRU ke 13.

Khairy Jamaluddin
Apa pula cerita si Khairy Jamaluddin (KJ), menantu kesayangan presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang seorang ini??

Beliau disabitkan dengan kesalahan pada akta yang sama, tetapi bebas untuk bertanding kerana hanya diberikan amaran. Persoalan tentang kenapa ianya boleh, dan dibenarkan berlaku adalah persoalan yang sangat kuat bermain dalam perbincangan dimerata tempat.

Bukan seorang, bukan dua yang sebenarnya tidak suka kepada KJ. Ramai.. terlalu ramai jumlahnya..

Dan jumlah yang tidak suka kepada KJ inilah yang membesar dan menghancurkan kerjaya politik pak mertuanya..

Dan kini, keputusan yang baru ini, nampak tempang, seolah-olah hilang adilnya..

Wajarkah KJ sekadar diberi amaran bilamana dia didapati ada melakukan kesalahan?

Kalau wajar, kenapa DSAR dipersalahkan sehingga tidak dibenarkan bertanding.. tempang.. memang tempang..

Alasan Lembaga Displin tidak kukuh, tidak dipercayai.. dipandang sinis oleh ramai orang sebenarnya...

Apakah KJ juga akan menang??

Apakah pemimpin yang disabitkan ada kesalahan 'corrupt' sebagai pemimpin pemuda???????

Bijaklah memilih.. jangan menang sorak, kampung tergadai.. Ingat!!! Kalaupun dunia tidak melihat segalanya ini, masyarakat Malaysia sangat berminat dengan pembentukkan organisasi dalaman parti ini...

Tuesday, March 17, 2009

KERASNYA KATA2 KAU KUMAR!!!!!!

Itulah respon yang aku dapat bila ramai dikalangan pembaca setia setiap posting aku disini yang tidak berniat meninggalkan komen, memberikan komen diluar posting ini.

Tapi kenapa keras sangat posting tuh, when you were always smiling, laughing.. making stupid jokes... but, kenapa dalam posting tuh kau keras sangat menggunakan perkataan.

Ya.. aku keras dalam menggunakan perkataan.. sebab aku marah dengan orang yang sering salah dengan sifat aku.

Aku marah kerana orang itu tidak pernah tahu yang aku ini penuh dengan kasih dan sayang.. kerana orang itu tidak menghargai kasih dan sayang yang diberikan, dan kerana orang yang sama tidak faham yang aku sudah tidak mahu ingat tentang dirinya dalam apa jua keadaan.

Aku sudah tak mahu apa-apa yang mengingatkan tentang dirinya...memang aku akan keras bila aku sudah membenci.. maaf.. itu bukan sifatku.. tetapi sekali rasa benci sudah hadir dalam diri, tak mungkin ia mudah berlalu pergi.. bukan dengan kata-kata maaf yang boleh diungkap selepas seribu kali aku melihat kesalahan.

Aku tidak boleh terima yang aku dikhianati.. aku dihina dan aku dimalukan di khalayak umum bilamana keburukkannya sering aku pendam dan simpan untuk dinilai sendiri... persetankan apa pandangan dunia pada ketika ini.. aku sangat marah.. dan marah ini takkan padam sampai bila-bila....

Terlalu banyak penghinaan yang dilakukan.. terlalu banyak!!!!

Dan kalau hanya seorang yang membawa cerita buruk itu.. aku boleh melepas pergi begitu saja... tapi cerita sama, hadir dari banyak pihak.. dengan versi yang sama... dengan kenyataan dari pihak yang sama.. maaf!!!!! Aku sudah tidak mahu lagi terpalit sedikit pun pengalaman lalu..

Semua yang manis aku rasakan pahit kini.. semuanya!!! aku sangat menyesal.. terlalu sangat...sehingga aku tidak mahu mahu lagi orang baru dalam hidupku ini...meski ramai yang hadir.. rasa pahit yang ditinggalkan itu sudah sangat dalam berbekas.. bila bekas ini akan hilang.. hanya tuhan yang tahu....

Sudah!

Aku tidak mahu lagi apa2 yang kena mengena dengan manusia yang me'rosak'kan perjalanan hidup aku...

Dan aku percaya...

Semakin jauh aku pergi dari manusia ini, bahagia yang di impi semakin dekat!

Dan kawan2 yang tahu tentang siapa manusia ini, tolong jangan komen...atau tanya pasal dia lagi.. aku tidak mahu apa-apa hubungan atau kaitan dengan dia.. TOLONG..

Terima Kasih kepada rakan2ku yang sentiasa dekat di hati.. Bilamana aku bahagia, dia dan cerita tentangnya sering hadir menghancurkan kebahagian itu.. jadi aku sangat menghargai jika cerita itu tidak sesekali diungkitkan...

Aku tidak perlukan dia atau cerita tentangnya ....!!!!

AKU DITAG JUGAK!

Seksikah Anda?

1. Tangkap @ sertakan 3 gambar anda yang anda rasakan paling seksi

2 .Tak semestinya tak berpakaian @ mendedahkan. Mungkin anda rasakan senyuman anda masa itu seksi. Sertakan!!

3. Nyatakan mengapa gambar itu seksi bagi anda

4.Tag 5 rakan-rakan yang seksi


Aku rasa seksi dalam gambar ni sebab aku tengah cross dari Kuala Terengganu... satu Malaysia boleh tonton beb.. belum lagi dari oversea yang boleh tonton aku nyer live cross through http://www.bernama-tv.com/!


Ni kat starbucks malam Vhinese New year.. lepak. First timbe pakai Sanfu (baju lelaki cina)



Ni pulak kat Parlimen...aku rasa seksi sebab dalam gambar ni aku leh wat 3 betuk ekspresi muka...

Aku tag Abby, Eddy, Syaz, dan Ecah.. aku ni tak ramai kawan.. so..korang 4 jelah.. tak cukup syarat tag aku nie..

Sunday, March 15, 2009

TAKZIAH, DAN AKU TAK SUKA!

Hari ini aku dapat panggilan sekitar jam 5 pagi memaklumkan kepada aku tentang pemergian Uncle Hamzah, ayahanda kesayangan Azrie.

Pernah melalui pengalaman sama, apa yang aku boleh sampaikan adalah, redha dan kuatkan semangat.. kerana bila kita kuat, barulah ibu kita juga akan kuat... jangan lemahkan diri kerana ibu anda juga akan lemah sama.. jadilah kekuatan beliau.. bukan kelemahannya.

Tuhan menjemput ayahanda kerana sayang padanya lebih.. lebih dari kita.. jadi hargai pemergiannya dan redha.. doakan Arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Hanya orang yang kehilangan akan faham kehilangan yang sama..

DAN

Hari ini panggilan memaklumkan tentang pemergian itu adalah dari seorang yang sangat aku tidak mahu bercakap dengannya.

Mungkin ungkapan 'i tak nak apa2 hubungan dengan u' tak pernah difahami.. So, let me make it clear here.. coz i know.. the msge will get to 'the person' soon.. Im so not intrested to hear your voice.. ever! And i dont want u to be the person letting me know anything (even its important).. orang lain boleh sampaikan benda yang sama... so, thanks but no thanks...

IM HONESTLY NOT INTRESTED TO HEAR YOUR VOICE EVER... stop calling me! Dan tegur dalam apa keadaan sekalipun.

Nasib aku mamai masa aku angkat call tuh.. kalau tak, sumpah aku tak angkat.. Im serious.. tolong jangan sesekali cuba untuk muncul dalam hidup aku walau dengan apa cara sekalipun.. TOLONG HENTIKAN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

5 DAYS TO GO!

Dalam tempoh 5 hari lagi, tanggal 21 Mac akan menjenguk..

Aku sudahpun sibuk memikir apa yang perlu aku buat menjelang tarikh itu, sebab tarikh keramat itu adalah tarikh yang sangat ditunggu2 oleh seseorang...

Siapa?

Adalah seorang teman aku ni... dia sangat teruja (mungkin) tapi apa yang aku sangat pasti adalah menjelang tarikh itu, dia sudah mula memikir pelbagai perkara.

Kesibukannya mungin membebankan lagi... namun, ZEKTI's masing-masing sudah pun merangka apa yang patut untuk memudahkan urusan kawan yang seorang itu...

Aku dan Ida sudah pun memohon cuti pada tarikh itu.. dan sudah di approve....Eddy dan Tasha, sudah pasti siap siaga.. apatah lagi Eddy berada di landasan yang benar dan tepat untuk membantu melancarkan perjalanan majlis itu nanti...Zul juga sudah memberitahu bahawa akan cuba sebaik mungkin untuk melibatkan diri...

Sekali lagi Keluarga ZEKTI's bakal berganding tenaga untuk satu lagi 'projek' istimewa.. dan berkemungkinan besar Puan Nisah juga kami bakal jumpa.. SERONOKNYA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tak sabar rasanya!!!!!!!!!!

Saturday, March 14, 2009

PPSMI

Hurm...

Aku nak bercerita tentang perkara yang sangat serius.

Serius yang amat sehingga pernah mencetuskan rusuhan!

Aku nak bagi pandangan dari kepala hotak aku yang tak lah bergeliga sangat, tapi rasional dari kacamata seorang remaja (remaja lagikah?) yang lahir dalam keluarga India Tamil tipikal, dibesarkan dengan cara yang tipikal dan kini menjawat jawatan sebagai seorang wartawan penyiaran..........

PPSMI, langkah yang diperkenalkan Tun Dr Mahathir Mohamad.. PM Malaysia keempat sebelum melepaskan jawatan beliau.

Kenapa langkah ini dilaksanakan?

Bagi memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan pelajar Malaysia disamping memahami dan mengaplikasikan kesemua ilmu sains dan matematik yang kebanyakkan formulanya adalah dari bahasa inggeris (sebab dijumpai dan diaplikasikan sang2 mamat orang putih).

So, adalah wajar kiranya kita mengaplikasikan pengajaran yang dibuat itu.. namun, kenapa sejak akhir2 ini suara yang menentang semakin lantang, selepas 6 tahun.. banyak juga komen mengatakan yang suara ini sudah menentang selama 6 tahun ini.. tapi.. persoalannya kenapa selepas 6 tahun diaplikasikan baru sekarang ada demonstrasi jalanan yang hebat.. memorandum diserahkan kepada YDP Agong?

Isu yang ditimbulkan adalah, bahasa melayu perlu dimartabatkan... bukankah sudah ada banyak subjek yang sedia mengaplikasikan bahasa kebangsaan kita itu, bukan bahasa itu diiktiraf sebagai bahasa rasmi negara, bukankah bahasa melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar disekolah, bukankah.. bukankah dan bukankah??

Apakah, dengan pelaksanaan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar bagi matapelajaran sains dan matematik, maka akan musnah bahasa melayu..apakah bahasa melayu dalam matematik dan sains menunjukkan budaya bangsa Malaysia--melayu terutamanya..?

Apakah ada formula didalam bahasa inggeris, atau elemen dicipta dalam bahasa melayu itu sendiri? Oksigen yang menjadi nadi utama kehidupan sendiri, dipinjam bahasanya dari Oxygen.. yang saya sangat pasti bukan berasal dari perkataan melayu...

Dan kisah ini tidak berhenti disini...

Baru tadi (14/3/2009), aku berkesempatan berjumpa dengan seorang pensyarah yang berkelulusan master, katanya pernah peroleh A dalam matapelajaran sains dan matematik di sekolah.. tetapi mendapat C dalam matapelajaran bahasa inggeris..

Katanya, sekeras manapun usaha mempelajari bahasa inggeris.. langkah ini tidak pernah berjaya--wajar difikirkan balik kenyataan ini sebenarnya.

Dan beliau menyatakan demikian bagi menggambarkan betapa sukarnya mempelajari matapelajaran lain jika menggunakan bahasa inggeris...

Beliau sempat berkata, beliau mengahadapi masalah mengajar matematik dan sains kepada anak-anak beliau kerana penggunaaan bahasa inggeris.

Aku menjadi pelik.. kenapa?

Katanya, setiap kali mahu mengajar, maka beliau kena menterjemah kepada bahasa melayu, dan kemudian membantu memahamkan anak-anak beliau.

Aku bertambah lagi pelik, bukankah ia sebahagian dari siri pembelajaran.. sampai bila saudara mahu anak saudara tidak fasih berbahasa inggeris. Apa guna pandai semua matapelajaran jika bahasa inggeris tunggang langgang??

Dan apa yang aku perhati, apa yang aku lihat, semakin ramai pelajar yang menggunakan bahasa inggeris dalam menjawab soalan peperiksaan utama sperti SPM dan STPM..

Malah, hebatnya, pelajar luar bandar buat pertama kalinya mencatat sejarah apabila berjaya mengatasi keputusan aliran sains, dengan jumlah kelulusan yang tinggi, dengan peratusan menjawab dalam bahasa inngeris juga meningkat skepada 92% secara keseluruhannya.

Nah.. sekarang ini siapa yang salah, siapa yang lebih sudu dari kuah...?

Mungkin ibu bapa hari ini mendapati agak sukar bagi mereka membantu anak mereka berjaya dalam penguasaan bahasa inggeris... tapi di masa hadapan.. anak2 akan dapat menguasai banyak bahasa dengan mudah..

Contoh terdekat, aku...aku masih menyesal kerana tiada peluang yang cukup untuk menonjolkan kebolehan aku dalam bahasa inggeris. Satu-satunya subjek adalah bahasa inggeris itu sendiri.... mana mungkin kita dapat menguasai satu bahasa penting, yang menajdi bahasa pengantara tanpa ada penguatkuasaan penggunaannya...

P/S--Catatan ini bukan untuk menimbulkan apa-apa isu kaum.. aku menjadikan bahasa melayu sebagai persoalan kerana aku sendiri belajar disekolah kebangsaan.. satu2nya rujukan aku adalah bahasa melayu itu sendiri... dan ini hanyalah pandangan aku. Siapapun boleh beri pandangan atas rasional masing-masing. Anda tidak setuju?? Tidak ada masalah...

Aku pun sayang bahasa melayu jugak.. buktinya, macam2 sijil aku ada..forum remaja, debat, pertandingan puisi, pantun, sajak...esai bahasa melayu.. macam2.. tapi Inggeris... hurm......................................................................

Friday, March 13, 2009

IMPROVE YOUR ENGLISH KUMARAN....

Well, that was what i was saying to myself lately....

Why?

Coz, whenever i get into a press confrence with English speaking people, and press release in english.. i will always make it Bahasa Melayu whenever i get back to the office.

Well, im a good translator.. and even a hard, tipical english word can be a Malay word, and i will make sure that i get the word right.

But, somehow, ive started to realize that i should start doing my stories in english.. at least whenever it has to do with english press release and PC.

Another reason why i must do so (improve my english) is because i want to make sure that 'if' i get an another oppurtunity to do live cross in english.. i wont look stupid.

Neway,

I was always not confident with my english.

I was born in a typical tamil speaking family. And when my parents want to send me to school... i was so damn into going to sekolah kebangsaan.

Thank god.. my father fulfilled my request and i was send to a sekolah kebangsaan on my early years of school...

And, i manage to improve my malay of course... and i can speak good malay(with all the 'loghat'), and write in a very good malay too.

But english.. hurm....

I have few friends who speak good english when i was in school... but i never learned.. i was so shy to talk in english coz my english at that time is not good at all. well.. it worst ever.

I always see my english speaking friend too good with their english...and i never speak a word whenever the discussion is going hot. I rather listen to what they talking about, rather than interfiering... (I was a good listener at that time)..

But when i get into secondary... ive started to realize that my friends who speaks english all the time is not using the proper word and sentence.. the grammer is not in place.. everything was like 'rojak'!

Then i know that, i dont have to be perfect if i want to speak english. And my teacher was keep on repeating to those students who was like me, to start speaking english even its a broken english.

Well.. then i started to speak english with my 'not english speaking' friends... with our 'tunggang langgang' english of course...

Its a good start... i've improved a lot since then..

I gain my confidence.. i do speak broken english with all the CEO's and the ministers i met.. so what??? As long the person gets what i mean.. and i get my answer.. thats it.. thats all i need.

But why i must improve my english then.. hurm.. recently.. it was Bukit Antarabangsa land slide tragedy, where i was first asked to do my live cross.. first was in malay.. ya.. im confident with my malay cross.. but, then, i got a call from my editor, Mr Pravin asking me to do cross in english.. WHAT!!!!?????

I was forced acctually.. it was like.. u do it, and u dont have an option!

And i did a cross.. they thanked me a lot.. but i know that i sound silly.. well.. make it stupid...and it was during my live cross!!!!! MALUNYA!!!!

I previewed the tape.. it was like hell.. but all the word i get was.. its ok.. improve ur self.. u can do that.. its not a big deal... practise makes perfect...

Well.. since then, ive started to read more articals in english.. english news papers and english books...i try to figure out the words that i dont understand...and i make sure i understand the words...

HUH!!!

Well.. this is my first post in english.. as u can see... im learning to deliver my english through each and every medium that is possible for me to do so...

Im gonna keep learing, and apply english into my daily rutin..

Hope that, it will succeed!

(well.. i belive this post is not perfect--but as i said.. im learing, and im practising.. and practise makes perfect! KAN?)

:D

TUNTUTAN KERJA

Sejak kebelakangan ini, aku semakin hilang konsentrasi.. aku sedar tentang keadaan ini, dan aku tidak menggemarinya...

Aku seolah2 tidak lagi ada "ummph' dalam melaksanakan tugasan...

Memikirkan kembali, mungkin kerana aku sendiri tidak mengambil ikhtiar untuk mencari produk baru untuk diketengahkan dalam melaksanakan tugasan... aku sudah banyak mendapat tugasan yang sebenarnya aku sangka akan lambat aku capai.. dan aku risau ini akan buat aku lupa diri..

So, dengan ini, aku memulakan semula langkah aku untuk tampil segar dengan laporan khas.. aku tak tahu apa yang aku nak buat.,.. tapi yang pasti.. aku akan pastikan momentum kerja dan kerajaya, aku pertahankan.!!!

Hehehe.. semangat neh!!!

So, rakan2.. doakanlah ek!

:D

Wednesday, March 11, 2009

BERNAMA LAUCH MOBILE NEWSROOM--NEWS

INTRO

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia atau BERNAMA mengembangkan sayap perkhidmatan, apabila berita terbitannya boleh dilayari menggunakan telefon.

Dengan berita penuh 24 jam setiap hari secara berterusan, maklumat dan berita dari BERNAMA akan disalurkan dengan cepat dan boleh diakses di mana sahaja.

NARATION

Sudah mempunyai pelbagai medium penyampaian berita sebelum ini, Mobile Newsroon dilihat sebagai memudahkan akses berita BERNAMA menggunakan kecanggihan teknologi peranti yang sedang berkembang pesat ketika ini.

Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, yang menyifatkan teknologi ini meletakkan maklumat dalam poket berkata, kemudahan yang diperkenalkan BERNAMA ini perlu dimanfaatkan masyarakat dengan menguasai maklumat yang disediakan.

SOT

Siapa yang lebih kuat menguasai maklumat, dialah menguasai dunia. Sebab itulah negara seperti Amerika, Eropah dan sebagainya, yang teknologi maklumat mereka itu adalah terlalu besar.. mereka adalah negara yang menguasai dunia. Jadi, kalau kita masih lagi diperingkat dulu, kita akan ketinggalan. Jadi, ini adalah perkara yang rakyat mesti sedar, dan rakyat mesti berupaya untuk memiliki apa juga teknologi, gadget, peralatan untuk mendapatkan maklumat yang terkini.
SUPER: Datuk Ahmad Shabery Cheek / Menteri Penerangan

NARATION

Turut mendapat kerjasama agensi Berita Reuters, pelanggan perkhidmatan ini juga bakal disediakan dengan rangkaian berita dari seluruh pelusuk dunia.

Memulakan promosi, perkhidmatan ini julung kalinya diadakan di Parlimen.

Ketua Pengarang BERNAMA, Datuk Yong Soo Heong berkata, pemilihan parlimen sebagai lokasi mempromosikan perkhidmatan ini adalah kerana Ahli Parlimen dilihat sentiasa memerlukan maklumat terkini, dan kesesuaian Mobile Newsroom memenuhi keperluan ini.

SOT

Kita fikir bahawa alat ini boleh, peralatan komunikasi ini amat berguna, berfaedah kepada ahli parlimen semasa mereka bersidang pun, mereka bersidang pun mereka boleh menerima maklumat dan berita. So, dan mereka bolehlah menggunakan berita yang disalurkan oleh BERNAMA which is credible dan sebagainyalah.
SUPER: Datuk Yong Soo Heong / Ketua Pengarang BERNAMA

NARATION

Perkhidmatan BERNAMA Mobile Newsroom boleh dilanggan bermula pada harga 100 ringgit bagi mereka yang sudah mempunyai telefon Blackberry atau Smartphone, manakala bagi mereka yang tiada Balckberry atau smartphone, langganan 350 ringgit sebulan dengan sebuah Blackberry diberikan secara percuma.

Pameran dan promosi perkhidmatan itu dilancarkan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek di Parlimen pada Rabu.

Maklumat lanjut berhubung BERNAMA Mobile Newsroom boleh dilayari di www dot bernamamobile dot com .

Tuesday, March 10, 2009

PERNAHKAH--TEKSI LA PULAK!

Pernah tak bila anda naik teksi, pemandunya cuba untuk membawa anda melalui jalan jauh, hanya untuk meningkatkan jumlah $$$ di meter?

Aku ada pengalaman itu, dan ianya baru terjadi sekejap tadi.

Seperti kebiasaannya, kerana aku agak lambat masuk kerja, dan beru keluar dari kawasan Flat aku tinggal, ada sebuah teksi lalu.. maka aku mengambil keputusan untuk menaiki teksi saja ke tempat kerja.

Dan kebetulan pemeandunya 'jiran' blok sebelah.

Dengan 'selamba badak'nya, uncle itu mula mengikut jalan yang bukan kelazimannya... aku tanyalah dengan selamba jugak.. "uncle, mau g mana?"

"Jalan Tun Razak kan?" dia jawaab dalam bertanya...

"Ya lah..." aku bals pulak..

"Ini jalan boleh sampai"

Yekew? aku macam tak confident jer...

Sah! Uncle ni memang tak tau jalan atau pun saja nak 'rompak' duit aku...

Dia g ikut jalan lebuhraya Duke....

So, sekali dengan bayaran duit tol.. harga yang perlu aku bayar lebih sekali ganda.. RM 11.40.

GILA!

Tapi mungkin Uncle itu sedar yang aku ni arif tentang hal perihal jalan ini, so, aku dikenakan cas hanya RM 5.. seperti kebiasannya...

BAGUS!!!

Pesanan-- TOLONG TANYA PEMANDU TEKSI ANDA KEMANA HALA TUJU BELIAU KALAU JALAN YANG DIGUNAKAN ADALAH JALAN YANG BUKAN KEBIASAANNYA...

AKU MASUK BISNES....AGAK BEST LA!

Ntahlah.. baru ditanya Kak Zura (seorang Bj--economy desk) tentang minat aku masuk bisnes.. aku semacam teruja. Dengan hanya perlu membayar 360 Ringgit Malaysia, anda mampu untuk membuat duit minimum 90 Ringgit Malaysia sehari.

Aku tidak suka perniagaan yang memerlukan kita memujuk rayu seseorang dan mampu untuk dicop sebagai penipu.. so, aku tidak pernah masuk mana-mana jualan langsung yang mungkin menyediakan perangkap yang besar tanpa memberikan kita apa-apa pulangan.

Tetapi, mendengar editor aku , Encik ARA..yang sudah menyertai perniagaan ini, aku rasa sedikit yakin. Kak Zura tampak yakin. "adik bagi akak 360 ringgit.. dari duit tu, 300 adik dapat balik dalam bentuk baucer makan.. 60 ringgit kira modal keahlian selama 6 tahun."

Aku nak buat apa makan sampai 300 ringgit... gila ka apo?

Tapi 300 itu bukan untuk kita makan seorang... ianya modal untuk kita mengajak orang lain join sama.

ok.. ini sebenarnya detail bisnes ni..

Sebuah Cafe yang bernama Island Red cafe, mahu mengembangkan perniagaan. Tetapi, mahu mengembangkan perniagaan..perlu ada modal dan orang yang makan disitu. mana kita nak dapat modal dan orang yang sentiasa makan disitu..tanpa putus?

Disinilah perniagaan ini memainkan peranannya.

Contoh, aku yang masuk dengan 360 ringgit modal tadi mendapat semula 300 ringgit dalam bentuk voucher makan dikedai itu. So, disini.. secara terus dan ketara, cafe ini memperoleh modal dan pelanggan tetap.

Jadi, kalau aku mahu mengembangkan perniagaan aku, apa yang perlu dilakukan adalah semudah A, B, C.

A-jak kawan-kawan makan di Island Red Cafe.

B-elanja kawan-kawan anda itu menggunakan voucher 300 ringgit tadi.

C-erita tentang perniagaan yang anda ceburi.

Kalau rakan anda rasakan makanan IRC sedap...maka potensi pelaburan ada. Ajak dia lakukan perkara sama dengan anda, dan anda akan dapat downline yang menyokong perjalanan pendapatan anda.

Sedap ke tak makanan di cafe ni?

Ini persoalan yang penting!

Sebab itu ada A--ajak kawan makan. Ya, aku makan disana dan aku rasa makanannya sedap. Aku yakin dengan perniagaan IRC dan aku melaburkan 360 ringgit aku untuk terus makan (sekurang2nya tengah terdesak, leh g makan kat situ..hehehe) dan sekaligus, membuka peluang perniagaan.

Aku bagaimanapun musykil, kenapa IRC sanggup untuk memberikan pulangan tambahan kepada ahli perniagaan ini.. dengan minima 90 ringgit dan boleh mencapai 700++ sehari (mengikut bintang pelaburan).

Aku tanya soalan ini kepada salah seorang 'pengurus' perniagaan ini. Katanya, perniagaan makanan hanya memerlukan 30% kos dari harga makanan itu dimakan. Jadi dari 70% harga makanan itu yang memberikan keuntungan, selain digunakan untuk 'run' the cafe itself...sedikit keuntungan disalurkan kepada si 'pelabur' ini.

Dan, ketika ini, IRC sedang berkembang pesat dan dijangka menjelang hujung 2009, 100 buah cafe akan dapat dibuka diseluruh negara. Ini adalah kerana, perniagaan ini sedang berkembang, dan perniagaan ini adalah agen yang membantu mengembangkan cafe ini.

Well, aku tidak rasa rugilah.. sebab kalau pun aku 'hilang' duit, aku hanya bakal hilang 60 ringgit, sebab 300 lagi boleh 'dimakan'. And, ketika aku berkunjung buat pertama kalinya, aku dapat melihat bertapa 'lakunya' cafe ini.

Thanks Kak Zura!

Well, anda2 yang berminat.. bagitau saya.. saya belanja anda makan di IRC. Rasa dulu makanannya, lihat dulu perniagaannya, dan labur jika anda benar2 yakin dengan konsep perniagaan ini.

:D

BODOH! TOLOL! BAHALUL!

Kenyataan ini ditujukan kepada 2 orang.. satu.. seorang cameraman dari agensi lain, dan satu lagi kepada diri aku sendiri.

Kenyataan kepada cameraman seorang tuh.. kenapa?

--Ceritanya begini..
Hari ini aku diamanahkan untuk menlakukan tugasan sempena pengumuman keputusan STPM (kalau tak tau carik sendirik). Semasa sedang membuat liputan, seperti kebiasaannya, aku dan media lain sama-sama bekerjasama dalam menemuramah setiap penerima anugerah Pelajar Cemerlang bagi keputusan STPM 2008.

Dalam sibuk menemuramah, seperti kebiasaannya aku menanyakan soalan, dan meminta pelajar yang berbangsa cina menjawabnya dalam bahasa Mandarin. NTV7, dan RTM join sama.. dah kata kami semua ada berita mandarin...

Then this one station TV punya BJ menemuramhlah seorang lagi pelajar.. dan aku nak join. Bila aku nak join, dia tak bagi, dengan meminta aku jangan tanya untuk bahasa mandarin.

Kepala hotak kau! tadi yang bj kau terhegeh2 kat semua tempat aku tanya soalan, boleh.. bila aku baru nak join satu interview.. dah kecoh! Lahanat towl!

Yang cameraman pulak yang over.. kejadah ntah! OPS! sebenarnya aku dapat tau bukan cameraman pun, assistant jer.. Beb.. tak yah lah blagak sangat..industri kita tak besar mana.. lama2 jumpak jugak!

Mampus kau!

Aku peduli apa.. aku lepas tuh dengan selambanya aku interview budak tuh.. and yes! i got the Mandarin sot... ada aku kesah ngkau tak bagi aku interview dengan BJ kau tadi!?

:(

--And the second story goes for me--

Story aku ni banyak Matematik.. peratus dan angka!!!!! so, seperti kebiasaannya banyak gila lah kesalahan yang ketara.. dan semua kenyataan di tajuk aku tujukan pada diri aku sendirik supaya tiada lagi kesalahan yang aku lakukan selepas ini....!

:D

Monday, March 9, 2009

BANJIR!

Ok.. cerita ni agak lapuk ketika ini, namun aku belum berkesempatan berkongsi cerita ini rasanya dengan anda semua.. pembaca blog saya yang kerdil ini.

Kejadian berlaku dengan sangat cepat, hanya kerana hujan yang turun selama hampir 3 jam dengan cukup lebat... Ketika itu aku di Parlimen..dan selesai tugasan di parlimen, dalam perjalanan pulang (ketika itu hujan sudah mulai berhenti secara perlahan), kami terperangkap dalam kesesakan jalan raya yang agak teruk.

Memikirkan perlu adanya jalan yang mempercepatkan kami pulang, bagi memastikan story yang aku bawa balik dari Parlimen dapat dikeudarakan secepat mungkin--kami (aku dan cameraman, abang Fazly) mencari jalan alternatif.

Kami berjaya loloskan diri melalui jalan-jalan alternatif yang ada sehinggalah Jalan Putra.. sampai saja disana.. jalan kembali sesak. Apa lagi.. peluang yang ada didepan mata (lagi satu jalan alternatif) cuba digunakan sebaiknya oleh abang Fazly.. namun, apa yang kami temui adalah jalan buntu.. kenapa?

Sebab disinilah tajuk post ini mengambil tempat.. air naik setinggi 3 kaki (lebih kurang).. no wonderlah clear jer jalan ni.. hurm...dan ianya terjadi akibat limpahan air dari sungai (atau parit besar--kurang pasti) di sebelah Putra World Trade Center (PWTC).

Abang Fazly offer aku nak buat story tak..? Aku apa lagi.. pucuk dicita ulam mendatang.. sepantas kilat mengatakan "ya".. dan aku berjaya membuat story tersebut.. bangga tak terkata bila story itu keudara... huhuhu.. sesuatu yang sangat aku tidak jangka... :D

Dan dibawah ini adalah sedikit gambar yang menunjukkan keadaan ketika banjir itu...






Sunday, March 8, 2009

BERTEMU..PERTEMUAN....

Pada malam 6 Mac.. aku yang sedang bercuti sedang rancak bermain2 dengan benang menjahir manik baju seorang rakan yang menghantarnya kepada aku. Dalam keghairahan menjahit, aku dapat panggilan dari adikku.. YUZZ!!!

"Abang Kumar kat mana?"

"kat rumahlah"

"Yuzz kat CM ni"

"Alah, lambat dah.. lagipun aku tengah menjahit neh"

"owh, yekew.. takper ar!"

"OK!"

Then i was like.. "hurm.. lg sikit nak siap menjahit nie.. apa salahnya g lepak.. lama dah aku tak jumpak dia..."

So, dengan secara terus, cepat saja tangan aku mendail nombor Yuzz semula dan mengajaknya berjumpa jugak.. hehehe..

So, perjumpaan kami sangat lah meriah dengan pelbagai cerita berkisar tentang peribadi, kerajaya semasa dan kehidupan kolej dahulu. Dan tidak ketinggalan, hal perihal berhubung gradusai.. Well, ianya isu yang sangat hangat kerana ketika ini sudah bulan 3 (masa sepatutnya graduasi sudah diadakan).

Selesai bersembang, bergurau..berkenal dengan kekasih hati nya.. aku pulang.. well.. jam sudahpun menunjukkan sekita 4 pagi ketika itu.

Esoknya 7/3... aku masih bercuti.. dan tiba giliran kain net untuk majlis pernikahan kakak kak Effa disiapkan..

Dan sekitar petang itulah aku mendapat panggilan dari EG yang menanyakan tentang kunci bilik di Apartment Jasmin (pernah aku menyewa).

Baru aku teringat yang Eg cuti, dan esoknya Ahad.. dan memandangkan kami sudah lama tidak ketemu.. aku mengambil peluang untuk mengajak beliau!

Dan.. ajakan disambut dengan OK!

Kami keluar.. ditemani Jaja.. dan kami juga tidak terkecuali dari bercerita tentang pelbagai perkara... sesuatu yang sudah lama tidak kami lakukan sejak masing-masing sudah mula ada kerjaya... dan tidak lama kemudian, aku mendapat panggilan dari Tasha.. mahu join sama.. so apa lagi.. ketibaan Tasha menjadi penambah rasa kepada semua cerita2 kami..

Dan lewat 12 malam, aku pulang.. kerana aku bekerja hari ini.. hehe..

Wednesday, March 4, 2009

DEMAM LA PULOK!

Alkisahnya.. aku demam! Selepas hampir dua tahun jugaklah aku tak demam, finally aku demam lagi! Cheh.. leh wat tajuk album.. AKU DEMAM!! hehehe.. BTW, kerana kesejukan yang amat dan perubahan cuaca yang ketara.. aku demam... dan aku dapatkan lah ubat2 ni...
















Doakan aku tidak demam lagi yer kawan2.. hehehe

Tuesday, March 3, 2009

RAKAN-RAKAN!!!!! MAKLUMAT PASAL KONVO NIE!!!

Tuan-tuan dan puan-puan, saudara saudari, rakan seperjuangan dan rakan sepenendangan!!!

Makluman untuk anda semua...

Pada 2 Mac 2009, aku telah menjejakkan kaki dengan tujuan untuk mengetahui perkembangan terkini majlis konvo / gradusi kita di MIIM.

Mengambil kesempatan Aishah nak ambil keputusan beliau, maka, peluang sama digunakan lah untuk mengorek cerita, berita terkini.. niat memang nak jumpa En. Yusri.. kalau dia tak ada.. Puan Muz jer lah...Nasiblah, kalau dia kata dia tak tahu.. maunyer aku LASER ngan karen 651.789 walt!

Kebetulan, aku tekan2 punat lif... sampai jer lif.. keluar En Yusri Md Yasin, Ketua Eksekutif MIIM.

Dia tanya khabar aku.. apa yang kurangnya pada aku untuk berkata aku tidak baik.. maka jawapan klise.. im FINE!

And, aku terus tanya pasal konvo!

JENG JENG JENG...

Terus dia jawab.. dengan selambanya.. "mungkin bulan 9 atau 12"

WHAT!!!!!?????????

Terkejut beruk, babi, beruang, badak, penguin, gajah, zirafah dan macam2 binatang aku sekejap.. nak mampos????

Gila ar!

Aku terus kata, "Eh! lambat sangat tue.. (masih mengekalkan mood slamba aku)"

Dan En Yusri dengan selamba sier jer kata.."owh yer ker?"

Yer lah En Yusri.. takkan saya memain pulak.. adoi... tahan marah!!! TAHAN!!!

Aku pun dengan cepatnya kata, sepatutnya bulan 2 atau 3 dah konvo.. dia kata bulan 3 tak dapat.. aku kata tak apa.. tapi nak buat bulan 9 memang tidak logik...

Owh lupa.. Eddy ada sama ketika itu.. terus dia menyampuk.. paling lambat boleh tunggu sampai bulan 6 atau 7.. bulan 8 dah bulan puasa.. tak logik nak buat konvo bulan 8.. bulan 9 dah terlalu lambat!

Aku membidas pulak.. batch kitorang yang habis belajar dulu zaman2 MIIM merempat kat Jalan Silang tuh dah lebih setahun dah habis belajar.. dah bekerja.. tengah tunggu grad!!! (kiranya geng2 Fatin/Ganesh lah).

Eddy tambah, "paling lama pun, ok lah sampai budak yang baru masuk praktyikal ni abis.. then terus grad"

En Yusri pun dengan selamba, dan muka tak bersalah dia.. terus berkata.. "tak apa, saya usahakan dalam bulan 6@7"..

USAHAKAN!!!!!???

Aku peduli apa.. aku nak jugak bulan 6 atau 7 paling lambat!

Aku tak kira.... aku bayar mahal2... dah abis blajar nak komvo pun kena tunggu bertahun2...!

So, Rakan2.. tolong sebarkan makluman yang sah ini kepada semua rakan yang lain... bersatu kita memohon graduasi kita pada tarikh yang paling awal...!

PESANAN UNTUK MAKHLUK CIPTAAN TUHAN YANG SEGELINTIR--Tak payahlah nak menggedik nak grad jugak tahun ni.. jangan sebab 'korang' nak grad tahun ni, 'korang' biar senior korang tunggu bertahun2.. apalah salahnya 'korang' tunggu kan!!!! Janganlah pentingkan diri sangat!!! Kami boleh tunggu junior.. asal korang tak boleh...? (pesanan ditujukan khas kepada makhluk perosak yang nak menggedik grad awal, sampai kami kena menunggu ber sem2 lamanya--bukan ramai pown..SEORANG DUA JE)

WAJAH BARU BILIK AKU..

Dahulunya bilik aku sangat lah tidak tersusun.. tido pown atas toto jer.. ngan tempat nak sangkut baju pun tak ada.. sedeh gila bilik aku.. tapi, bulan ini, dengan peruntukkan RM500 (isk isk isk--banyak neh).. aku mengubahsuai sedikit wajah bilik aku...biar nampak menarik sikit supaya aku balik umah.. selesa sikit tido aku.. hehehe.. BTW, nie..gambo2 yang aku ambik sebagai mengabadikan kenangan wajah baru bilik den...


Ni TV aku...dah rosak sebenarnya.. akan ku ganti dengan yang baru bulan depan.. mintak2lah dapat.. hehehe..

Ni tilam yang baru aku beli... ngan bantal dan sarung bantalnye sekali.. jumlah kos nyer adalah, hampir RM250...

Ni aku sambung 3 gambar.. secara berangkai.. dan inilah sebenarnya wajah sebenar ruang ini...


Tempat aku letak kain yang berlipat....dan kipas... hahaha

Nampak tak ASIMO duduk melambai??

Lalalalala....

Tempat aku gantung baju....sebenarnya penuh.. tapi masa aku ambil gambar ni, baju yang lain aku hantar dobi!
Bidai tingkap yang baru!!!!!!! and I LYKE IT!