Gambar diatas dirakam ketika kami mendengar bait-bait kata oleh Profesor Bersekutu Dr Mokhtar Saidin-Pengarah Pusat Kajian Arkeologi Malaysia, Universiti Sains Malaysia (USM).
Apa yang sedang diperkatakan?
MALAYSIA MENERUSI TAPAK BUKIT BUNUH, LENGGONG BAKAL MEMBERIKAN SUMBANGAN KEPADA ARKEOLOGI DUNIA.
KENAPA?
Pengkaji dari USM telah menemui sebuah kompleks kebudayaan yang merupakan satu-satunya tapaj Paleolitik dunia yang berfungsi sebagai bengkel membuat peralatan berasaskan batu secara berterusan, yang digunakan dari semasa ke semasa serta mempunyai pentarikhan kronometrik.
Secara ringkasnya, penemuan di Bukit Bunuh membuktikan wujudnya sebuah tapak kebudayaan yang berusia lebih 1.83 juta tahun lalu.
Bukti-bukti saintifik juga mengesahkan ia digunakan juga pada 30-40 ribu tahun lalu. Hal ini menunjukkan bahawa kompleks ini digunakan secara berterusan sejak dahulu lagi.
MENGAPA BUKIT BUNUH???
Bukit Bunuh menjadi pilihan penempatan awal antara lainnya kerana ia menyediakan sumber alam yang diperlukan untuk menyediakan peralatan batu serta mempunyai persekitaran kuno yang mempunyai sumber air (Tasik Kuno), flora dan fauna yang juga diperlukan.
IMPAK KEPADA ARKELOGI DUNIA DAN SEJARAH MANUSIA AWAL
Penemuan pertama di peringkat dunia ini bakal menukar teori nomadik tentang kebudayaan paleolitik yang menyatakan bahawa mereka hidup berpindah-randah.
-penemuan bukti di Bukit Bunuh menunjukkan masyarakatnya tidak nomadik kerana keperluan asas yang diperlukan sebagai manusia adalah melebihi daripada keperluan dan bukti yang ditemui menunjukkan Bukit Bunuh dihuni secara berterusan.
Juga mencabar beberapa pengetahuan asas yang ada dalam kebudayaan Paleolitik dunia tentang pergerakkan manusia awal dunia, kemunculan alat batu kapak genggam, teknologi Paleolitik dan lain-lain
-Bukit Bunuh menyumbang terus kepada arkeologi dunia tentang kebudayaan Paleolitik.
Penemuan ini juga membuktikan wujudnya hentakan meteor dikawasan tersebut yang mengubah struktur asal kawasan tersebut.
Kesemua kajian ini sudah direkodkan dan dihantar kepada UNESCO.
UNESCO dijangka melawat lokasi Julai ini, dan mengumumkan Lenggong sebagai Tapak Warisan Sejarah Dunia menjelang Julai 2012.
GAMBAR SEKITAR LAWATAN KE LOKASI PENEMUAN
Sekian!
Tapi tunggu dulu!!!
DAN KAMI DIJAMU MASAKAN ALA KAMPUNG SEBAIK PULANG DARI LAWATAN :)