Translate

Total Pageviews

Sunday, July 6, 2008

AKU DI BERNAMA TV-SATU EVOLUSI

JIKA SELAMA INI AKAU MEMASANG ANGAN-ANGAN UNTUK MENJADI SEORANG WARTAWAN, NAH!! KINI AKU BERJAYA MENCAPAI CITA-CITA AKU. WALAUPUN PADA DASARNYA AKU MASIH LAGI BERSTATUS PELATIH DI BERNAMA TV, TETAPI AKU SUDAH MULA MENERIMA TUGASAN DAN CARA KERJA SEBAGAI SEORANG WARTAWAN.



BIAR AKU CERITAKAN PERJALANANKU SELAMA 6 HARI AKU BERADA DI BERNAMA TV INI. PADA HARI PERTAMA, TIDAK ADA BANYAK PERKARA YANG BOLEH DIKATAKAN. AKU DIPERKENALKAN KEPADA CARA KERJA DI BERNAMA TV OLEH KETUA EDITOR, ENCIK ABDUL RAHMAN AHMAD @ ARA. SETELAH MENGENALI CARA KERJA DI BERNAMA TV, KAMI PERLU MEMPERKENALKAN DIRI KEPADA SEMUA KAKITANGAN YANG ADA PADA KETIKA ITU DAN MENDAPATKAN SEBANYAK MANA INFO YANG BOLEH TENTANG PERJALANAN DAN CARA KERJA DI BERNAMA TV. AKU AGAK BERTUAH KERANA AKU DIIRINGI 2 ORANG RAKANKU, YANG MANA SALAH SEORANG ADALAH DRAKAN SEKELASKU, IDA. APA YANG PALING MEMBANGGAKAN, AKU TELAH DIBERIKAN TUGASAN PERTAMA. AKU DIMINTA UNTUK MENGIKUT SALAH SEORANG 'SENIOR' AKU SEMASA DI KOLEJ, VINOTH...ISU-PRESS CONFRENCE PERSATUAN PENIAGA DAN PENGITAR SEMULA LOGAM INDIA MALAYSIA.





HARI KEDUA AKU, APA LAGI, DAH ADA TUGASAN, SO, AKU 'COVER' STORY ITU DAN AKU DIAJAR OLEH VINOTH TENTANG BAGAIMANA UNTUK MENGHASILKAN SEBUAH BERITA. NAK DIRINGKASKAN BERITA, AKU MENERIMA TUGASAN KEDUA-PERJUMPAAN CWC MIC, JUGA MENGIKUT SENIOR, VINOTH.



HARI KETIGA, AKU SUDAH MENDAPAT TUGASAN SENDIRI... AKU DIMINTA COVER PC TENTANG PERJUMPAAN DATUK BANDAR KL DENGAN PEMILIK DAN PENGURUS BANGUNAN DI SEKITA KL. PERJUMPAAN INI ADALAH YANG MELIBATKAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE-51.



AKU BERCUTI PADA SABTU, DAN SEMALAM AKU BERPELUANG SEKALI LAGI UNTUK MENGHADIRI PC MIC. HARI INI IANYA BERKAITAN KONVENYEN WANITA, PEMUDA, PUTERA DAN PUTERI MIC... HARI INI PULA AKU AKAN KE PWTC LAGI TETAPI KALI INI AKU AKAN MEMBUAT LIPUTAN BENGKEL KESELAMATAN PEKERJA WANITA. SEMOGA APA YANG AKU IMPIKAN DALAM BIDANG INI AKAN TERCAPAI.. :)

No comments: