Translate

Total Pageviews

Thursday, October 30, 2008

SESUDAH DEEPAVALI

Boleh dikatakan sambutan Deepavali tahun ini antara yang paling gembira walaupun tanpa kehadiran adik-adik aku yang kini bekerja di Johor. Tuntutan kerja menghalang mereka untuk pulang menyambut perayaan cahaya ini bersama aku dan ibuku...
Sekembalinya aku ke kampung, banyak perkara yang sudahpun tersedia.. cuma tinggal beberapa kerja menukang memerlukan aku mengangkat tukul..
Sehari sebelum sambutan, aku diminta menemankan mak, makcik dan jiranku untuk membantu mengangkat barang yang dibeli di pasar.. dengan baru bangun tido.. hanya sempat berus gigi dan cuci muka sebab mak aku nak aku cepat... aku berjalan kaki bersama kalangan 'Ratu-Ratu' rumah pangsa Sri Suria Menuju ke pasar.
Selesai membeli, kami beruntung kerana tidak perlu mengusung semua barangan yang dibeli...kerana kebetulan pemilik kedai mamak area rumah aku jugak berada di pasar dan sedang bersiap-siap hendak pulang. Jadi, dengan selambanya mak cik aku mintak tumpangkan barangan yang kami beli di lori kecik milik tokeh kedai tu. Hebat makcik aku.. siap boleh order teh ais...(persediaan dahaga sebab berjalan jauh).
Itu cerita sehari sebelum Deepavali...pada hari perayaan tu pulak..aku macam kebiasaannya bangun awal, mandi dan bersiap..pakai baju yang dibeli di Klang.. dipilih oleh kalangan rakan-rakanku.
Tidak aku sangka, masih ramai rakan-rakan yang hadir ke rumah aku bagi menziarah dan meraikan sambutan pada hari tersebut... meriahnya tuhan saja yang tahu.
Yang penting, kawan sekerja mak aku pun sampai jugak.. nah!! meletup2 mulut makcik tuh macam bertih jagung... kalah aku....percayalah.. sampai aku tersenyap tak tau nak kata apa sebab mak cik tuh punya pitching sikit punya tinggi siap ada teknik tahan nafas yang aku rasa Jaclyn Victor pun boleh kalah...dari saat aku terserempak dia kat bawah rumah sampailah dia balik, rumah aku meriah dengan kepetahan dan gelak tawa makcik tuh.. best gila dapat sembang ngan makcik tuh!!!
Then pakcik2 aku punya turn plak.. kali ni hampir kesemua saudara sebelah bapaku berjaya menjejakkan kaki kerumah.. malah belah mak aku pun ramai yang datang.. tak tau kenapa meriahnya Deepavali tahun ni lain macam jer rasa... siap ada yang puji aku macam pengantin lelaki dengan baju yang aku pakai tuh..siap ada yang mintak jadi menantu...hehehehe. thanks kawan2 yang tolong pilihkan baju!!!!
Then, hari kedua..giliran kitorang pulak keluar.. aku ke rumah sepupu aku tak jauh dari rumah aku.. dah ber'jamuan' besar kat sana..ayam, ikan, kambing, udang, sotong, ketam, kari dal, chutney tomato, bendi, sayur campur..Fuh!!! kenyang.. tapi aku makan ketam jer lah.. sebab sepupu aku punya ketam membuatkan selera aku lain sikit. Dah selesai di rumah sepupu, aku ke rumah pak cik aku pulak...kat sana ber'kenduri' pulak...juadah lebih kurang jugak..Meriah..memang meriah sampai malas nak taip satu2...
Dah selesai semua, semalam sempat keluar lepak dengan kawan-kawan masa belajar dekat panglima dulu... siap ada yang membebel aku balik kejap2.. tak puas lepak dengan aku.
Sesungguhnya kau dapat rasa betapa keluarga dan sahabat sangat penting dalam hidup.. aku sangat2 gembira dengan sambutan Deepavali tahun ni...dan mengharapkan kegembiraan ini akan berterusan lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa hingga hujung nyawa....
Terima kasih ZEKTIS, 70's Group, Keluarga Dan rakan2 sekolahku kerana menghadiahkan Deepavali yang cukup menyenangkan.... :)

No comments: