Tuan-tuan dan puan-puan, saudara saudari, rakan seperjuangan dan rakan sepenendangan!!!
Makluman untuk anda semua...
Pada 2 Mac 2009, aku telah menjejakkan kaki dengan tujuan untuk mengetahui perkembangan terkini majlis konvo / gradusi kita di MIIM.
Mengambil kesempatan Aishah nak ambil keputusan beliau, maka, peluang sama digunakan lah untuk mengorek cerita, berita terkini.. niat memang nak jumpa En. Yusri.. kalau dia tak ada.. Puan Muz jer lah...Nasiblah, kalau dia kata dia tak tahu.. maunyer aku LASER ngan karen 651.789 walt!
Kebetulan, aku tekan2 punat lif... sampai jer lif.. keluar En Yusri Md Yasin, Ketua Eksekutif MIIM.
Dia tanya khabar aku.. apa yang kurangnya pada aku untuk berkata aku tidak baik.. maka jawapan klise.. im FINE!
And, aku terus tanya pasal konvo!
JENG JENG JENG...
Terus dia jawab.. dengan selambanya.. "mungkin bulan 9 atau 12"
WHAT!!!!!?????????
Terkejut beruk, babi, beruang, badak, penguin, gajah, zirafah dan macam2 binatang aku sekejap.. nak mampos????
Gila ar!
Aku terus kata, "Eh! lambat sangat tue.. (masih mengekalkan mood slamba aku)"
Dan En Yusri dengan selamba sier jer kata.."owh yer ker?"
Yer lah En Yusri.. takkan saya memain pulak.. adoi... tahan marah!!! TAHAN!!!
Aku pun dengan cepatnya kata, sepatutnya bulan 2 atau 3 dah konvo.. dia kata bulan 3 tak dapat.. aku kata tak apa.. tapi nak buat bulan 9 memang tidak logik...
Owh lupa.. Eddy ada sama ketika itu.. terus dia menyampuk.. paling lambat boleh tunggu sampai bulan 6 atau 7.. bulan 8 dah bulan puasa.. tak logik nak buat konvo bulan 8.. bulan 9 dah terlalu lambat!
Aku membidas pulak.. batch kitorang yang habis belajar dulu zaman2 MIIM merempat kat Jalan Silang tuh dah lebih setahun dah habis belajar.. dah bekerja.. tengah tunggu grad!!! (kiranya geng2 Fatin/Ganesh lah).
Eddy tambah, "paling lama pun, ok lah sampai budak yang baru masuk praktyikal ni abis.. then terus grad"
En Yusri pun dengan selamba, dan muka tak bersalah dia.. terus berkata.. "tak apa, saya usahakan dalam bulan 6@7"..
USAHAKAN!!!!!???
Aku peduli apa.. aku nak jugak bulan 6 atau 7 paling lambat!
Aku tak kira.... aku bayar mahal2... dah abis blajar nak komvo pun kena tunggu bertahun2...!
So, Rakan2.. tolong sebarkan makluman yang sah ini kepada semua rakan yang lain... bersatu kita memohon graduasi kita pada tarikh yang paling awal...!
PESANAN UNTUK MAKHLUK CIPTAAN TUHAN YANG SEGELINTIR--Tak payahlah nak menggedik nak grad jugak tahun ni.. jangan sebab 'korang' nak grad tahun ni, 'korang' biar senior korang tunggu bertahun2.. apalah salahnya 'korang' tunggu kan!!!! Janganlah pentingkan diri sangat!!! Kami boleh tunggu junior.. asal korang tak boleh...? (pesanan ditujukan khas kepada makhluk perosak yang nak menggedik grad awal, sampai kami kena menunggu ber sem2 lamanya--bukan ramai pown..SEORANG DUA JE)
6 comments:
taw2 sape yg dimksdkn abg kumar 2....
hehe
kalo dpt apply masuk smbung study pun intake julai ni. gila kot. tak fikir students tol la diorg ni.
hahaha! sape la yg nk gedik nk grad same tu? adoiyaii~ mungkin nk tgk muka abg kumar wat kali terakhir kot...wakakakakakak! sbb lepas tu dh mmg xkn dpt jmpe dah..sumpah gedik owh!! hahaha!
sape ah? ohh dasar aku budak dij kan..hahaa.
cuba xplain ekspresi ni:
"Terkejut beruk, babi, beruang, badak, penguin, gajah, zirafah dan macam2 binatang aku sekejap."
hehehe
miim nk kena riot lagi ni...
Wah!!! ramai yang berminat nampaknya..
Ok..
Ecah: Bagus kalau anda faham...
Sarah: Diorang ni bilanyer pernah pikir student!?
Yuzz: Bagus kerana anda faham siapa yang saya maksudkan..!
Jannah: Adalah... :)
EG: Ekspresi yang aku tak mungkin dapat Explain.. itulah ekspresinya!
Post a Comment