BERSIH
Perkataan yang dilihat memonopoli setiap ruang dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia pada hari ini. Dari percakapan, laporan media, perbincangan di laman interkastif, semuanya bicara mengenai pengendalian perhimpunan yang diberi nama BERSIH ini, dengan tambahan 2.0, atau secara lengkapnya BERSIH 2.0 (membawa kepada maksud penganjuran kedua).
Aku bukanlah penyokong kerajaan (Terpaksa disebut agar tidak disalah erti), namun, penganjuran perhimpunan ini tidak aku setujui. Bukan kerana aku berpandangan bahawa apa yang sedang berlaku dalam sistem pemerintahan pada hari ini baik-baik belaka, cuma pemikiran aku sentiasa berpandangan bahawa jalan raya bukan tempat yang perlu digunakan dalam soal menyelesaikan masalah.
Hujah saya, ada apa dengan penganjuran BERSIH 2.0 ini? Apakah tuntutan yang dimahukan mereka yang menganjurkan perhimpunan 'GALA' yang dilihat akan memberikan tekanan kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) agar beberapa tuntutan NGO pengendali BERSIH 2.0 ini direalisasikan.
Apakah tuntutan ini? Berikut adalah tuntutan tersebut.
1. bersihkan senarai undi
2. menreformasi undi pos
3. guna dakwat kekal
4. masa kempen minima 21 hari
5. akses media yang bebas dan adil
6. kukuhkan institusi awam
7. hentikan rasuah
8. hentikan politik kotor
Sesungguhnya aku tidak faham (mungkin akalku belum cukup hebat atau pakar), untuk memahami apakah tuntutan ini boleh direalisasikan dengan adanya demo jalanan.
Pertama, ada jawapan yang diberikan oleh Pengerusi SPR yang menimbulkan persoalan tersebut.
RUJUK DISINI.
Membaca keterangan oleh Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mencadangkan satu dialog diadakan penganjur BERSIH 2.0 bersama dengan pihaknya bagi mencari solusi terbaik, berbanding demo jalanan. Namun ianya ditolak, dan demo dilihat sebagai lebih kepada penyelesai masalah yang diutarakan.
Tambah mengusutkan keadaan adalah hadirnya nama-nama tokoh pembangkang yang dilihat mendominasi promosi penganjuran BERSIH ini, termasuk dengan memberikan ucapan terbuka tanpa sokongan mereka.
Bantahan pula disuarakan oleh pihak PERKASA dan UMNO sebagai menampakkan proses ke jalanan ini seolah-olah tidak boleh didominasi oleh hanya satu pihak. (sekali dengar seperti pertembungan baju Merah, baju Kuning di Thailand).
Ini jelas menunjukkan bahawa tuntutan ini meskipun dibuat secara dasarnya oleh pergerakan yang disebut sebagai NGO, namun, ianya di dokong oleh pergerakan politik.
Jelas, meski penafian dilakukan, keadaanya terang lagi bersuluh!
Apalagi apabila pemimpin pembangkang, termasuk ketuanya, Anwar Ibrahim dilihat memberikan kata-kata yang menampakkan BERSIH 2.0 digerakkan pihaknya. Meskipun Pengerusi BERSIH 2.0 'menolak' cadangan Anwar,RUJUK SINI sedikit sebanyak penganjuran BERSIH tercalar imejnya kerana 'bayangan' campurtangan Anwar, dan beberapa pemimpin pembangkang dilihat wujud.
Justeru, secara peribadi aku lihat ianya adalah agenda politik yang samada digerakkan (atau dimanipulasi) pembangkang bagi mengekalkan momentum sokongan rakyat selepas kejayaan jelas BERSIH pertama dalam membantu memberikan kemenangan luar jangkaan kepada parti-parti pembangkang.
Sebagai seorang yang berpandangan ahli politik seringkali memanipulasi rakyat jelata (dikedua-dua belah), terfikir juga, kenapa kalangan pemimpin BERSIH 2.0 ini tidak mengambil inisiatif mengadakan pertemuan dengan Tuanku SPB Yang Di-Pertuan Agong secara tersusun, tanpa perlu melibatkan rakyat jelata.
Apatah lagi, jika mereka tidak mampu menjanjikan keselamatan (secara mutlak) sepanjang demo itu diadakan. Apakah mereka yakin, 'Perhimpunan Aman' yang mereka sebut-sebutkan itu, mampu untuk direalisasikan.
Apakah kepimpinan BERSIH dapat memastikan ratus ribu (mungkin jutaan) penyokong mereka yang berada dijalanan, tidak akan bertindak diluar batas norma, dan melakukan tindakan provokatif, yang akhirnya mengakibatkan Polis bertindak?
Sejujurnya, biaar aku luahkan pandangan aku tentang apa yang akan terjadi.
1 Penganjur akan berkumpul
2 akan berarak dengan kumpulan yang besar
3 akan ada provokasi dari kedua pihak-polis dan peserta
4 arahan bersurai akan dikeluarkan, akan ada yang bantah
5 gas pemedih mata dan sermburan air menjadi solusi
6 Media kerajaan mengutuk tindakan demo
7 Media luarnegara akan lapor keganasan polis
Kesimpulan-kerugian kepada semua pihak.
Aku sangat yakin ini adalah perkara yang kebarangkaliannya sangat besar untuk terjadi. Ini kerana, sejarah dari tahun 90an hingga perhimpunan 'aman' lain menunjukkan akhirnya ia bukan dalam keadaan aman.
Apa lagi, akan ada kumpulan provoksi (yang aku rasa tidak sewajarnya wujud), hadir pada hari sama menentang perhimpunan tersebut.
Apapun, catatan aku ini, sesedar aku tidak mampu untuk mengubah mentaliti mereka yang sudah nekad untuk berada dijalanan pada 9 Julai.
Doaku cuma-agar apa jua hasrat perhimpunan tersebut, semoga rakyat jelata tidak menjadi mangsa!
No comments:
Post a Comment