Translate

Total Pageviews

Tuesday, May 6, 2008

Siti Oh Siti....

salam sejahtera.. hurm.. walaupun dah ada blog ni, tapi tak ada sapa yang tahu kecuali gf aku.. aku x berniat nak merahsiakan kewujudan blog aku ni tapi malas nak kecoh2... biarlah blog ni diketahui kawan2 dan sahabat handai dengan secara tidak formal... hehe

siti? sapa siti? kalau nak tahu, aku ni peminat siti.. sangat2 memnati beliau sedari usia 12 tahun lagi.. napa? x percaya? percayalah.... sedetik demi sedetik, hari berganti hari, minggu kemudian tahun, dah lebih 10 tahun rupanya ku ni jadi peminat siti.. yelah, dari siti budak kampung, keluar datang kl sepenuhnya, jadi artis nom 1 malaysia, kemudian, datin, pastu dato' thensekarang datin seri dato' hajjah.. banyak transfomasi yang dapat dilihat pada diri siti nurhaliza tarudin dalam tempoh sekitarn sedekad sahaja..

ramai yang sukakan siti dan ramai juga tak suka.. aku x nak tahu knpa orang tak suka siti sebab aku meminati suara dan penampilan siti, bukan meminati siti secara mendalami peribadi.. knapalah peminat malaysia sangat taksub untuk berbicara soal peribadi seseorang artis lebih dari segalanya... contohnyalah kan.. masa siti nak kawin datuk seri k...ha!! kecoh satu malaysia bising.. x nak siti kawin ngan 'orang tua' kononnya.. tapi diorang mungkin x sedar bahawa manusia hanya mampu merancang, tuhan menentukan.. aku pasti, iti nurhaliza pown xkan pernah nak terhegeg2 cari orang yang lebih berusia dari dia nak buat laki, tapi bila dah hati terpaut, kenalah terima dan redha ngan apa yang ada dan peminat kenalah paham...adei!!!

cerita paling baru yang aku leh letak je kat sini adalah aku berkesempatan ke galeri perfileman kat jalan pahang kecil.. kat situ adalah replika siti nurhaliza.. dia kan penyanyi lagu tema filem zaleha ayam patah.. so..aku pown amik lah gambar ngan replika tuh.. dah tuh.. aku ada jugak add siti through myspace.. dah banyak kali aku cuba nak komen.. tapi x pernah diapprove.. tapi dalam seminggu lebih ni, 2 kali komen aku diapprove.. seronok lak ytgk muka aku ja sorang india enter frame kat situ...but at least, membuktikan siti mampu untuk menarik peminat dikalangan bukan melayu macam aku kan???

seronok sangat bila bercerita pasal siti.. she's an icon. biarlah orang kutuk cam ner pow x pe.. aku tetap bangga meminati siti nurhaliza..sbb, orang kata.. kalau seseorang itu dikutuk maknanya ada yang dengki. dengki ni pulak selalunya pasal seseorang tuh sangat berjaya dan pihak yang dengki tuh x dapat tandingi kehebatan orang yang didengkinya itu... kan???

klah.. lain kali sambung lagi.. klau nak menaip pasal siti, tangan aku ni laju sangat.. takut kalau tak berenti skunk, tak berenti langsung dah.. hehehe...

da!!!!!!!!!!!!

No comments: