tanggal 19 mei 2008 sudah semestinya mencatat satu lagi cerita baru bernafas sejarah dalam kalender politik Malaysia amnya dan UMNO khususnya.. masakan tidak, pemimpin UMNO unggul yang berjaya memperkasakan bangsa melayu dan UMNO selama lebih 25 tahun kini mengundur diri membawa hati yang lara meninggalkan UMNo yang menjadi paksi perjuangan beliau.
sejak beliau meninggalkan UMNO, pelbagai kritikan dilemparkan terhadap kepimpinan UMNO. terdetik dihati, apakah Tun tersalah langkah memilih pengganti beliau. barangkali ya! tapi kita harus sentiasa ingat dan simpan dalam kotak fikiran kita bahawa Tun adalah ciptaan tuhan yang amat tinggi daya fikir dan daya perjuangan. tidak mungkin Tun tersalah langkah, tersilap memilih pengganti beliau...kenapa?
sedar atau tidak , pada pilihanraya ke 11 pada tahun 2004, PAK LAH membawa kemenangan besar bagi BARISAN NASIONAL dan UMNO khususnya.... ini membuktikan Tun tidak tersilap langkah, namun mungkin benar kata Tun ada perjanjian lisan antara beliau dan Pak Lah agar kepimpinan perdana menteri ke-5 ini hanya boleh diadakan selama sepenggal.. keingkaran dan keterlanjuran melanggar 'daulat' Tun barangkali membawa sumpahan terhadap UMNO dan Barisan Nasional dalam menghadapi pilihanraya yang ke-12 pula...
ramai yang bersiul sumbang berkata Tun seharusnya 'diam' bila tidak lagi memegang tampuk pemerintahan negara.. bagi saya, sejujurnya, pihak ini kurang deria mendengar, kalau tak kurang pun saja2 nak buat kurang sebab cepat pedih mendengar kritikan...bayangkan satu situasi dimana ibu atau bapa menasihat anak yang dilahir dan dibesarkan selama lebih 25 tahun membesarkannya dengan penuh kasih dan sayang.. apakah kita akan minta ibu atau bapa kita untuk 'diam'? tidak bukan?? maka kenapa harus kita sengaja mahu menutup telinga bilamana bapa kita sedang menegur kita?
bukan hendak menyalahkan Pak Lah semata2.. tetapi persoalan yang timbul adalah kenapa nak tutup telinga dan butakan mata dan merasa diri hebat..walhal kita sedang dikritik disana sini... terang2an salah dan silap yang dilakukan terbogel, tetapi masih ditutup dengan telapak tangan yang tak sebesar mana...
ditutup2.. disorok2... tidak kena juga bila segalanya mula ternampak dan terbonjol....kini, kita dapat lihat..setiap seorang dari kita yang dahulunya tidak mengambil tahu atau 'malas' berfikir tentang politik sudah terjun sama memberi reaksi betapa kita peka terhadap kepentingan politik bila ianya menyentuh isu peribadi dan sesebuah komuniti...
tersentuh dan tergamam bila terbaca di blog CHEDET... beliau menyatakan beliau tidak dilayan sebagai seorang ahli UMNO..tersingkir dan dipulau..kenapa isu ini boleh ada? sekali lagi.. apakah ini yang mahu kita lakukan pada bapa kita bila bapa kita bersara???
saya sedar saya bukan melayu, dan jika saya melayu saya akan lebih terkilan.. sebenarnya, adalah amat beruntung bagi seorang rakyat Malaysia memiliki seorang pahlawan bernama MAHATHIR....apakah kita akan ada seorang lagi Mahathir dalam sejarah politik Malaysia.. tiada siapa boleh meramal...
saya tidak menolak kepimpinan hari ini, tetapi saya mempersoal sikap dan tindakan yang dikenakan keatas Tun yang membuatkan beliau malas atau malu untuk terus kekal dalam UMNO..
apa yang pasti, tindakan Tun keluar UMNO bukan hanya menjejaskan UMNO.. ia bakal menjejaskan BARISAN NASIONAL.. kerana hakikatnya, keluar UMNO bermakna keluar BN.. bukan begitu??
bersamalah kita melihat apa yang bakal berlaku dalam insitusi politik kita.. saya percaya, pelbagai warna politik bakal tercorak selepas ini, namun.. persoalannya warna apa yang kita bakal lihat????
RENUNG-RENUNGKAN......
No comments:
Post a Comment