Pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau sudah pun melabuhkan tirainya pada 7 April lalu.
Seperti dalam post terdahulu, dan melalui hebahan media mahupun penyampiaan mulut ke mulut, semua sudah sedia maklum tentang siapkah calon yang berjaya memenangi kerusi tersebut.
Aku tidak mahu mahu bercerita tentang kemenangan itu, sebaliknya post ini adalah bagi menceritakan apa yang aku lalui, rasai, nikmati sepanjang aku berada di Sungai Petani sendiri.
Hari pertama aku tiba di Sungai Petani, tiada apa yang menarik. Biasalah, kerana baru sampai, aktiviti lebih tertumpu kepada aktiviti mengemas semua pakaian dan barangan peribadi serta menempatkannya di kedudukan yang diingini.
Hari kedua adalah hari dimana segalanya bermula. Hari inilah kami—aku dan En.Din bergerak awal ke Pusat Penamaan Calon di SMKT 1 Sungai Petani.
Ketibaan awal tiada gunanya kerana kami tiada pas yang dikeluarkan kepada media sempena pilihanraya. Dan ketika itulah aku dapat tahu bahawa, Abang Khalil, Stringer kami ada pas itu, yang sebenarnya milik kami—tunggu masa nak serah lah ceritanya ni..
Tunggu punya tunggu, aku terserempak dengan seorang cameraman ni yang memakai tag Bernama TV dengan Vestnya sekali. Dia perasan aku dan kami bertegur.. owh, rupanya dia adalah staf stringer kami. Abang Fauzi namanya.
Dan Abang Khalil, stringer kami sampai. Dan sampainya beliau, terus saja aku ambil pas, masukkan gambar dan meluru masuk ke dalam kawasan sekolah tempat penamaan calon diadakan. Kiranya aku on time jugaklah tapi kami gagal untuk mendapatkan visual ramai calon bebas yang sudah masuk seawal 7.30 pagi.
Disitulah aku bertemu dengan sekumpulan rakan-rakan wartawan dari semua media yang laizmnya kita dengar namanya. Aku pun bertegur sapalah dengan semua yang ada disitu. Ramai juga kalangan staf/wartawan dari biro utara yang ditempatkan untuk pilihanraya kecil ini.
Penamaan calon dimulakan seawal 9 pagi, dan waktu penamaan calon ditutup tepat 10 pagi. Sejam lagi diperuntukkan untuk mereka-mereka yang ingin membuat bantahan mengemukan bantahan mereka. Sebanyak 9 bantahan diterima.
Ketika itu, sudah ada 15 orang yang dicalonkan. Kami berdebar-debar mahu tahu siapa yang bakal tersingkir di pusingan pemilihan dari ‘AF’ versi Bukit Selambau ini.
Penantian kami terjawab. Pegawai Pengurus Pilihanraya mengumumkan kesemua 15 Calon layak untuk bertanding.
Dan mereka ini ialah—
01. R. Loganathan - BEBAS
02. Tan Hock Huat - BEBAS
03. Mohd Radhi Mat Lazim - BEBAS
04. S.Manikumar - PKR
05. Mohd Fadzli Wahab - BEBAS
06. Abdul Rahim Abu - BEBAS
07. L. Sarala - BEBAS
08. Datuk S. Ganesan - BN
09. A.Jayagopal - BEBAS
10. S. Moganakumar - BEBAS
11. Khamis Awang - BEBAS
12. Husaini Yaacob - BEBAS
13. Venason Michael - BEBAS
14. Mejar (B) Anuar Abdul Hamid - BEBAS
15. T. Chandrarajan - BEBAS
Kalangan wartawan sudah mula kecoh.."Ramainya, tak ada yang tersingkir pulak tu!".
Masing-maisng mula giat mendapatkan nombor telefon calon-calon bebas yang ramai itu. Buat pertama kalinya dalam sejarah politik, sejarah pilihanraya khususnya, calon seramai 15 orang akan bertarung!
Pertarungan yang bukan mudah bagi kami andai ‘penyudah’ sebenarnya.
Ramai dikalangan calon bebas adalah bekas anggota PKR yang kecewa dengan pemilihan calonnya, S.Manikumar mengambil tindakan mencabar pilihan parti itu.
Tidak kurang juga, ada yang bertanding kerana mahu mempertahankan hak idolanya, Tun Dr.Mahathir Mohamad, dan calon ini adalah bekas ahli UMNO.
Tidak kurang, ada yang bertanding kerana mahu memberikan khidmat mereka kepada rakyat tanpa bergantung kepada mana-mana parti politik.
Dan hari-hari seterusnya adalah hari kempen!
Perlu saya akui, kempen di PRK DUN Bukit Selambau paling meriah dengan pelbagai poster dan kain rentang serta gimik yang dilakukan.
Dan sebut tentang DUN Bukit Selambau, sebenarnya Bukit Selambau hanyalah pekan kecil—dalam istilah biasa, kita akan gelar pekan cowboy. Tiada banyak aktiviti kempen disana, kempen banyak tertumpu di kawasan Sungai Petani, kawasan di bawah DUN Bukit Selambau.
Seperti yang selalu aku ungkapkan, setiap sesuatu yang berlaku, datang dengan hikmahnya. Dan pilihanraya kecil di Bukit Selambau menampakkan segala yang cacat dan cela di kawasan itu.
Yang aku pelik, kawasan kampung dan estet disitu masih daif, dengan pelabagai bentuk pembangunan yang dikecapi mereka-mereka yang berada di kawasan Sungai Petani ‘tidak sampai’ kepada kalangan penduduk di kawasan itu.
Sekaligus membuatkan aku memikir kembali, apakah pembangunan yang dicanang Barisan Nasional belum mampu disampaikan kepada kalangan penduduk di kawasan itu.
Baik, mahu menyalahkan Barisan Nasional, memang dah ternyata salahnya banyak. Namun, mahu tak mahu, penilaian waras aku membawa aku meikir semula apa peranan yang telah dimainkan oleh bekas ADUN PKRnya, V.Arumugam. I afraid not much.. dan akhirnya melarikan diri.
Dan, kemeriahan kempen Barisan Nasional sampai kepenghujungnya, apabila menurunkan ‘pejuangnya’ yang menjadi Perdana Menteri untuk 22 tahun, Tun Dr.Mahathir Mohamad.
Hebatnya kuasa Tun, ramai yang hadir memberikan rasa hormat dan melahirkan rasa gembira diatas kehadiran beliau.
Katalah apa pun, Tun tetap mempunyai AURA yang tersendiri, dan digeruni.
Akhir sekali, pilihanraya pun berlangsung, dan PKR menang.
Aku rasa macam nak gelak guling-guling bila dapat tahu PKR yang meletakkan Manikumar menang!
Kenapa?
Biar aku saja yang tahu…
Dan tanggapan yang aku dapat buat ketika ini adalah, Barisan Nasional perlu bekerja keras untuk memperbaiki semula semua kelemahan yang ada. Kalau mereka masih mengekalkan rentak lama, maka, aka tersungkurlah mereka menjelang PRU13.
Dan Pakatan Rakyat perlu sentiasa menjaga adab, tidak angkuh dengan kemenangan yang dicapai kerana, politik boleh menaikkan dan menjatuhkan. Sentiasa bersedia dengan apa juga perubahan yang mungkin berlaku, dan teruskan berkhidmat kepada rakyat jika mahukan sokongan rakyat menjelang PRU13 nanti.
No comments:
Post a Comment