Tetapi sebagai menyerikan laman ini, dan sekaligus tidak mahu sekadar ada blog untuk bermegah tanpa cerita, aku muatkan kepingan gambar di alam maya ini, untuk memberikan rumusan tentang perjalanan hidup aku.
:)
Gambar ini dirakam di Pavilion. Ini kali kedua aku menjejakkan kaki aku ke pusat membeli belah ber'profil' tinggi ini. Pertama kali ketika ingin bertemu Sarah, setelah setahun 'berpisah'. Dan, kali ini, kali kedua, atas ajakan Rizal Alfie dan Phir.
Gambar ini dirakam ketika mengadakan lawatan bersama Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) Selangor. Ini adalah kolam ikan Talapia milik anak syarikat kerajaan negeri Selangor, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS). Malangnya, meskipun diberikan nama 'kemajuan', perbadanan ini tidak mampu memajukan perniagaan ini yang diswastakan. Inisiatif baru diambil, dengan Pengurus Besar PKPS ditukar. Apakah mampu memberikan kesan sebalinya selepas ini?
Gambar dirakam ketika berkunjung ke Majlis sambutan Minggu Sekateri. Aku mewakili BTV, sebagai 'jemputan' majlis ini. Ini kerana BTV adalah penyiar rasmi bagi majlis ini yang dianjurkan Hotel Istana bersama Lord's Tailor. Terima Kasih Lord's Tailor!
Gambar yang dirakam ketika berkunjung ke 30 buah kuil di seluruh Wilayah Persekutuan bersama Timbalan Menterinya, Datuk M.Saravanan. Banyak masalah rupanya kuil-kuil di WP. Banyak yang ditinggalkan dan terbiar, namun, tidak boleh sewenang-wenangnya dirobohkan DBKL. Ini kerana, ianya adalah isu sensatif dan bagi kerajaan, isu tersebut dikhuatiri akan dipolitikkan. :)
Proton Exora. Sangat menarik. Harga berpatutan. CEOnya, Dato Syed Zainal berkata, keluaran MPV pertamanya ini adalah 100% kerja tangan rakyat tempatan. Jadi, apalah salahnya kita sokong keluaran tempatan, terutamanya yang kaya raya tu. Sokong produk buatan Malaysia.
Bunga yang aku dapat dari Pertubuhan Wanita India Malaysia (MAIMA). Sangat cantik. jadi sayang nak buang, aku gubah semula bila ianya kering, dan tempatkan di tepi monitor komputerku. Thanks MAIMA!
Gambar ini dirakam ketika aku berkunjung ke Sayap baru Insitut Jantung Negara (IJN). Kami diberitahu perkembangan terkini mengenainya. Dan, gambar ini sengaja diambil sebagai koleksi. Hiasannya menggunakan kaca yang perbagai warna dan sangat cantik....
Sekian catatan buat masa ini. Akan aku titipkan lagi coretan jika ada idea dan mood.
Jika tiada mood pada masa yang tepat, atau madah yang hendah dibentang, maka, akan ada lagi gambar yang memberikan cerita.
No comments:
Post a Comment