Memandangkan aku punya banyak masa untuk ber'blog' hari ini... wajar rasanya aku memikir kembali untung nasib insitut yang aku timba ilmu selama hampir 3 tahun ini...
Aku sudah lebih 1 bulan menjadi staf latihan industri (sedang bergembira dengannya), aku masih menerima segala macam masalah yang sedang dihadapi kalangan pelajar MIIM.
Barangkali, pengurusan masih belum cukup cekap untuk mengikut telunjuk CE baru..mungkin..atau mungkinkah kerana terlalu mengikut telunjuk CE itu.. pun mungkin.
Kerana..aku pernah diberitahu oleh CE itu sendiri..pergerakan MIIM terpulang kepada cepat@tidak staf insitut tersebut mengikut kata dan gerak CE barunya..atau CE baru itu sedang melangkah dengan perlahan mengikut rentak staf beliau yang rata-rata orang baru?
Apapun yang sedang berlaku, cepat @ lambat pergerakan pengurusan tidak kira CE atau staf, tetapi janganlah sampai cerita lama berulang...
Masih banyak kelemahan dalam pengurusan.
Jika ada kalangan pengurusan yang tergerak membaca post saya ini, nasihat saya..tolong jangan berlagak seperti anda tahu segalanya..dan tolong jangan ubah semua aturan dahulu untuk kesenangan anda...
Sejujurnya aku sudah tidak terdaya untuk memberi input atau teguran kepada pihak pengurusan kerana rata-rata sudah memikirkan diri mereka terlalu bijak untuk menerima teguran seorang yang bernama pelajar mungkin....
Tapi, jika aku diperlukan untuk menuntut keadilan, akan aku pertahankan hak yang sepatutnya dimiliki oleh kami kalangan pelajar.
No comments:
Post a Comment