Ya..debat lagi.. kali ini Lim guan Eng bertemu mantan pemilik jawatannya kini, Tan Sri Koh Tsu Koon.
Isu?
Kurang perhatian kerajaan dahulu (BN) terhadap isu penyelewangan isu tanah lebih 40 juta Ringgit...
Menarik, terutamanya angka itu menjadi isu.. malah apa yang lebih menarik..isu ini membawa 2 orang tokoh politik yang terkenal.
Mungkin aku boleh rumuskan apa yang dibincangkan dari kaca mata seorang yang bukan penduduk tanah Pulau Pinang dan orang awam.....
Apa yang jelas dapat aku lihat adalah kurangnya fakta2 penting disampaikan kalangan dua orang tokoh terkenal ini.
Aku merasakan apa yang sedang dibincangkan dua orang ini adalah omongan kosong yang sedang cuba memperthankan diri tanpa menyampaikan dengan tepat apakah permasalahan dan akibatnya penyelesainnya tidak dapat dicapai.
Ya, mungkin ada yang berkata bahawa 1 jan yang diperuntukkan tidak cukup untuk menceritakan segala perkara yang berada didalam kotak fikiran.. namun, rakyat diluar sana mahu tahu, apakah yang sebenarnya sedang cuba dipaparkan oleh barisan kepimpianan Pulau Pinang ketika ini tentang kesalahan lalu kerajaan sebelumnya...?
sebagai seorang yang tidak mempunyai pendekatan politik, apa yang dapat dilihat mata kasar aku, perdebatan tadi tidak memberikan input yang cukup tentang isu yang dibangkitkan sebaliknya kedua pemimpin itu sekadar mengambil pendekatan untuk mempertahankan diri melalui sindirin kosong kepada pihak lawan.
Si Koh menuduh si Lim bersikat seperti pembangkang, Si Lim berkata Koh bawa amalan BN...hurm..
Apa ni???
Terasa seperti membuang masa sahaja menonton debat yang kurang bersemangat itu, juga menyampah melihat tindakan kedua-dua pemimpin itu mengondem dan mengutuk pihak lawan untuk mempromosikan pergerakan masing2...
Rakyat Malaysia..gunakan minda waras anda, lihat kembali input yang cuba disampaikan dengan membuang pegangan politik, dan kemudian barulah dinilai...mungkin baru anda sedar bahawa debat itu sebenarnya tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya bakal mebuka babak baru dalam siri permasalahan ini....
No comments:
Post a Comment