Translate

Total Pageviews

Wednesday, August 20, 2008

MASIH....

Ntah kenapa hari ini aku merasakan bahawa diriku serba tidak kena... memikirkan keadaan diriku yang kini sering cuba menafikan segala perasaan dan kenyataan yang sedang dilalui.

Aku dipaksa melepaskan cinta yang aku junjung selama lebih 1 tahun 6 bulan yang merupakan cinta pertamaku. sakit.. sangat sakit.. tapi apakan daya..itu yang diminta dan itu juga yang aku beri.. sudah itu kemahuannya dan diminta berkali-kali .

Sebagai seorang manusia biasa aku tidak mahu menipu diriku dan menghampakan keinginan bekas pemilik cintaku.. mungkin membiarkan dia pergi adalah cara terbaik.

Tapi malam ini, detik 12 malam..lahirnya hari esok, hari lahir pemilik cintaku dulu itu.

Aku telah merancang pelbagai kejutan sempena hari lahirnya..tapi semuanya hanya kenangan yang perlu aku lepaskan pegi bersamanya.. tapi mana mungkin.

Mengikut apa yang dicerita padaku sebelum 11.08.2008..dia barangkali berada di luar dari jajahan negara ini...mungkin ya..atau mungkin alasan semata2...entahlah.

Aku masih terluka.. luka ini takkan sembuh dalam masa terdekat ini.. aku sedang cuba memaafkan dirinya tapi yang pasti, aku mungkin akan memaafkan..tetapi melupakan? Rasanya mungkin tidak....

Hadiah pilihannya telah aku berikan bersama ucapan mendahului hari esok kerana aku putuskan segala hubungan dengannya...mahu membiarkan kenangan itu berlalu pergi tapi sakitnya yang masih terasa menahan kenangan itu sehingga hari ini...

Apa pun, biar tuhan sahaja yang menjadi hakim cerita cinta kami. aku redha..akan aku terima segala hikmah dari kekalahan cintaku ini.

No comments: