Translate

Total Pageviews

Tuesday, November 11, 2008

INDAHNYA ALAM PEKERJAAN

Barangkali ramai diluar sana masih berkata bahawa alam persekolahan dan zaman kita sedang belajar di mana-mana IPT adalah zaman yang tidak mungkin dapat dibuang dari kotak fikiran kita. YA, saya amat setuju dengan kenyataan itu. Sangat-sangat setuju.. tetapi bila aku sudah melangkah ke alam pekerjaan yang sedang aku nanti-nantikan selama ini, bagaikan bulan jatuh ke riba.
Tidak pernah aku bermimpi secepat ini aku akan berjaya melangkah ke alam pekerjaan. Malah, memperoleh pekerjaan di insitusi yang aku inginkan bukanlah satu mimpi lagi. Kini aku sudah menjadi seorang staf di BERNAMA TV.
BERNAMA TV.. mana mungkin aku dapat menolak. Rakan setugas yang kepalanya sama pusing.. editor yang memahami tugas wartawan..bahagian produksi yang sentiasa memberikan tunjuk ajar.. semuanya menggamit hatiku untuk meneruskan tugasku di sana.
Mungkin ramai yang akan berkata aku ini bodoh @ tidak pandai hidup jika aku nyatakan bahwa aku sepatah pun tidak menanyakan soal gaji kepada Puan Zahariah, Pengurus Sumber Manusia yang menerima aku bekerja.
Walau apa pun pandangan manusia lain, ini tetap pendirian aku. Aku bukan mencari wang ketika ini.. aku mencari pengalaman.. dan aku perlukan pekerjaan bagi mengurangkan beban yang ibuku sedang tanggung--AKU--. Soal duit, soal gaji.. dirasakan berpatutan dengan kerja yang aku lakukan... aku dengan cukup gembira menerima jumlah yang dihulurkan.
Apa pun, aku sangat-sangat bahagia ketika ini.. tiada lagi gundah di hati.. tiada lagi rungsing. Aku sangat-sangat mensyukuri nikmat yang aku peroleh ketika ini.
Benar sangkaanku selama ini, setiap kejadian yang berlaku ada hikmahnya. terima dengan hati yang terbuka, segalanya akan berakhir dengan berita gembira.. and as for me.. im happy with everything in my life... :)

2 comments:

Abby said...

huhu...seperti ku kata and duga..
trainee kat Bernama, mmg mudah diambil bekerja..
tidakkah anda berasa beruntung kumar?hehe..
pasti rakan2 lain and anak2 hayam ku sekalian jeles melihatkan kamu...;-)
hehehe

Teruterubozu Anamae said...

tahniah kumaran...
aku pon sudah dpata posting.
SMK Bagan Serai...dengan pengetuanya adalah Pn Hajjah Salmah.