Translate
Total Pageviews
Thursday, November 20, 2008
JELAJAH ASIMO KE JOHOR
Tahukah anda apa itu ASIMO?
ASIMO adalah singkatan bagi nama robot yang nama panjangnya, Advanced Step in Innovative MObilty.. Robot yang dihasilkan HONDA ini selepas 22 tahun kajian dijalankan, berketinggian 1.3 meter dan seberat 54 kg sahaja..
Hebat? Jika anda merasakan itu sudah hebat.. bagaimana kalau aku tambah fakta bahawa ASIMO juga berkeupayaaan untuk berjalan pada kelajuan 2.7 kilometer sejam dan berlari pada kelajuan 6 kilometer sejam.. dan menambahkan kehebatan, ASIMO boleh menukar kelajuan dan arah pergerakan dengan agak cepat.
Eh! bukan itu saja.. ASIMO juga berkebolehan untuk menari.. Itu serba sedikit tentang ASIMO... biar aku ceritakan serba sedikit pengalaman aku sepanjang hampir empat hari mengikut ASIMO ke siri jelajahnya ke Johor. Pada hari pertama, aku bersama cameraman-IZ dan PR Boss aku-ABG ANAS tiba di Pulai Spring Resort..waktu sudahpun menunjukkan pukul 1 pagi..so, logiknya..kami masuk tidur.
Hari kedua merupakan detik pertama aku bertemu dengan makhluk ciptaan manusia ini yang hampir 100% menyerupai manusia yang menyandang beg.. sekali pandang seperti kanak-kanak yang mengimpikan untuk menjadi ' Superhero'...COMEL!!! Aku terkesima melihat kepetahannya berkata-kata serta kebijaksanaannya berinteraksi.. juga bertutur dalam Bahasa Melayu.. menarik.. sangat menarik.. meskipun aku tahu bahawa apa jua yang dilakukan ASIMO sudah diprogramkan.. tapi minda tidak rasinonal aku tidak mahu menerima hakikat itu.. aku begitu teruja...
Bukan hanya aku sahaja yang teruja.. hampir 2000 orang yang hadir di Universiti Teknologi Malaysia yang merupakan destinasi pertama jelajah Johor juga cukup teruja.. bagaimana aku begitu pasti? Aku boleh kerat jari sebagai tanpa keyakinan aku...mana tidaknya.. sebaik si comel ASIMO muncul dari sebalik tirai hitam.. semua yang hadir di dewan itu meluru menuju kearah pentas untuk merakamkan gambarnya.. meriah.. cukup meriah... Aku bagaimanapun tidak begitu teruja untuk mengambil gambar ASIMO kerana aku sudahpun merancang untuk membuat standupper bersama-sama ASIMO.. :)
Di kesempatan itu, aku cuba untuk mencari peluang membuat laporan khas perkembangan pendidikan mekatronik-robotik yang sedang diusahakan pihak UTM.. - alang-alang ada 'story', aku cuba memanfaatkan 'trip' aku ke Johor. Kemudian, destinasinya adalah JB.. di City Square.. sambutannya sama meriah.. tetapi istimewanya di City Square.. ASIMO diprogramkan untuk menari untuk lagu ' Rasa sayang'.. lagu tradisinal melayu..
Keterujaan aku terhadap ASIMO cukup membuak-buak.. diikutkan hati.. kalau ada duit berjuta di bank.. akan aku beli sebuah ASIMO dan jadikannya teman bersembang, bergurau atau sekurang-kurangnya teman penhibur dengan dengan gerak tari 'robot'nya.. Istimewanya di JB ini, aku berjaya mendapat apa yang aku inginkan.. bukan membawa pulang ASIMO, tetapi melakukan standupper bersama dengan ASIMO. Impian aku dijadikan kenyataan oleh kumpulan Honda dengan bantuan PR abang Anas.. thanks Abang Anas.. hanya dengan sekali 'take'.. tapi sebagai KIV, dua 'take' lain diambil, aku berjaya melakukan standupper tersebut (tapi yang pertama jugalah yang terbaik) .. yang penting..ASIMO turut serta membuat standupper bersama aku.. Mungkin peluang sekali seumur hidup...
Satu lagi perkara yang barangkali berlaku sekali dalam seumur hidup adalah apabila membuat standupper yang boleh didengar seluruh pusat membeli belah.. puncanya..? puncanya ASIMO diprogramkan memberikan respon mengikut perkataan yang dituturkan manusia iaitu aku.. dan sebuah microfon perlu digunakan bagi tujuan tersebut.. yang mana microfon tersebut juga dihubungkan dengan sistem pembesar suara yang boleh didengar satu pusat mebeli belah tersebut... Terasa seperti seorang 'bintang' ketika itu... entah berapa ramai yang sudah merakam gambar aku.. yang aku pasti hanya limphan cahaya lampu kamera dari pelbagai sudut..hahaha.. popular sekejap kata orang.. ketika aku sedang menaip ni, ianya baru hari pertama siri jelajah ini di JB.. jika ada sebarang cerita menarik tentang jelajah ini atau ASIMO lagi, akan aku titipkan agar anda yang kini sudah teruja dengan cerita saya terus teruja.... :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment