Pada hari ke -11 aku bekerja di BERNAMA TV, hari Sabtu..kekurangan berita menjadikan ruang pejabat agak lesu tanpa 'kekecohan' menyiapkan berita seperti selalu. Dalam kelesuan itu, ada tersembunyi sebuah motivasi bagi diri aku.
Jika selama ini aku hanya ber'hello' 'hai' dengan Puan Durga yang bertugas di meja Bahasa Inggeris.. tapi pada tarikh dan hari itulah kelesuan tanpa berita membawa beliau berjalan kepada aku. bermula dengan bual-bual kosong bertanya tentang latar hidup, keluarga dan bala bla... beliau mula bercerita tentang diri beliau.
Rupa-rupanya beliau sudahpun sebaya dengan ibuku.. ha???? Biar betul.. kalau dilihat kepada penampilan beliau..nah..tidak mungkin anda percaya jika saya sebutkan umur beliau.. nampak jauh lebih muda dari yang dijangkakan. Melihat kepada umur yang dinyatakan.. aku mula memikirkan tentang selama mana mungkin beliau sudah bekerja di dalam dunia media ini.. soalan aku membawa kepada jawapan yang boleh menyebabkan aku 'jatuh rahang' dek terkejut... 31 tahun... MAK OIII.. Lama tue................................
Dengan usia bekerja yang begitu lama didalam dunia media, aku mula bertanyakan lebih lanjut tentang pengalaman beliau.. baru aku tahu.. beliau betapak dalam dunia media di BERNAMA dan pada usia 31 tahun pengalaman di dunia media, beliau masih di BERNAMA......
Aku menjadi benar-benar teruja dengan cerita pengalaman beliau dalam bidang kerja.. apa yang paling penting, banyak pesanan berguna yang beliau sematkan kepada aku. Mungkin bagi kalangan pendengar lain ianya membosankan tapi bagi aku, ianyua amat2 releven dengan keadaan diriku yang masih bertatih dalam dunia media ini.
Antara pesanan yang disematkan adalah tentang bagaimana kita harus hormat kepada wartawan dan pekerja yang lebih senior tidak kira apa jua tugasan mereka dalam bidang ini..kerana setiap seorang punya pengaruh yang tersendiri. Sentiasa mengambil tahu apa yang dikehendaki editor tugasan dan tidak berat tulang membantu pihak penerbitan jika bantuan diperlukan meskipun ianya diluar bidang tugas yang perlu dilakukan.
Apa yang paling penting adalah nasihat beliau bahawa walau apa jua permasalahan yang hadir, hadapi dengan tenang kerana dunia pekerjaan penuh dengan pelbagai cabaran.
Diharap aku dapat mengingati dan menggunapakai segala nasihat yang dicurahkan dan aku sangat-sangat menghargai masa yang diperuntukkan beliau untuk menasihati 'bayi' dalam dunia media ini...
:)
No comments:
Post a Comment