Translate

Total Pageviews

Sunday, January 4, 2009

30 DISEMBER 2008
















Ha... inilah dia cendol yang aku habiskan dalam masa kurang 10 minit.. sedapnya.. tuhan saja yang tahu sebab masa tuh.. aku sedang sangat dahaga dan kebulur.. so, its in a package lah kan...

Ini aku tengah meneroka alam bergambar sementara rakan-rakan yang lain sibuk berdiskusi


Ida yang macam first time datang KLCC--gayanya lah..semata2 nak gambarnya dirakam!


Inilah saudara Zul nya... perkenalkan....


Ini aku dah tak tahu kena sindrom apa... sabar jer lah....






This Is Eddy... :D sengal towl gambar ni kan?

Kami Berempat!

Ak, Zul dan Ida...

Selepas Zul pulang

Ida sempat mencuba-cuba kasut...perempuan lah katakan...

Seronolk dapat jumpa kasut ikut saiz kaki dia...

Pada tarikh itu, kebetulan semua anggota ZEKTI's mempunyai ruang untuk memberikan masa untuk saling berjumpa.


Pada aku, perjumpaan ini ada bezanya kerana 'diva' antara kami, Zul akhirnya berjaya memboloskan diri dari rutin hariannya yang agak sibuk untuk menjenguk dan meluangkan masa dengan kami.


Tak dapat di nafikan, aku rindu juga padanya, dan boleh dikatakan bukan hanya aku, malah semua kami.



Masakan tidak, dulu sama-sama ke kolej, sama-sama membuat tugasan.



Cuma Zul orangnya kurang membuang masa seperti kami yang lain dengan melepak di Carefour atau mana-mana kawasan lain kerana sering mempunyai komitmen lain.



OK.. back to the date...



Meskipun Zul berjaya mengambil peluang untuk bertemu kami, nak jadikan cerita, si tasha pulak tak dapat nak join.



Tapi aku tetap gembira, kerana perkhabaran yang hadir adalah dia telah berjaya menempatkan diri di salah sebuah syarikat penerbitan unggul di Malaysia dengan bernaung di bawah sebuah majalah popular-REMAJA terbitan Karangkraf!



Nah..



Takkan aku sedih pulak kan..



Jadi, tanpa Tasha, kami ke KLCC.



Ida lambat, jadi aku dan Eddy pekena dulu cendol.. nyam2!!!



Dah habis makan, punyalah lama baru si kecil tuh sampai.



Yang si Zul pulak memang dah awal2 memberitahu akan lambat.. so tak ralat lah...



Setibanya Zul, banyak yang kami kongsi bersama, kisah sepanjang kami tak berjumpa, kisah kami yang masing-masing sudah berkerja dan kisah disebalik susah senang bergelar siarawan....



Kenangan yang tidak dapat dilupakna apatah lagi menjelang detik2 akhir tahun 2008.



Kini, hanya kenangan terindah dalam hidup aku, yang aku bawa ke tahun 2009.



Tiada lagi masa untuk memikir apa juga perkara negatif yang mampu menghentikan langkahku yang semakin melaju.



Tahun ini, aku telah menanam azam, dan aku percaya ianya tidaklah mustahil...



AKU MAHU MENJADI SEORANG YANG LEBIH BAIK..

1 comment:

Firewabbit said...

aku pun mahu menjadi seorang yg lebih baik, berjaya bukan shj di mata org sekeliling yg penting di mata mama,ayah dan adik2.