Translate

Total Pageviews

Wednesday, January 14, 2009

KEMPEN PILIHANRAYA

Ramai yang tahu, makulum bahawa, pilihanraya tidak ada meriahnya kalau tiada kempen.

Ban kempen di parlimen P036, Kuala Terenganu juga begitu.

Beberapa siri ceramah diadakan, dan aku sempat melangkah ke sebuah ceramah yang menampilkan tokoh2 besar Pakatan Rakyat.

Mungkin ada baiknya aku tidak menyebut nama mereka di sini.

Apa yang jelas, pendekatan pakatan rakyat sangat dekat dengan masyarakat.

Membawa isu2 dengan cukup jelas, satu demi satu, berfakta (walaupun belum pasti betul atau tidak), berjaya disampaikan dengan cukup berkaliber.

Jelas, ciri2 seorang penceramah yang berpengalaman di tampilkan ahli-ahli politik ini.

Namun, dalam hebat, tidak pernah ada manusia yang sempurna.

nampak ketidak seimbangan dalam approch!

Kubu kuat PAS menyaksikan sentimen perkauman wujud.

Secara terang-terangan pakatan menolak undi orang cina.

mungkin kerana satu-satunya DUN yang tidak di menangi PAS adalah DUn majoriti pengundi Cina, maka, keputusan ini diambil.

Ini salah!

walau sekecil mana undi, setiap satu undi membawa makna yang sangat besar.

bayangkan jika PAS kalah dengan majoriti undi-35, misalnya... undi itu mungkin undi dari orang cina yang menyampah dengan kenyataan wakil PAs / Pakatan yang secara terang-terangan menjelaskan tidak mengharapkan undi mereka.

Kenyataan seumpama ini akan melemahkan keyakinan pengundi cina, dan menyokong barisan Nasional atas dasar tidak puas hati.

Ingat, setiap undi berharga dan jangan sesekali menghina undi dan pengundi dengan kenyataan yang sensatif jika mahu menang.

Dalam POST seterusnya, akan aku cuba ulas cara kempen Barisan Nasional pula.


No comments: