Tahun 2009 sungguh cepat berkunjung tiba...tidak terasa kepergian tahun 2008.
Masa sungguh2 cepat berlalu pergi ketika ini.
Bagaikan baru semalam aku di Datarn Merdeka mengira detik-detik ketibaan tahun 2009, kini, hari ini sudah menjangkau hari ke lima bulan Januari.
Dan ketika ini, aku buat pertama kalinya menanam azam.
Azam aku, untuk menjadi Manusia Yang Lebih Baik...Aku mahu mencurahkan jasa, keringat dan apa jua yang termampu kepada sesiapa saja yang memerlukan.
Aku mahu terus berjaya dalam hidup.
Aku mahu bahagiakan ibu aku.
Aku mahu menjadi seorang pekerja yang mampu untuk menjadi kebanggaan insitusi yang memberi kepercayaan kepada aku untuk berkhidmat dengannya.
Sebenarnya, banyak yang aku ingin capai pada tahun ini, tapi semuanya atas landasan untuk memperbaiki diri.
Semalam, aku dipuji lagi atas kebolehan aku untuk melakukan 'live cross'.
Tapi pesanan Mr.Pravin, one of my Assigment Editors sangat membuatkan aku sentiasa ingat beringat..
Ayat dia adalah lebih kurang..."going up too fast can bring you down the same fast".
Dan aku terus nekad... walau apa jua datang pada aku, walau segunung pujian, aku mahu mencari kritikan supaya aku akan mampu untuk memperbaiki diri dan tidak terus hanyut dalam lautan yang mungkin akan melemaskan aku.
SEMOGA TAHUN BARU INI AKAN MEMBAWA SINAR BARU KEPADA AKU...DAN ANDA SEKALIAN!
4 comments:
go go abang kumar!
kumar dearie..may your dreams c0me true..
lintas langsung dari terengganu. hebat bro!
broooo... dah hebat jgn lupa aku. dude... i agree with mr pravin.. going up too fast probably can bring you dwn fast too.
but hey believe me.. i knw you are capable to handle it.
im in the process of going up too. insya allah. :)
dnt forget to read my blog.
Post a Comment