Translate

Total Pageviews

Friday, February 13, 2009

MERINDUI...

Aku membaca bebrapa bait kata-kata masej yang dihantar oleh kalangan rakan-rakanku nun jauh di kampung. Sudah agak lama sebenarnya aku dan rakan-rakanku semasa di zaman persekolahan di SMK Methodist dan SMK Panglima Bukit Gantang berjumpa dan beramah mesra secara bersama beramai-ramai.

Paling akhir aku bertemu sebilangan rakanku adalah pada sambutan hari Deepavali tahun ini. Seperti kebiasaannya kehadiran dua kumpulan rakan, dari sekolah berbeza secara serentak sudah pasti menghalang aku untuk meluangkan cukup masa kepada kedua-dua kumpulan rakanku itu.

Arghhh.. sangat tidak memuaskan pertemuan yang singkat begitu. Apalagi rakan-rakanku dari SMK Methodit punya ramai kawan dari bangsa india dan Deepavali merupakan saat mereka bertemu dengan yang lain juga. Maka, aku kena terima bahawa aku tidak boleh menghakmilikkan mereka.

Dan, dalam ramai-ramai rakan aku, yang paling aku tersentuh adalah Nisa. Nisa sudah seribu kali mengajak aku menjejak resort dan cafe Anisani milik keluarganya di Bukit Tiga Ratus, kawasan riadah yang tidak berapa jauh dari Parit Buntar. Namun masalah yang sangat aku tidak dapat nafi adalah faktor masa. sampai ke hari ini sebenarnya aku tidak menunaikan janji aku selama lebih 2 tahun itu. Ampun Nisa.. ada masa aku akan, apsti hadir ke tapak rezeki anda.

Dan, bagi rakanku di 6 AM , semuanya aku rindui. Ramai yang sudah membawa diri.. menjelajah ke dunia luar parit buntar. Hanya segilintir yang masih setia disitu. Dan mereka inilah yang sebenarnya yang akan sentiasa hadir dikala aku pulang. Terima kasih.

Aku semakin merindui zaman persekolahan dan rakan-rakanku. Kelmarin, seorang yang baru aku kenali mengatakan aku kelihatan seperti berumur 26 tahun. Aku baru sedar bahawa aku nampak lebih matang dari usia aku.. ini tandanya aku perlu terus mencari kemana hala tuju aku dalam hidup ini.

Aku perlu terus mencari dan mencapai kegemilangan yang aku mahukan, dan aku mahu rakan2ku berkongsi kegembiraan ini.

Aku sangat merindui mereka dan aku sangat berharap aku dapat berjumpa, bercerita dan berjenaka dengan setiap seorang dari mereka.

:(

No comments: