Aku adalah makhluk yang sangat susah sebenarnya hendak keluar menonton wayang gambar di panggung...rasa malas sangat hendak membelanjaakan duit, masuk panggung, duduk ramai-ramia tengok cerita dengan ada makhluk yang akan buat macam-macam bunyi, dan aku akan sakit kepala apabila pulang.
Namun, sejak kebelakangan ini-pada bulan ini saja, aku sudah menonton 3 buah filem. Aku tak tahu kenapa ini terjadi, tapi ya, benar, iany7a terjadi. Pertama, mungkin diatas gesaan kawan-kawan aku, aku keluar dari kepongpong itu.
Filem pertama dalam bulan ini adalah Filem Brides War. Filem yang mengisahkan petengkaran dua orang rakan yang kebetulan tarikh perkahwinan mereka jatuh pada tarikh yang sama. Filem yang cukup dengan elemen kekeluargaan, persahabatan dan bagaimana dua orang rakan bertengkar dan kemudian bersatu semula.
Sangat menarik--aku tonton atas jemputan kawan aku, Eddy.
Pada hari yang sama, aku menonton Filem Pink Panther 2. AKu ingatkan Pink Panther akan muncul secera kerap, tapi aku tadak tahu yang ianya cerita yang melibatkan hanya watak manusia. Bodos! hahaha.. tapi aku sangat gembira menonton Filem itu yang ternyata lucu, lawak.. apatah lagi kemunculan Aishwarya Rai sebagai watak jahat. sesuatu yang tidak aku duga sebenarnya.
Dan yang terbaru, Filem tempatan, Upin & Ipin, pengembaraan geng bermula. Menarik. Aku sangat teruja untuk menonton wayang ini, dan akhirnya aku berjaya mencapai hasrat hati ku itu.. huhu..
Watak upin ipin yang ditambah dengan kehadiran kesemua rakan-rakan baru dalam satu siri pengembaraan yang sangat baru dan menarik memberikan kelainan dan kelebihan yang tidak terkata.
Penuh dengan fantasi dan dunia realiti kanak-kanak.. sesuatu yang tidak pernah aku gambarkan mampu dilakukan talent dari Malaysia.
So, aku berani kerap jari bahawa selepas ini, upin dan ipin mampu dijadikan sekual dan akan terus mengambit tontonan tidak kira, golongan atau bangsa penonton, apatah lagi dengan penampilan watak pelbagai bangsa dan pengunaan bahasa yang pelbagai mengikut kaum.
Tahniah Les Copaque!
No comments:
Post a Comment