Translate

Total Pageviews

Thursday, February 12, 2009

SEJAK KEBELAKANGAN INI

Sejak kebelakangan ini, aku semakin sibuk dengan kehidupan aku. Entah kenapa, ada saja perkara yang aku hendak lakukan. Jika dulu, aku ada saja alasan cuti aku banyak terbuang dengan aktiviti dirumah, tapi sekarang ini, aku sudah bijak merancang cuti aku.

Aku sudah tahu menguruskan waktu, dengan mengambil tahu bila aku akan bercuti dan aku merancang awal. Dulu, semasa aku mula-mula kerja, aku masih belum begitu faham cara kerja, jadual dan penjadualan kerja.

Memasuki bulan ketiga bekerja, semuanya sedang berjalan lancar, dan aku sudah punya masa untuk keluar setiap kali cuti bersama kawan. Tapi mungkin aktiviti itu juga akan berkurangan selepas ini kerana peneman kala cuti yang paling kerap, EDdy sudah pun mendapat tawaran kerja di sebuah syarikat terkenal, dengan penjawatan di dalam sebuah penerbitan majalah baru. Tempat kerjanya jauh. Maka, tidak ada banyak pilihan selepas ini.

Di tenmpat kerja pula, aku sudah tidak banyak melakukan special report yang memerlukan aku hadir di Office setiap kali cuti untuk melaksanakan tugasan yang terbengkalai. Dan bagi membolehkan masa aku terluang dengan lebih bijak, aku mahu melihat kembali kepada laporan-laporan khas yang boleh disumbang dan seterusnya membolehkan aku mejalankan kerja dengan 'smart'.

Anda ada Idea? tolong salurkan.. hehehe

Dari segi peribadi, aku semakin berisi. Aku banyak ditegur tentang perubahan pada fikizil aku ini. Aku sebenarnya tidak hairan kerana aku mudah kurus.. (Mintak2lah)!

So, sekarang ni, aku budget kalau berat aku melampau 58 kilo, baru aku akan kawal berat badan aku. Kerana kalau melampau jumlah berat yang dinyatakan, banyak masalah dari segi aktiviti harian yang aku dapat rasai. Antaranya seluar semakin ketat.. so, bagi mengelakkan dari terpaksa membeli seluar baru, aku akan ikhtiar untuk menguruskan badan.

Selain itu, amat penting untuk stay at the same weight coz i want to make sure its good for my health. Memandangkan kenaikan berat badan boleh menyumbang kepada kenaikan kadar penyakit...baik aku berhati2.

Selain itu, isu kolej banyak berkunjung tiba. Ramai juga kawan-kawan yang sudah mula bertanya-tanya tentang hari graduasi. Bukan soal majlis gilang gemilang yang menjadi persolan, apa yang dipersolakan adalah status diploma.. yang penting, perlu ada kelulusan dari MQA @ LAN.

Dan sebenar2nya tempoh yang aku tetapkan untuk mendapatkan sebarang maklumat berhubung hari tersebut aku belum peroleh dari pihak MIIM. So, kebarangkalian besar adalah aku akan melangkah ke kolej, dan bersua muka dengan pihak pengurusan untuk mengetahui tarikh tersebut. Well, kita tengok apa jawapan mereka.

Rakan2.. tunggu saja makluman berhubung isu tersebut ya! Sabar... saya akan tolong yang termampu (bagi yang mahukan pertolongan akulah, yang mana tak nak, aku pun tak heran) hahahaah!!!

No comments: