Hari ini, dalam lebih kurang jam 4.30 petang, aku telah dengan penuh tidak sabar, menyeberang laut melalui Jambatan Pulau Pinang untuk pulang ke kampung halaman, Parit Buntar. Tujuannya adalah satu-untuk bertemu bonda tercinta.
Bukan apa, sebelum pulang ke kota Kuala Lumpur selepas Deepavali, aku telah berjanji akan pulang ke Parit Buntar dan 'bercuti' untuk satu tempoh yang agak panjang berikutan selama aku menuntut ilmu di ibu kota, jarang benar aku dapat meluangkan masa bersama ibuku...
Namun, rezeki kerja datang dahulu..dan kata-kata Mr. Pravin-you can officially join us tommorow-menjadikan aku secara tidak langsung perlu memungkiri janji yang diberikan kepada bonda.
Sebelum bertolak sehinggalah aku sampai di tol Juru, panggilan aku tidak dijawab ibu-memandangkan ibuku tidak menggunakan telefon bimbit, maka sudah tentunya aku menelefon rumahku.. dan bila ibuku tidak menjawab.. aku faham yang beliau tiada di rumah.
Aku sangat merindui masakannya dan sanggup berlapar seharian dengan harapan dapat meminta ibuku masakkan 'rasam'-masakan kegemaran aku. So, aku teruskan usaha menelefon makcik ku yang bekerja dengan bondaku. makcikku katakan bahawa mereka baru habis kerja dan ibuku dalam perjalanan pulang...
Setelah aku mengagak ibuku sudah sampai dirumah, aku menelefon untuk meng'order' makanan. Alih2 ibuku memberitahu bahawa beliau sedang memasakkan makanan yang aku hendak mintak.. kebetulan? Mungkin....
Setibanya dirumah, aku bantu bondaku memasak...then elok nak makan.. ketika itulah segalanya terbongkar..-Bondaku Meluahkan Rasa-
Baru hari ini aku tahu bahawa bondaku merindui aku yang amat.. wah.. pendam ker ego Amma? hehehe...
Abang Heector, cameraman yang ikut aku balik adalah tukang dengar ketika itu..barulah aku tahu bahawa bondaku sudah melihat aku kurang dekat dengannya sejak aku berusia 15 tahun...
Dia mengatakan bahawa sifat aku yang berdikari sejak seawal usia itu seringkali menjauhkan aku dan dia..aku sibuk keluar bekerja setiap kali ada masa menjadikan aku tiada masa dengan beliau.
Namun, ketika itu jugalah aku dapat melihat betapa bondaku bangga dengan diri aku.. dia sangat memahami hasrat anaknya.. faham kehendak anaknya.. faham yang aku akan kembali kepadanya selepas dia lepaskan aku untuk mencari bahagia...
BERTAMBAH2 SAYANG AKU KAT DIA....
3 comments:
aiyo...syahdu plak kumaran dlm post yg 1 ini...
huhuhu...
ingatilah mereka yg anda sayang selagi mereka masih ada di depan mata ;)
bebel bebel macam mana pun ibu kita..
hari-hari dia ingat tentang kita.
bila rindu dia akan masak masakan fav kita.
walaupun hari-hari dia telefon..tak pernah terungkap kata-kata yang dia rindu kat kita.
sebab..dia tak nak kita tahu..
aishhhhh..tu la sifat ibu sebenarnya.
P/S: yuz pindah setiawangsa duk dgn junior. amy dah move out. parents dia dah tau. sekian.:)
syahdu.. *hugs*
Post a Comment