Hari ini aku mengambil peluang bercuti untuk melaksanakan semua tanggungjawab aku yang tidak wajar aku tangguhkan kerana bakal memberi kesusahan pada aku kelak.
PERTAMA--Membuka akaun MAYBANK. Ini memang aku tak puas hati. Aku menapak sejauh lebih 1 kilometer nak ke MAYBANk..bila sampai baru diorang bagitau yang aku perlu ada bil elektrik sebagai bukti aku tinggal di kota metropolitan ini. Adei..kenapa tak bilang awal2 masa aku tanya syarat2 nak buka akaun masa aku ambil borang terlebih dahulu beberapa hari lalu. ..? So, dengan penuh ke'Frust'an.. aku melangkah pulang mencari bil elektrik. JUMPA!!!! then..aku melangkah sejauh 1 kilometer lagi untuk mendaftar akaun baru. Sejujurnya, kerja yang dilakukan cukup cepaat..dan segala urusan aku selesai dalam kurang 30 minit. Hebat kan? so, aku dengan sendirinya menjadi tidak ' kecewa' dengan kejadian diawal cerita meskipun aku penat kerana terpaksa melangkahkan kaki aku sejauh hampi 3-4 kilometer hanya untuk menyelesaikan urusan tersebut.
KEDUA--Membuka akaun KWSP. HA!!! ini aku memang dah jangka akan ada tendang menendang...tak pun tempoh menunggu yang sangggggggaaaaattttt lama. Tapi ternyata jangkaan aku meleset..urusan di KWSP selesai dalam masa kurang 20 minit.. lagi hebat!!!! Dan lebih menyedapkan hati, penyambut tetamunya cukup peramah dan 'helpfull'. Thanks akak!! and tak kurang tukang memasukkan fakta dan data diri aku untuk tujuan buka akaun..pun cekap, cepat dan mesra. So, two thumbs up KWSP.. tidak aku sangka begini bagus khidmat agensi kerajaan sekarang.
KETIGA--Menghantar borang membuat pas media. Ini aku kurang puas hati. Sebabnya..belumpun cukup pukul 1, hampir semua warga kerja tingkat 12 bangunan Sime darby tu dah hilang. Penat menekan punat loceng, muncul seorang pegawai. Pegawai tersebut pun helpfull tapi aku tetap tak puas hati tentang kenapa tak sabar-sabar nak keluar rehat walhal ada lagi 5 minit? Mungkin dah lapar sangat kot. Nasib aku cukup baik sebab ada pegawai seorang tu. dapat jugak aku menghantar borang kepada pegawai tersebut.
So, selesai sudah urusan aku. Secara keseluruhannya..aku berpuas hati dengan mutu kerja bank, dan agensi kerajaan yang semakin baik. Cuma, rasanya perlu ada sekurang-kurangnya seorang pegawai di mana-mana insitusi / agensi kerajaan bagi melayan isu-isu atau keperluan pelanggan ketika waktu rehat. harap jer la.. entah dapat direalisasi atau tak.. tak pasti la kan. :)
3 comments:
yup...aku pon bdgt nak wat kwsp makan masa yg lama dan kene tendang2.
but it took about 10 minutes only...isi borang, tggu giliran, dilayan...setel!
tq to staff d kwsp taiping
hang ni 1st time ke p kementerian penerangan tuh??!
depa begitu la..
Kumar..Kak Murni aka Moon..we met masa Jenny's wedding..I'm actually impressed with your BM..kelas beb..anyway..I'm linking your blog to mine..themoonthestars.blogspot..ok kan? heheh..to comment abt this post..skang generally govt agency dah buck up..mmg banyak improvement from last time..akak teruja semasa pergi Hospital Selayang untuk check up Ilham..dorang skang gila profesional..wpun ada lagi certain agencies yg mcm cipan..tapi tak semua..
Post a Comment