Translate

Total Pageviews

Tuesday, December 23, 2008

CHRISTMAS

Sambutannya tinggal kurang dua hari.

Sudah semestinya kami di Bernama TV sebaik mungkin perlu mendapatkan segala sudut berita yang menggambarkan kemeriahan suasasna sambutannya, apatah lagi.. Malaysia kan negara yang majmuk dengan kepelbagaian bangsa dan agamanya.

Kelmarin-AHAD.. aku sempat menerjah sebuah gereja ditengah-tengah kota Kuala Lumpur. Aku hendak dapatkan ucapan dari kalangan orang yang beragama Kristian. Ya! aku berjaya.. seorang cina dan seorang india..

Apa yang membuatkan aku sedih dan kecewa adalah apabila selepas hampir 30 minit menunggu paderinya, yang ketika itu memberikan ucapan sambutan menjelang Krismas.. aku mendekatinya untuk meminta beliau memberikan ucapan sempena sambutan tersebut.

Aku sangat kecewa bila paderi itu menolak dengan cara yang bagi aku sangat tidak aku sangka. Biar aku tidak huraikan dengan terperinci.. kerana aku risau ia melibatkan sensitiviti.

Namun, aku sangat kecewa kerana aku tidak sangka begitu reaksi dari seorang yang dipanggil 'bapa' oleh setiap orang.

Itu cerita Ahad.. ada sekelumit rasa kecewa.. namun, hari ini aku keluar lagi. Untuk membuat liputan persediaan bagi sambutan ini di Hotel Grand Millenium.

Ini sebuah cerita gembira. Terus terang.. aku lewat hampir 20 minit berikutan keadaan sesak di hadapan Hotel tersebut. Namun, kami disambut dengan senyuman oleh Pengurus Pemasaran dan Komunikasinya, Cik Kalaivani.

Aku--sebagai wartawan, dan Abg Naim dilayan sebaiknya.

Ditegur dengan kata-kata manis dan dimurahkan dengan senyuman oleh setiap seorang pegawai yang diperkenalkan.

Kami dibawa ke setiap Jabatan, berikutan ada pertandingan menghias jabatan diadakan, dan setiap pekerja disitu sangat ramah.

Sesuai dengan bidang kerja dalam dunia perhidmatan.. mereka melayan kami dengan penuh hemah dan kami sangat gembira dengan layanan yang diberi.

Terima Kasih semua...!!

:)

1 comment:

A.C.E said...

waa.. kumar ade blog kah ?