Tajuk post yang bagi aku menarik.
Secara peribadi, aku sangat dekat dengan memimpin lebih dari dipimpin.
Sedari kecil, zaman persekolahan rendah, meningkat remaja dan sehinggalah aku menjejakkan kaki ke IPTS, aku adalah seorang pemimpin dalam pelbagai sudut, pelbagai peringkat dan pelbagai cara.
Jika bukan kerana itu, aku barangkali tidak pernah mendapat jolokan 'gila kuasa' dari kalangan manusia yang sering memusuhi aku.
Barangkali mereka tidak pernah sedar bahawa untuk memimpin adalah satu kerja yang sukar kerana ianya tanggungjawab--tiada kroni, tiada tolak ansur bagi mereka yang jelas melakukan kesalahan.
Aku sangat gembira kerana sering terpilih untuk memimpin tidak kira dalam organisasi kecil atau sekadar kumpulan.
Aku sangat suka dengan keadaan ini.
Kepetahan aku berbahasa melayu menjadi kekuatan aku untuk mendominasi kumpulan yang tidak dipenuhi majoriti bukan melayu terutamanya.
Bukan mudah menjadi pemimpin sebenarnya...
Aku cukup tidak suka dengan kalangan orang bawahan yang sering memberontak memikir dirinya betul, melakukan sesuatu yang sangat tidak bijak dan akhirnya menjadikan diri kita hancur bersama-sama.
Kepimpinan bagi aku adalah satu sifat yang bukan lahir secara sendirinya.
Ia perlu disuntik, disiram, dibaja dan dibelai agar sentiasa segar, difahami dan dihormati.
DAN
Ketika ini aku bukan seorang pemimpin, dan aku sangat bahagia dengan status aku.
KENAPA?
Mungkin ini persoalan yang bermain di fikiran anda, atau mungkin sebaliknya... namun sebagai menjelaskan kenapa perlu saya bahagia sebagai seorang yang dipimpin.
Bukankah menjadi seorang pemimpin lebih mudah.. arahkan saja orang bawahan dan kerja akan selesai!
Itu yang aku sudah mahu elakkan.
TIDAK!
Kini, aku sudah tidak mahu lagi memimpin.. sekurang-kurangnya buat seketika.
Aku ketika ini selesa dipimpin, diminta, diarah, ditunjuk dan dididik oleh kalangan mereka yang memimpin aku ketika ini.
Sebabnya...setelah sekian lama aku sering menjadi antara yang memimpin, kini aku mahu merasa apakah perasaan dipimpin.
Sejujurnya, dalam tempoh hampir 5 bulan aku sudah bekerja ini, aku sangat bahagia dengan kepimpinan aku ketika ini.
Sebabnya, meski dimarah.. aku merasakan itu adalah atas kesalahan yang aku lakukan.
KENAPA?
Kerana ketika aku memimpin dahulu, tidak pernah timbul isu memarahi, menegur dan apa saja dengan tujuan sengaja.
Aku lakukannya bersebab dan aku percaya kalangan pemimpin aku di pejabatku melakukan perkara yang sama.
Mereka arif tentang apa yang mereka lakukan.
Jadi bilaman kita mempunyai kelemahan, kita wajar ditegur dan aku mahu sering ditegur setiap kali aku lalai dalam menjalankan amanah yang diberikan.
Jadi, secara tidak langsung, membuatkan aku gembira untuk terus dipimpin, sekurang-kurangnya untuk tempoh setahun dua ini...
Apa motifnya post ini?
Apa gunanya pada pembaca?
Jawapannya--dipimpin juga adalah satu nikmat. Jadi manfaatkan nikmat itu sebagai panduan untuk menjadi pemimpin bila peluang bergolek tiba.
:)
No comments:
Post a Comment