Translate

Total Pageviews

Wednesday, December 10, 2008

EEEEEIIIIIII GELINYA!!!!!

Hahahahahaha....

Apa matlamatnya aku nak geli kan?

Dalam pada aku kat Bukit Antarabangsa tuh, banyak sebenarnya perkara yang aku nampak... bukan hanya mengelikan dari segi tidak selesa tapi juga mengelikan hati nak buat aku ketawa.

Aku ceritalah dulu apa yang membuatkan aku geli pasal tak selesa..

Alkisahnya, aku dengan selamba badaknya sedang bersantai-santai di sekitar pusat operasi di Bukit Antarabangsa tuh, tetiba lalu lah pasangan yang aku kira masih pasangan kekasih.. dari gaya dan caranya memang belum kawin sangatlah.. yerlah.. nampak sangat muda remaja... dengan selamba badaknya boleh berjalan berpegangan tangan didepan Pak2 aji kat situ.. eh!! kalau ko tuh tak senonoh dari segi pakaian tak per jugak.. nie bertudung..pastu nak2 berjalan berpeluk2, kepala dah menyendeng2...apa motifnya ntah? Nak tunjuk hang sorang jer ada pasangan..? Hak Hak Hak.. kalau lagak korang tuh digemari orang tak per jugak.. ni dah lah HARAM.. buat pulak depan orang ramai.. dosa tak dosa LU PIKIR LAH SENDIRI... hahahahaha.

K!

Ni pulak yang mengelikan hati aku lah.. yang aku dapat lihat dengan mata kepala aku sendiri lagak orang-orang yang sedang bekerja keraslah kononnya di sekitar pusat operasi itu..memang aku tak dapat nafikan bahawa masing-masing sebenarnya datang ke situ dengan bermacam-macam agenda.

Kalau tak pasal duit, pasal perhatian, kalau tak pasal perhatian, pasal pangkat, kalau tak pasal pangkat pasal pemahaman politik.. sikit sangat yang datang dengan niat nak membantu betul-betul.

Tadi, ada satu insiden yang bagi kaca mata aku agak bodoh jugaklah.. tapi nak buat macam mana..kalau dah taksub, tak boleh nak buat apalah kan...

Ni kes fahaman politik... ada seorang mamat dari parti yang kini gah kerana kekuatan pakatannya, urm.. yang mewakili ADUNnya lah.. nak letakkan motor di khemah yang digunakan untuk tujuan operasi. Nak jadikan cerita, ada sekumpulan media, bersama-sama dengan aku 'melepak' menunggu apa-apa story baru di hadapan khemah yang sama.

Mamat ni entah dari mana nak letakkan motor nya disitu.. so, nak jadikan cerita, kalau dilihat dari cara dan gaya khemah itu, bukan tempat letak motor, tapi pusat operasi.. so seorang petugas media ni pun tak bergeraklah ingatkan motor tuh nak parking kat depan khemah tuh sekejap jer.. alih2...lepas jer dengan ke'blur'an pak cik geng2 media tuh mengenjak membiarkan motor tuh masuk, mamat yang bawak motor bukan main gah lagi nak menengking lah jugak petugas media tuh tanya apakah petugas media tu tak puas hati dengan dia...-just pasal pak cik tuh tak bagi dia lepas masuk dalam khemah...

Pak cik yang masih blur itu pun berjalan dekat dengan dia, konon nak dapatkan apalah matlmat penyampaian mamat tuh yang jelas nampak kurang senang dan nak maki pak cik tuh.. hey cam'monlah.. korang baru menang dah nak buat kepala ke? ADUN korang tuh kira tak banyak, sikit tuh nampak jugak ramah dan susila dia.. tapi yang pengikutnya, haram!!!!

Kalau aku lah yang baru nak lihat2 nak masuk parti yang aku nak sokong, sumpah.. aku reject. dah serupa parti yang korang dok kutuk tuh jugak kot perangai korang... politik, politik jugak.. adab susuila jagalah. Ni pusat tempat bencana pun nak jugak berpolitik... mati kerana politiklah korang esok kan?? Alih2, sama jer rupa, apa yang korang nak buat untuk rakyat ntah apa.. kata orang paku serpih, jangan diri yang lebih2...

Itu kes parti politik, ini kes penduduk.. pernah dengar tak orang pentingkan diri...? Kalau tak pernah dengar..mungkin korang pelik bila aku katakan, ada pihak pendudk (sebilanganlah) yang buat protes diatas pembinaan jambatan yang menghubungan taman perumahan mereka dengan taman perumahan bersebelahan bagi tujuan membawa masuk dan keluar penghuni yang terperangkap di sekitar kawasan kejadian akibat tanah runtuh tuh.

Sangat pelik bagi aku. Dah tuhan tunjuk musibah depan mata pun, sempat pikir pasal hiudup tak tenang.. ni lagi satu kes melawan kuasa tuhan. Nak tau kenapa? tempat kejadian tuh agak2 paling jauh pun lah kan.. adalah 4 kilometer kawasan yang digunakan bagi tujuan pembinaan jambatan tuh.

Tak dapat nak berjoging kononnya....x selesa orang ramai. SOMBONG..?jangan sampai tuhan turunkan bala kat sesetengah dari manusia yang tak puas hati tuh.. sudahlah. Mintak-mintaklah tuhan ampunkan dosa diorang ni.

Mungkin lagi lama aku kat Bukit Antarabangsa, lagi banyak aku dapat lihat sikap dan sifat manusia yang pelbagai. INi sangat2 hebat bagi aku...

Mungkin dalam post lain, aku boleh berkongsi cerita baru pula... :)

No comments: