Translate

Total Pageviews

Tuesday, December 16, 2008

TERKADANG...BILA SYAITAN MENYAPA

Bukan berniat hendak menyindir sesiap..jauh sekali sengaja menarik maruah seseorang dan mencampakkannya ke lembah hina. BUKAN!

Entry ini sekadar hendak memikir dan mengingatkan semula peranan, tanggungjawab dan keterampilan kita sebgai seorang makhluk yang diciptaNya sebagai Khalifah di bumi ini.

Sesuai dengan perkataan syaitan..aku ada banyak cerita yang ingin dirasa bersama, dikongsi sebagai pedoman dalam kita menyedari silap dan salah serta hala tuju dalam perjalanan mencari sebutir bahagia nan abadi yang entah dimana.

Sebagai seorang bukan Islam yang sangat mengambil tahu tentang agama ini, aku sangat terkilan terkadang..bila syaitan menyapa.. ramai diantara kita mudah leka.

Kita lupa bahawa dunia ini adalah bukan milik kita. Kita hanyalah pelakon yang 'dilhairkan' untuk melakonkan semua aksi didunia ini sebelum pentas dunia diranapkan pada kiamat nanti.

Aku terkadang pelik, kenapa kita suka dengan hal-hal duniawi..mungkin sekadar bercerita begini..

Tidak perlu aku bercerita panjang sehingga ke lubang cacing hingga membuatkan para pengunjung blog ini pening dengan perkhabaran yang saya sedang cuba untuk sampaikan.

Senang--apakah hukuman / dosa besar?

Ramai yang barangkali fikir...murtad..apa lagi? minum arak... lagi? makan babi...? lagi...? lagi...?

Berapa ramai dikalangan kita yang pernah terfikir bahawa mendedahkan aib ibu dan bapa kepada orang luar adalah dosa yang besar...?

Tidak percaya?
Aku juga pernah melawan ibu bapa aku suatu ketika dulu... boleh dikata menjadi anak separa derhaka...kenapa separa--separa bukan bermakna aku baik.. tapi dalam ketidakbaikkan sifat dan perangai aku... ada baiknya.

Aku tidak pernah mendedahkan aib ibu bapaku secara sengaja... Aku sangat pasti tentang hal ini.

Tetapi, aku sedih bila kadang-kala ada dikalangan rakan..taulan..kenalan dan yang lain2 banyak bercerita buruk tentang ibu dan bapa masing2.. memberikan gambaran yang tidak elok.

Ini adalah kesan bisikan syaitan.. dan terkadang.. kita lupa tentang hal ini.

Dosa lain?

Sembahyang. Bab ini aku paaling pantang. Tidak kira agama mana pun. Aku cukup tidak berkenanbila tuhan disekutukan dalam soal keburukan yang di ada2kan....

Seringkali kita dengar, ramai kalangan orang sekeliling kita meberikan kata.. "ini antara saya dengan tuhan".. benarkah?

Apakah bila mereka melakukan dosa..didepan mata kita.. makaianya antara mereka dan tuhan.. ini salah.. kita sebagai rakan, taulah dan apatah lagi saudara seagama WAJIB menegur rakan2 kita yang sedang lalai dek sapaan syaitan itu.. dan jika kenyataan yang aku nyatakan ini digunakan.. tiada salahnya penampar dengan tapak tangan seebesar tangan bigfoot dilayangkan ke mukanya.. biar dia rasa penangan tersebut...

Tapi mudah untuk dikata dari mengota.. jadi.. kita2 yang masih waras.. berakal.. berfikiran..jangan mudah menerima teguran syaitan yang bukan berjanji akan mengheret manusia ke lembah neraka.

Saya bukan manusia yang sempurna.. tetapi bak kata seorang pendakwah mualaf--beliau bukan hanya mahu menjadi seorang Islam, beliau mahu menjadi Mukmin. Jadi.. sebagai mengingat diri anda dan diri saya jua.. jangan kita mudah terkeliru.. terpesong dan tersesat dengan ajakan, teguran, sapaan syaitan yang hadir dalam pelbagai rupa yang berbeza tanpa kita kenal siapakah dia.

Doa saya hanya satu.. agar semua yang membaca post ini, tidak mengambil input 100%, 50%pun jadilah....

:)

No comments: