Translate

Total Pageviews

Tuesday, December 16, 2008

KETIKA INI, DI PARLIMEN

Seperti yang telah dijanjikan... tak sabar rasanya hendak berkongsi pengalaman pertama menjejakkan kaki ke bangunan yang menjadi asas pembentukan sebuah kepimpinan negara.. wah!!!

Tepat jam 9.45.. kereta Bernama TV, jenama Naza Forza meluncur masuk ke dalam pintu masuk utama menuju bangunan ini....sempat aku tengok jam.. ingin aku rakam waktu itu dalam kenangan.

Setibanya di perkarangan Parlimen, aku mencapai 'kot' aku dan sarungkan kebadan. Mujur Pui San ada.. boleh dia tunjuk2kan aku pergerakan dalam bangunan ini.

Ops! lupa!Sebelum melangkah masuk.. kita diharuskan scan semua barangan yang dibawa dan menyerahkan pas media sebelum di tukarkan dengan pas pelawat media massa.

Aku di bawa ke bilik media. Boleh tahan.. aku perasan yang Bernama TV punya tempatnya sendiri dan komputer dengan kemudahan internet (yang sedang aku gunakan ketika ini).

Aku kemudiannya cuba untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekitar.. tidak aku sangka.. Hassan.. rakan dari Radio 24 juga ada sama.. malah.. rakan2 dari Bernama Wires juga adalah kalangan mereka yang sudah aku kenali. Jadi, tidak sukar untuk aku menyapa.. menanya apa yang perlu..dan mujur.. mereka ringan tulang membantu.

Aku kemudian turun kebawah.. menjenguk Pui San yang sedia menanti Sidang Media.. dan aku terlepas sidang media Karpal Singh.. entah apa isunya.. aku tidak sempat hendak bertanya.

Pui San ada maklumat tentangnya.. dan akan berkongsi dengan ku!!! yeah!!!

Dan ketika hendak berjumpa dengan Pui San lah.. aku dipanggil seseorang.. bila beralih.. wah!!! Darlene.. she was there as well.. sangat teruja sekali.. aku sempat lunch dengan dia... sangat gembira bertemu perempuan itu yang melangkah meninggalkan Bernama TV untuk mencari rezeki di The Edge...

Ketika ini, aku sudah siapkan 3 story yang aku rasa sesuai dan sempat di 'cover'. Aku dapat tahu yang hari ini tiada banyak isu.. dan aku sebenarnya harus mengaku bahawa aku masih ala2 blur disini.. masih banyak yang perlu aku pelajari..

Owh! lupa... tadi PC yang menarik.... dari R. Sivarasa yang turut mengheret sekali Jayanthi-pembantu V.K Lingam dan adik V.K Lingam--Thirunama Karasu... adalah bercerita tentang cara tidak bijak BPR dalam penyiasatan yang dilakukan...Politik+Politik+Politik= Pening!

So.. thats all.. ill update if there is anything else important.. kalau tak.. paham2 lah yer!!!

:)

No comments: