Translate

Total Pageviews

Sunday, December 28, 2008

LINTAS LANGSUNG LAGI

Sejak aku memulakan langkah membuat lintas langsung di Bukit Antarabangsa pada 7 Disember lalu, banyak 'tawaran' membuat lintas langsung berkunjung tiba.

Dan ini mungkin ada cerita menarik..

Aku diamanahkan sekali lagi untuk membuat lintas langsung, dan kali ini pada 25 Disember sempena Hari Natal.

Rumah Encik Micheal Anthony menjadi pilihan, kedudukannya di Puchong Perdana.

Terus terang, cross aku pada hari itu, yang pertama, aku terkantoi. Aku ter 'ha?' semasa menerima maklumat dari Johon, Techinal Producer kami.

Yang sebenarnya, ketika itu, aku tidak tahu sedang live, aku ingatkan kami sedang membuat 'rehersal', dan bila aku dapat arahan menerusi intercom, aku ter ' ha?' lah.

Walhal, arahan itu adalah sebenarnya untuk cameraman.

Alamak!!! macam mana ni??

Dan aku diarahkan meneruskan terus, sebab masa tu kan tengah live.

So, aku pun buat macam tak ada apa la.

Menjadi tapi kantoi tetap kantoi lah, aku tak dapat nak bayangkan bagimana agaknya muka aku yang agak blur bila ter 'ha?' tuh.

Dan, second cross tuh menjadi, dan aku sendiri puas hati lah.

Dan semalam, aku diarahkan untuk membuat cross di Melaka.

Ini adalah untuk Majlis sambutan Hari Krismas peringkat kebangasaan.

Mungkin ada badi di Melaka, sampai saja di tol Ayer Keroh, kami diarah untuk berpatah balik dan membuat lintas langsung dari Istana Seri Menanti, berikutan kemnagkatan Yang Dipertuan Negeri Sembilan, Tuanku Jaafar Ibni Alhmarhum Tuanku Abdul Rahman.

Aku buat cross untuk pukul 8 dan 11 malam.

Semua kata cross yang aku buat tuh menjadi.

So, aku bersyukurlah dengan apa yang berlaku.

Aku sangat2 bersyukur kerana semua rakan-rakan dan 'boss-boss' di Bernama TV, malah Bernama memberikan kata semangat dan memuji apa yang aku lakukan.

Apa yang aku harapkan ketika ini hanyalah satu, aku tidak mahu lupa diri dan terima kasih kepada rakan dan boss yang berikan kata-kata kritikan, saya akan gunakannya untuk membaiki kekurangan yang ada ini.

Terima Kasih!!!!!

:)

No comments: