Aku masih sengaja membuang masa aku dengan membuka ruangan sembang dan kenalan yang aku sertai sejak beberapa tahun lalu. Biasalah, bila ada yang baru maka selalunya yang lama akan nampak uzur dan tidak berguna... jadi.. tidak mahu menjadi manusia yang tidak kenang budi lah kononnya.. aku buka setiap laman mencari rakan..
Tiada apa yang menarik selain coretan sedikit dari beberapa orang rakan yang mengambil masa singgah untuk sekadar menegur mengatakan rindu pada sekujur tubuh ini.
Ini membuatkan aku sangat gembira.
Hari-hari aku sejak aku menjejakkan kaki ke BERNAMA TV ini boleh dikatakan tidak terisi dengan kerja-kerja rasmi seperti yang aku lakukan ketika dizaman melakukan latihan industri.
Aku masih sedang terawang-awang setiap hari dilokasi luar hampir setiap masa. Di pendekkan cerita, sejak aku masuk bekerja bulan lalu, aku sudah pun panjangkan kaki aku ke Johor selama seminggu kemudian ke Pulau Pinang, juga seminggu dan sekembalinya dari Pulau Pinang, belum puas bekerja di Kota Metropolitan ini, aku berkesempatan untuk ke negeri Melaka.
Sekembalinya dari Melaka, aku banyak tertumpu di Bukit Antarabangsa melaporkan tragedi terkini, tanah runtuh yang meranapkan 14 buah banglo.
Aku gembira dengan apa yang aku lakukan, cuma, aku sudah mula merindui kalangan rakan yang selalu aku ajak makan di kafe--dan sudah tentu, Nasi Goreng Kampung kegemaranku...
Mungkin ini kali ke-100 aku mengulangi kata-kata ini, di setiap tempat, di setiap ketika tapi inilah hakikatnya.. aku sudah sangat teruja dengan kehidupanku, kerjayaku dan keadaanku yang ketika ini sangat bahagia.
Rakan-rakan baru yang sangat menyokong, memberikan kata-kata semangat dan kritikan kala aku melakukan kesalahan, semuanya membuatkan aku bahagia ketika ini.
Dan yang paling penting, aku gembira melihat ibuku kini sudah rancak bercerita alkisah kawan-kawannya nampak kemunculanku di saluran 502 memberikan maklumat terkini berhubung kejadian tanah runtuh tempoh hari.
Mungkin hati ibuku sedang berbunga2...
Aku juga sangat bahagia bila aku tahu aku sudah membuat keputusan yang betul dalam hidup aku. seringkali aku terfikir tentang kebodohanku itu.. kerana untuk melupakan kenangan lalu, barangkali mungkin tidak akan berlaku, tetapi aku cuba mengutip setiap kesalahanku untuk dijadikan pengajaran di masa hadapan.
Menyentuh soal lain, adikku, sedang cuba keneng-kenengkan aku dengan rakannya. Agak lucu bagiku bila adikku dengan sedaya upaya meminta aku menghantar ambar melalui MMS. Mujur tak ada, tidak aku pasti sudah hantar. Ingatkan rindu pada aku, rupa2nya kawannya hendak sangat melihat gambarku~pasti dari cerita adikku... sangat seperti kala zaman sekolah dulu.. menampakkan adikku belum matang lagi meski umur sudah meingkat naik.
Bulan Januari ini aku bakal meminta kebenaran untuk bercuti... adik2ku ingin pulang ke kampung dan mahu membawa ibuku ke Pulau Pinang berjalan2...Diharap tiada sebarang halangan untuk melakukan sedemikian.
:)
2 comments:
wah, kumar sudah punya peminat seantero Malaysia la~~
abg kumarrrrrrrr!~~
hehe..rindu kenangan MPP bersamamu....;)
hahahaha.... :) peminat??? kan? rindu sangat zaman2 masih belajar.. hehehe
Post a Comment