Translate

Total Pageviews

Monday, December 8, 2008

NAH!!!!! AMBIK KAU......

Kalau dalam post terdahulu aku menyatakan rasa gembira aku walaupun terpaksa berpenat lelah... hari ini, kepenatan itu boleh dikatakan dua kali ganda. Yang menariknya, aku tak pun buat apa-apa reporting yang berat.. tetapi hari ini aku diamanahkan untguk membuat 'live cross' dari tempat kejadian.

Mulanya aku ingat hanya satu atau dua, tapi selepas aku mula membuat 'live', baru aku tahu rupa-rupanya setiap berita yang keluiar 'live' perlu ada 'live cross' jugak... mati aku.. hehe.. bukamn apa, aku belum mahir dalam hal perihal bercakap depan kamera secara langsung apatah lagi p[ada hari ketiga tragedi ygang sah-sahlah kurang inputnya..

Berdasarkan agenda 'propaganda' yang disemai dalam diri, aku agak bolehlah melakukan 'live' secara memuaskan tapi tak lah bagus pun.. kira orang kata cukuplah sekadar buat..

Sedang aku menyenangkan minda dengan baru nak buat repoting, aku dapat panggilan untuk membuat 'live' untuk berita Inggerios dan Tamil. Aku dah 'blur' kejap.. dah lah BI aku ni hancus.. tamil jangan ditanyalah kan..tapi memandangkan ada gesaan dan tugasan kerja memerlukan aku melakukannya.. aku teruskan jugak.. dah nama pun kerja.. bos suruh, ikut jer lah... kang tak pasal2 makan rezeki yang tak cukup 'halal'nya.

But, im happy tro know my friends oun tengok jugak aku buat 'live'. Terharu rasanya bila masing-masing yang berada di kampung memberikan pesanan sms memberitahu bahawa melihat diriku di kaca tv. Konon banggalah kawan kuar tv..heheh.. Thanks korang..aku hargai kata-kata semangat korang..

Tak kurang rakan setugas di Bernama TV, semuanya menyokong walau tahu apa yang aku lakukan bukanlah yang terbaik. Nampak yang rakan-rakan di Bernama TV bukan kalangan manusia yang tidak menghargai apa juga tugasan yang dilakukan diri aku. Terima kasih juga.

Aku tidak pernah mimpi yang aku akan bekerja disini, di sebuah stesen tv, membuat lintasan langsung isu tragedi yang sangat besar..pada bulan ke dua aku bekerja di organisasi ini. Apakah ada bahagia yang lebih bernilai bila kita sudah gembira dengan tugasan sebegini...? walau ada, aku tetap akan buat2 tiada kerana aku sudah dibutakan kerja aku, seorang wartawan penyiaran.

2 comments:

Teruterubozu Anamae said...

sekali tulisan pon besor2...kaler purple lagi tu!

congrats n caiyo!!

p/s : my sis cakap "tak sia2 bakat kumaran zaman sekolah dulu"....hahaha..

MR.KUMAR said...

Bakat apa ntah??