Translate

Total Pageviews

Wednesday, March 9, 2011

KELEMAHAN SISTEM MAKLUMAT DALAM AGENSI KERAJAAN

Malang sungguh nasib pihak pengurusan kerajaan.

Masakan tidak, dengan status negara maju menjelang tahun 2020 yang dipukul canang dengan begitu hebat sekali, perkara paling penting dalam organisasi sesebuah insitusi kerajaan masih terlalu lemah.

Apa yang saya cuba maksudkan. Mudah..mencari maklumat berkaitan seseorang individu yang kehilangan rekodnya oleh pihak berwajib pastinya sukar. Anda perlu mempunyai setiap maklumat yang diperlukan juka anda mahu berurusan dengannya.

Beginilah, mudah kalau saya lampirkan contoh kepada persoalan yang saya bangkitkan ini.

Sekitar tahun 2002. Ibu saya yang masih berstatus Penduduk Tetap (meskipun lahir di Tanah Melayu- enam hari sebelum kemerdekaan negara) memohon statusnya ditukarkan kepada Warganegara. Pelabagai prosedur diminta untuk dipatuhi, termasuk menyediakan pendaftaran perkahwinan, borang permohonan, surat beranak anak-anak dan pelbagai lagi dokumen penting sebagai bukti menampakkan ibu saya bermastatutin di negara ini (malah tidak pernah keluar ke mana-mana negara lain).

Permohonan diklasifiksasikan permohonan selepas berkahwin dengan bapa saya (dan bukannya sebagai seorang yang lahir di Malaya).

Akur saja asalkan status diubah, menjadi malang apabila bapa saya meninggal sekitar tahun 2005, permohonan tersebut ditangguhkan. Namun, maklumat mengenainya tidak disampaikan.

Tertunggu-tunggu, tempoh menjangkau ke tahun ke 8 selepas permohonan. Justeru, saya mengambil keputusan 'memeriksa' status proses tersebut dengan Jabatan Pendaftaran Negara (negeri Perak) yang merupakan lokasi pemprosesan dilakukan.

Malangnya, data tidak boleh diakses petugas. ALASAN-memerlukan nombor resit yang disertakan ketika permohonan. APAKAH!? Nombor resit!?

Terus saya soalan ini keluar-"Tak boleh check kalau tak ada nombor resit ke? saya rasa mak saya taerhilang resit tu".

Jawapan yang diberikan agak mengecewakan, resit itulah satu-satunya bahan rujukan.

Tidak puas hati, panggilan tersebut saya arahkan ke Putrajaya. Pun, jawapan yang sama. Timbul soalan dibenak fikiran..JPN menggunakan nombor resit untuk tujuan rekod? Kenapa tidak digunakan nombor MYKAD?

Justeru, kecewa dengan keadaan tersebut, tindakan diambil untuk membuat permohonan semula.

Dan kebetulan kempen MYDAFTAR menjadi platform terbaik permohonan dibuat.

SITUASI KEDUA pula baru berlaku.

Aku mengambil polisi insuranss. Seperti kebiasaanya, pelbagai prosedur perlu dipatuhi dalam memastikan maklumat tepat disampaikan.

Antara yang diperlukan rekod aku dimasukkan ke wad pada tahun 2000. Aku menghadapi masalah sakit dada-yang kemudian dikenalpasti sakit dibahagian isi akibat tekanan. Tekanan apa pun aku tak tahulah.

Apapun apa yang dikehendaki adalah rekod perubatan lampau itu.

Agen insuran hadir di Hospital Taiping bagi memeroleh salinannya.

Malangnya, kad kuning yang pernah digunakan untuk tujuan pemeriksaan diminta untuk tujuan rujukan. Apa ni?? takkanlah semua rekod memerlukan salinan itu dan ini..tiadakah sistem maklumat berpusat pakai nama dan nombor Mykad!

Entahlah. Aku tidak faham kenapa situasi ini terjadi. Tapi apa yang pasti, sistem ini perlu ditambahbaik segera sebelum negara mencapai status negara maju.

Kerana jika 'gejala' ini berterusan, maka tiada gunanya negara berstatus negara maju kerana kita masih daif dari segi pengurusan maklumat rakyatnya.

Apatah lagi dengan kehebatan kita mempunyai Mykad yang mampu mentadbirurus maklumat secara yang terbaik.

Mampukah!?