Translate

Total Pageviews

Sunday, December 28, 2008

EXCLUSIVE INTERVIEW WITH ASIMO

Skrip ini telah disediakan pihak Honda sendiri.. dan satu perkara yang membuatkan aku teruja, aku adalah orang kedua di Malaysia yang mendapat peluang keemasan nama disebut ASIMO.

Sebenarnya video ini sudah lama diperam kerana aku belum ada kesempatan yang sebegini panjang untuk meng'upload'nya.

Dan ini lah hasilnya bila dah berjaya di 'Upload'.

LINTAS LANGSUNG LAGI

Sejak aku memulakan langkah membuat lintas langsung di Bukit Antarabangsa pada 7 Disember lalu, banyak 'tawaran' membuat lintas langsung berkunjung tiba.

Dan ini mungkin ada cerita menarik..

Aku diamanahkan sekali lagi untuk membuat lintas langsung, dan kali ini pada 25 Disember sempena Hari Natal.

Rumah Encik Micheal Anthony menjadi pilihan, kedudukannya di Puchong Perdana.

Terus terang, cross aku pada hari itu, yang pertama, aku terkantoi. Aku ter 'ha?' semasa menerima maklumat dari Johon, Techinal Producer kami.

Yang sebenarnya, ketika itu, aku tidak tahu sedang live, aku ingatkan kami sedang membuat 'rehersal', dan bila aku dapat arahan menerusi intercom, aku ter ' ha?' lah.

Walhal, arahan itu adalah sebenarnya untuk cameraman.

Alamak!!! macam mana ni??

Dan aku diarahkan meneruskan terus, sebab masa tu kan tengah live.

So, aku pun buat macam tak ada apa la.

Menjadi tapi kantoi tetap kantoi lah, aku tak dapat nak bayangkan bagimana agaknya muka aku yang agak blur bila ter 'ha?' tuh.

Dan, second cross tuh menjadi, dan aku sendiri puas hati lah.

Dan semalam, aku diarahkan untuk membuat cross di Melaka.

Ini adalah untuk Majlis sambutan Hari Krismas peringkat kebangasaan.

Mungkin ada badi di Melaka, sampai saja di tol Ayer Keroh, kami diarah untuk berpatah balik dan membuat lintas langsung dari Istana Seri Menanti, berikutan kemnagkatan Yang Dipertuan Negeri Sembilan, Tuanku Jaafar Ibni Alhmarhum Tuanku Abdul Rahman.

Aku buat cross untuk pukul 8 dan 11 malam.

Semua kata cross yang aku buat tuh menjadi.

So, aku bersyukurlah dengan apa yang berlaku.

Aku sangat2 bersyukur kerana semua rakan-rakan dan 'boss-boss' di Bernama TV, malah Bernama memberikan kata semangat dan memuji apa yang aku lakukan.

Apa yang aku harapkan ketika ini hanyalah satu, aku tidak mahu lupa diri dan terima kasih kepada rakan dan boss yang berikan kata-kata kritikan, saya akan gunakannya untuk membaiki kekurangan yang ada ini.

Terima Kasih!!!!!

:)

Wednesday, December 24, 2008

LIVE TELECAST@LINTAS LANGSUNG

Sebenarnya, semasa aku mula-mula menjejakkan kaki aku di Bernama TV, aku tidak pernah tahu, atau dengan kata mudah sebenarnya aku tidak pernah ambil tahu tentang lintas langsung.

Semuanya bermula bila pilihanraya Permatang Pauh. Kak Sue reader kitorang adalah orang yang dipertanggungjawabkan untuk membuat lintas langsung.

Ketika itulah aku mula meminati segmen tersebut.

Bukan maksud aku, aku tidak tahu langsung mengenainya, tapi apa yang aku maksudkan, minat terhadapa 'live-live' nie aku kurang sedikit.

Al-kisahnya, menjelang malam Ambang Merdeka, aku keluar bersama dengan kak Syilda untuk membantu beliau membuat live telecast di Dataran Merdeka.

Ketika itulah, banyak ilmu yang dicurahkan kak Syida kepada aku.

Sejak dari itu, aku memasang angan-angan untuk membuat lintas langsung.. itu adalah cita-cita tertinggi yang aku impikan dalam kerjaya sebagai wartawan penyiaran.

Dan dengan secara kebetulan, aku diamanahkan untuk membuat lintas langsung buat pertama kalinya pada 6 Disember lalu semasa Datuk Shah Rukh Khan menerima darjah kebesarannya.

Malangnya, krew live terpaksa balik berikutan kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa subuh itu. Dan aku hanya diminta membuat liputan ter'rakam' di sana.

Sekembalinya dari Melaka, esoknya, aku diamanahkan untuk membuat liputan di Bukit Antarabangsa.

Dan ketika inilah buat pertama kalinya aku diberi peluang membuat lintas langsung, jam 8 malam, 7 Disember...!!!

kali ini ianya benar, dan tidak aku sangka sebegini cepat cita-cita aku tercapai!

Tarikh yang tidak mungkin aku lupakan.

Dan selepas itu, dua hari berturut-turut aku diamanahkan untuk membuat lintas langsung.

Bukan mahu meninggi diri, tapi aku amat bersykur dengan respon yang diberi kalangan rakan-rakan berhubung lintas langsung yang aku lakukan.

Dan ketika ini, hari ini, kurang beberapa jam lagi, sekali lagi aku diamanahkan untuk membuat lintas langsung bagi sambutan Hari Natal pula.

Keterujaan aku memang tak dapat dinafikan, namun, jauh disudut hati, aku masih getar, risau, gementar.

Diharap segalanya akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan...

:)

MENJELANG 25 DISEMBER

kurang 5 jam dari sekarang, tanggal 25 haribulan Disember akan berkunjung tiba.

Boleh dikatakanlah seluruh umat manusia duinia ini tahu apa dan kenapa tarikh itu istimewa bagi orang Kristian.

Tapi kalau anda tak tahu, biar saya maklumkan disini, bahawa tarikh itu adalah sempena hari lahir Jesus (Nabi Isa), pengasas agama Kristian.

So, malam menjelangnya hari itu, dikenali sebagai Cristmas Eve adalah malam yang akan menghimpunkan seluruh umat jesus untuk bersembahyang.

Apa kena mengenanya dengan aku?

Aku akan membuat liputan malam ini. Kurang sejam dari sekarang, aku mungkin akan bertolak ke mana-mana gereja yang menjalankan upacara sembahyang.

Aku masih tertanya-tanya tentang apa yang aku harus lakukan nanti.

Baru pertama kali hendak membuat liputan lah katakan..

Dan dalam perkembangan lain, aku mungkin akan terlibat dalam live telecast atau siaran langsung dri rumah seorang rakan kristian yang meraikan Sambutan hari Natal ini.

Seperti kebiasaanya, aku sedang gementar.. sambil-sambil menaip blog ini, aku sedang mencari fakta berhubung sambutan hari kebesaran umat Kristian ini.

Harap-harap semuanya baik esok..!

:)

Tuesday, December 23, 2008

CHRISTMAS

Sambutannya tinggal kurang dua hari.

Sudah semestinya kami di Bernama TV sebaik mungkin perlu mendapatkan segala sudut berita yang menggambarkan kemeriahan suasasna sambutannya, apatah lagi.. Malaysia kan negara yang majmuk dengan kepelbagaian bangsa dan agamanya.

Kelmarin-AHAD.. aku sempat menerjah sebuah gereja ditengah-tengah kota Kuala Lumpur. Aku hendak dapatkan ucapan dari kalangan orang yang beragama Kristian. Ya! aku berjaya.. seorang cina dan seorang india..

Apa yang membuatkan aku sedih dan kecewa adalah apabila selepas hampir 30 minit menunggu paderinya, yang ketika itu memberikan ucapan sambutan menjelang Krismas.. aku mendekatinya untuk meminta beliau memberikan ucapan sempena sambutan tersebut.

Aku sangat kecewa bila paderi itu menolak dengan cara yang bagi aku sangat tidak aku sangka. Biar aku tidak huraikan dengan terperinci.. kerana aku risau ia melibatkan sensitiviti.

Namun, aku sangat kecewa kerana aku tidak sangka begitu reaksi dari seorang yang dipanggil 'bapa' oleh setiap orang.

Itu cerita Ahad.. ada sekelumit rasa kecewa.. namun, hari ini aku keluar lagi. Untuk membuat liputan persediaan bagi sambutan ini di Hotel Grand Millenium.

Ini sebuah cerita gembira. Terus terang.. aku lewat hampir 20 minit berikutan keadaan sesak di hadapan Hotel tersebut. Namun, kami disambut dengan senyuman oleh Pengurus Pemasaran dan Komunikasinya, Cik Kalaivani.

Aku--sebagai wartawan, dan Abg Naim dilayan sebaiknya.

Ditegur dengan kata-kata manis dan dimurahkan dengan senyuman oleh setiap seorang pegawai yang diperkenalkan.

Kami dibawa ke setiap Jabatan, berikutan ada pertandingan menghias jabatan diadakan, dan setiap pekerja disitu sangat ramah.

Sesuai dengan bidang kerja dalam dunia perhidmatan.. mereka melayan kami dengan penuh hemah dan kami sangat gembira dengan layanan yang diberi.

Terima Kasih semua...!!

:)

Monday, December 22, 2008

FUYOO!!!!!

Di mana harus aku mulakan?

Ok..

Start...

Pagi tadi En.Ara call.. aku pelik kenapa dia call.. bila jawab.. dia tanya aku kat mana.. so aku bagitau aku nak keluar rumah, nak ke office. Dia terus kata ok.. diam... then.. kerana aku blur tujuan dia call aku.. aku tanya.. kenapa dia call.. dia bagitau baguslah.. datang cepat. Call time assigment dah ditukar ke jam 11.30 pag. Ok.. ingatkan calltime jer..assigment pun dah kena tukar semuanya.. aku kena ke PWTC/ Pejabat UMNO-ada PC.

So.. ok.. sampai jer Office aku call cameraman.. abang AWIE.. dan set time.. 11.45.. coz PWTC is not that far from my office pun kan.

Kitorang sampai less then 5 munites.

Masalah yang jelas kami nampak ketika itu, PC dah start.. dah lebih dari separuh atau dengan erti kata lain.. sebenarnya PC start kul 11.30. so, Call time aku salah!!! OK..

Bila masa dah macam ni lah yang aku gelabah. Aku jadi tak tentu arah. Inagtkan nak Exclusive tapi cameraman aku kata jom balik. Aku terkial-kial... apa yang aku nak buat??

Nak buat exclusive pun, Tan Sri Tengku tu ada hal lain. He is in urgent.

So, balik office, bagitau AE's.. diorang kata..ok.. tak per.. buat story non SOT.. dah siap dah.. tiba2 story wires ditempek tepi story aku and aku diminta check balik.

Dah check.. ok. Semuanya sattle.. Kak Ton sempat ajar aku macam mana nak buat detail slide.

OWH!!! selama ni ada salah lah aku punya slide--baru aku tahu.. sebab selama ni pun tak der yang tegur pasal tuh...

Dah sattle semua.. ketika inilah bermulanya era aku nak bergerak aktif dalam office.

Dengan berapa banyak entah FTP, aku sangat2 produktif hari ini... dan aku pening sangat2 dengan keperluan, kemahuan dan kehendak yang pelbagai dari editor aku.

SIAP!!! sekali aku bagitau... satu lagi story yang sampai...

Sampaikan hari ini, dalam kesibukkan tuh, sempat lagi aku tolong desk mandarin cari SOT Lim Guan Eng. Hahahah...

Dalam ketika aku tengah ketuk post ni.. aku masih pening sebab tak siapkan Year Ender aku lagi.

ADOI!!!

Aku semakin mengertai dunia wartawan di Bernama TV sejak kebelakangan ini.

HAHAHAHAH

:)

Saturday, December 20, 2008

DEAR INFORMER...

Yes..

Dear Informers..

Terima kasih diatas jasa anda memberikan maklumat yang sebenarnya saya tidak pernah inginkan selama ini.

Namun, kehadiran maklumat yang tidak diundang dari anda itu kadang-kala cukup membuatkan saya bersyukur dengan keputusan yang dibuat--terutamanya bila saya tahu dia membaca blog saya.

Jadi.. rasanya, saya sudah muak dengan cerita dongeng dunia fantasi manusia yang saya tidak mahu ada apa hubungan itu. Biarlah saya tidak tahu apa-apa mengenainya. Muak!!!!

Masa saya jauh lebih bernilai untuk mengambil tahu tentangnya...

Jadi, tolong.. dengan penuh rendah diri.. tidak perlu lagi anda memberikan apa2 maklumat berhubung manusia itu.

Saya percaya dia sudah pun memilih jalan yang salah dan saya sudah nampak penhujungnya.. dan biarkan.

Anda saja lihat apa kesudahan..

Bagi saya...

Seperti yang dikata.. WHAT GOES AROUND WILL COME AROUND..

So, saya tidak perlukan apa2 maklumat mengenainya, Unless korang rasa ianya menjejaskan nama baik aku.. then please let me know. Kalau tak, tak payah ek..

Thanks again..

MUAX!!!

MEMIMPIN DAN DIPIMPIN...

Tajuk post yang bagi aku menarik.

Secara peribadi, aku sangat dekat dengan memimpin lebih dari dipimpin.

Sedari kecil, zaman persekolahan rendah, meningkat remaja dan sehinggalah aku menjejakkan kaki ke IPTS, aku adalah seorang pemimpin dalam pelbagai sudut, pelbagai peringkat dan pelbagai cara.

Jika bukan kerana itu, aku barangkali tidak pernah mendapat jolokan 'gila kuasa' dari kalangan manusia yang sering memusuhi aku.

Barangkali mereka tidak pernah sedar bahawa untuk memimpin adalah satu kerja yang sukar kerana ianya tanggungjawab--tiada kroni, tiada tolak ansur bagi mereka yang jelas melakukan kesalahan.

Aku sangat gembira kerana sering terpilih untuk memimpin tidak kira dalam organisasi kecil atau sekadar kumpulan.

Aku sangat suka dengan keadaan ini.

Kepetahan aku berbahasa melayu menjadi kekuatan aku untuk mendominasi kumpulan yang tidak dipenuhi majoriti bukan melayu terutamanya.

Bukan mudah menjadi pemimpin sebenarnya...

Aku cukup tidak suka dengan kalangan orang bawahan yang sering memberontak memikir dirinya betul, melakukan sesuatu yang sangat tidak bijak dan akhirnya menjadikan diri kita hancur bersama-sama.

Kepimpinan bagi aku adalah satu sifat yang bukan lahir secara sendirinya.

Ia perlu disuntik, disiram, dibaja dan dibelai agar sentiasa segar, difahami dan dihormati.

DAN

Ketika ini aku bukan seorang pemimpin, dan aku sangat bahagia dengan status aku.

KENAPA?

Mungkin ini persoalan yang bermain di fikiran anda, atau mungkin sebaliknya... namun sebagai menjelaskan kenapa perlu saya bahagia sebagai seorang yang dipimpin.

Bukankah menjadi seorang pemimpin lebih mudah.. arahkan saja orang bawahan dan kerja akan selesai!

Itu yang aku sudah mahu elakkan.

TIDAK!

Kini, aku sudah tidak mahu lagi memimpin.. sekurang-kurangnya buat seketika.

Aku ketika ini selesa dipimpin, diminta, diarah, ditunjuk dan dididik oleh kalangan mereka yang memimpin aku ketika ini.

Sebabnya...setelah sekian lama aku sering menjadi antara yang memimpin, kini aku mahu merasa apakah perasaan dipimpin.

Sejujurnya, dalam tempoh hampir 5 bulan aku sudah bekerja ini, aku sangat bahagia dengan kepimpinan aku ketika ini.

Sebabnya, meski dimarah.. aku merasakan itu adalah atas kesalahan yang aku lakukan.

KENAPA?

Kerana ketika aku memimpin dahulu, tidak pernah timbul isu memarahi, menegur dan apa saja dengan tujuan sengaja.

Aku lakukannya bersebab dan aku percaya kalangan pemimpin aku di pejabatku melakukan perkara yang sama.

Mereka arif tentang apa yang mereka lakukan.

Jadi bilaman kita mempunyai kelemahan, kita wajar ditegur dan aku mahu sering ditegur setiap kali aku lalai dalam menjalankan amanah yang diberikan.

Jadi, secara tidak langsung, membuatkan aku gembira untuk terus dipimpin, sekurang-kurangnya untuk tempoh setahun dua ini...

Apa motifnya post ini?
Apa gunanya pada pembaca?

Jawapannya--dipimpin juga adalah satu nikmat. Jadi manfaatkan nikmat itu sebagai panduan untuk menjadi pemimpin bila peluang bergolek tiba.

:)

GILA

Mungkin itlah tajuk yang paling best boleh diungkapkan dengan suasana di Bernama Tv hari ini. system down yer!!!

So, nampaklah segala gelabah stesen TV yang beroperasi 24 jam.

Apa yang aku dapat belajar dari kejadian hari ini adalah tentang kesiap siagaan pasukan.

Dan aku dapat melihat karisma pembaca berita kami yang sangat bersedia untuk berhadapan dengan pelbagai kemungkinan.

Aku bangga!

Reader tamil-Usha contohnya, kala diri dalam gelabah berjaya mengaplikasikan segalanya dengan sebaiknya.

Bacaannya boleh dikatakan hampir 99 peratus sempurna.

Aku sangat terkesima.

Mungkin inilah rencah dunia pekerjaan.

Semoga lebih banyak ilmu berkunjung tiba padaku nanti....
:)

HAHAHAH!!! SO FUNNY!

I think its funny!!

Finally someone is reading my blog and the person is no longer important to me.. but yes...i always get new stories about this person coz-- 'the' person use to be someone important to me.

Ha...

Few word for you 'the person'...

Im very sure ur not matured enough to know what is the meaning of true love.. and i was looking for a wife.. not lover. So.. I did the right decision.

And please, never ever mention that i let u go, because u were the person who was asking for it hundred times!--REMEMBER that. AGAIN--U ASKED FOR IT!

Last but not least.. now, u have u good guy as ur lover--i belive...so, dont put him in one of ur ex-boyfriend list.

Thank u.. but i still found it funny!!! HAHAHAHAHAHA!!!!

I Belive u told me that u HATE me... but u dont mean to.

But, now, I HATE YOU--And I MEAN IT!!!!

I wont be tryin to be the nice KUMARAN!!!!

SEMALAM...

Pasukan berkuda di Taman Tasik Titiwangsa...

Ini Tasha dan Ida yang mengedik di Taman Tasik Titiwangsa

Tasha dan Ida sedang berekreasi di Taman Tasik Titiwangsa



Aku dan Ida di Oldtown Ampang


Kami Di Oldtown Ampang

Makanan yang dah aku habiskan.

Ya..
Semalam...

Semalam adalah hari cuti aku. Kebetulan, Si Ida, rakan sekolej, sekelas dan kini sekerja aku cuti juga. Selalunya kami tidak berpeluang untuk bercuti bersama.. jadi peluang yang ada ini digunakan untuk keluar bersama rakan.

Pada mulanya, cadangan asalnya adalah keluar bersama kesemua anggota ZEKTI'S.. tapi kerana Eddy mempunyai masalah untuk hadir berikutan pernikahan anak saudaranya pada hari itu.

Si Zul pula sepatutnya dihubungi oleh Eddy. So, secara tidak langsung kami gagal untuk membawa Zul untuk keluar bersama.

Akhirnya, keputusan dibuat untuk mengajak Tasha sahaja. Jadilah...

So, kami berkumpul di Stesen LRT Wangsa Maju. Aku tidak tahu si Tasha membawa keretanya.. jadi sebaik kami tahu kehadiran Tasha.. kami menuju ke Setiawangsa..Ke MIIM.

Tujuan asal adalah untuk mendapatkan keputusan kami untuk semester 7 dan latihan industri. Tapi, menurut En.Fardil..minggu depan. tak perlah.. dah tahu sangat MIIM ni result selalu not on time, so tak terkilan pun.. hehehehe.

And aku dapat tahu MIIM tahun ini, intake kali ini, tiada induction. Aku tergelak sendiri. Apakah ini kebaikkan, pembangunan dan kehebatan MIIM sekarang. Malas hendak bercakap banyak.. aku meninggalkan MIIM untuk keluar makan.

Kami berhenti di Caltex...memikir arah tuju kami. Yes! kita g Oldtown..kata aku.

Keputusannya, Old town Ampang.

Kami puas bercerita dan makan.

Aku sempat membuat panggilan kepada Zul. Tidak berjawab. Baru aku perasan ketika itu waktu solat Jumaat.

Lama selepas itu...Zul membalas panggilan. Kami bersembang seketika dan bergurau senda. Kami berkongsi cerita dan zul minta kritikan berhubung apa yang kurang pada penampilannya yang kami lihat di kaca TV.

Habis sesi melepak di Old town, kami ke Taman Tasik Titiwangsa. Si Ida menampakkan semarak jiwa kanak-kanaknya. Merengek2 mahu bermain buaian dan makan buah jambu.. hahaha!

Habis meluangkan masa, melepak, bergambar dan bergosip, kami ke Bernama--aku hendak transfer gambar terus, takut tidak berkesempatan hendak berjumpa Tasha.

Kebetulan Syaz sedang menunggu Teksi. Kami mengajaknya untuk turut sama. Aku masuk Bernama TV, Transfer gambar..check assgiment Ida dan turun.

Kami buat keputusan sambung lepak di NZ...sesudah lepak di NZ..aku pulang ke rumah.

Sepatutnya aku dan Tasha keluar bersama dengan EG selepas itu.. tetapi tidak jadi..

Hari yang penuh gembira.

Penuh ceria.

Aku Bahagia.

:)

Thursday, December 18, 2008

SEPERTI YANG DIJANJIKAN-TUN DR.MAHATIR MOHAMAD!

YES! YES! YES!

Seperti yang dijanjikan, saya telah membuat liputan tugasan melibatkan Tun Dr.Mahatir Mohamad-Mantan Perdana Menteri Malaysia.

Sangat-sangat gembira.

Itulah yang mampu aku luahkan kerana berjaya juga bertemu, bertentang mata dan bersalam dengan pujaan hatiku itu.

Rasa macam nak cubit-cubit jer pipi Tun..sebab comel sangat bila dia senyum.
hahahaha..Gila aku!

Ok...Alkisahnya..

Kerana nak jugak bergambar dengan Tun, aku sanggup pergi meminjam kamera Nur Natasha Aida-Thamks Tasha.

Jalan sangatlah sesak hari ini. Entah kenapa.. sangat susah henadak mencari tenpat nak letak kereta.. akhirnya keputusan dibuat. Kereta ditempatkan di tepi jalan saja.. Diluar Midvalley Megamall.

Bila kami masuk-me and cameraman, Abg Arabi...kami terus menuju ke MPH Bookstore.

Tun belum sampai lagi.. tapi anytime jer.

Dan kebetulan, terserempak dengan kalangan wartawan-wartawan yang sangat aku kenali.

Seorang tu dari RTM, seorang lagi dari Radio 24, and seorang lagi dari Bernama wires.

Dan alkisahnya, kami diberi press kid disertakan dengan buku hasil tulisan Tun didalam Blog beliau, Chedet.com-Blog Merentas Halangan.Blog tersebut sebenarnya dah lama aku baca-sejak diadakan sebenarnya.

Dan aku sangat bertuah kerana aku juga diberikan kupon untuk mendapatkan tandatangan Tun dibuku tersebut. Im lucky..

Menambah cerita tuah.. im the second person.. after a VIP who i think the MPH owner get his signiture.

So, technically, im the first person dari public yang hadir.

Im so so damn lucky to be infront of Tun, looking at him signning my book..with him smiling of course.

ARGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGhhhhhhhhhh....

Aku betul-betul terkesima, tak tahu nak kata apa.. sampai TUN habis sign.. aku sedar yang Tun dah 'tamat'kan kerja beliau tandatangan buku itu.

Ala, menyesalnya tak ajak sembang...hurm.. tapi sempatlah aku say thanks.

Dah lepas tuh., Tun nak balik..dia sempat hulur lagilah tangan kat orang ramai termasuk aku.. which of course i grab.. 2 kali yer salam Tun... tak pernah aku sangka aku akan dapat peluang ini.

Thanks BERNAMA TV untuk peluang ini!!!!!

Dah.. aku sangat2 gembira hari ini sampaikan kalau orang sepak aku pun.. mungkin aku tersenyum riang... hehehehe.

So, gambar-gambar yang dimuatkan adalah gambar yang diambil semasa kehadiran beliau.

Tapi, im a bit unlucky that aku tak sempat nak bergambar bersama Tun..

:)


Ini gambar masa Tun tiba di MPH



Bukti bahawa Tun adalah seorang bintang yang hangat bukan hanya dikalangan orang2 dulu, tapi juga kalangan remaja dan kanak-kanak...


Tun, sedang menunggu untuk menandatangani buku yang dihasilkan dari tulisan beliau d i Chedet.com

Inilah muka depan buku yang aku dapat sebagai 'Doorgift'

Nampak tak tandatangan Tun dengan siap tarikhnya..hehehe


Dan ini aku, dengan buku yang aku dapat...penuh kegirangan!!!

Wednesday, December 17, 2008

SEMBANG PANJANG...

Sekejap tadi.. kurang sejam rasanya.. aku berpeluang bersembang dengan editor tugasan aku, Puan Rafe'aton atau lebih mesra kami panggil dengan gelaran Kak Ton.

Entah dimana kami mulakan.. cerita kami memusing kesegenap penjuru pengalaman, cerita, berita dan gosip yang sedang dan telah kami lalui.

Aku dengan ceritaku mengenai diriku, ibuku, bapaku dan semuanya tentang apa yang sedang aku lalui ketika ini.

Seperti seorang kakak.. sesuai dengan panggilan akak yang sering aku lontarkan kepada beliau, bukan main aysik lagi kami bercerita.

Kenapa perlu aku ceriata tentang 'persembangan' kami tadi?

Ada sebabnya..

aku mahu nyatakan bahawa selama aku bekerja dibawah beliau, saya telah banyak dididik.

Meski ramai yang mengatakan beliau adalah seorang yang tegas dan berterus terang atau ertikata lain laser...aku pasti ramai yang belum mengambil insisiatif untuk mendekati beliau dan memahami apa yang beliau cuba sampaikan.

Ramai yang sebenarnya terlepas pandang tentang input yang diberikan dan melemparkan pandangan tentang ketegasan yang ditampilkan...

Yang pasti...aku akan sentiasa mengambil input dari setiap seorang disini... memahami dan menjalankan tugasku sebaik mungkin...

Thanks 4 the nasihat Akak!

:)

MUNGKINKAH ESOK?

Sejujurnya.... antara impian kecil aku dalam dunia media melibatkan bertemu idolaku.

Siapa?

1) Tun Dr.Mahathir Mohamad
2) Dato' Siti Nurhaliza Tarudin

Hakikatnya, hari ini, tinggal kurang 24 jam.. aku mungkin akan dapat merealisasikan impian pertama.

Aku telah ditugaskan untuk menghadiri tugasan yang dihadiri Mantan Perdana Menteri Malaysia yang disayangi ramai ini.

Aku sangat teruja bila En. Kamal, editorku berkata-"Kumaran, esok jangan lupa bawak kamera. Ambik gambar dengan Tun Mahathir."

Aku tidak mampu untuk menyorok rasa girang aku ketika itu.. seraya aku menjerit dalam nada yang terkawal.. YES!!!!

Dan terus, tanpa melengah aku panjangkan suara menjerit kecil meminta Ida bawa kamera esok. Malang! Esok Ida bercuti.. ketika ini aku buntu.. entah di mana perlu aku mencari kamera.. aku tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini untuk merakan gambar bersama beliau..

Dan dalam kegirangan ini, ada sedikit kegusaran yang berlegar2 didalam minda.. minta jangan terbatal tugasan ini. Tidak dapat aku nafikan.. aku akan sangat kecewa jika tugasan ini dibatalkan.. OH TUHAN.. Jangan...

Seperti biasa.. aku akan pasti mengantar stu lagi cerita esok tentang bagaimana suasana sebenar pertemuan aku dengan tokoh kebangaan aku itu...

GIRANGNYA!!!! TAK SABAR.....

:)

Tuesday, December 16, 2008

TERKADANG...BILA SYAITAN MENYAPA

Bukan berniat hendak menyindir sesiap..jauh sekali sengaja menarik maruah seseorang dan mencampakkannya ke lembah hina. BUKAN!

Entry ini sekadar hendak memikir dan mengingatkan semula peranan, tanggungjawab dan keterampilan kita sebgai seorang makhluk yang diciptaNya sebagai Khalifah di bumi ini.

Sesuai dengan perkataan syaitan..aku ada banyak cerita yang ingin dirasa bersama, dikongsi sebagai pedoman dalam kita menyedari silap dan salah serta hala tuju dalam perjalanan mencari sebutir bahagia nan abadi yang entah dimana.

Sebagai seorang bukan Islam yang sangat mengambil tahu tentang agama ini, aku sangat terkilan terkadang..bila syaitan menyapa.. ramai diantara kita mudah leka.

Kita lupa bahawa dunia ini adalah bukan milik kita. Kita hanyalah pelakon yang 'dilhairkan' untuk melakonkan semua aksi didunia ini sebelum pentas dunia diranapkan pada kiamat nanti.

Aku terkadang pelik, kenapa kita suka dengan hal-hal duniawi..mungkin sekadar bercerita begini..

Tidak perlu aku bercerita panjang sehingga ke lubang cacing hingga membuatkan para pengunjung blog ini pening dengan perkhabaran yang saya sedang cuba untuk sampaikan.

Senang--apakah hukuman / dosa besar?

Ramai yang barangkali fikir...murtad..apa lagi? minum arak... lagi? makan babi...? lagi...? lagi...?

Berapa ramai dikalangan kita yang pernah terfikir bahawa mendedahkan aib ibu dan bapa kepada orang luar adalah dosa yang besar...?

Tidak percaya?
Aku juga pernah melawan ibu bapa aku suatu ketika dulu... boleh dikata menjadi anak separa derhaka...kenapa separa--separa bukan bermakna aku baik.. tapi dalam ketidakbaikkan sifat dan perangai aku... ada baiknya.

Aku tidak pernah mendedahkan aib ibu bapaku secara sengaja... Aku sangat pasti tentang hal ini.

Tetapi, aku sedih bila kadang-kala ada dikalangan rakan..taulan..kenalan dan yang lain2 banyak bercerita buruk tentang ibu dan bapa masing2.. memberikan gambaran yang tidak elok.

Ini adalah kesan bisikan syaitan.. dan terkadang.. kita lupa tentang hal ini.

Dosa lain?

Sembahyang. Bab ini aku paaling pantang. Tidak kira agama mana pun. Aku cukup tidak berkenanbila tuhan disekutukan dalam soal keburukan yang di ada2kan....

Seringkali kita dengar, ramai kalangan orang sekeliling kita meberikan kata.. "ini antara saya dengan tuhan".. benarkah?

Apakah bila mereka melakukan dosa..didepan mata kita.. makaianya antara mereka dan tuhan.. ini salah.. kita sebagai rakan, taulah dan apatah lagi saudara seagama WAJIB menegur rakan2 kita yang sedang lalai dek sapaan syaitan itu.. dan jika kenyataan yang aku nyatakan ini digunakan.. tiada salahnya penampar dengan tapak tangan seebesar tangan bigfoot dilayangkan ke mukanya.. biar dia rasa penangan tersebut...

Tapi mudah untuk dikata dari mengota.. jadi.. kita2 yang masih waras.. berakal.. berfikiran..jangan mudah menerima teguran syaitan yang bukan berjanji akan mengheret manusia ke lembah neraka.

Saya bukan manusia yang sempurna.. tetapi bak kata seorang pendakwah mualaf--beliau bukan hanya mahu menjadi seorang Islam, beliau mahu menjadi Mukmin. Jadi.. sebagai mengingat diri anda dan diri saya jua.. jangan kita mudah terkeliru.. terpesong dan tersesat dengan ajakan, teguran, sapaan syaitan yang hadir dalam pelbagai rupa yang berbeza tanpa kita kenal siapakah dia.

Doa saya hanya satu.. agar semua yang membaca post ini, tidak mengambil input 100%, 50%pun jadilah....

:)

SEHARI DI PARLIMEN

Boleh dikatakan sehari aku di Parlimen adalah hari yang paling aku 'gelabah sampan' sepanjang melakukan tugasan sebagai seorang wartawan penyiaran di Bernama TV.

Mana tak nya, aku sudah siapkan story, tapi visualnya dibawa balik Pui San masa dia lepas lunch hour tadi.. so.. entah visual itu di tape yang mana.. akibatnya aku terpaksa memperosok balik satu-satu tape, tengok satu2 yang mana satu tape yang mengandungi visual yang nak sebenarnya.

Menambah bala, VT player hari ni rosak serentak dua. dah lah azalinya ada empat saja VT player... akibatnya, terlambat sangat-sangat dengan kes menyiapkan story--puncanya-- LU PIKIRLAH SENDIRI...

Adoi.. dah2 siap.. Kak Ton panggil aku.. gelak2.. tanya aku hantu mana yang suruh duduk.. hantu mana yang kata sudahlah yang berhormat.. baru aku ingat yang aku terlupa nak letak super nama dalam skrip.. nasib baik mood Kak Ton baik... tak der lah dia marah aku.. kalau kena marah.. mampos... hahahahaha...

Tuh lah.. kalau dah di Parlimen tadi elok dah... kat ofiz plak muncul masalah yang pelbagai. Tapi AE faham yang aku seorang saja di Parlimen hari ni... so, diorang dengan selama boleh buat lawak kata--i did a one man show--

So, kesimpulannya?

Aku gembira berada di Parlimen hari ni.. dan aku mahu belajar dari kesilapan hari ini...

Bila ntah aku akan kembali menjejakkan kaki di Parlimen tuh..

hehehe

:)

KETIKA INI, DI PARLIMEN

Seperti yang telah dijanjikan... tak sabar rasanya hendak berkongsi pengalaman pertama menjejakkan kaki ke bangunan yang menjadi asas pembentukan sebuah kepimpinan negara.. wah!!!

Tepat jam 9.45.. kereta Bernama TV, jenama Naza Forza meluncur masuk ke dalam pintu masuk utama menuju bangunan ini....sempat aku tengok jam.. ingin aku rakam waktu itu dalam kenangan.

Setibanya di perkarangan Parlimen, aku mencapai 'kot' aku dan sarungkan kebadan. Mujur Pui San ada.. boleh dia tunjuk2kan aku pergerakan dalam bangunan ini.

Ops! lupa!Sebelum melangkah masuk.. kita diharuskan scan semua barangan yang dibawa dan menyerahkan pas media sebelum di tukarkan dengan pas pelawat media massa.

Aku di bawa ke bilik media. Boleh tahan.. aku perasan yang Bernama TV punya tempatnya sendiri dan komputer dengan kemudahan internet (yang sedang aku gunakan ketika ini).

Aku kemudiannya cuba untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekitar.. tidak aku sangka.. Hassan.. rakan dari Radio 24 juga ada sama.. malah.. rakan2 dari Bernama Wires juga adalah kalangan mereka yang sudah aku kenali. Jadi, tidak sukar untuk aku menyapa.. menanya apa yang perlu..dan mujur.. mereka ringan tulang membantu.

Aku kemudian turun kebawah.. menjenguk Pui San yang sedia menanti Sidang Media.. dan aku terlepas sidang media Karpal Singh.. entah apa isunya.. aku tidak sempat hendak bertanya.

Pui San ada maklumat tentangnya.. dan akan berkongsi dengan ku!!! yeah!!!

Dan ketika hendak berjumpa dengan Pui San lah.. aku dipanggil seseorang.. bila beralih.. wah!!! Darlene.. she was there as well.. sangat teruja sekali.. aku sempat lunch dengan dia... sangat gembira bertemu perempuan itu yang melangkah meninggalkan Bernama TV untuk mencari rezeki di The Edge...

Ketika ini, aku sudah siapkan 3 story yang aku rasa sesuai dan sempat di 'cover'. Aku dapat tahu yang hari ini tiada banyak isu.. dan aku sebenarnya harus mengaku bahawa aku masih ala2 blur disini.. masih banyak yang perlu aku pelajari..

Owh! lupa... tadi PC yang menarik.... dari R. Sivarasa yang turut mengheret sekali Jayanthi-pembantu V.K Lingam dan adik V.K Lingam--Thirunama Karasu... adalah bercerita tentang cara tidak bijak BPR dalam penyiasatan yang dilakukan...Politik+Politik+Politik= Pening!

So.. thats all.. ill update if there is anything else important.. kalau tak.. paham2 lah yer!!!

:)

Monday, December 15, 2008

JEJAK KAKIKU DI PARLIMEN


Setiap kali aku melihat dan memerhati bangunan yang menghimpunkan para pemimpin negara ini, aku akan senyum sendiri memikir bila aku akan berpeluang menjejakkan kaki ke sana.


Bukan sebagai seorang pemimpin--tetapi sebagai seorang siarawan yang diamanahkan untuk kesana, membuat liputan berhubung isu yang diusul, dibincang dan diputuskan.


Melihat gelagat sang pemimpin yang pelbagai di kaca TV selama ini.. membuatkan aku berfikir sendiri, apakah ini yang dinamakan barisan hadapan kepimpinan dan inikah tempat yang dianggap berprestij bagi seorang wartawan untuk jejak.


Aku sudah memikir untuk bertugas disana.. membawa pulang berita hasil pembentangan, pertikaman lidah serta 'permainan politik' kalangan pemimpin, baik kerajaan mahupun pembangkang.


Tapi tidak pernah aku sangka yang hari itu adalah esok. Ya! esok aku akan jejakkan kaki buat pertama kalinya ke pintu Parlimen untuk membawa pulang berita.


Aku masih teragak2 apa yang patut aku lakukan dan dimana dan apa yang harus aku lakukan.


Aku akan cuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik..


Dan seperti biasa.. aku sudah redha dengan ketentuan ini dan aku percaya ada hikmah tersimpan dalam lipatan cerita penugasan aku disana.


Apa? Kenapa?


Masa yang akan menentukan...


Aku pasti bahawa, esok.. aku akan titip pengalaman pertamaku disana itu disini.. sangat pasti.. :)

Sunday, December 14, 2008

REDHA. HIKMAH...

Kalau anda adalah rakan terdekat saya, pasti dua perkataan ini seringkali dapat didengar.

Entah kenapa, sejak beberapa ketika kebelakangan ini... mungkin setahun atau dua.. aku sudah mula memikir dan meletakkan segala apa yang terjadi pasti membawa kepada satu kebaikan yang kita belum pasti.

Kadangkala, ada dikalangan rakan-rakanku sering mengeluh mengatakan diri sering dihimpit malang dan tidak pernah rasa gembira.. well, aku juga pernah merasa begitu.. dan kini, selepas aku mula meletakkan semuanya pada hikmah yang tersedia bilamana apa jua yang berlaku.. aku mula lihat yang sebenarnya semuanya adalah yang terbaik bagi diri aku.

Aku pernah juga dikritik kerana seolah-olah melepaskan kepada takdir apa saja yang berlaku pada diriku.. namun, bukan itu maksud aku bila aku redha dengan kejadian atau bala yang datang mengussik diriku sekali-sekala.

Aku percaya, dengan kita redha dan terima bahawa ada hikmah di atas segala kejadian yang ditunjukkan kepada kita, maka, ada sinar yang akan hadir.

Apa yang paling penting adalah-IM TRYING TO BE POSITIVE, and whenever i do so.. i can see that the bad spirit go away and all the good aura flying to me...

Dan keredhaan ini bukan bermakna kita perlu pasrah dengan segalanya. Keredhaan adalah dengan mencari dimana silapnya kita dan yakin bahawa bila kita pasti bahawa tiada silap yang kita lakukan, maka sebenarnya kita sedang diberikan hadiah paling berharga.. dan mungkin masa yang akan menentukan@ menunjukkannya.

Dan ketika ini, aku sangat bahagia kerana keredhaan yang dicari, dan hikmah yang dipercayai sedang memberikan sinar kepada aku.

Aku cuba sedaya upaya untuk tidak menipu diri aku bahawa segalanya perlu sempurna, dan sentiasa diselimuti bahagia.

Aku belajar dari kesalahan dan redha dengan hukuman dari kesalahan yang dilakukan.

Entry ini, sejujurnya ingin mengajak rakan-rakanku untuk melihat kembali setiap perkara buruk yang berlaku pada diri kita. Ap kita pernah redha dengan apa yang berlaku dan percaya bahawa ada hikmah disetiap kejadian. Jika kita lakukannya, percayalah.. saya sangat pasti bahawa setiap dari kita akan mengecap bahagia.

Jangan sentiasa menyalahkan masa dan keadaan diri kita, kerana saya sangat pasti, bahawa kedaaan yang buruk itu puncanya dari diri kita juga.. kerana kesalahan, kesilapan dan kecuaian kita dalam membuat keputusan yang kurang matang.

Dan hukuman yang diberikan masa itu, ubatnyadengan redha..dan sekali lagi... percaya yang segalanya punya hikmah.

:)

Friday, December 12, 2008

SENGAJA...

Aku masih sengaja membuang masa aku dengan membuka ruangan sembang dan kenalan yang aku sertai sejak beberapa tahun lalu. Biasalah, bila ada yang baru maka selalunya yang lama akan nampak uzur dan tidak berguna... jadi.. tidak mahu menjadi manusia yang tidak kenang budi lah kononnya.. aku buka setiap laman mencari rakan..

Tiada apa yang menarik selain coretan sedikit dari beberapa orang rakan yang mengambil masa singgah untuk sekadar menegur mengatakan rindu pada sekujur tubuh ini.

Ini membuatkan aku sangat gembira.

Hari-hari aku sejak aku menjejakkan kaki ke BERNAMA TV ini boleh dikatakan tidak terisi dengan kerja-kerja rasmi seperti yang aku lakukan ketika dizaman melakukan latihan industri.

Aku masih sedang terawang-awang setiap hari dilokasi luar hampir setiap masa. Di pendekkan cerita, sejak aku masuk bekerja bulan lalu, aku sudah pun panjangkan kaki aku ke Johor selama seminggu kemudian ke Pulau Pinang, juga seminggu dan sekembalinya dari Pulau Pinang, belum puas bekerja di Kota Metropolitan ini, aku berkesempatan untuk ke negeri Melaka.

Sekembalinya dari Melaka, aku banyak tertumpu di Bukit Antarabangsa melaporkan tragedi terkini, tanah runtuh yang meranapkan 14 buah banglo.

Aku gembira dengan apa yang aku lakukan, cuma, aku sudah mula merindui kalangan rakan yang selalu aku ajak makan di kafe--dan sudah tentu, Nasi Goreng Kampung kegemaranku...

Mungkin ini kali ke-100 aku mengulangi kata-kata ini, di setiap tempat, di setiap ketika tapi inilah hakikatnya.. aku sudah sangat teruja dengan kehidupanku, kerjayaku dan keadaanku yang ketika ini sangat bahagia.

Rakan-rakan baru yang sangat menyokong, memberikan kata-kata semangat dan kritikan kala aku melakukan kesalahan, semuanya membuatkan aku bahagia ketika ini.

Dan yang paling penting, aku gembira melihat ibuku kini sudah rancak bercerita alkisah kawan-kawannya nampak kemunculanku di saluran 502 memberikan maklumat terkini berhubung kejadian tanah runtuh tempoh hari.

Mungkin hati ibuku sedang berbunga2...

Aku juga sangat bahagia bila aku tahu aku sudah membuat keputusan yang betul dalam hidup aku. seringkali aku terfikir tentang kebodohanku itu.. kerana untuk melupakan kenangan lalu, barangkali mungkin tidak akan berlaku, tetapi aku cuba mengutip setiap kesalahanku untuk dijadikan pengajaran di masa hadapan.

Menyentuh soal lain, adikku, sedang cuba keneng-kenengkan aku dengan rakannya. Agak lucu bagiku bila adikku dengan sedaya upaya meminta aku menghantar ambar melalui MMS. Mujur tak ada, tidak aku pasti sudah hantar. Ingatkan rindu pada aku, rupa2nya kawannya hendak sangat melihat gambarku~pasti dari cerita adikku... sangat seperti kala zaman sekolah dulu.. menampakkan adikku belum matang lagi meski umur sudah meingkat naik.

Bulan Januari ini aku bakal meminta kebenaran untuk bercuti... adik2ku ingin pulang ke kampung dan mahu membawa ibuku ke Pulau Pinang berjalan2...Diharap tiada sebarang halangan untuk melakukan sedemikian.

:)

ENTRY BOHONG

bulan lalu lepak bersama dua lagi temanku.

1 lelaki: sudah berkahwin. lebih 10 tahun.

1 perempuan: pernah bercinta bertahun.



persamaan kami: disampahkan. faktor: pasangan hilang cinta. thesis: setia itu satu kebodohan yang maderfaker.



wadefak.



apakah ini bermakna perkara ’setia’ itu terlalu diberi bayangan terlalu gah, walhal konsep itu sebenarnya satu mauduk yang sangat bangang?



seperti tiada relevannya rama2 pada tilam basah, atau helmet ketika memandu myvi, juga cermin mata hitam ketika tidur di pekat malam. bermakna, siapa yang setia itu, bangang?



kawan perempuan aku ckp "lelaki mmg begitu. tidak reti setia". aku tepuk kepala dia. aku kata "abih sebelah kau tu perempuan?". dia diam. kawan lelaki aku bilang "isteri aku sudah ada lelaki lain. dan aku sedang mencuba untuk mengambilnya kembali".



aku tepuk kepala sendiri. "kita memang bongok ke haa?" dan di kopitiam itu kami terdiam bertiga. kita setia, dia tidak. tidak ada kaitan dengan faktor usia, jantina, pembesaran, apa2. diri sendiri. kalau tidak dijaga diri itu, memang tidak akan mampu. tidak semua dilahirkan menjadi pecinta tegar. tidak semua berminat. tidak semua ada ingin menetap di satu alamat.



alasan biasa:

1) bosan.

2) lebih bebas.

3) tidak mahu serabut.

4) orang lain nampak bahagia.

5) isi tempat kosong. (semua jawapan bisa dibuat, tiada yang salah kerana semua orang bijak menciptanya)



ada kawan yang berprofession ‘pencari gadis’. ada yang ‘pemangsa lelaki’. ada juga yang ‘pelaksana dendam’. masih ada yang ‘pemuas serakah’. baik lelaki, mahu perempuan. kelakar. apa yang kamu dapat berlari2 mengejar kabus?



sekadar penat. benar, ada sedikit dingin dan nyaman, tapi bila matahari mua muncul dan segala kabus memadam, apa lagi yang kau rasa? tenang? damai?



jangan bohong, kawan2.



melainkan jika kamu itu binatang yang tidak tuhan beri akal dan jiwa, bersifat hati kering itu pasti membahagiakan. kawan perempuan aku kata lagi "sedikit, masih ada harap" kawan lelaki aku menambah "tidak apalah yang sudah berlaku. cukup andai dia ada" aku, seperti biasa, tidak menokok juga menambah. sekadar senyum. aku pun.



tapi tidak boleh dimarah juga mereka2 yang berkarier ‘30 saat mencari cinta’ ini. sebab ada yang murahan memberi lelong. siapa tak suka barang percuma?



konsep ekonomi: demands dan supplies.

tiada pemintaan, tiada bekalan. masalahnya, bekalan besepah.



walaupun cap ayam, tetap orang nak. sebab percuma. tak percaya?

bulan lepas ada lori promosi coca cola di bukit bintang. aku yang tidak minum air karbonat tetap bersama2 manusia2 kedekut duit dan penagih barang percuma di situ. lepas dapat, minum seteguk dua, terus buang. sebab percuma. sebab tidak perlu ongkos sendiri.



bodoh agaknya menjadi pecinta. bukan orang mahu pun. setia adalah satu perkara yang kabur. kalau tidak kantul curang, tetap dianggap setia, bukan?



mungkin aku harus jual lebih murah. menjadi lebih peramah. dan hot. dan gedik melibas2 rambut sambil memintal2 baju ketika berbual. konon2 manis. memuncung2 bibir dan meremit2 hidung sambil malu2 memandang.



semata untuk dipuja dan disms sepanjang malam selama beberapa minggu, kerana aku sunyi. adeh. i’m so much better than that. tapi sampai bila aku nak begini… tersampahkan.



orang sudah bahagia sana sini, telefon gayut hari-hari, bergurau senda geli, aku di sini macam najis. hahahahha.



*gelak dengan airmata* memilih? bukan dr segi material. tp hati. kalau tidak, kenapa matahari yang aku pilih?



padahal ramai lagi di luar sana yang menanti. sehingga hari ini. aku cinta matahari kerana hatinya yang sangat indah. memberi kenyang dalam sekadar pandang. memberi nafas dalam sekadar terbayang. memberi kekuatan meski dia sudah terbang. memberi aku terang seperti bintang.



konsekuensi yang memaksa kejauhan kami adalah suatu yang telah tuhan tulis. terima kasih masa, yang dengan sabar meneman aku untuk gagah. terima kasih kawan2, yang benar2 memaksa diri untuk memahami.



terima kasih para musuh, yang menggalak derita aku. kamu tahu kategori kalian.



*diam. menghirup secawan ketenangan*



nak kirakan, aku la yang paling pathetic. aku setia pada bayang2. ahahahahhhahahhha.



KREDIT TO EYLIN--A Senior who is a friend now at BERNAMA WIRES...nampak sangat yang kenyatan, tulisan, luahan, atau sindiran... apa jua nama barisan perkataan yang dicoret beliau ini, sungguh dekat dihati aku.. dan kepada anda yang mengambil masa membaca entry ini, mungkin perlu meneliti lebih dari sekadar membaca.. mungkin ada kena mengena dengan hidup anda. :)

Wednesday, December 10, 2008

MENARIK PERHATIANKU....RENUNGKAN!

Subject: SOALAN: ADAKAH suami menanggung dosa isterinya yang tidak menutup aurat/mendedahkan aurat kepada yang bukan mahramnya?
JAWAPAN: RUMAH tangga yang aman damai itu terbina di antara gabungan ketegasan seorang lelaki dan kelembutan seorang wanita. Lelaki berusaha mencari nafkah sementara wanita menguruskan rumah tangga. Tentu tidak akan wujud sebuah rumah tangga yang bahagia jika suami sahaja yang gagah atau kelembutan isteri semata-mata.

Syariat Islam telah memuliakan wanita dengan memberi satu jaminan bagi kehidupan mereka. Disebabkan fitrah dan peraturan hidup itulah maka suami berperanan memimpin isteri ke arah mencari keredaan Allah s.w.t. Pada keseluruhannya, suamilah yang bertanggungjawab di atas segala masalah anak isterinya tetapi tidaklah sampai membiarkan mereka lalai daripada tanggungjawab dalam ibadah yang khusus (fardu ain). Firman Allah s.w.t bermaksud: Wahai orang yang beriman peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada seksa api neraka. (al-Tahrim:6). Para ulama ketika menafsirkan ayat ini berpendapat bahawa suamilah yang bertanggungjawab menyelamatkan ahli keluarganya daripada dihumban ke dalam api neraka. Suami menyelamatkan ahli keluarga dengan mendidik mereka dengan ilmu agama. Mengajar mereka ilmu fardu ain yang wajib diketahui oleh setiap orang Islam termasuklah ilmu tauhid. Setiap Muslim perlu mengetahui batasan auratnya. Seorang wanita wajib mengetahui batasan auratnya. Sejak dibangku sekolah lagi ustaz dan ustazah telah mengajar mereka batasan auratnya, malahan di dalam silibus KBSR dan KBSM juga menjelaskan demikian. Malahan ibu bapa juga mengajar mereka had aurat. Namun, apabila dewasa, ada di kalangan wanita yang melihat kefarduan menutup aurat ini sebagai satu budaya orang Melayu dan bukan persoalan agama. Tanggung jawab dan peranan mendidik berpindah ke tangan suami apabila seseorang itu dikahwini oleh seorang lelaki. Berdasarkan kepada tanggungjawab dan peranan suami jelas bahawa suami adalah pengemudi bahtera rumah tangga terutamanya dalam mendidik keluarga. Suami wajib menasihati isterinya dengan penuh bijaksana dan hemah supaya isteri boleh menerima perintah menutup aurat dengan rela hati tunduk dan patuh pada perintah Allah. Rasulullah s.a.w. ada berpesan agar setiap wanita itu dididik dan ditegur dengan penuh kelembutan dan dedikasi. Nabi mengingatkan kita agar mereka tidak dibiarkan dengan kesilapan dan keingkaran kerana yang demikian akan membawa padah pada si isteri. Setelah dinasihat dan diajar serta ditegur, mereka masih lagi enggan menutup aurat maka suaminya tidak berdosa. Ini kerana suami sudah berusaha menyedarkan akan perintah Allah menutup aurat, tetapi masih ingkar. Maka dosa keengganannya menurut perintah Allah akan ditanggung sendiri dan bukannya suami. Dalam surah al-Nur, Allah berfirman yang bermaksud: Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya. (al-Nur: 31). Dalam ayat ini jelas Allah s.w.t. memerintahkan kaum perempuan menutup aurat dan perintah ini wajib. Maksudnya wajib bagi wanita Islam yang beriman menutup auratnya. Had aurat wanita ialah seluruh tubuhnya melainkan kedua telapak tangan dan wajah.

MENARIK...TAPI RAMAI MANA YANG SEDAR TENTANG ISU INI??

TERUTAMANYA WANITA....

PELIKNYA KETIKA INI, WALAU SANG LELAKI MENGAJAR--SANG WANITA MEGAH BERKATA TIDAK.. SYURGA TIADA WANGINYA BUAT MEREKA.

RENUNG-RENUNGKAN!!!

EEEEEIIIIIII GELINYA!!!!!

Hahahahahaha....

Apa matlamatnya aku nak geli kan?

Dalam pada aku kat Bukit Antarabangsa tuh, banyak sebenarnya perkara yang aku nampak... bukan hanya mengelikan dari segi tidak selesa tapi juga mengelikan hati nak buat aku ketawa.

Aku ceritalah dulu apa yang membuatkan aku geli pasal tak selesa..

Alkisahnya, aku dengan selamba badaknya sedang bersantai-santai di sekitar pusat operasi di Bukit Antarabangsa tuh, tetiba lalu lah pasangan yang aku kira masih pasangan kekasih.. dari gaya dan caranya memang belum kawin sangatlah.. yerlah.. nampak sangat muda remaja... dengan selamba badaknya boleh berjalan berpegangan tangan didepan Pak2 aji kat situ.. eh!! kalau ko tuh tak senonoh dari segi pakaian tak per jugak.. nie bertudung..pastu nak2 berjalan berpeluk2, kepala dah menyendeng2...apa motifnya ntah? Nak tunjuk hang sorang jer ada pasangan..? Hak Hak Hak.. kalau lagak korang tuh digemari orang tak per jugak.. ni dah lah HARAM.. buat pulak depan orang ramai.. dosa tak dosa LU PIKIR LAH SENDIRI... hahahahaha.

K!

Ni pulak yang mengelikan hati aku lah.. yang aku dapat lihat dengan mata kepala aku sendiri lagak orang-orang yang sedang bekerja keraslah kononnya di sekitar pusat operasi itu..memang aku tak dapat nafikan bahawa masing-masing sebenarnya datang ke situ dengan bermacam-macam agenda.

Kalau tak pasal duit, pasal perhatian, kalau tak pasal perhatian, pasal pangkat, kalau tak pasal pangkat pasal pemahaman politik.. sikit sangat yang datang dengan niat nak membantu betul-betul.

Tadi, ada satu insiden yang bagi kaca mata aku agak bodoh jugaklah.. tapi nak buat macam mana..kalau dah taksub, tak boleh nak buat apalah kan...

Ni kes fahaman politik... ada seorang mamat dari parti yang kini gah kerana kekuatan pakatannya, urm.. yang mewakili ADUNnya lah.. nak letakkan motor di khemah yang digunakan untuk tujuan operasi. Nak jadikan cerita, ada sekumpulan media, bersama-sama dengan aku 'melepak' menunggu apa-apa story baru di hadapan khemah yang sama.

Mamat ni entah dari mana nak letakkan motor nya disitu.. so, nak jadikan cerita, kalau dilihat dari cara dan gaya khemah itu, bukan tempat letak motor, tapi pusat operasi.. so seorang petugas media ni pun tak bergeraklah ingatkan motor tuh nak parking kat depan khemah tuh sekejap jer.. alih2...lepas jer dengan ke'blur'an pak cik geng2 media tuh mengenjak membiarkan motor tuh masuk, mamat yang bawak motor bukan main gah lagi nak menengking lah jugak petugas media tuh tanya apakah petugas media tu tak puas hati dengan dia...-just pasal pak cik tuh tak bagi dia lepas masuk dalam khemah...

Pak cik yang masih blur itu pun berjalan dekat dengan dia, konon nak dapatkan apalah matlmat penyampaian mamat tuh yang jelas nampak kurang senang dan nak maki pak cik tuh.. hey cam'monlah.. korang baru menang dah nak buat kepala ke? ADUN korang tuh kira tak banyak, sikit tuh nampak jugak ramah dan susila dia.. tapi yang pengikutnya, haram!!!!

Kalau aku lah yang baru nak lihat2 nak masuk parti yang aku nak sokong, sumpah.. aku reject. dah serupa parti yang korang dok kutuk tuh jugak kot perangai korang... politik, politik jugak.. adab susuila jagalah. Ni pusat tempat bencana pun nak jugak berpolitik... mati kerana politiklah korang esok kan?? Alih2, sama jer rupa, apa yang korang nak buat untuk rakyat ntah apa.. kata orang paku serpih, jangan diri yang lebih2...

Itu kes parti politik, ini kes penduduk.. pernah dengar tak orang pentingkan diri...? Kalau tak pernah dengar..mungkin korang pelik bila aku katakan, ada pihak pendudk (sebilanganlah) yang buat protes diatas pembinaan jambatan yang menghubungan taman perumahan mereka dengan taman perumahan bersebelahan bagi tujuan membawa masuk dan keluar penghuni yang terperangkap di sekitar kawasan kejadian akibat tanah runtuh tuh.

Sangat pelik bagi aku. Dah tuhan tunjuk musibah depan mata pun, sempat pikir pasal hiudup tak tenang.. ni lagi satu kes melawan kuasa tuhan. Nak tau kenapa? tempat kejadian tuh agak2 paling jauh pun lah kan.. adalah 4 kilometer kawasan yang digunakan bagi tujuan pembinaan jambatan tuh.

Tak dapat nak berjoging kononnya....x selesa orang ramai. SOMBONG..?jangan sampai tuhan turunkan bala kat sesetengah dari manusia yang tak puas hati tuh.. sudahlah. Mintak-mintaklah tuhan ampunkan dosa diorang ni.

Mungkin lagi lama aku kat Bukit Antarabangsa, lagi banyak aku dapat lihat sikap dan sifat manusia yang pelbagai. INi sangat2 hebat bagi aku...

Mungkin dalam post lain, aku boleh berkongsi cerita baru pula... :)

Monday, December 8, 2008

NAH!!!!! AMBIK KAU......

Kalau dalam post terdahulu aku menyatakan rasa gembira aku walaupun terpaksa berpenat lelah... hari ini, kepenatan itu boleh dikatakan dua kali ganda. Yang menariknya, aku tak pun buat apa-apa reporting yang berat.. tetapi hari ini aku diamanahkan untguk membuat 'live cross' dari tempat kejadian.

Mulanya aku ingat hanya satu atau dua, tapi selepas aku mula membuat 'live', baru aku tahu rupa-rupanya setiap berita yang keluiar 'live' perlu ada 'live cross' jugak... mati aku.. hehe.. bukamn apa, aku belum mahir dalam hal perihal bercakap depan kamera secara langsung apatah lagi p[ada hari ketiga tragedi ygang sah-sahlah kurang inputnya..

Berdasarkan agenda 'propaganda' yang disemai dalam diri, aku agak bolehlah melakukan 'live' secara memuaskan tapi tak lah bagus pun.. kira orang kata cukuplah sekadar buat..

Sedang aku menyenangkan minda dengan baru nak buat repoting, aku dapat panggilan untuk membuat 'live' untuk berita Inggerios dan Tamil. Aku dah 'blur' kejap.. dah lah BI aku ni hancus.. tamil jangan ditanyalah kan..tapi memandangkan ada gesaan dan tugasan kerja memerlukan aku melakukannya.. aku teruskan jugak.. dah nama pun kerja.. bos suruh, ikut jer lah... kang tak pasal2 makan rezeki yang tak cukup 'halal'nya.

But, im happy tro know my friends oun tengok jugak aku buat 'live'. Terharu rasanya bila masing-masing yang berada di kampung memberikan pesanan sms memberitahu bahawa melihat diriku di kaca tv. Konon banggalah kawan kuar tv..heheh.. Thanks korang..aku hargai kata-kata semangat korang..

Tak kurang rakan setugas di Bernama TV, semuanya menyokong walau tahu apa yang aku lakukan bukanlah yang terbaik. Nampak yang rakan-rakan di Bernama TV bukan kalangan manusia yang tidak menghargai apa juga tugasan yang dilakukan diri aku. Terima kasih juga.

Aku tidak pernah mimpi yang aku akan bekerja disini, di sebuah stesen tv, membuat lintasan langsung isu tragedi yang sangat besar..pada bulan ke dua aku bekerja di organisasi ini. Apakah ada bahagia yang lebih bernilai bila kita sudah gembira dengan tugasan sebegini...? walau ada, aku tetap akan buat2 tiada kerana aku sudah dibutakan kerja aku, seorang wartawan penyiaran.