Translate

Total Pageviews

Wednesday, December 30, 2009

SELAMAT TINGGAL 2009, SELAMAT DATANG 2010


BYE-BYE

                                                              WELCOME

Tahun 2009 sudah sampai ke penghujung. Terasa baru saja melangkah ke tahun itu, alih-alih sudah tiba masanya untuk aku berkata selamat tinggal dan menjemput 2010 melangkah mendatangiku.


Itulah hakikatnya samada aku suka mahupun tidak.


Banyak yang aku capai sepanjang 2009 ini.


Tidak dapat dinafikan, yang tercapai lebih dari yang diimpikan.


Syukur.


Rasanya tidak ada apa yang aku sesali sepanjang tahun ini.


Dan menjelang 2010, impian belum disusun..tapi aku nekad, seperti rasa hati diawal 2009, aku mahu tahun 2010 menjadi tahun yang terbaik buat aku.


Untuk itu aku akan melakukan yang terbaik dalam apa juga yang diamanahkan bagi memastikan kehidupan ini dilalui dengan penuh kesempurnaan hendaknya..


Harapanku, tahun hadapan, inilah..menjadikan apa juga yang dilakukan menjadi yang terbaik, selain meningkatkan kehidupan ke fasa yang lebih baik.


SELAMAT TINGGAL 2009, terima kasih untuk segalanya, dan SELAMAT DATANG 2010!

Friday, December 18, 2009

BAKAT YANG MEMBANGGAKAN


 
Baru-baru ini aku berpeluang untuk menonton rancangan Bintang Kecil siaran TV9.


Tidak segan, tidak malu untuk aku katakan bahawa aku cukup bangga menonton rancangan tersebut yang entah musim keberapa.


Langkah aku yang kebetulan itu sekaligus memberikan aku ruang untuk menilai kemampuan program tersebut dalam menyediakan platform kepada kalangan kanak-kanak yang dikatakan punya bakat itu.


Tidak dapat dinafikan, hampir setiap peserta program itu, meskipun masih kanak-kanak, kemampuan mereka dari sudut vokal mahupun persembahan, jauh lebih baik berbanding kebanyakkan penyanyi yang jauh lebih dewasa dan berpengalaman.


Bukan hanya mampu menyanyi, kalangan peserta juga bijak menyusun rentak menari mengiringi nyanyian rakan yang lain.


Juga, bijak berdrama dipentas seiring kata-kata puitis yang disampaikan 'sang penyanyi'.


Maka, jangan terkejutlah kalau sang hakim terkaku untuk berkata buruk tentang nyayian kanak-kanak ini yang perbandingannya ini tidak terluah dengan kiasan bijak.


Sekaligus membuatkan aku berfikir sejenak, mengapa perlu seseorang yang tidak, Ops...kurang berbakat dicanang, diangkat, dijulang dek kehebatan yang tidak sejauh mana, sebaliknya, meninggalkan bakat besar yang dimiliki tubuh kecil ini.


Aku boleh katakan aku sudah meminati program ini. Cuma mungkin aku punya kekangan masa untuk terus menontonnya setiap minggu.



Harapanku, kanak-kanak ini bukan hanya berjaya dalam bidang nyanyian, tapi juga sebagai seorang yang penuh ilmu didadanya... :)

Thursday, December 17, 2009

MENANG SUDAH AKHIRNYA..

Tanyalah rakyat Malaysia mana yang tidak gembira ketika ini bila berkata tentang kejayaan pasukan bolasepak negera bawah 23 tahun yang berjaya memenangi Pingat Emas dalam Sukan Sea yang sedang berlangsung ketika ini.


Pingat emas pertama negara yang dimenangi dalam sukan tersebut selepas menanti penuh debar selama 20 tahun pastinya sedang membuatkan peminat sukan tersebut sedang tersenyum sampai ke telinga ketika ini.


Sorak gembira juga pastinya hadir dari kalangan bukan peminat sukan tersebut, tetapi kumpulan yang menyokong kemaraan pasukan sukan negara.


Aku tergolong dalam kelompok kedua. Aku bukanlah peminat fanatik sukan tersebut, tetapi kemaraan pasukan tersebut selepas 20 tahun membuatkan aku terjerit-jerit setiap kali gawang gol negara, atau Vietnam hampir dijaringkan.


Gawang Gol Malaysia kerana aku tidak mahu gol dimasukkan, gawang gol Vitenam, kerana aku mahu gol dimasukkan.


Entah betul entah tidak istilahnya, tapi yang pasti..aku cukup berbangga mendapt tahu pada minit ke 84, hadir juga gol yang dinanti-nati sekaligus menamatkan kemarau 20 tahun.


Tiada ungkapan lain yang bisa aku ucapkan selain, TAHNIAH buat pasukan bola sepak negara, dan Jurulatihnya.Rajagopal. Anak Malaysia yang berjaya mencorak anak Malaysia.\


Tahniah sekali lagi... :)

Wednesday, December 9, 2009

JUST CHANGED MY TEMPLATE

Hehehe.. ini wajah baru yang ditampilkan untuk gambaran baru laman blog ini.

Mungkin sudah bosan melihat corak, warna dan perhiasan tambahan yang sama sejak sekian lama..aku memilih untuk menbgubah sedikit gambarannya agar lebih ceria.


Dalam kesempatan ini juga ingin aku maklumkan yang aku sedang memikirkan untuk melibatkan diri secara serius dalam bidang Andaman, Solekan, dan perniagaan yang berkaitan dengannya kerana tidak mahu mensia-siakan bakat yang ada.


Aku bercadang memulakan segalanya melalui promosi di laman blog..sedang mencari-cari nama yang sesuai untuk perniagaan yang satu ini. Ia perlulah 'catchy', kena dengan kerjaya tersebut dan bersifat kekal lama (longlasting).


Aku sudah naik rungsing tidak dapat nama itu sejak lebih sebulan.. :)


Terpaksa kiranya aku meminta idea dari anda yang sudi.. :)


Itu saja buat masa ini..akan aku kemaskini maklumat berkaitan didalam entry yang seterusnya. 


Da!

Thursday, December 3, 2009

PEMANDU TEKSI MUDA

Mungkin aku baru perasaan atau kebetulan saja.

Sejak kebelakangan ini, aku sering berkesempatan untuk menaiki kenderaan awam yang satu ini, dengan pemandunya yang masih muda.. kalau dikira-kira dari penampilan, sekitar 20-an.

Aku sebenarnya menjadi agak pelik kerana, sejak aku menjejakkan kaki di kota metropolitan ini, sememangnya teksi merupakan antara kenderaan yang aku naiki dengan pemandunya rata-rata sudah berusia.

Paling muda pun aku boleh kata lewat 30-an. kebanyakan dari mereka sudah bersara dan tiada pekerjaan.

Ada juga antara mereka yang melakukannya sekadar kerja sambilan.

Tapi gambaran sejak kebelakangan yang satu ini menimbulkan persoalan kepada aku...

Apakah langkah kerajaan menaikkan harga tambang teksi membuka ruang kepada golongan muda ini menceburi bidang yang sering tidak dipandang ini..

Apakah itu kemungkinannya, atau ada sebab lain..entah..aku tidak dapat memikirnnya.

Tapi aku sedang berkira-kira mahu membuat sebuah laporan khas mengenai isu ini..jika berkesempatan..harap-harapnyalah... :)

Oklah..Chow!

Wednesday, December 2, 2009

KUMARAN KINI

Disember..Itu nama bulan yang sudah kita tiba. Bagai tidak percaya masa bergerak begitu pantas meninggalkan kita terkapai-kapai mengejarnya.

Entah dalam sedar atau tidak, aku sudah lama tidak memaklumkan sebarang perkembangan terkini, meluahkan perasaan mahukan melahirkan pandangan tentang isu semasa dalam ruangan siber ini.

Dan kesempatan yang ada ketika ini aku gunakan untuk dimaksimumkan sepenuhnya.

Pertama, aku perlu bercerita tentang perkembangan tempat aku bekerja ini.

Sudah agak terlambat kiranya untuk aku maklumkan kini aku sudah punya seorang 'bos'. Sudah dipukul canang hampir disemua akhbar bahawa orang kuat tempat aku bekerja ketika ini, Bernama Tv adalah seorang COO yang popular dahulunya, dan kini menjadi CEO..siapa lagi kalau bukan Engku Emran.

Kehadirannya pastinya membawa bersama dunia glamour yang bersisa didalam dirinya dek pengaruh isterinya, dan dirinya sendiri yang sangat dikenali ketika mengendalikan sebuah stesen radio swasta.

Beberapa perubahan dapat dilihat. Pendekatan yang diadakan lebih muda, dan sudah ada cerminan perubahan dalam pergerakan seharian pekerjaan dan operasi stesen satu ini.

Tapi bukan itu yang menjadi kepentingan kepadaku. Apa yang ingin aku titipkan disini tentang bagaimana beliau bertindak bijak dengan menawan hati pekerja. Mungkin bukan semua, tapi aku yakin aku menghormati peribadinya yang menghormati pekerja.

Aku dan beberapa yang lain telah dipanggil untuk bersemuka dengan beliau. Mula-mula agak risau sebenarnya dek kerana sudah ada satu insiden yang kurang memuaskan berlaku, dengan kejadian itu diketahui olehnya.. insiden melibatkan kecacatan aku dalam menjalankan pekerjaan.

Jadi pertemuan dengan beliau bukanlah sesuatu yang menyedapkan hati, malah lebih kepada penilaian tentang apakah aku bakal 'dibasuh'. tetapi aku bersyukur, kerana rupa-rupanya beliau sekadar ingin bertemu dan memberikan kata-kata semangat, memotivasikan kami para wartawan agar lebih baik dalam menjalankan pekerjaan kami.

Dan apa yang diharapkannya, pasti akan cuba kami realisasikan.

Menyedari kehadirannya dalam syarikat ini ketika ianya sedang bermasalah, aku percaya kerja keras secara bersama perlu diantara majikan dan pekerja. Dan apa yang diminta, dipohon dan diarahkannya menjadi amanah bagi aku dan yang lain-lain untuk laksanakan, sebaik mungkin... sedayanya.

Apalagi yang perlu aku titipkan?

Baik..ini yang menarik...aku sudah dua kali berusaha untuk melakukan Standupper dalam bahasa ibundaku, bahasa tamil.

Meskipun aku sudah tidak lagi begitu mendekati bahasa ini selain pertuturan semata-mata..saranan, semangat dan desakan manja oleh kalangan mereka di meja penerbitan berita bahasa tamil pastinya memberikan aku sedikit keyakinan untuk melakukan yang terbaik dalam menterjemahkan kemampuan aku dalam memperkasakan bahasa itu.

Dan dengan penuh kesungguhan, dua standupper itu diklasifikasikan berjaya dengan statusku yang 'murtad' bahasa. hehehe.. tetapi syukurlah..berjaya juga aku lakukan walau dalam terpaksa..

Terima kasih kepada kalangan mereka yang yakin dengan diriku ini.

Itu berita-berita yang menggembirakan tapi sebenarnya jauh disudut hatiku, sedang bermain satu emosi yang kurang menyenangkan.. tidak terluah perasaan itu disini kerana aku sedang sakit denngannya.

Aku bagaimanapun yakin aku tidak seharusnya menjadikan sedikit kegusaran ini sebagai penghalang aku mencapai tahap yang lebih tinggi dalam kehidupan ini.

Jadi, aku yakin aku mampu untuk mneyelesaikannya, dan aku akan pastikan aku akan berjaya melakukannnya...

Baik..emosi yang kurang menyenangkan itu kini sudah semakin dekat..dan aku malas hendak menekan-nekan lagi kekunci ini, kerana aku risau..risau aku akan mengeluarkan kenyataan yang akhirnya akan aku kesali..

Tidak mahu menghantui diriku dengan emosi yang kurang bijak ini, aku tinggalkan ruangan ini dengn penuh kasih sayang yang aku terjemahkan melalui senyuman ini.. :) :) :)

Sehingga dapat ku muntahkan perkataan lagi selepas ini, aku tinggalkan ruangan blog ini, dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha.. (Harap tidak terlalu lambat bagiku untuk melafazkannya).

BTW, aku akan pulang ke kampung lusa atau tulat.. tidak sabar rasanya!!! LALALALALALA... :)

Wednesday, October 7, 2009

SETELAH SEKIAN LAMA

Ya, setelah sekian lama tidak memberikan ruang dan peluang kepada diriku untuk mengemaskini laman sesawang yang tidak seberapa ini, hari ini akan mengambil sedikit masa dari jadualku yang entah benar sibuk atau tidak.

Baik, memulakan bicara, bermacam-macam perkara yang telah terjadi sejak kebelakangan ini. Namun semuanya hilang dari ingatan yang tidak dikuasakan dengan niat untuk menyimpannya ini.

Bagaimanapun, aku masih mampu untuk me'hournal'kan semua yang berbaki di dalam ingatan ku ini disini.

Baik..dimana harus saya mulakan..

Saya mulakan sedikit sejak bulan Ramadhan yang lalu.

Ramai sebenarnya kalangan rakan aku yang rapat denganku sudah tahu dan maklum nahawa aku sudah mula berpuasa sejak 9 tahun lalu. Permulaan yang suka-suka memberikan aku ruang untuk berpuasa penuh untuk tahun ke lima tahun ini. walaupun aku punya niat lain sebelum ini untuk menjalani puasa pada bulan Ramadhan, namun ianya aku ketepikan dulu buat sementara waktu dalam usaha menenangkan jiwa. menenangkan jiwa dalam ertikata tidak mahu fikiranku dihimpit sesuatu yang belum pasti dan aku mahu memberi ruang kepada mindaku untuk sedikit rehat dari rutinnya yang sangat memnatkan.

Dan kesempurnaan (harapnya), walaupun hanya sekadar lapar dan dahaga barangkali, berjaya membantu aku mengurangkan berat badanku kepada lebih 4 kilo. Satu pencapaian yang sangat ketara bagi tempoh satu bulan.

Meskipun berat ideal aku sebenarnya 60kg, namun, bila lemak yang wujud, adalah dibahagian perut, ianya agak menggusarkan sehinggakan puasa yang menjadi diet berguna dirasakan amat membantu.

Dan kesempurnaan itu juga melayakkan aku meraikan Hari Raya... "over"lah katakan.. hehehehe..so raya tahun ni dapat pakai dua pasang baju melayu..dan kedua-duanya dibeli di Jalan TAR.

Malam raya lah pulak keluar ke Jalan TAR bersama Aiman, Kak Ros, Ida dan Is..satu pengalaman baru buat aku...heheh..meriahnya, jangan dikata..sukar untuk diungkapkan dengan kata tulisan. Hanya hati ini saja yang tahu.

Kemeriahan raya pula sampai ke hari ini tidak habis lagi..aku masih di modd raya.. namun, apa yang pasti aku tidak mungkin akan melupakan sambutan Deepavali yang tidak kurang seminggu lagi...aku sudah membelanjakan sejumlah wang yang agak banyak untuk keperluan keluargaku.

kali pertamalah katakan..maksudku, kali pertama meraikan Deeapavali sebagai seorang pekerja, dengan gaji yang cukup untuk aku menyara keluargaku. hehe.. harapanku hanyalah agar semua yang aku dapatkan kepada ahli keluargaku disukai dan memuaskan...

Dan yang paling penting...jeng jeng jeng...secara rasminya aku nak maklumkan..hati aku sudah kembali berbunga-bunga dan sudah terbuka untuk menerima cinta semula. setahun lebih lebih ini rasanya sudah cukup untuk memulihkan luka cinta yang aku alami, dan pastinya aku tidak boleh terus menolak cinta yang hadir dengan alasan tidak mahu dilukakan..

Apalagi dengan kehadiran ramai aweks-aweks cun disana-sini..pastinya aku tidak patut menolak cinta. Namun, aku buka hatiku ini bukanlah bermakna aku sudah punya cinta, tetapi hanyalah sebagai satu sanfaran untuk teruskan hidup, dan yakin akan ada jodoh yang baik datang berkunjung untuk bertahkta. ChewaaaaaaaaaaaaaaaaaH!!!!!!!!!!!!! kah kah kah....poyo!!!!!!!!!!!

Tapi apa-apapun, keutamaan adalah baghi mendapatkan apa yang aku ingini. Matlamat tahun hadapan sudah aku rangka..dan aku harap segalanya akan menjadi kenyataan...

Ok..tangan aku dah mula penat menekan-nekan punat dan kekunci ini... maka, berakhirlah madah penuh berhelah aku yang tak seberapa ini.

Seupaya mungkin aku akan melangkah, dan terus melangkah di DUNIA BARUKU ini, sekerap mungkin untuk menampilkan penceriataan terbaru tentang diriku dan pandanganku tentang dunia.

Sekian!

Owh..lupa..belum terlambat saya kira untuk mengungkapkan...SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN!

Thursday, August 27, 2009

RAMADHAN DI BTV

Sekali lagi, tahun ini aku berkesempatan untuk merasai suasana berpuasa bersama rakan-rakan dari BTV ini buat kali kedua.

Tahun lepas merupakan kali pertama aku berkesempatan untuk berbuat demikian, dan ketika itu aku masih bertatih sebagai seorang wartawan pelatih di organisasi ini.

Setahun sudah berlalu dan kini aku kembali merasai nikmat yang sama tapi dengan suasana yang pastinya jauh berbeza dengan sebelumnya...

Manakan tidak, umum sudah mengetahui dilema yang dilalui Bernama TV dan Bernama yang sudah dipukul canang oleh Pak Menteri dan media sendiri.

Dan ketiadaan lebih 100 orang pekerja pada bulan mulia ini benar-benar terasa.. sudah kurang kemeriahan dahulu.

Tapi bak kata orang, setiap perkara yang disedekahkan tuhan, pasti ada himahnya.

Kumpulan tenaga kerja yang kecil mengeratkan lagi hubungan kami.

Dan kesibukan yang berganda pastinya memberikan seribu satu kekakangan.

Ingat lagi pada hari pertama berpuasa tahun ini, ketika itu aku sedang sibuk memberikan penerangan kepada editor visual yang sedang menyiapkan berita aku, berita tentang penamaan calon jawatan tertinggi MIC.

Ada seorang makhluk tuhan yang datang hulurkan Kurma dan hilang..aku rasa aku tahu siapa yang bagi tapi tidak beranai meneka-meneka. Takut lembu punya susu sapi yang dapat nama.

Namun, kehilangan rakan lama pastinya sedang diratapi..apa nasib yang menanti adalah cerita kemudian hari.. dan untuk hari ini..perjuangan perlu diteruskan!

Kerja adalah kerja, kalau tak kerja, tak ada duit, kalau tak ada duit..semut pun tak pandang! :)

Dan akhir sekali..salam ramadhan rakan2...!!

Wednesday, August 5, 2009

ADA BINTANG BARU DIRUMAHKU

Jika selama ini aku pulang kerumah, tanpa ada tujuan..kini ada sebab untuk aku pasti pulang. Sebabnya aku kini punya komitemen yang tinggi, komitmen terhadap seekor binatang dirumahku.
Aku baru saja membeli seekor 'Chipmunk' atau dengan bahasa mudah, seekor tupai. Harganya RM 150.. boleh tahan mahal, tapi berbaloi rasanya.
Dulu aku pernah ada seekor, dan aku beli di Pulau Pinang. tapi malangnya, selepas lebih 3 tahun, ianya mati.. Dibawah, aku selitkan beberapa gambarnya..... Dan aku panggil Chipmunk aku ni, hanya sebagai CHIP!













Sunday, August 2, 2009

SETELAH SEKIAN LAMA

Nampaknya, lama aku tindak singgah mengkhabarkan pekembangan terkini. Bukan terlalu sibuk tapi menyibukkan diri sebenarnya.
Banyak yang aku mahu ceitakan, namun tidak ada 'mood' yang sesuai untuk mengkaryakannya disini. Namun, kala 'mood' datang, idea hilang entah ke mana.
Aku ketika ini sedang menyesal sebenarnya. sedang menyesal diatas kecuaian aku selama ini. Apatah lagi ianya melibatkan wang dan keluarga. Aku sepatutnya mentyimpan semua resit-resit deposit wang ke akaun yang seringkali aku gagal laksanakan.
Terlalu cuai aku ni. dan kala muncul masalah, barulah aku terkapai-kapai mencari penyelesaian kepada semua masalah tersebut.
Jadi kata kunci selepas ini adalah --JANGAN CUAI!!!
Dan sejak kebelakangan ini, pelbagai perkara berlaku dalam negara kita yang ingin aku ulas. tapi entah kenapa, kadang-kadang aku seperti sudah tiada semangat untuk menceritakannya kerana masih ramai yang bodoh, buta dan tuli kalau membabitkan soal politik.
Seringkali politik di letakkan di hadapan dan membelakangi norma kehidupan kita sebagai seorang rakyat Malaysia.
Siapa yang kini tidak kenal siapa Teoh Beng Hock? setiausaha politik kepada salah seorang exco negeri Selangor yang mati jatuh dari bangunan MACC.
Banyak perkara yang dibincangkan. dari penglibatan MACC dalam 'membunuh' TBH hinggalah ke kes bunuh diri...
Banyak perkara yang diulas, dan kala ini, kematian TBH masih misteri yang perlu memerlukan satu penerangan yang terperinci.
dan sekali lagi, kes ini mendapat liputan hangat kerana kalangan ahli politik sudah campur tangan. Katanya, mereka mahu kebenaran..tanpa menunggu. petang itu juga kain rentang sudah disiapkan. Entahlah.. terlalu banyak drama.
Dan kemudian isu Kampung Buah Pala yang masih berlarutan. Kerana kes KBP juga beberapa hari lalu berlaku kes gaduh ala-ala filem tamil di perkarangan Ibu Pejabat MIC. Bermula dengan kes Maika Holding, ia kemudiannya membabitkan kes KBP dan akhirnya pergaduahan.. dan bodohnya, kalangan pemimpin politik antara yang terlibat dalam pergaduhan ini. Tidak ada etika yang ditunjukkan. Patutnya, kalangan mereka ini menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat, tetapi kalau mreka ini sudah ke jalanan- bergaduh, maka apa gunanya lagi meja rundingan.
Dan semalam, satu Demo yang paling bodoh pernah aku tengok di Malaysia. Memang aku sifatkan bodoh. Tidak kira orang kata aku ni yang bodoh pun, tak kisahlah..dan yang bodoh dan bangang itu adalah rakyat. Kenapa? Sebabnya, jelas demo seumpama ini hanyalah bersifat politik, apatah lagi dengan penglibatan secara langsung oleh kalangan pemimpin politik.
Apalah yang cuba dicapai kumpulan ini? Apa gunanya ada parlimen, apa gunanya kamu diberi kuasa yang begitu banyak di hampir setiap pelusuk negara.. apa gunanya kamu menang beberapa negeri, kalau rakyat perlu dikerah ke jalananan untuk melahirkan rasa tidak puas hati mereka.
dan apakah kesemua, katalah 20 ribu orang yang ke jalanan ini faham apa itu ISA. Pernahkah kalangan pemimpin memberikan pemahaman tentang sejarah penggunaan ISA dan apa gunanya, ke mana arah tujunya.
yang aku nampak, ketika ini hanyalah perjuangan menghapuskan akta tersebut. tapi penyelsainya apa?
Dan PM dah umum kata ISA sedang di kaji.. apalah gunanya demo di jalanan yang sesungguhnya menghalang kegiatan ekonomi dan menyusahkan rakyat.
Mungkin kalangan pemimpin itu kata itu propanganda kerajaan bagi menutup kehendak rakyat yang mahukan perubahan.
Tapi bodohnya mereka ini adalah, kejadian yang mereka lihat di dada akhbar dan media adalah perkara yang benar, yang mereka tidak mahu lihat dengan mata dan hati.
Apalah nak jadi dengan negaraku ini.
Yang pernah berkuasa tidak bijak menggunakannya, dan baru diberi kuasa pun masih tak reti nak gunakannya.
Sedih...
dan dalam keadaan ini juga, hilang sebuah permata berharga yang sentiasa memperjuangkan kesatuan dan keharmonian.
Yasmin Ahmad, perginya wanita cekal itu ditangisi semua. Dan kalaulah manusia yang seorang ini jadi pemimpin, pastinya akan dihormati kalangan semua kaum.
Lihat saja hari perginya arwah, seramai mana bukan melayu yang hadir memberikan penghormatan terakhir kepada beliau.
Dan sebagai salah seorang yang berkesempatan untuk menemuramah beliau sekali, karisma beliau amat saya hormati...dan sanjungi.
Pelbagai kesedihan dan dilema aku tentang perjalanan negara dan rakyatnya jauh di lubuk hati aku.
Negara yang dulunya mencurahkan hujan emas kini kurang nikmatnya.
Aku tidak sanggup melihat negaraku kehilangan segala apa yang dimiliki hanya kerana ketaksuban kuasa oleh sesetengah pihak.
Bila ini semua akan berubah? Hanya tuhan yang mampu menentukannya..

Thursday, July 16, 2009

SEDIKIT ANALISA PRK MANIK URAI

Seperti yang ramai ketahui, Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai sudah berlangsung, dan keputusannya Parti Islam Se-Malaysia kekal memegang takhta kawasan DUN tersebut.



Sebenarnya kemenangan PAS di DUN tersebut sudah dijangkan oleh ramai. Malah, sudah seolah-olah menjadi kubu kepada kekuatan PAS, Manik Urai adalah salah satu kawasan pilihanraya yang menjadi tumpuan selama hampir sebulan, sejak sebelum pilihanraya bermula, sehinggalah ianya tamat.



Tidak salah jika saya katakan di sini, Manik Urai masih lagi isu yang hangat dibincangkan dari kedai kopi tepi jalan, sehinggalah hotel lima bintang, sama seperti keadaannya ketika Pilihanraya Umum (PRU) ke-12 yang berlangsung awal tahun 2008.



Sebabnya? Ramai yang maklum bahawa dalam kesemua pilihnaraya kecil yang disertai Barisan Nasional selepas PRU-12, hanya Manik Urai menunjukkan peningkatan prestasi yang sangat ketara. Lebih dari yang dijangka sebenarnya.



Saya sekadar memberikan pandangan dari kaca mata seorang pemerhati, pembaca, dan sedikit kajian logik mengenai apa dan kenapa Manik Urai menjadi satu kawasan yang begitu bersejarah buat BN dan PAS sendiri.



Baik...



Memulakan cerita, baik kiranya kita lihat kembali kemenangan yang dicapai PAS kali ini.



PAS yang dikatakan kuat pengaruhnya di kawasan tersebut mendapat 5,348 undi.



BN pula mendapat 5,283 menjadikan majoriti 65 undi, iaitu perbezaan hanya0.61 peratus.



Ini satu kejutan sebenarnya, apatah lagi ketika PAS sudah mula bermegah dengan mengatakan mereka sudah menang dengan majoriti 2 ribu undi sebaik tamat waktu undian. Perkara ini dilaporkan portal Malaysiakini.com.

Dan bancian yang aku lakukan melalui 'status' di laman 'Facebook' aku (secara rawak) menunjukkan hampir semua komen yang ditinggalkan pada status yang berbentuk soalan itu menyokong bahawa kemenangan PAS tetap merupakan kemenangan, dan kekalahan Bn tetap merupakan satu kekalahan. Aku terima.

Namun, sedkit pembacaan tambahan menunjukkan bahawa, Exco Negeri kelantan, Husam Musa sendiri mengakui bahawa, peningkatan majoriti undi BN adalah disumbang oleh undi pengundi muda--yang mahukan pembangunan.

Baik, letak tepi dahulu soal BN, dan mari kita bincangkan soal pembangunan dan kehendak suara muda ini. Seperti yang semua sedia maklum, banyaknya sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakat (PR) pada PRU-12 disumbang oleh suara muda yang mahukan perubahan dalam struktur pemerintahan.

Dan suara sama kini jelas mula menolak PAS di Manik Urai, hanya kerana janji pembangunan. Kenapa?

Melihat kembali sejarah pemerintahan negeri Kelantan oleh PAS--sejak sebelum adanya PR, menunjukkan cara pemerintahan yang lemah dari segi memperjuangankan pembangunan. Ini jelas apabila Kelantan masih jauh ketinggalan berbanding negeri-negeri lain. Kalau negara yang dikatakan diperintah oleh kalangan 'perasuah' boleh maju seperti sekarang ini, kenapa sebuah negeri yang kaya dengan hasil buminya, dipanggil serambi Mekah, ketingalan serbi serbi walau diperintah oleh kalangan pemimpin yang dikatakan 'bersih'.

Musykilnya aku, kenapa seorang yang bersih, sebuah kerajaan yang bersih, gagal menyempurnakan pembangunan dengan baik. Bukankah secara logik, pengurusan dana dengan efisin sepatutnya membawa kepada pembangunan yang lebih baik dan tersusun..?

Dan pembangunan ini gagal walaupun diberikan peluang selama 20 tahun.

Dan apakah kegagalan PAS ini yang menyebabkan kurangnya undi di Manik Urai?

Tidak cukup dengan itu, PAS secara umumnya sudah pun terlibat dengan krisis kuasa dalam parti.

Terdahulu, sudah ada pertelingkahan diantara pemimpin kanan PAS yang jelas berbeza hala tuju. pelbagai bentuk '"SOT" / kenyataan diberikan secara terbuka kepada media. Apabila bersua muka secara bersama, kenyataan ini dengan mudah ditukar kepada 'media arus perdana memutar belitkan keyataan saya'. sampai bila pemimpin PAS mahu menyorok disebalik kesilapan ini?

Disini, jawatan dan kuasa, pengaruh yang besar semakin jelas 'direbut', dan akhirnya menyebabkan pihak luar, pengundi terutamanya menilai, dan menterjemahkan perasaan, pandangan, dan amaran melalui undi.

PAS sedar yang mereka telah kehilangan undi yang banyak di Manik Urai. Menyalahkan BN satu hal, tetapi PAS perlu mencari kesalahan pada diris endiri terlebih dahulu. Ini kerana, sejak berjaya menawan banyak kerusi pada PRU-12, PAS dilihat semakin angkuh.

Muktamar PAS menajdi gelanggang menunjukkan keangkuhan apabila hampir setiap ruang muktamar itu digunakan untuk mengutuk, mengumpat, mencaci dan mencerca UMNO / BN.

Mungkin pada pandangan perwakilan, itu adalah perkara terbaik untuk dibincangkan, tetapi, logiknya, Muktamar seharusnya dijadikan sebagai landasan memperbaiki kesalahan, kesilapan, dan menilai kekuatan pada diri sendiri terlebih dahulu.

Kegagalan melakukan demikian jelas dapat dilihat pada PAS.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Dan berubah arah kepada BN pula.

Walaupun bukan satu kemenangan, tapi ia kemenangan secara moral. Itu ungkapan yang semakin lazim kalangan pemimpin UMNO/BN bila membincangkan mengenai Manik Urai.

Tiada siapa yang dapat menyangkal sebenarnya, walau kelat, terpaksa jua diakui bahawa BN menang moral kali ini.

Tapi sedihnya, BN masih di takuk lama. Kenapa perlu kalah kalau anda sudah cukup hebat???

Ini persoalan yang paling penting..

Perbagai bentuk projek ditabur dan dijanjikan.

Wang kerajaan banyak yang dihabiskan untuk tujuan menarik pengundi yang ingin mengundi. Apa gunanya mengundi, kerana kalaupun pengundi berjaya mengurangkan undi majoriti kepad ahanya 65, tiada apa yang bakal mereka peroleh.

Contohnya, jambatan yang dijanjikan Timbalan Perdana Menteri, tegas, hanya jika BN menang.

Maka, apakah kini, setelah Bntewas, walau dengan hanya 65 undi, akan menyebabkan jambatan itu terbina. kebarangkalian tidak jauh lebih tinggi berbanding ya..

Jadi, ramai diluar Manik Urai mengatakan BN hanya pandai berjanji tetapi tidak pandai mengota. Dengan erti kata lain, BN dan pemimpinnya disifatkan prihatin pengundi hanya pada musim pilihanraya sama seperti dalam pilihanraya lain.

Jadi, kesalahan BN ini tidak lain dan tidak bukan, kesalahan berulang.

Tidak ada banyak yang boleh disentuh mengenai BN sebenarnya, kerana kekalahan BN masih disifatkan sebagai kemenangan oleh pihak tersebut.

Namun, kemenangan yang bersifat moral ini boleh diruntuhkan mana-mana pihak, pengundi terutamanya bagi membuktikan bahawa BN masih salah jika janji hanya diberi sekadar janji.

Cuma satu pesan aku buat peminat/pengikut/ penyokong fanatik bagi kedua-dua pihak ini,

PAS--kalau sudah mula lupa diri, akan menerima nasib yang sama seperti UMNo dan BN ketika ini.

UMNO/BN--Kalau tak sedar lagi, mungkin PRU13 anda sudah tiada kuasa lagi.

Ini hanyalah pandangan. Mungkin betul, mungkin salah.

Saya tidak berpihak kepada mana-mana pihak, jesteru, kalaulah ada kalangan anda yang mahu meninggalkan komen, letakkan diri anda dalam keadaan tanpa sebarang ideologi politik, bagi memahami apa yang saya cuba sampaikan.

SEKIAN! :)

Thursday, July 2, 2009

KATHAKALI

KATHAKALI
*Maaf Saudara Uthaya! saya telah 'mencuri' gambar ini dari laman blog saudara bagi tujuan penceritaan dibawah. Bukan apa, saya mahu pembaca tahu apa itu Kathakali dengan lebih jelas*


Buku Kumpulan Cerpen Bahasa Malaysia oleh Saudara Uthaya Shankar SB ini pastinya berjaya memerangkap aku untuk tidak tidur malam buat beberapa hari.

Aku sudah lama tidak kembali membelek karya-karya cerpen sejak meninggalkan zaman persekolahanku dulu.

Suratan atau kebetulan, karya ini aku ketahui melalui blog saudara Uthaya Sankar sendiri, yang dipautkan dengan laman Facebook.

Dan entah suratan atau kebetulan juga, aku punya sifat suka membaca sesuatu karya dari kulit ke kulit--sudah dididik oleh Hajah Salmah, guru Bahasa Malaysia aku (kini Pegetua Sek.Men. Keb Bagan Serai) , bertujuan memberikan maklumat 100% dari sesebuah buku. Katanya, ilmu kadang-kadang ada pada kulit buku, bukan hanya isi tulisan di dalamnya.

Dan dalam khusyuk dengan karya ini, terpandang aku pada satu nama--Shanjey Kumar Perumal (SKP), Pengarah Kreatif dan Penulis Skrip.

Nama yang diselitkan sebagai antara pengantar yang meninggalkan komen tentang keisitimewaan karya yang satu ini.

Bangga ada, gembira pun ada.

Bukan mahu mendabik dada, tetapi melihat sebahagian dari ahli keluargaku, mempunyai minat yang hampir serupa, menjadikan aku gembira(SKP adalah sepupu aku).

Dan apabila aku menjelajah kedalam helai-helai cerita cerpen (CERita PENdek) ini, aku dapat melihat banyak perkara yang aku sendiri pernah lalui.

Pemikiran aku, pemahaman aku, serta keinginanan aku melihat kaum aku--kaum India, dengan hubungannya dikalangan kaum-kaum lain, serta layanan, kedudukan, dan segalanya...segalanya hampir kena dengan selera aku.

Sejujurnya, ada kalanya cerita-cerita yang disampaikan begitu dekat dengan aku sampai imaginasi aku, meliar mengejar penceritaan sang penulis.

Bukan mahu membodek, tetapi hakikatnya, karya ini adalah karya yang dilihat ikhlas menceritakan pandangan seorang dari keturunan india, tentang sejarah lampau negara, dari zaman J.W Birch hinggalah kedudukan kaum tersebut pada hari ini.

Kadang kala, aku tersenyum membayangkan tentang perka-perkara yang disampaikan oleh penulis.

Isu yang ditampilkan adalah cubitan manja kepada mereka yang patut dicubit tentang bagaimana jahilnya kita--(Kaum India) moden pada hari ini yang naif tentang adat istiadat, budaya dan agama..

Betapa masyarakat disekeliling lebih tahu dari kita. Pernah dan sering orang diluar sana lafazkan--lebih Melayu dari Melayu, lebih Orang Putih dari Orang Putih, lebih Cina dari Cina dan lebih India dari India.... benar. Terkadang, aku juga begitu.. lebih kepada bangsa lain.. dan kurang tahu atau alpa untuk mengambil tahu tentang bangsa dan agama sendiri.

Sebuah kumpulan CERPEN yang wajar dibaca semua--dengan harga RM20, bukanlah semahal mana.

Maklumat lanjut mengenai Kathakali boleh didapati di laman Blog penulisnya, saudara Uthaya sankar SB di
http://www.uthayasb.blogspot.com/.

Baca jangan tak baca YEOP!
:)

SETAHUN DI BERNAMA TV

Pejam celik-pejam celik, sudah lebih setahun aku menjadi sebahagian dari keluarga BERNAMA TV.

Pada tanggal 1 Julai 2008, aku sebenarnya hanyalah seorang pelajar pelatih industri di BERNAMA TV.

Kehadiran aku hanyalah sebagai melengkapkan kehendak pembelajaran yang memerlukan aku menjalankan latihan industri selama 3 bulan.

Segala yang baik saja yang aku terima. Walau kadang-kala ada teguran yang bisa merobek hati, namun, kerana aku seorang yang sering meletakkan pemahaman bahawa segala sesuatu yang berlaku, ada sebabnya, maka segalanya bertukar menjadi indah belaka.

Aku berjaya memperoleh penilaian yang sangat cemerlang dalam Latihan Industri. Bukan hanya laporan aku yang tampil dengan markah yang sangat membanggakan, malah, penilaian yang diberikan oleh kumpulan Ketua Editor juga sangat memuaskan.

Dan tamat latihan industri, aku sangka aku tidak lagi akan menjadi sebahgian dari BERNAMA TV.

Walaupun jauh dilubuk hati aku, sebenarnya aku mahukan tempat yang kecil di sini, namun, harapan yang aku letak tidaklah setinggi gunung.

Malah, sebulan aku habiskan dengan menyiapkan laporan latihan industri selain menhabiskan masa dengan menyiapkan resume untuk dihantar kepada syarikat media lain.

Tanggal 2 November, aku diterima untuk bekerja sebagai seorang pekerja sambilan--Wartawan di Metro News, yang menjadi penyiap rancangan rencana bagi EDUWEB TV.

Dan pada tarikh itu juga aku dapat panggilan dari En ARA, Ketua Editor Tugasan yang menanyakan sama ada ingin bertugas di BERNAMA TV.

Pucuk dicita ulam mendatang, tanggal 5 November aku menajdi staf kontrak di stesen televisyen yang bersiaran di saluran 502 ASTRO.

Kini, setelah tamat tempoh kontrak selam 6 bulan, aku sudahpun menjadi staf sepenuh mana di sini.

Syukur tidak terkira rasanya kerana sepanjang setahun berada di BERNAMA TV ini, pelbagai pengalaman manis telah aku lalui...

Dan kesemua pengalaman ini adalah yang sangat bermakna dalam hidup ini.

Meskipun ada desas desus yang pelbagai tentang syarikat TV ini, aku sebagai staf akan sentiasa memberikan sumbangan yang terbaik.

Bakti yang diberi, pasti akan diberkati.

TERIMA KASIH BTV, dan semua rakanku disini...Jasa anda saya hargai sampai ke MATI!

Sunday, June 28, 2009

WEDDING!!

Dalam bulan ini, ada dua majlis perkahwinan melibatkan dua individu yang aku kira agak rapat dengan aku.
Seorang adalah Kid, 'abang angkat' kepada rakanku, Ryzal, yang kemudiannya menjadi rakan aku secara tidak langsung, membuatkan keluarganya juga diibaratkan keluarga aku juga.
Dan seorang lagi adalah sepupu aku. Anak kepada satu-satunya pakcik (abang kepada ibuku).
Biar aku ceritakan dulu perjalanan majlis Kid dulu.
Aku sebenarnya tidak berkesempatan untuk ke Majlis resepsinya di PWTC dan Johor atas urusan yang tidak dapat dielakkan dan urusan kerja.
Aku hanya berkesempatan ke majlis nikahnya yang diadakan di Janda Baik, Pahang.
Majlis berjalan dalam keadaan yang sangat meriah.
Malam itu aku tidur di rumah Kid di Taman Melawati, (tak tidur pun sebenarnya)...aku banyak meluangkan masa bergurau senda dengan Kak Lela (Kakak Kid), dan Mak Ciknya.
Aku juga berkesempatan menabur sedikit jasa menemankan Kid mengambil barang hantaran di Gombak, dan menginaikan jarinya.
Dan keesokkannya aku diminta menjadi tukang angkat dulang (atas sebab-sebab tak cukup korum).. dan dihulur baju yang sedondon dengan tukang angkat dulang yang lain.. peach colour..
Sekali lafaz, Kid sah bergelar suami kepada Nisa.
Tahniah...dan itu saja sebenarnya yang aku dapat coretkan.. tidak banyak yang aku sempat kongsi pada hari paling bersejarah buat Kid ini.. ada sedikit rasa terkilan kerana tidak dapat memakbulkan hasrat ahli keluarganya yang mahu aku ke majlis resepsi berkongsi kemeriahan sambutan itu..
Dibawah ini adalah sebahagian dari gambar yang aku muatkan sebagai menceritakan dengan lebih jelas perjalanan majlis tersebut.

Gambar ini dirakam ketika dalam perjalanan ke Janda Baik.. aku bawa dulang yang diletakkan handphone..


Suasana di rumah Nisa sebaik menyambut ketibaan rombongan Kid.

Menantikan majlis ijab kabul..

Aku di luar, di beranda, menanti saat Kid menjadi suami Nisa.

Sempat ambil gambar inai yang aku pakai sempena meraikan pernikahan Kid.. lama aku tak pakai inai.. tak ingat bila kali terakhir sebelum aku memakai inai kali ini..

Ryzal bersama aku, juga menunggu seperti aku...

Anak saudara Kid yang setia menghiburkan kami..


Jom ambik gambar sekali... mula-mula tak nak, tapi sekali ambik gambar, posing dia melebih-lebih..heheh

Sedap lauk majlis nikah di rumah Nisa..

Ryzal sedang menjamu selera..

Aku dan adik Kid..

Anak saudara Kid versi remaja..


Kid dan Nisa..menunjukkan tanda ikatan kasih mereka.


tengok gambar yang diambil..

Bicara dengan mak mertua katanya...

Dan satu lagi majlis adalah majlis perkahwinan sepupu aku.
Setelah lama tiada sebarang majlis kenduri dalam keluarga aku, majlis ini merupakan 'panggilan' untuk semua ahli keluarga untuk berkumpul.
namun, malangnya, majlis yang diadakan pada hari Khamis, bukan pada hari cuti, menyebabkan ramai juga ahli keluarga yang gagal hadir.
Namun, majlis itu tidak kurang meriahnya.
Menariknya, ada hikmah aku kesana.. huhu. aku menjadi pengapit pengantin untuk separuh masa pertama perkahwinan dilangsungkan.
Ok.. untuk makluman, pengapit pengantin lelaki selalunya @ lazimnya adalah terdiri dikalangan adik / abang pengantin perempuan kerana ada ritual-ritual keagamaan yang memerlukan pengapit mendahului setiap perkara (lead the bridegroom).
Dan memandangkan pada masa majlis dimulakan, pengapit lelaki belum lagi sampai, dan aku kebetulan, mengikut pertalian kelaurga juga boleh menyandang gelaran 'adik ipar' kepada sepupu aku, maka, makcik aku minta aku gantikan tempat pengapit.
Mahu aku gelabah sekejap.. hehe.. terasa macam aku pulak pengantin bila semua ritual dimulakan dengan aku yang 'lead' atau dahulu.. malu pun iye jugak...tapi separuh masa pertama sajalah.. separuh masa kedua, dari pengantin lelaki menukar pakaian, diambil alih pengapit sebenar.
Dan dibawah ini sebahagian dari gambar yang aku rakamkan pada majlis tersebut.

Patung Dewa Ganesan yang terhias indah..




Pelamin..

Balamurugan Weds Kalavathy

Aku dan Ibuku...

Keadaan yang sibuk di separuh masa pertama.. masa ni aku tak dipanggil naik ke pelamin lagi...

Bukti aku menjadi pengapit...aku serahkan cincin rumput ini kepada pengapit sebenar selepas ambil gambar ini..

Moment of truth.. saat sepupu aku nak bergelar laki orang

isteri sepupu aku, merangkap 'kakak' aku....

Setelah sah bergelar suami dan isteri...

Aku dan anak saudara aku yang sebaya dengan ku...hehe

Aku dan anak sauudara aku, Barathi...
Itu saja coretan yang aku dapat sertakan.. selepas ini, akan ada lagi kenduri.. dan apa yang menarik, pasti akan aku coretkan..
:)

Friday, June 19, 2009

BAPA

Barangkali ramai yang sedang berkata-kata dan mencanang seribu satu perkara berhubung insan bernama bapa dalam hidup mereka.



Aku tidak mahu ketinggalan bercerita perkara sama.



Aku seorang yang sangat degil dan suka bertegang urat dengan bapaku.



malu untuk menyatakan bahawa bapaku dan aku, tidak pernah bersetuju pada mana-mana perkara.



Aku rasakan diri aku selalu saja salah. Tidak pernah ada perkara yang betul aku lakukan.



Aku ini orang yang degil bila sudah membuat keputusan.



Dan bapaku pantang pada orang yang menjawab setiap arahannya.



Aku selalu saja menaikkan darahnya...kesian dia, sampai ada darah tinggilah.



Boleh diklasifikasikan anak derhaka jugalah aku ini.



Tapi segalanya berubah bila aku menamatkan pengajian tingkatan 6.



Sebaik selepas itu, aku memohon izin bekerja di Pulau Pinang atas undangan bekas bos aku, Romzy.



Permintaan aku dipersetujui, dan aku menjadi pelik.



Selalunya apa juga yang aku minta tidak pernah dibolehkan.



Dan dalam ketika itu juga aku mulai faham kenapa bapaku menghalang aku melakukan perkara-perkara yang kurang dipersetujuinya.



Dia tidak mahu aku melakukan kesalahan yang mungkin pernah dilakukannya.



Dan aku mulai sedar se sedar sedarnya.



Aku mulai menjaga tutur dan kata aku.



Namun, itu mungkin petunjuk yang jelas yang bapa aku bakal meninggalkan aku, dan dunia.



Beliau pergi tanpa pernah beri kami petunjuk.



Segalanya berlaku pada kadar segera.



Dan kala aku baru faham apa itu kasih bapa, beliau pergi meninggalkan aku dan keluarga.

Kini aku sedar bertapa besar nilai pengorbanan di sebalik teguran berbisa yang sering berkunjung tiba.

Tidak mahu menyesali pemergiannya, aku mahu pastikan bahwa aku akan meningkatkan diri ini setapak demi setapak bagi memastikan aku dalam keadaan, kedudukan yang membanggakan bapa aku.

Biar orang tahu aku anak Rajamoney.. biar aku banggakan nama yang satu itu... biar orang tahu istimewanya nama itu.. biar orang tahu nama yang aku sertakan setiap kali dalam laporan berita aku, menjadi doa paling berharga buat aku..

Dan bagi anda yang ada bapa, dan kurang setuju dengan pandangannya, jangan begitu.

Lumrah manusia, banyak kesalahan. Mungkin ianya salah kita dan mungkin juga ianya salah bapa kita.

Jangan hukum bapa kita dengan menyebar cerita tentang keburukkannya. Jangan aibkan darah dan daging yang menyebabkan kita wujud hari ini.

Aku mengaku aku tidak sempurna, dan aku tidak mahu rakan-rakan aku menjadi seperti aku.

Harapan ku... semua bapa di dunia dibahagiakanNya seadanya.

Biar semua bapa di dunia punya masa untuk menarik nafas lega kerana anaknya berjaya..

Sekian.. dari seorang ank buat semua bapa..

SELAMAT HARI BAPA

Monday, June 15, 2009

REUNION

Tajuk ini pastinya sesuatu yang sungguh aku bersemangat untuk ceritakan. Banyak yang ingin aku kongsi, cuma aku kurang pasti apakah aku punya perkataan, ayat dan bahasa yangs esuai untuk menggambarkan kegembiraan aku ini.

Mana aku harus mulakan.

OK.

Permulaannya, aku mendapat panggilan dari Nisa,memaklumkan akan mengadakan satu 'reunion' atau perjumpaan semula dengan kesemua rakan-rakan dari SRK Methodist Parit Buntar.

Aku sangat beria-is mahu menyertai perjumpaan tersebut. Dalam perkiraan aku, bukan senang untuk bertemu kembali dengan rakan-rakan yang pastinya telah lama aku terpisah dek kerana kesibukan menunpukan perhatian kepada pelajara, kini kerja, dan keterpaksaan yang mana, tiada nombor telefon rakan-rakan ku itu.

Dan seperti yang dijanjikan, aku pulang ke kampung pada 12 Jun, untuk menyertai perjumpaan itu pada keesokkannya 13 Jun.

Tiada pengangkutan menjadi satu halangan bagi aku membawa diri aku jauh ke Resort milik keluarga Nisa--ANISANI RESORT, yang terletak di laluan ke Bukit 300 Batu Hampar.

Jadi, perbincangan dibuat, Nisa mengambilku di rumahs ekitar 4 petang.

Dan aku adalah tetamu yangf paling awal sampai di resort itu.

Suasana petang di atas bukit pastinya sangat mennenagkan.

Apa lagi, jarak mata memandang membawa pemandangan bukan hanya bukit bukau, tetapi juga lautan Selat Melaka, dan Pulau Jerjak di Pulau Pinang.

Sangat aku tidak sangka, tapi itulah kebenarannya.

Aku dan Nisa bersembang panjang. Banyak yang dibualkan menunggu detik 8 malam.

Nisa sempat membawa aku melihat air terjun yang melintasi tanah ayahnya di resort tersebut. Sangat bertuah rasanya! Resort tersebut boleh dikembang maju lagi selepas ini.

Dan menjelang jam 8 malam, kesemua yang dijemput mula hadir beransur-ansur sehingga ada yang tiba selewat 9.30 malam.

Dan senarai yang hadir adalah-- AKU, Nisa, Fauzan, Wan Shafiq, Hafiz, Ayie, Ashraf, Azlan Shah, Hakimi, Azmer, Shafina, Maziah, Kak Yong, Hayati dan Nadira.

Walaupun ramai yang batalkan kehadiran disaat-saat akhir, namun, kemeriahan tetap terasa.

Dan tamat sesi bersama-sama lepak berkongsi cerita di Resort Anisani, kami melangkah pula ke kedai mamak Nasser di Taman Pekaka. Satu lagi sesi buang masa di sana.

Sangat bahagia rasanya dapat meluangkan masa bersama bersama rakan yang lama tidak bersua.

Tambah gembira pada malam itu juga, dua orang guru aku, Encik Azhar dan Puan Faridah secara kebetulan berkunjung ke Resort tersebut untuk menjamu selera bersama keluarga.

Dapatlah aku menukar nombor telefon dengan puan Faridah, cikgu Akaun kesayanganku itu.

Harapanku, kami akan sentiasa bersama-sama memlihara silaturrahim yang terjalin ini buat6 selamanya,

Tuesday, June 9, 2009

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD -- AND ME!

Aku berkesempatan untuk bertemu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad beberapa kali sudah. Namun, selalu tidak berkesempatan untuk bergambar dengan beliau.

Paling hebat, dapat salam je lah.. namun, segalannya berubah pada ketika beberapa hari lalu, aku berjaya merakam gambar bersama beliau.

Aku dengan sepenuh-penuh kesopanan menegur--"Tun, nak ambil gambar sama, boleh??"... dan Tun pulak went like.."ha?" (dengan senyuman)..orang yang mengerumuni beliau ramailah katakan.

Aku angkat kamera, dan bagitau "gambar!" :) .. dan Tun pun angguk... dan gambar yang aku muat naik ini adalah kenangan sekali seumur hidup yang pastikan akan menjadi kenangan abadi selamanya. Terima kasih... love u so much!

BANYAK YANG HENDAK DIPERKATA

Itulah sebenarnya yang sedang bermain di fikiran aku sekarang.

Dari cerita peribadi, rakan-rakan, jiran tetangga sehinggalah ke kerja dan segalanya ingin aku coretkan disini.

Namun keterbatasan masa dan ruang seringkali menyekat keinginan aku untuk mencoret sesuatu di laman sesawanlu ini.

Baik, aku ada banyak perkara yang hendak diceritakan namun ketika ini, ketika jari jemari sedang ligat menari di papan kekunci, seligat itu jugalah orak dan fikiranku menyusun apa yang perlu aku utamakan.

Baik, apa kata aku mulakan dengan yang baik-baik dahulu sebelum aku memikir untuk mencoret sesuatu yang bukan buruk, tapi yang menggangu dan menyekat tekakku.. hehe.

Pertama dan sekalian kalinya, aku ingin mengucapkan tahniah buat rakanku, Kid yang kini sudah pun sha bergelar seorang suami. Suami kepada Nisa. Tidak aku sangka begitu cepat jodohnya, namun aku tumpang gembira dengan jodoh yang diterimanya itu.

Aku seperti biasa pastinya akan menyibuk di mana-mana kenduri. Namun, kesibukan yang melampau dengan bermacam aktiviti, dan tuntutan keraja menyekat aku dari mengetahui perkembangan terkini tentang bila dan dimana Kid akan berkahwin.

Tetapi, pada rabu yang lalu, aku mendapat panggilan dari Ryzal, menjemput aku beramalam di rumah baru Kid semepena majlis pernikahnya.

Aku teruja, apatah lagi aku tahu keluarga Kid akan pastinya mengalu-alukan kehadiran aku. Keluarga Kid, setiap seorang dari mereka sangat ramah, dan pastinya aku tidak mahu ketinggalan dalam meluangkan masa dengan keluarga itu barang sehari.

Aku setuju.

Dan kebetulan, cuti aku tidak dibekukan.

Namun, malam 5hb, aku mendapat mesej dari Ryzal memberikan aku opsyen untuk samada mahu tidur di rumah Kid atau hanya mengikut ke kenduri pernikahan Kid.

Memikirkan mungkin rumah yang kecil dan kehadiran ramai kaum keluarga, dan aku sebagai tukang semak adalah sesuatu yan tidak perlu, aku memilih untuk hanye mengikut ke kenduri pernikahan.

Naum, aku kemudian mendapat mesej, menegaskan mak cik dan kak lela mahu aku ke rumah. Spend some time with them before the kenduri.

Aku setuju dan ke sana.

Dan malam sebelum pernikahan pastinya gamat. Aku tolong menginaikan Kid, dan yang lain-lain.. dan jari kelingking aku juga ku siramkan inai yang bak saga merahnya, Huhu. sudah lama rasanya aku tidak berinai mahupun diinaikan.

Dan, malam itu, bermulalanh pelbagai aktiviti, termasuk masak memasak.

Tidak berjaya melelapkan mata, aku mengambil keputusan untuk membantu apa yang perlu di dapur.

Dan, aku mendapat tugasan yang sangat mudah, goreng karipap segera.

Subuh berganti pagi, dan aku dengan kadar tiba-tiba diwartakan sebagai salah seorang tukang angkat dulang hantaran.

Pernikahan diadakan di Janda Baik, Pahang.

majlisnya sangat meriah.

Terasa agak berat untuk meninggalkan majlis, kaum keluarga dan saudara mara Kid.

Namun, kami perlu pulang ke KL. Rizal letih, begitu juga aku. sangat kepenatan.

Dan disinilah berlakunya kejadian 'buruk' itu.

Kereta yang kami naiki kemalangan. Tidak serius tapi cukup untuk membuatkan Ryzal kehilangan RM150.

REDHA je lah. huhuhuhu...

Itu tentang pernikahan Kid. Aku ada banyak lagi soty... akan aku kongsi dalam post yang lain kelak!

BTW, selamat pengantin baru buat Kid dan Nisa..!