Translate

Total Pageviews

Saturday, January 31, 2009

AYAM!!!!!!

Kerana terlebih rajin, aku sengaja membuang masa secara berhemah disini hari ini.

Ni cerita pasal ayam. Nak dijadikan cerita punya pasal.. ingan aku ceritakan kisah dimana aku terkejut melihat kelibat seekor ayam di kedai makan.
Kejadian berlaku ketika aku bersama rakan sekerja, Hanafi dan Fonso pergi makan. destinasi dituju entah dimana tapi yang aku pasti sekitar kawasan dato Keramat.
Sedang enak aku menjamu selera, ada binatang yang lalu di bawah, belakang aku sebenarnya.
Sedar-sedar, ayam rupanya. Tak nak pulak besar kan ayam tuh.. elok jer berjalan mencari makan dibawah-bawah meja di sekitar kedai makan tu.
Yang aku hairan bin peliknya, aiku tak pernah nampak ayam di KL ni.. maksud aku yang hiduplah. Aptah lagi bila ayam yang aku nampak tuh, di kedai makan..sedang berjalan2 dengan penuh gahnya.
Pelik tapi benar.
So, dibawah ini adalah gambar yang sempat aku rakam ketika ayam itu sekali lagi melintas dihadapan aku.
Comeyl kan? hahahaha....


CHINESE NEW YEAR

Pada Tahun Baru Cina, aku seperti kebiasaannya dikerah bertugas. Dan sekali lagi cross over. Kali ini dari Wisma MCA. Hari untuk aku bergaya dengan pakaian cina--aku tak tahu nama untuk baju lelaki cina, tapi i call it cheongsam lelaki.. hehehe. Pada hari sama, aku kena mengusahakan diri pergi membuat liputan tentang gerhana matahari pada petangnya. Aku selitkan beberapa keping gambar untuk tatapan anda yang sentiasa ingin tahu tentang diri ini.. :)

Ni sebelum aku pergi ke Wisma MCA

Gambar ni diambil selepas aku pulang dari buat asimen on gerhana bulan

Gambar ni pun..

Kak Effa...Cheongsam day lah katakan

Ni kat KLCC malam tuh

Ini gambar yang diambil kat Starbuck.. muka malap tak per.. baju harus me'nampak'kan kita..hehe

Friday, January 30, 2009

GAMBAR: KETIKA DI PARIT BUNTAR

Aku di Rumah..sedang bersantai pada hari pertamaku dikampung.


Mak aku, pun sedang bersantai lepas balik dari kerja.. cian dia.. penat awi tuh..huhu

Ni aku ngan kawan aku, Akma..dibelakang kami sebenarnya ada Wanie, adik Akma. Kami odw ke Bang Pecah..

Suasana ketika kami di Bang Pecah..Sangat Mendamaikan!

Aku ngan Akma gedik nak bergambar.

Perkenalkan, Wanie....


Aku dan Wanie lagi...

Aku menggedik sesorang...

Lagi aku..yang malap

Anak Sedaraku, Ruben tapi aku panggil dia Thambi (adik)


Anak2 Sedaraku....

Anak Sedaraku..Sri Loga

Aku panggil dia Papa (baby dalam bahasa tamil)
Thambi dan Papa.. Sudah siap sedia nak ikot mak diorang g kenduri kawin sapa ntah..

Monday, January 26, 2009

TAHUN LEMBU


Jika anda lahir pada tahun 1985, maka, mengikut kalender Lunar, anda lahir pada tahun Lembu.


Memandangkan aku lahir pada tahun itu, aku juga dalam kumpulan yang sama.


Kehadiran tahun baru cina, tahun ini, turut membawa bersama tahun lembu sebagai perlambangannya.


Dalam pembacaan aku berhubung tahun lembu ini, sebenarnya, mereka yang lahir pada tahun ini di kategorikan sebagai seorang yang sangat kuat bekerja dan berusaha keras. Juag dikatakan tidak putus asa dan menerima arahan dengan vaik, dan patuh.


Dari segi negatifnya, mereka yang lahir pada tahun ini, degil. Namun, sifat ini adalah minoriti, dan boleh dibuang dengan pemikiran positif.


Dari segi ekonomi, tahun ini adalah tahun lembu tanah, yang merujuk kepada sektor kewangan yang menerima pembangunan.


Harga gas dan minyak dijangka tidak akan naik dengan mendadak atau tinggi kerana unsur api yang lemah.


So, bagi mereka yang lahir pada tahun lembu, dinasihatkan untuk menerima, menanam azam bersifat seperti lembu, dari sudut rajin bekerja dan tidak putus asa, dan menukar sikap degil kepada sesuatu yang positif..


Aku percaya, tahun ini mampu menjadi tahun yang membanggakan kepada anda2 yang lahir pada tahun lembu.


P/S--maklumat dipetik dari Sinar Harian edisi tahun baru cina Wilayah selangor dan Kuala Lumpur.

Sunday, January 25, 2009

3 HARI DI KAMPUNG HALAMAN

Sekembalinya aku dari Kuala Terengganu, tidak dapat dinafikan aku begitu berkobar-kobar untuk pulang ke kampung.

Jadi, tiket terus sahaja aku beli bila kembali ke Kota Kuala lumpu (takut habis). Dan tanggal 21 Januari, sekitar 11 malam aku bertolak pulang ke Kampung. Dalam bas, aku lena.. tidak tahu apa yang terjadi di dunia luar, kerana agak kepenatan dek kerja waktu siangnya.

Aku tiba di Hentian Raya, Pusat Bandar Parit Buntar sekitar 3 pagi. Dalam bas, ada seorang mamat nie sedang nyenyak tidur, bila hendak aku kejutkan, baru aku perasan, mamat tuh, classmate aku dulu. Mera Musyiri nama dia.

Aku pun dengans selamba kejutkan dia. Dia mamai.. aku pun biarkan dia bangun dari mamainya dan melangkah turun. Baru dua tiga langkah aku di hadapan, mamat tuh dah hilang dari pandanga. Mungkin malu kerana telajak tidur agaknya.. terus dia 'menghilangkan' diri.

Aku pun ambil teksi, sampai di rumah, ibu sudah sedia menanti.

Hari pertama aku buang masa sahaja di rumah. Tidak melakukan apa-apa kecuali menonton TV~aktiviti kegemaran aku.

So, hari kedua adalah hari untuk aku bercanda riang. Aku keluar bercengkerama dengan rakanku yang balik dari UITM di Machang sempena cuti Tahun Baru Cina. Aku, Akma~kawan aku, dan adiknya Wani makan2 di Pizza. Entah kenapa, kalau di KL, nak mengadap Pizza cukup tidak mahu, tapi bila balik kampung Pizza adalah destinasi dituju. Mungkin kerana pilihan yang ada terhad.

Then kami ke Bang Pecah~ lokasi santai2, tepi pantai. Sangat menarik suasana dikala natahari baru nak turun seolah-olah ingin tenggelam dalam lautan.

OH! lupa, aku sempat beli tepung muruku dan nyior untuk dibuat muruku~eddy mintak.

Hari ketiga, aku melangkah ke rumah sepupu aku. Rindu anak-anak sedara aku. Memang kehadiranku, seperti biasa disambut girang anak-anak saudaraku. Malah sepupu aku sudah siap memasak. Yang menariknya, buat pertama kali dalan seumur hidup, aku makan ulam raja masak goreng.

Kalau selama ni, ulam raja hanya dimakan mentah, tapi entah apa resepi sepupu aku guna, menjadi ulam raja gorang tuh. SEDAP! Makan pulak dengan kari ayam.. yum2.

Sempat jugaklah aku tengok rumahnya yang sedang dalam pembinaan, 5 bilik siot!! rumah kampung yang dahulunya papan, kini diruntuhkan dan dibangunkan dengan rekabentuk yang sangat cantik.

Sekembalinya ke rumah di Parit Buntar, aku pedajal kari ketam yang ibuku sudah sediakan. Walaupun kat rumah sepupu dan muntah kedarah, tapi aku memang dah lama nak makan ketam masak kari. Dan atas permintaan aku.. dapatlah aku rasanikmatnya kari ketam pekat air tangan mak.. nyum22222!!!!

Dan seperti biasa, rasa malas pulak nak naik bas balik KL.. terasa jauh pulak nak balik. Tapi seperti yang aku selalu ucapkan, Kerja is Kerja, kalau tak kerja, tak ada duit, kalau tak ada duit, silap aribulan, semut pun tak jeling. So!!! IM back at KL.

Impian sudah dilaksana, so semangat bekerja extra sikit.. berkat ayor tangan mak teman masak ketam kari yeop!!!!

Tuesday, January 20, 2009

SETELAH DUA MINGGU

Setelah dua minggu aku bertapa di Kual Terengganu melaksankan tugasan yang diamanahkan, aku kemali ke Wisma Bernama, di Tingkat 3, untuk memulakan semula rutin biasa. Aku Keluar melaksanakan tugas yang diberikan ~ ada dua.

Yang pertama Must Cover Must Use (MCMU), on Philips new technoly dalam bidang perubatan. Mesin / robot ini digunakan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), dan kedua di di rantau Asia selepas Thailand.

Menariknya, hadir di majlis tersebut adalah sangat memberikan terujaan. Masakan tidak, kehadiran disambut dengan sebuah paper beg yang diisi didalamnya sebuah MP3 yang sangat lah hebat bagi aku. :)

Balik dari menyiapkan tugasan itu, aku terus ke Subang Jaya, ada PC berhubung Kesatuan Sekerja MAS. Tugasan yang mudah dan sangat terancang. Tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan jawapan kerana semuanya sudah tersedia.

Balik, aku ketuk story. Bagi tugasan Pihilips, aku tidak perlu tergopoh gapah untuk menyiapkannya, kerana ianya akan disiarkan pada hari Tahun Baru Cina nanti. Aku hanya mengambil insiatif menyiapkan tugasan kedua.

Malangnya, baru aku dapat tahu hari ini BERNAMA TV menggunakan sistem baru dalam penghasilan/ mengigest visual. Malangnya, sistem down dan tidak dapat digunakan. Jadi, aku perlu menunggu giliran untuk mendapatkan ID.

Dalam sekitar jam 6 petang, En ARA meminta para BJ untuk menghadiri satu mesyuarat. Mesyarat yang merungkai segala permasalahan pada hari tersebut dan apa dan bagaimana kami perlu menjalankan kerja selepas ini. KATA KUNCI~WORK SMART.

Baru aku tahu En ARA ada kelebihan dalam memberikan taklimat yang berbentuk motivasi. Kami semua teruja, kami yang aku maksudkan adalah semua BJ yang terlibat dalam meeting itu termasuk beberapa orang senior.

Mereka terkejut dengan 'syarahan' En ARA yang sangat menjadi itu. Masing2 berikrar untuk melakukan sesuatu yang baik, terbaik maksud aku untuk bersama-sama membangunkan BTV.

Tamat kerja, bagus, ID dah diperoleh. Disemak En Ara, tidak banyak yang dibetulkan. Aku kemudian ke Carefour untuk mengambil HP baru aku yang diberikan eddy tanda persahabatan--skrinnya pecah, dan mengambil cermin mata yang juga baru aku buat.

itu jer lah yang terjadi awi ni... :)

Monday, January 19, 2009

18 & 19 JANUARI 2009

18 Januari 2009.



Aku baru pulang dari Kuala Terengganu sekitar 8 malam. Aku tidak terus pulang, sebaliknya lepak dulu di ofiz. Rindulah katakan. hehe. Aku agihkan semua cenderamata yang aku belikan kepada semua rakan sepejabat aku.



Dah habis tonton Anugerah Juara Lagu, aku pulang. Mail tumpangkan aku. Thanks Mail.



Aku sampai saja di rumah, aku letak semua barang, dan aku pun ketuk pintu bilik housemate aku, Gee. dia keluar, dan aku berikan keris cenderamata yang aku beliakan untuknya.



Selesai urusan aku malam itu.



19 Januari 2009.

Pagi ini aku bangun, malas sebenarnya. kenapa? Kerana tiada apa untuk dibuat. CUTI! Baru aku teringat yang sempat berjanji dengan Eddy, hendak keluar ambil reslut Final Semester aku. aku Call confirmkan, masa dipilih pukul 1.

Aku pun jumpa dia di LRT Setiawangsa. Awal2 lagi kami sudah plan nak makan di Oldtown~aku yang nak sebenarnya. Sesudah makan, aku ke MIIM, ambil result. And im happy with my result of course. :)

Dan kebetulan En Rie dan En daly pun ada di kolej, kenapa dan apa yang mereka lakukan disana, tidak pasti.. tapi aku sangat gembira dengan kehadiran mereka di sana.

Ramai lagi junior yang masih ingat kewujudan aku, dan menghargai, mengadu dan macam-macam lagi kepada aku.

Selesai, aku ke JJ wangsa Maju, tukar plan Prepaid kepada Postpaid. Siap..ke carefour pula, hantar handphone baru~eddy bagi, untuk direpair sebab skrin dan pecah. Then buat cermin mata, dan power dan bertambah kepada 250, adoi!!

Sekelip mata hilang 4 ratus lebih..Nak cari duit bukan main susah, nak keluar, macam air.. baru aku sedar betapa susahnya hidup kalautak cukup duit.

Then, tak tau nak pergi mana (ida tak dapat join kami seperti dijanjikan), so, fikir punya fikir, aku call abby, ~atas cadangan Eddy, dan akmi lepak di Praapp Street!

Then, dah siap segala urusan, aku baliklah.. dan ketika inis edang sibuk mengetuk story di CC area jalan Genting Klang.

Esok, im back at work.. seronoknya, i have two assigments!!! YEAH!!!!!!!!!!!!!!!!!! Suka2!

Thursday, January 15, 2009

ESOK DAH PILIHANRAYA

Memandangkan esok dah pilihanraya.. hati aku amatlah girang tak terkata.

Mana taknya, dah dua minggu aku bertaapa kat sini, di Kuala Terengganu.

Aku sebenarnya bukaan aapa, terbayang-bayaang balik ni cuti 3 hari, so bolehlah aku baalik kampung.

Tetiba teringin lak nak makan ketam masak kari pekat.

kena pulak mak aku yang masak, mau 10 kali tambah... huh.. dapaat sambal petai ngan udang kering haancur.. nyam2.. alamak.. ini boleh buat aku nak balik sekarang jugak ni..

Tak per, sabar2...

esok lusa jer..

Lagipun mak aku ah call, tanya bila nak balik!

huhuhuhu.. Tak sabar..

RINDU LA PLAK...

Hehehe...

Memandangkan dah nak masuk hampir 2 minggu aku bertapa di Kuala Terengganu ni, aku dah mula rindu pada suasana Kuala Lumpur dan cara kerja di sana.

Yer lah, kat sini, pengalaman pilihanraya pertama aku.

Aku masih blur-blur dan banyak menurut perintah dari membuat keputusan tentang apa dan siap untuk di buat liputan.

Nak senang cerita, kekurangan krew dan lambakan pemimpin memaksa kami memberikan tumpuan kepada beberapa personaliti sehinggakan parti lawan, PAS dan calon BEBAS belum sempat kami buat liputan.

Sorie...Pakatan..

Ok.. back to my earlier 'story'.

Bukan cara kerja jer rindu, banyak benda kat KL yang aku dah rindu neh.. hurm.. rindu kueh tiaw sup Oldtown yang sudah aku jadikan favorite aku.. nyam2.. rindu neh..

Ha! so, aku dah pun plan dan dah ajak Ida kuar makan situ. Mungkin akan ada manusia2 lain yang aku bakal ajak untuk join menteka darah kat situ..

Aku rindu dengan mulut pot pet, laser dan kata-kata manis editor2 aku, kawan2 aku..huh..

Banyak tau sebenarnya perkara yang dirindui..

But kerja tetap kerja.. kalau tak kerja, tak ada duit, tak ada duit, semut pun tak jeling.. hahaha!

Apa2 pun esok adaalah hari terakhir kempen, lusa pilihanraya, tulat kemungkinan besar balik...

Dan kebetulan aku cuti tiga hari lepas tu, so langkah kanan, balik kampung, jumpak mak.. BTW, adik2 pun nak balik.. diorang nak jumpaa.. so, pegi jer lah.. marah2 kat adik pun, nak buat macam mana.. nama pun air dicincang takkan putus.

Then, baru dapat lepas geram makan2, bercanda riang dengan semua!

Tak Sabar..Tak sabar!!!!

Huhu...

KEMPEN BARISAN NASIONAL

Seperti kelazimannya, setiap kali pilihanraya, paarti yang akan tampak gah dengan pelbagai bentuk sumbangan, lawaatan, acara, aktiviti atau apa saja yang dapat disebut, adaalah Barisan Nasional.



Jadi, mengharapkan sesuatu yang berbeza di Kuala Terengganu barangkali bukanlah sesuatu yang bijak.



Sama seperti dikawasan-kawasan lain, pilihanraya di Kuala Terengganu meriah dengan kehadiran pemimpin-pemimpin utama dari kementerian itu ini, pemimpin parti itu ini dan juga ahli-ahli kerajaan negeri lain.



Itu lah penangan bila ianya pilihanraya kecil.



Semua ayng dibawa bbarisan Nasional.. gah belaka.



Tidak bermakna, Barisan Nasional tidak turun padang berjumpa yang susah, yang daif yang hina di ceruk-ceruk kampung.



Perkara ini adalah sesuatu yang telah lama sebati dalam diri pemimpin Barisan Nasional.



Itu yang dikesali.



Apa yang dapat wan Ahmad Farid lakukan semsa kempen hanyalah, duduk main dam dengan budak-budak.



aatupun hantar mak cik tua ke Hospital.



Itukah yang penduduk di Kuala Terengganu inginkan.



ya!



mereka memerlukan pemimpin yang ramah, down to earthy, tapi ini adalah sesuatu yang jelas sebagai suatu lakonan.



Tidak menjadi dan membuatkan wujud niat 'muak' dengan kempen versi sama (barangkali sejak aku tahu apa itu pilihanraya) sehingga kini.



Mungkin bagi Barisan Nasional, mentaliti oreang Kuala Terengganu masih di takuk lama.



Maaf, kemajuan yang di bawa Barisan Nasional--telah membuka minda mereka.



Jadi, gunakan konsep baru.



Berubahlah sikit...jangan nampak sama jer.



BORING SIOT!

Wednesday, January 14, 2009

KEMPEN PILIHANRAYA

Ramai yang tahu, makulum bahawa, pilihanraya tidak ada meriahnya kalau tiada kempen.

Ban kempen di parlimen P036, Kuala Terenganu juga begitu.

Beberapa siri ceramah diadakan, dan aku sempat melangkah ke sebuah ceramah yang menampilkan tokoh2 besar Pakatan Rakyat.

Mungkin ada baiknya aku tidak menyebut nama mereka di sini.

Apa yang jelas, pendekatan pakatan rakyat sangat dekat dengan masyarakat.

Membawa isu2 dengan cukup jelas, satu demi satu, berfakta (walaupun belum pasti betul atau tidak), berjaya disampaikan dengan cukup berkaliber.

Jelas, ciri2 seorang penceramah yang berpengalaman di tampilkan ahli-ahli politik ini.

Namun, dalam hebat, tidak pernah ada manusia yang sempurna.

nampak ketidak seimbangan dalam approch!

Kubu kuat PAS menyaksikan sentimen perkauman wujud.

Secara terang-terangan pakatan menolak undi orang cina.

mungkin kerana satu-satunya DUN yang tidak di menangi PAS adalah DUn majoriti pengundi Cina, maka, keputusan ini diambil.

Ini salah!

walau sekecil mana undi, setiap satu undi membawa makna yang sangat besar.

bayangkan jika PAS kalah dengan majoriti undi-35, misalnya... undi itu mungkin undi dari orang cina yang menyampah dengan kenyataan wakil PAs / Pakatan yang secara terang-terangan menjelaskan tidak mengharapkan undi mereka.

Kenyataan seumpama ini akan melemahkan keyakinan pengundi cina, dan menyokong barisan Nasional atas dasar tidak puas hati.

Ingat, setiap undi berharga dan jangan sesekali menghina undi dan pengundi dengan kenyataan yang sensatif jika mahu menang.

Dalam POST seterusnya, akan aku cuba ulas cara kempen Barisan Nasional pula.


Tuesday, January 13, 2009

PILIHANRAYA KUALA TERENGGANU P036

Hari ini hari ke-8 aku di kawasan parlimen P036 Kuala Terengganu.



Suasana di sini sangatlah tenang seolah-olah tiada sebarang pilihanraya akan diadakan dalam tempoh 2-3 hari pertama tempoh berkempen



Entah, mungkin semangat orang Kuala terengganu dalam bab-bab pilihanraya tidak seperti kawasan 'panas' lain.



Malah, bendera dan poster banyak yang tidak naik dalam tempoh tersebut.



Aku pula diminta buat cross tiap2 hari.



Apa yang harus aku maklumkan kepada penonton bila tiada apa yang sebenarnya ada untuk diceritakan.



Bukankah itu isu yang kurang menarik, tetapi apa hendak dibuat, sebagai pemberita bukan semuanya seperti yang hendak, kita boleh peroleh.



Namun, menjelang hari ke 4 di Kuala Terengganu, banyak kawasan yang mula panas, meriah dan diserika dengan pelbagi bentuk pemandangan diepnuhi bendera dan poster yang pelbagai.



Dan, ketika inilah, semarak api kempen benar-benar mula terasa.



Bukan terasa kerana ada pergaduhan, atau pertelingkahan, sebaliknya pendekatan parti yang bertanding, Barisan Nasional dan Pas (Pakatan Rakyat) mula disemarakkan.



SEBABNYA?



Biar aku berikan pandangan melalui kaca mata aku, seorang dari luar Kuala Trengganu tentang pilihanraya ini bagi Barisan Nasional, Pas@ Pakatan Rakyat, dan calon bebas.



Juga, apa kebaikan yang dapat diperoleh dari kemenangan calon-calon tertentu.



Ok..



BARISAN NASIONAL



Umum mengetahui kerusi Parlimen P036 ini disandang bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail yang kembali ke Rahmahtullah pada November lalu.



Boleh dikatakan, selepas mengalami Tsunami politik, kehilangan arwah amat besar buat Barisan Nasional, bukan hanya kerana kehilangan seorang pemimpin yang diangkat sebagai salah seorang dalam kabinet, malah, lebih besar kehilangan, adalah kehilangan kerusi parlimen P036.



Maka, dengan secara rasminya, pada 6 Januari lalu, penamaan calon diadakan, dan datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dipertaruhkan UMNO untuk dijadikan calon sah bertanding atas tiket Barisan Nasional.



Disinilah, Barisan Nasional mula bermain dengan emosi pengundi.



Umpan kali ini barangkali menjadi.



Seorang Timbalan Menteri meninggal dunia, dan seorang Timbalan Menteri berjawatan Senator dipilih untuk menggantikan beliau.



Dua orang Timbalan Menteri dari Kuala Terengganu dipertaruhkan dalam perhitungan ini.



Umno dan Barisan Nasional mengambil tindakan ini kerana percaya calon yang dipilih harus memenangi pilihanraya ini, bagi mengembalikan kuasa, kepercayaan dan harapan Barisan Nasional bahawa kepimpinannya masih releven.



Malah, ia akan menjadi kayu ukur betapa berjayanya Datuk Seri Najib sebagai seorang yang bakal menaiki tangga politik, dan dinamakan pengganti Pak Lah kelak, dalam mengurus dan memberikan kejayaan kepada Barisan Nasional.



Harus diingat, jika menang Wan Farid, maka menanglah Najib.



Kalah Wan farid, najib tidak tentu lagi kalah, tapi harus bersedia untuk bertemu dengan kekalahan.



Itu adalah sesuatu yang sangat Pasti.



Dari sudut kempen, UMNO dan Barisan Nasional sangat lemah.



Aku sendiri menjadi muak melihat semua papan tanda iklan Barisan Nasional memaparkan pembangunan dan kehebatan pimpinanya di Kuala Terengganu / Terengganu.



Itu dari kaca mata aku sebagai 'orang Luar'.



Tapi barangkali, orang di Kuala Terengganu lain mentalitinya, dan pemimpin Barisan Nasional lebih arif berhubung isu ini~barangkalilah kan!



CALON?



Seorang yang dikatakan sombong, dan tidak tahu bergaul.



Dengan erti kata lain, tidak pandai PR.



Mungkin, nampak kejanggalannya berhubung, dan bersembang, malah senyumnya jugaka agak tidak asli.. hahahahhaha... tapi itu pandangan aku yang tidak tahu siapa Wan Ahmad farid.



Tapi mungkin juga aku salah.. tapi pandangan TUN DR MAHATHIR adalah, Wan adalah seoarng yang sombong.



Sebagai seorang peminat Tun, aku ada sedikit terpengaruh.



Tidak wajar bukan, tapi nak buat macam mana.. dah nama pun manusia.



PAS /PAKATAN RAKYAT



PAS mempertaruhkan seorang ADUN yang sudah 5 penggal memenangi kerusi DUN Wakaf Mempelam.



MUNGKINKAH PAS salah buat pilihan?



Mungkin tidak di kaca mata mereka.



kenapa?



Untuk rekod, 3 daripada 4 kerusi DUN di parlimen Kuala Terengganu di menangi PAS pada pilihanraya umum lalu.



ADUN Wakaf Mempelam bernama Mohd Abdul wahid Endut adalah seorang yang sangat berpengaruh, pernah menjadi seorang exco ketika kerajaan negeri dibawah pemerintahan PAS dengan Abdul hadi Awang menhjadi Menteri Besarnya.



Itu, bagusnya...



salahnya?



Seorang ADUN yang memerintah suatru kawasan selama hampir 18 tahun (kalau tidak salah), tetapi kawasan DUNnya masih daif.



Kenapa?



Nak salahkan kerajaan BN?



Apa yang beliau telah lakukan dalam tempoh 5 tahun menjadi exco dari kawasan tersebut?



Apakah rasionalnya, meilih seorang wakl yang tidak kuat suaranya dalam membawa kebaikan kepada rakyat?



Mukanya manis, wajahnya tenang.. seorang yang sangat ramah.



Walaup tidak bertentang mata, tapi jelas, beliau seorang yang sangat tahu tentang bagaimana untuk entertain kalangan mereka yang dekat dnegan beliau.

Entahlah, itu semua ok.

Tapi, kepimpinan?

Belum boleh lagi nak percaya lagi rasanya.

Lagi seorang yang di'cop' sebagai seorang yang tidak ada ciri kepimpinan yang sesuai oleh TUN!

JADI!

Ketika ini, semua pengundi perlu rasional dalam membuat pilihan.

Sama ada memilih BN yang wakilnya bakal Timbalan Menteri, atau PAS yang berjanji akan memberikan suara yang besar kepada pakatan pembangkang untuk terus mepertahankan hak rakyat.

Sunday, January 4, 2009

TAHUN BARU=SINAR BARU

Tahun 2009 sungguh cepat berkunjung tiba...tidak terasa kepergian tahun 2008.

Masa sungguh2 cepat berlalu pergi ketika ini.

Bagaikan baru semalam aku di Datarn Merdeka mengira detik-detik ketibaan tahun 2009, kini, hari ini sudah menjangkau hari ke lima bulan Januari.

Dan ketika ini, aku buat pertama kalinya menanam azam.

Azam aku, untuk menjadi Manusia Yang Lebih Baik...Aku mahu mencurahkan jasa, keringat dan apa jua yang termampu kepada sesiapa saja yang memerlukan.

Aku mahu terus berjaya dalam hidup.

Aku mahu bahagiakan ibu aku.

Aku mahu menjadi seorang pekerja yang mampu untuk menjadi kebanggaan insitusi yang memberi kepercayaan kepada aku untuk berkhidmat dengannya.

Sebenarnya, banyak yang aku ingin capai pada tahun ini, tapi semuanya atas landasan untuk memperbaiki diri.

Semalam, aku dipuji lagi atas kebolehan aku untuk melakukan 'live cross'.

Tapi pesanan Mr.Pravin, one of my Assigment Editors sangat membuatkan aku sentiasa ingat beringat..

Ayat dia adalah lebih kurang..."going up too fast can bring you down the same fast".

Dan aku terus nekad... walau apa jua datang pada aku, walau segunung pujian, aku mahu mencari kritikan supaya aku akan mampu untuk memperbaiki diri dan tidak terus hanyut dalam lautan yang mungkin akan melemaskan aku.

SEMOGA TAHUN BARU INI AKAN MEMBAWA SINAR BARU KEPADA AKU...DAN ANDA SEKALIAN!

LANTERA TIMUR..

Aku Dan Lantera Timur
Saja Nak buat ala2 cover album.. tapi tak jadik.. hehehe

Lantera Timur


Cover Album dan buku lirik... Chantek siot!


Lantera Timur yang merupakan Album Dato' Siti Nurhaliza Tarudin finally didalam gengaman.


Mungkin kerana minat yang mendalam terhadap lagu-lagu nyanyian beliau, maka aku amat meminat semua lagu didalam album ini, apatah lagi konsepnya Tradisional / Irama Malaysia.. but i think its more to world music la.

Lagu2 yang dimuatkan dalam album ini...

1) Di Kayangan Kita

2) Bintang Malam

3) Cinta Hati

4) Ada Masa Mata

5) Bulan yang Mesra

6) Seloka Budi

7) Rasa Antara Kita

8) Senyum Minang Manis

9) Joget Memori Kasih

10) Jelmakanlah Ayumu

11) Di Taman Teman

Aku masih mencari-cari yang mana satu akan mencari favorite aku.. kerana ketika ini, otakku mengatakan semua lagu sedap didengar.. setiap satu ada kelebihannya tersendiri...


:D

30 DISEMBER 2008
















Ha... inilah dia cendol yang aku habiskan dalam masa kurang 10 minit.. sedapnya.. tuhan saja yang tahu sebab masa tuh.. aku sedang sangat dahaga dan kebulur.. so, its in a package lah kan...

Ini aku tengah meneroka alam bergambar sementara rakan-rakan yang lain sibuk berdiskusi


Ida yang macam first time datang KLCC--gayanya lah..semata2 nak gambarnya dirakam!


Inilah saudara Zul nya... perkenalkan....


Ini aku dah tak tahu kena sindrom apa... sabar jer lah....






This Is Eddy... :D sengal towl gambar ni kan?

Kami Berempat!

Ak, Zul dan Ida...

Selepas Zul pulang

Ida sempat mencuba-cuba kasut...perempuan lah katakan...

Seronolk dapat jumpa kasut ikut saiz kaki dia...

Pada tarikh itu, kebetulan semua anggota ZEKTI's mempunyai ruang untuk memberikan masa untuk saling berjumpa.


Pada aku, perjumpaan ini ada bezanya kerana 'diva' antara kami, Zul akhirnya berjaya memboloskan diri dari rutin hariannya yang agak sibuk untuk menjenguk dan meluangkan masa dengan kami.


Tak dapat di nafikan, aku rindu juga padanya, dan boleh dikatakan bukan hanya aku, malah semua kami.



Masakan tidak, dulu sama-sama ke kolej, sama-sama membuat tugasan.



Cuma Zul orangnya kurang membuang masa seperti kami yang lain dengan melepak di Carefour atau mana-mana kawasan lain kerana sering mempunyai komitmen lain.



OK.. back to the date...



Meskipun Zul berjaya mengambil peluang untuk bertemu kami, nak jadikan cerita, si tasha pulak tak dapat nak join.



Tapi aku tetap gembira, kerana perkhabaran yang hadir adalah dia telah berjaya menempatkan diri di salah sebuah syarikat penerbitan unggul di Malaysia dengan bernaung di bawah sebuah majalah popular-REMAJA terbitan Karangkraf!



Nah..



Takkan aku sedih pulak kan..



Jadi, tanpa Tasha, kami ke KLCC.



Ida lambat, jadi aku dan Eddy pekena dulu cendol.. nyam2!!!



Dah habis makan, punyalah lama baru si kecil tuh sampai.



Yang si Zul pulak memang dah awal2 memberitahu akan lambat.. so tak ralat lah...



Setibanya Zul, banyak yang kami kongsi bersama, kisah sepanjang kami tak berjumpa, kisah kami yang masing-masing sudah berkerja dan kisah disebalik susah senang bergelar siarawan....



Kenangan yang tidak dapat dilupakna apatah lagi menjelang detik2 akhir tahun 2008.



Kini, hanya kenangan terindah dalam hidup aku, yang aku bawa ke tahun 2009.



Tiada lagi masa untuk memikir apa juga perkara negatif yang mampu menghentikan langkahku yang semakin melaju.



Tahun ini, aku telah menanam azam, dan aku percaya ianya tidaklah mustahil...



AKU MAHU MENJADI SEORANG YANG LEBIH BAIK..