Translate

Total Pageviews

Tuesday, August 24, 2010

ALAHAI MAK KU SAYANG

Drama.

Itu yang aku mampu katakan.

Mak aku bikin gempak pulak jap tadi. Aku seperti kelazimannya keluarlah nak gi lepak-lepak, pusing-pusing Parit Buntar dan kawasan sekitar.

Balik-balik rumah, pintu berkunci.

Tak pelah, aku ada kunci..dah elok bukak, tak lepas pulak.

ALAMAK! mak aku selak lah pulak!

Terpaksalah aku pangggil-panggil dia. Memandangkan Bondakuitu tidur di bilik hujung belakang, aku jangkakan yang beliau tak dengar aku melalak.

Apa lagi, aku pun cubalah menelefon! Punyalah kuat bunyi telefon tuh dia boleh tak bangun!

Aku apa lagi, menyahut-menyahut sampai dekat 15 minit..siap call telefon rumah, hp pelbagai. Still tak ada respon. Aku dah tension gila dah masa tu.

So, aku pun apalgi, terpaksalah nak memanjat masuk ikut pintu belakang. Aku mintak tolong jiran aku yang terdiri dari pelajar dan guru kolej teknik.

Aku gi belakang..alamak, nak panjat jugak, alamatnya, silaplangkah, mendiang aku malam ni jugak! tak leh jadik!

Aku pun turun bawah kejut makcik aku kat bawah..betemankan dia, kami plan nak pecahkan pintu tuh. Itupun lepas mak cik aku pun sama-sama menyahut dekat 10 minit panggil mak aku.

Entah macam mana, mak cik aku ambik inisiatif ketuk pintu guna belakang tukul.

Bunyi dia yang sangat kuat itu akhirnya berjaya membuatkan mak aku terjaga.

Apa lagi..berceramahlah aku sekejap.

Siap buat statement, "Mak jangan buat macam ni lagi, Mati Hidup Balik Orang!!!".

Mak aku dengan penuh sopannya, kata, "Dah2, jangan marah, mak mengantuk sangat..baru je lelap tadi..." dan terus masuk bilik, sambung tidur! aiyooooooooyooooo mak aku ni...DRAMA towl!

:)

Monday, August 23, 2010

IBU SAMBUT HARI LAHIR


Setelah mencapai usia 53 tahun, akhirnya hasrat untuk merealisasikan sambutan hari lahir dilaksanakan dengan penuh meriah, tetapi cukup sederhana.

tarikh Lahir ibuku adalah pada 24 Ogos!

Tetamu hanyalah dikalangan jiran-jiran dan saudara terdekat.

Tidaklah hebat mana, tapi cukup untuk membuatkannya tersenyum.

Tiada apa yang lebih menggembirakan,dari melihat ibuku tersenyum bercerita tentang 'sambutan' itu kepada rakan-rakannya.

Turut diadakan adalah sambutan hari lahir mak cikku yang kebetulan jatuh pada tarikh 15 Ogos.

Wednesday, August 18, 2010

COURT CASE: TEOH VS ANWAR

"Pada satu sidang akhbar Gobind Singh Deo, peguam yang mewakili keluarga Teoh, berkata tindakan ketua pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mempersoalkan taraf pendidikan pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand menunjukkan ketidakmatangan Datuk Abdul Razak Musa.

Katanya Abdul Razak tidak fokus kepada isu utama dalam prosiding.

Malik Imtiaz Sarwar, peguam yang mewakili kerajaan Selangor, pula menyatakan tindakan mempersoalkan taraf pendidikan saksi itu, adalah memalukan.

Ketika prosiding, Abdul Razak telah mengemukakan soalan mengenai taraf pendidikan Pornthip yang diperoleh dari Universiti Mahidol di Thailand yang tidak diiktiraf di negara ini tetapi Pornthip berkata universiti itu merupakan antara lima universiti terbaik di Asia."

Petikan diatas adalah laporan yang dikeluarkan Portal Malaysiakini.com.

Apa yang lawaknya bagi aku adalah ayat ini yang didakwa dilkeluarkan Gobind,
"tindakan ketua pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mempersoalkan taraf pendidikan pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand menunjukkan ketidakmatangan Datuk Abdul Razak Musa."

Jelas, yang sebenarnya bidang guaman dan undang-undang negara penuh dengaan lawak jenaka. Betul, dalam keadaan diatas kenyataan Gobind ada asasnya. Tapi yang lawaknya, perjuangan Bapanya, Karpal Singh membebaskan DS Anwar Ibrahim dengan isu hubungan Saiful-Farah, tidak pula dilihat sebagai 'tidak releven' dan 'menunjukkan ketidakmatangan'. Apa yang besar sangat isu persoalan hubungan itu, sampaikan hendak digugurkan kes tersebut.

Maaf,saya bukan 'orang' undang-undang, tapi sebagai orang biasa yang sekadar layak mengundi, saya lihat ianya hanyalah--"These people will be willing to die, for the sake of power!"
Hehehe...these statement goes to both BN and PR leaders and supporters!

PENGETUA RASIS


Klik diatas imej untukmembesarkannya


Inilah hakikat yang kita perlu sesali ketika ini.

Aku agak terkilan dengan keadaan ini, dimana kaum bukan melayu bukan hanya disifatkan sebagai pendatang, tetapi dihina secara terang-terangan dengan menyamakan dengan binatang. Binatang yang perlu disamak bagi masyarakat Islam.

Apakah begitu hina masyarakat bukan melayu?

Aku faham yang bukan semua masyarakat melayu yang bersifat perkauman ekstrem seperti ini. Namun, kes-kes yang barangkali disifatkan terpencil ini bagaimanapun meninggakkan kesan dihati pelajar melayu diisekolah tersebut. Benih yang sudah ditanam ini terkadang boleh subur jika ianya terus dibajai dengan kebencian.

Apakah kita mahu melihat lebih banyak biji benih perkauman ditanam dihati pelajar kita hari ini, yang bakal menjadi pemimpin generasi masa hadapan.

Dalam keadaan sekarang yang rata-rata ramai berbicara mengenaai pendekatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, iaitu 1Malaysia, apakah ini opsyen yang baik?

Apakah yang akan terjadi selepas ini di sekolah tersebut?

Bolehkah fikiran yaang tercemar dek sentuhan rasis ini dapaat diubah? Bolehkan pelajar melayu menerima perbezaan yang ada pada pelajar bukan melayu? Bagaimana pula dengan pelajar bukan melayu? Apakah mereka akan selesa berkawan dengan rakan-rakan melayu yang lain?

Banyak persoalan yang sedang bermain diminda sekarang ini. Terlalu banyak hinggakan aku sungguh risau tentang persoalan masa hadapan negara.

PENUMPANG DALAM KERETA

Jika dibaca keseluruhan laporan diatas, anda akan melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh pengetua itu, Hjh Siti memaklumkan bukan melayu, Munusamy dan Chong yang menaiki kereta Proton Saga miliknya adalah penumpang dan tidak boleh menuntut hak keatasnya.

Aku rasa pengetua ini kurang bijak dari segi fakta sejarah.

Biar aku gunakan perumpamaan yang sama dari kaca mata aku pula.

Ya,benar. Kami adalah penumpang dalam kereta tersebut. Tapi hakikatnya ianya bukan kereta yang 100% milik Hjh Siti lagi. Harus disedari bahawa kereta itu adalah kereta yang sudah secara tidak sengaja tergadai. Tergadai ditangan penjajah British oleh nenak moyangnya yang membeli kereta tersebut.

Dikala mahu menuntut kembali kereta tersebut, pemiutangnya, sang British meminta bayarannya.

Tidak cukup 'wang' untuk membayar, Hjh Siti dicadangkan untuk berkongsi wang dengan Munusamy dan Chong yang ketika itu adalah 'pendatang'.

Hjh Siti bersetuju. Perjanjiannya, kereta akan kekal milik Hjh Siti, tetapi Munusamy dan Chong yang telah menyumbangkan wang dibenarkan menumpang selama-lamanya dengan status 'pemilik bersama', selagi kereta itu mampu bergerak. Keistimewaan masih dimonopoli oleh Hjh Siti dan ianya tidak boleh dipersoal. Kata putus dicapai, Munusamy dan Chong hulurkan bantuan, kereta kembali dimiliki Hjh Siti, dan dipandu secara berterusan selama 53 tahun.

Sepanjang tempoh ini, kecacatan., kekurangan dan masalah yang dihadapi kereta ini dibaiki secara bersama oleh kesemua mereka...termasuk pembayaran ansuran bulanannya.

Lebih istimewa,kereta ini semakin 'sporty', apabila bantuan juga dihulurkan pemilik bersama yang baru, bernama Sabah dan Sarawak!

Justeru,ketika ini kereta bernama Malaysia ini sudah cukup hebat. Dikala ini, memang benar nama di pendaftaran JPJ menunjukkaan ianya milik Hjh Siti, tetapi secara moralnya, ia milik semua--dengan masing-masing terikat kepada perjanjian yang mencatakan hak masing-masing (Perlembagaan Negara).

Perjanjian 'menumpang' ini bukan perjanjian suka-suka. Sedarlah wahai kawan-kawanku..kereta ini perlu dijagaai secara bersama.

Memutlakkan hak terhadapnya akan merugikan bukan hanya satu-satu bangsa itu, tetapi keseluruhan kenderaan itu!

Adalah lebih baik kita berkira-kira bagaimana untuk memperhebatkan 'kereta' ini, dari terus bertelagah membangkitkan sentimen rasis yang tidak akan menguntungkan mana-mana pihak!

Sekian.

P/s--Maaf kalau ada yang tersalah dan tersinggung. Kenyataan diatas perlu dibaca dengaan pemikiran yang positif, kerana jika tersalah baca, akan mengundang salah faham. Ini bukan satu luahan berbentuk rasis, sekadar nasihat untuk mengelakkannya.


Friday, August 6, 2010

SOON TO BE UNCLE KUMAR




Terasa baru saja aku andamkan wajah mempelai ini.Pejam celik, pejam celik, sang isteri bekas bos aku dalam Majlis Perwakilan Pelajar ini, sudah bakal menjadi ibu!

Macam tidak percaya..aku baru saja rasa kami di kerusi pelajar, memperjuangkan nasib, dan ketika ini, kedua-dua pasangan ini sudah bakal bergelar ibu dan bapa.

Tempoh 3 minggu lagi, Abby bakal menggenapkan usia kandungannya kepada 9 bulan.Oh! sungguh aku tidak sabar melihat 'anak' aku yang seorang ini. Ah! tidak aku kira, akan aku menghakmilikkan anak aku yang seorang ini meski ibu dan bapanya melarang, membawa lari..hehehe.

Sang ibu seperti biasa, sangat teruja dengan perkhabaran detik demi detik, hari demi hari, menanti sang bayi keluar darti kepompongnya melihat dunia ini. Wah! beriya-iya ya...sudah siap segalanya. katanya akan ke rumah kedua ayahanda dan bonda untuk berkurung menanti tarikh bakal membawa anak aku yang seorang ini melihat dunia.

TIDAK SABAR!!!!

Moga segalanya berjalan lancar seperti yang dikehendaki.

Dan bercerita tentang alkisah anak aku yang berbangsa melayu ni--hehehe, teringat aku kepada cucu-cucu saudaraku yang kini sedang jauh di Ipoh.

Rindu yang amat sangat kepada tiga orang itu, terutamanya sang kecil yang baru melihat dunia tidak sampai 6 bulan.

Comelnya, tuhan saja yang tahu. Berbunga hati ini setiap kali mengangkat erat 'cucuku'.

"Meski cucu, masih dianggap pangkat anak"--gambar akan aku upload kelak!

Dan kesemua mereka ini bakal aku jumpa hujung tahun ini kalau hayat panjang...ARGGGHHH..Tidak Sabar juga!

:)

Thursday, August 5, 2010

BANGGA RAKANKU BERJAYA!

Sungguh aku bangga melihat kejayaan rakan-rakanku sejak kebelakangan ini. Aku sangat tersentuh melihat kejayaan seorang rakanku yang seringkali tersisih kini sudah mampu medaki tangga menjadi seorang penyampai berita. Sabtu ini Syaz bakal melangkah setapak lagi apabila secara rasminya dibenarkan menjadi seorang penyampai berita.

Siapa sangka, seorang gadis yang biasa-iasa, sentiasa merendah diri suatu ketika dulu..kini sudah boleh bermegah dengan kejayaannya. Mengapa aku tidak perlu berbangga..aku tidak pernah tahu suaranya begitu lunak mengalunkan butir bicara bacaan yang begitu sempurna dalam setiap suara latar yang disumbangkan untuk berita bahasa inggeris.

Rezeki nyata menyebelahinya, apabila bakat yang ada itu diambil, diangkat sedikit demi sedikit, dan kini dibawah seliaan wanita waja, Anne Edwards, Syaz bakal berada dikedudukan yang barangkali tidak terfikir olehnya.

Tahniah Syaz, seseungguhnya aku sangat-sangat berbangga dengan kejayaan anda ini. Tidak rugi anda menjejak dunia media yang pebuh dengan pelbagai tanda tanya ini. Menjadi sungguhusaha anda.

Namun, jauh diseballik kegembiraan yang didukung untuk Syaz, akumula terfikir dimana kedudukan aku sekarang. Apa pencapaian aku sepanjang akuberada di insitusi pekerjaan. Aku harus akui yang semakin hari, aku semakin hilang nafsu kerjaku. Aku sangat teruja untuk terus bekerja dan bekerja dan bekerja sepanjang hari kerana bagi aku, ianya minat aku, dan minat yang aku ada itu aku zahirkaan dengan pelbagai bentuk sumbangan kepadanya.

Jauh disudut hati, sudah berbekas rasa usaha itu kini tidak lagi dihargai. Mungkin benar, mungkin juga mainan perasaan manusia biasa yang sudah terlalu biasa dengan kerjayanya.

Sudah semakin hilang keterujaan ini..sehinggakan aku rasakan diri ini terkapai-kapai tanpa sebarang kemajuan. Aku sedang berusaha, namun, aku tidak tahu mana arah tuju aku. Jiwa baru aku belum aku temui. Sedang aku cari dengan penuh kesabaran, tetapi tekanan yang pelbagai aku terima sejak kebelakangan ini, benar-benar mencabar iman aku, mencabar kelangsungan aku.

Dann ketika ini, hanya satu yang mampu aku zahirkan, DOA! Doa agar apa yang aku pernah miliki 2tahun lalu dalam jiwaini, akan kemabli kepadaku, supaya aku akan terus menyumbang disini. Hakikatnya, aku tidak dapat memikirkan aku bekerja untuk sebuah syaarikat lain. Cinta aku hanya untuk Bernama TV. Aku tidak mahu 'menjual'cinta ini. Namun, aku sendiri tidak dapat menduga apa yang akan datang menjemput ku dahulu.

Moga doaa agar hidup ini diteruskan sebagai Kumaran Rajamoney, yang melaporkan HANYA untuk Bernama TV akan terus menerus menjadi realiti. Harapanku..hanya itu..namun..aku hanya merancang..tuhan yang maha esa sudah mencaturkan diri aku, dan perjalanan hidupku....