Translate

Total Pageviews

Thursday, October 30, 2008

SESUDAH DEEPAVALI

Boleh dikatakan sambutan Deepavali tahun ini antara yang paling gembira walaupun tanpa kehadiran adik-adik aku yang kini bekerja di Johor. Tuntutan kerja menghalang mereka untuk pulang menyambut perayaan cahaya ini bersama aku dan ibuku...
Sekembalinya aku ke kampung, banyak perkara yang sudahpun tersedia.. cuma tinggal beberapa kerja menukang memerlukan aku mengangkat tukul..
Sehari sebelum sambutan, aku diminta menemankan mak, makcik dan jiranku untuk membantu mengangkat barang yang dibeli di pasar.. dengan baru bangun tido.. hanya sempat berus gigi dan cuci muka sebab mak aku nak aku cepat... aku berjalan kaki bersama kalangan 'Ratu-Ratu' rumah pangsa Sri Suria Menuju ke pasar.
Selesai membeli, kami beruntung kerana tidak perlu mengusung semua barangan yang dibeli...kerana kebetulan pemilik kedai mamak area rumah aku jugak berada di pasar dan sedang bersiap-siap hendak pulang. Jadi, dengan selambanya mak cik aku mintak tumpangkan barangan yang kami beli di lori kecik milik tokeh kedai tu. Hebat makcik aku.. siap boleh order teh ais...(persediaan dahaga sebab berjalan jauh).
Itu cerita sehari sebelum Deepavali...pada hari perayaan tu pulak..aku macam kebiasaannya bangun awal, mandi dan bersiap..pakai baju yang dibeli di Klang.. dipilih oleh kalangan rakan-rakanku.
Tidak aku sangka, masih ramai rakan-rakan yang hadir ke rumah aku bagi menziarah dan meraikan sambutan pada hari tersebut... meriahnya tuhan saja yang tahu.
Yang penting, kawan sekerja mak aku pun sampai jugak.. nah!! meletup2 mulut makcik tuh macam bertih jagung... kalah aku....percayalah.. sampai aku tersenyap tak tau nak kata apa sebab mak cik tuh punya pitching sikit punya tinggi siap ada teknik tahan nafas yang aku rasa Jaclyn Victor pun boleh kalah...dari saat aku terserempak dia kat bawah rumah sampailah dia balik, rumah aku meriah dengan kepetahan dan gelak tawa makcik tuh.. best gila dapat sembang ngan makcik tuh!!!
Then pakcik2 aku punya turn plak.. kali ni hampir kesemua saudara sebelah bapaku berjaya menjejakkan kaki kerumah.. malah belah mak aku pun ramai yang datang.. tak tau kenapa meriahnya Deepavali tahun ni lain macam jer rasa... siap ada yang puji aku macam pengantin lelaki dengan baju yang aku pakai tuh..siap ada yang mintak jadi menantu...hehehehe. thanks kawan2 yang tolong pilihkan baju!!!!
Then, hari kedua..giliran kitorang pulak keluar.. aku ke rumah sepupu aku tak jauh dari rumah aku.. dah ber'jamuan' besar kat sana..ayam, ikan, kambing, udang, sotong, ketam, kari dal, chutney tomato, bendi, sayur campur..Fuh!!! kenyang.. tapi aku makan ketam jer lah.. sebab sepupu aku punya ketam membuatkan selera aku lain sikit. Dah selesai di rumah sepupu, aku ke rumah pak cik aku pulak...kat sana ber'kenduri' pulak...juadah lebih kurang jugak..Meriah..memang meriah sampai malas nak taip satu2...
Dah selesai semua, semalam sempat keluar lepak dengan kawan-kawan masa belajar dekat panglima dulu... siap ada yang membebel aku balik kejap2.. tak puas lepak dengan aku.
Sesungguhnya kau dapat rasa betapa keluarga dan sahabat sangat penting dalam hidup.. aku sangat2 gembira dengan sambutan Deepavali tahun ni...dan mengharapkan kegembiraan ini akan berterusan lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa hingga hujung nyawa....
Terima kasih ZEKTIS, 70's Group, Keluarga Dan rakan2 sekolahku kerana menghadiahkan Deepavali yang cukup menyenangkan.... :)

Sunday, October 19, 2008

DEEPAVALI

Seperti tahun-tahun sebelumnya, aku tidak berapa teruja dengan kehadiran perayaan kebesaran masyarakat India beragama Hindu ini. Mungkin kerana aku tidak begitu emmintainya atau mungkin aku tidak nampak mana meriahnya.

Bukan Maksudku perayaan itu tidak membawa sebarang makna, cuma aku belum puas mencari pengertian disebalik sambutan itu.

Tahun ini sama seperti tahun-tahun sebelumnya, aku belum lagi keluar untuk membeli baju..bila aku akan pergi membeli belah? Masih belum diputuskan lagi tapi aku menjangkakan mungkin dalam minggu hadapan selepas semua urusan rasmiku selesai.

Tahun ini juga aku menjangkakan tidaks emeriah tahun2 seperti zaman aku bersekolah kerana rata-rata rakanku dikampung sudah pulang ke kampung ketika sambutan aidilfitri.. jadi.. bagi sambutan deepavali, jemputan sekadar bagi kalangan mereka yang tinggal di Parit Buntar sahaja.. moga Deepavali tahun ini ada sinar baru menanti diriku.. itu sahaja harapan yang aku dapat zahirkan buat masa ini.. mana tahu aku dipanggil bekerja.. :)

Saturday, October 11, 2008

A Day At Sepang KLIA

Mukaku dilindungi badan kecil Eddy..Aku redha....
Ye..lompat!!!!!!
Ni Over Sikit!!! Ke Over Banyak???
Syaz ngan Tasha buat apa tuh...Adei....Eddy mewarning tindakan mereka itu..dan aku?? Malas Layan!!!
:) Lompat Tak jadi... hahahah
Dah abis Lompat dah nie!!!!


Kesimpulannya.. gambar-gambar yang di upload ni koleksi lompat si katak lompat kitorang.. so.. kebarangkalian besar, kalau aku rajin, akan ku titipkan gambar-gambar kami yang lain.. sekian... :)

Thursday, October 9, 2008

D'TITIWANGSA...BERSAMA TEMAN







Pictures by Nursyazana Zulhilmi
Thanks 4 the beautiful pictures!!!!!



Saturday, October 4, 2008

PENGUMUMAN!!!!!!

Aku dah penat menjawab soalan kawan-kawan tentang status aku sekarang ni....

Tahu lah aku ni popular, HAK HAK HAK!!!!!

Tapi tak yah lah sorang2 tanya aku pulak pasal status aku tuh kan....

So, Secara rasmi aku nak umumkan,

AKU NI SINGLE!!!!!!!!!!!!
yes IM SINGLE.........

No more questions on how i get back to single and why it hapen...

Yang penting kenyataan rasmi dah dikeluarkan....

So, sekian.

BERMULANYA HIDUP BARU

Tadi aku keluar berhari raya bersama rakan-rakanku.

Seronoknya bukan kepalang.. biasalah.. masing-masing lama tak bertemu.. biarpun jaraknya hanya beberapa minggu tak berjumpa tapi rasa lama tu wujud sebab kami pernah dahulu berasama-sama sejak semester pertama menjejakkan kaki ke MIIM sehinggalah tempoh selama hampir 3 tahun dicapai.

Bila dah berpisah untuk 2 minggu, terasa jugak lah rindunya tuh..

dalam kemeriahan kami bergelak ketawa, sedar atau tidak.. tempoh belajar di MIIM dah pun abis.. kami dah pun menamatkan usia belajar di sana.. dan kini.. kami punya pilihan untuk samada bekerja atau menyambung pengajian kami di insitusi penagjian tinggi lain.

Rata-rata akan bekerja dahulu sebelum menyambung pengajian... bagi aku.. langkah yang aku ambil adalah untuk bekerja dahulu... tidak terdaya rasanya mak aku nak menyara aku untuk 2-3 tahun lagi di insitusi pengajian tinggi...

Baru aku sedar, bertapa meriahnya zaman seorang pelajar...aku akan melangkah ke era dewasa.

Aku harus mula membentuk diri dan kerjaya...

Buat masa dan ketika ini, berakhir sudah kegembiraan sebagai seorang pelajar, zaman kita bergelak ketawa melupakan semua kepentingan dunia... menikmati hidup sebagai seorang manusia.

Tetapi itu dahulu, kini, hidup perlu fokus yang lebih, tiada lagi gelak ketawa tak ingat dunia.. zaman belajar seronoknya lain...zaman kerja seronoknya akan lain.. dan yang pasti setiap seorang datri kita pasti merindi detik bergelar pelajar dan aku tidak terkecuali.

Namun, aku percaya aku telah memilih jalan pekerjaan yang aku sukai, dan aku akan hargai..

Jadi Selamat Tinggal dunia Pelajar.. welcome zaman Pekerjaaanku...

Wednesday, October 1, 2008

TAMATNYA SEBUAH KISAH GEMBIRA..

Yup, selama 3 bulan aku menyulam bahagia bekerja di BERNAMA TV. Terlalu banyak pengalaman yang aku kutip sepanjang walapun sekadar pelajar yang menajalni latihan industri..

Aku berjaya menempatkan diri aku dikalangan rakan-rakan wartawan lain.. diharap mereka selesa dengan karenah aku...

Aku dilepas bebas pergi membuat semua tugasan yang pada pandangan mata aku agak berat dan tak tersangka akan diberi kepercayaan untuk melakukannnya.. dan aku masih tidak percaya aku sudah ekluar membuat tugasan melibatkan Tuanku raja muda perak, Raja Nazrin, Perdana Menteri, Pak Lah, malah aku juga boleh membariskan nama-nama besar yang aku sudah temuramah termasuk tokoh pembangkang, Salahuddin ayub dan Dr. Lo'Lo'...

Semuanya aku lakukan dengan gembira...

Akan berterusankah kemanisan ini?

Hopefully.....

Special Report.. well, boleh dikatakan agak banyak juga special report yang aku tampilkan beserta voiceover dan standupper...

Pengalaman yang begitu indah sekali melakukan kerja dikalangan mereka-mereka yang cukup emahami.. temasuk kalangan Asimen editors aku yang cukup gila2...

Malah, bila mengetahui semalam adalah hari terakhir aku menjalankan latihan industri, meja bahasa inggeris, melayu , tamil dan cina serta kalanagn VE juga cameraman memberikan kata-kata semangat kepada aku agar terus berjaya,...

Aku boleh nampak keikhlasan mereka... dan aku hargainya..

Terima kasih untuk segalanya.... :)

Akan berterusankah?

Tunggu..... :)