Translate

Total Pageviews

Friday, September 19, 2008

NAFSu vs IMAN

Yup.. Nafsu vs Iman.. korang rasa yang mana satu lagi hebat? seikhlasnya aapa yang aku nampak... dalam kebanyakkan kes, nafsu berjaya mengatasi Iman walaupun syaitan sudah dirantai..

Mungkin, manusia itu sendiri sudah mula menyerap segalan sifat syaitan sehinggakan ketiadaan syaitan tidak memberi apa-apa kesan langsung kepada sikap manusia.

Kenapa aku berkata demikian.. biar aku kongsi cerita aku keluar berbbuka puasa sejak aku bekerja ni.

Kebetulan, aku banyak menghadiri majlis berbuka puasa yang dianjurkan di hotel dan agensi kerajaan serta swasta...

Kebanyakkannya dalam bentuk buffet.. yes..buffet....

So..bila makanan terhidangt depan mata dengan sikit punya banyaknya.. nah apa lagi...mata pun tak sabar mengalahkan perut.. see.. makanan disediakan untuk kita nikmati.. bukan untuk kita telan macam kita tak akan hidup esok ni dah...

hilanglah sunnah, hilanglah semua pesanan nabi.. apa yang ada di pinggan adalah segunung nasi dengan pelbagai lagi lauk pauk yang tak tertanggung dek pinggan itu sendiri.. kalaus epinggan tak pa..ini dah 3-4 pinggan.. semuanya penuh plak kan..

Apalah nak jadi dengan manushia...

Sedarlah... berbuka tu ikut suruhan Nabi.. bukan suruhan hati.. well.. i know im not a muslim yet.. but looking at my muslim friends not following the true islamic way.. i just can stop typing it down here..

Well..ive told what i can..ts up to u guys out there to read and take the input that is relevent.. from an indian who admire Islamic teaching....

Apa Itu Puasa?

Sebenarnya..selama aku dibeasrkan dikalangan orang-orang melayu yang beragama Islam.. aku dah berpengalaman melihat rakan-rakan aku berpuasa. Berpuasa bagi aku ketika itu hanyalah tahan nafsu makan dan minum...

So, bagi aku, bukanlah sesukar manpun bagi aku untuk menjadikan puasa sebagai satu amalan.. itu semasa aku masih naif tentang pengertian sebenar berlapar atas nama puasa...

Tapi semakin aku membesar, semakin aku mendekati erti sebenar setap suruhan dan amanah dalam Islam..rupa-rupanya terlalu banyak yang aku belum tahu tentang perkara seringkas berpuasa.

Pertama, aku tak pernah tahu yang kita kena meyucikan diri..well, dengan erti kata lain mandi wajib(jika perlu) sebelum berpuasa..

Kedua berniat.. niat? apa tu? well.. kalau bagi mereka yang tak faham.. kiranya sebuah doa bahawa kita akan berpuasa esok hari.. aik? tiap2 hari kena doa ka? kalau lupa macam mana... ruapa2nya bbagi kalangan pelupa.. anda boleh niat untuk sebulan (seperti yang aku dengar-tidak pasti betul@ tidak, tlg betulkan saya kalau saya salah).

Ketiga.. jaga , mulut, mata, dan telinga.. maksudnya.. jangan bercakap apa2 perkara2 yang tidak baik, jauhi fitnah dan umpat..well.. intresting!!! Ini sudah kira bagus... belum habis lagi.. jangan melihat benda2 yang tidak sewajarnya... dan jangan dengar perkara2 yang bukan2...

Wow!!! Sungguh2 teliti.... jangan korek telinga atau hidung...tapi, ini aku tak mendapat jawapan lagi kenapa tidak dibenarkan..akan ku cari..

Well.. sepanjang aku berpuasa.. aku rasa sangat2 gembira.. terutamya bila dapat berbuka...

Tapi..disinilah aku melihat betapa nafsu menguasai diri manusia...dan yang paling jelas.. iman jelas tiada....

POST seterusnya.. NAFSU VS IMAN

Tunggu......

Tuesday, September 16, 2008

Aku Interview..Diorang Hebahkan :)


AKU INTERVIEW, DIORANG BACA


Saja jer nak bercerita tentang tugasan aku.. aku ni sebenarnya tukang interview orang kat BERNAMA TV ni...then..balik, ketuk story.. siap ketuk.. cari visual.. ingest.. ambik ID.. then masukkan dalam folder assigment beserta skrip.. hantar untuk disemak oleh editor tugasan.. siap disemak.. akan di'copy' kepada semua desk..dapat kat setiap desk.. akan diedit lagi (ikut kesesuaian) aturan dan waktu serta bahasa.. then..di 'Print'..tukang wat V/O(selalunya reader) akan buat V/O.. bagi ingest.. then editer video akan amik tape dan Id and terus proses story.. habis proses.. maka tukang baca berita...hehehe or kitorang kat sini panggil reader akan bacakan berita tuh.. sekian. :)

Wednesday, September 10, 2008

RAKAN....

Ini adalah gambar yang aku rakamkan bersama kalangan rakan dari SMK Panglima Bukit Gantang ketika mereka hadir meluangkan masa lapang mereka dengan bersiar-siar di Kota Kuala Lumpur. Entah apa benda ntah yang diorang nak sangat tengok kat KLCC sampai dua kali pergi sana.
Tapi, bagus jugak diorang datang KL, sekurang-kurangnya aku ni boleh jugak tergerak hati nak pergi berjalan-jalan. Nak keluar di KL ni..? Aku boleh kira dengan jari dua belah tangan jer berapa kali aku jejak KLCC ni.. tak sampai pun sepuiluh kali dalam tempoh 3 tahun. :D
BTW, bukan semua geng sekolah..sebab yang pakai baju pink tu adik Akmam, the gurl yang di paling kanan gambar tu..dan disebelah Akmam tu sebenarnya kjawan kitorang.
Yang mamat berseluar pendek tu namanya Wan..dibelakang aku tu Hidayah(kawan sek tapi terserempak kat KLCC masa pusing-pusing), sebelah dia Yati..and sebelah aku tuh bakal tokeh 7 Eleven..Shahril..sebenarnya ada sorang lagi iaitu tukang ambil gambar.. namanya Hafiz..sori Arepit... :)
Thanks 4 inviting me to join you guys.. aku betul2 seronok dapat berjalan dengan korang .


BERKONGSI HASIL KERJAKU





Ini adalah hasil tangan aku melukis di tangan orang.. hehehe


Best.. dapat berkarya mencantikkan tangan para ratu sehari...




































Ini adalah hasil tangan aku menyolek kalangan wanita-wanita ini... :)




Tak tahulah bagi pandangan mata korang cantik atau tidak..




Aku sekadar berkongsi kemahiran aku yang tak seberapa ni.. :D

LAGI CERITA PASAL BERNAMA TV

Aku betul-betul teruja bila dapat bekerja di BERNAMA.. tak tahu kenapa.. aku cukup bahagia menjalani kehidupan sebagai seorang wartawan di sini sehinggakan masuk kerja subuh.. keluar tengah malam pun dah jadi tak kisah.. its been something that entertains me..

Percaya atau tidak.. mungkin kerana aku tidak pernah cuba untuk mengeluh dengan apa yang aku sedang jalani sebagai seorang wartawan.. setiap perlakuan dan langkahku dilihat pihak2 disini.. malah.. ramai yang sudah mula berkata-kata kau ada masa depan di dalam bidang ini.. bukan mahu riak dengan pujian tetapi aku puas apabila apa yang aku lakukan dihargai..

Itu tentang aku.. biar aku amibil masa sedikit bercerita tentang BERNAMA TV dan operasinya.

OK.. BERNAMA TV dimiliki BERNAMA TV SYNERGY SDN BHD yang mana syarikat yang berada dibawah bernama, kiranya semi government lah.. dimiliki syarikat swasta dan BERNAMA ada syer. Itu yang aku difahamkan lah...

Pengurusan menjalankan operasi di tingkat 14.. manakal bahagian stor tapi, cameraman nyer office terletak di tingkat bawah.dimana terletaknya studio yang menjalankan operasi rancangan HELO MALAYSIA, 1 KONSUMER dan BIZ@BERNAMA.

Di tingkat 3 adalah bahagian dimana terletaknya pusat pengumpulan berita. disinilah wartwan bersam editor-editor tugasan diketuai Encik ARA menjalankan tugas.

Wartawan akan memperoleh rangkaian maklumat tugasan malam sebelumnya dan selepas siap menaip berita, harus dimaklumkan kepada barisan editor untuk disemak dan approve.

Bila mereka ni semak dan approve, barulah meja-meja production akan dapat berita.

Meja production kat bernama ada 4, melayu, inggeris, tamil dan mandarin.

Dapat jer berita tuh kat meja masing-masing... berita akan diproses..meja bahasa melayu mengalih bahasa berita yang disediakan dalam bahasa inggeris.. and inggeris transfer berita melayu.

Bagi meja tamil dan mandarin..nasiblah.. dua-dua bahasa kena transfer.. :)

Dah transfer.. secara automatiknya semua berita akan dapat disiarkan..

Sebenarnya..banyak lagi yang boleh dicerita tentang BERNAMA TV.. tapi akan ku sambung nanti k...
:)

Monday, September 8, 2008

Berbuka Bersama Rakan-Rakan ZEKTI'S




Pada tanggal 7 september lalu, kami dari ZEKTI'S mengatur perjumpaan.. tapi malangnya.. Pemilik perkataan S-Siti tidak hadir. Entah kenapa Eddy memberitahu yang Siti tak dapat dihubungi..

Tetapi nak dijadikan cerita.. tanggal 6 September aku telah ke Seremban untuk menghadiri majlis pertunangan dan perkahwinan sivil sepupu aku..and pada masa yang sama aku dapat panggilan dari Mr. Pravin memberitahu Id bagi special report aku hilang and aku kena re ingest balik.. thats a alamak!!!!

Pagi 7 haribulan aku nak balik, tak menyempat-yempat dah dapat phone call dari En. ARA tanya pasal ID form... ntah celah mana ntah aku letak...rasanya kat atas meja kak Linda.. tapi bila dicari tak jumpak pulak...Cilakak towl...

Then nak tak nak aku rush balik dari Seremban..bila dah sampai ofiz. Rupa-rupanya dah sattle dah bendalah tu..and aku diminta pergi cover story MATTA...ADOI..AKU NAK G BERBUKA NGAN KAWAN-KAWAN AKU.. MACAM MANA NI..? Itulah yang terdetik dalam hati aku.. tapi memandangkan En. ARA mintak aku pergi, aku rasa berat pulak nak tolak.. bukan senang orang nak bagi kepercayaan mintak pergi cover story even when we're in holiday kan....that shows he really need that story...

Aku pun pergilah.. balik-balik, ketuk story sepantas kilat and bagitau kak Ton and terus blah.. hehehe.. leh tak cam tuh? Tapi kak Ton tahu yang aku cuti and dia faham.. thanks Kak Ton..

Zul ngan Eddy datang amik aku kat office...best gila dapat keluar berbuka ngan diorang walaupun hakikatnya aku tak berpuasa pun.. yelah.. kat rumah kenduri pagi tu, aku di paksa makan oleh makcik2 aku...

Banyak cerita yang kami kongi bersama.. kisah hidup aku... kisah hidup Tasha.. kisah hidup Zul... kisah hidup Eddy.. Ida pun join jugak..

Meriah sangat.. and its good to know that each and everyone of us got an offer to work somewhere.. Zul is an anchor kat AWANI...Eddy dah diajak Wirda Adnan untuk join GLAM.. Tasha.. TV3..

Tak mungkin aku lupakan kenangan keluar bersuka ria walaupun sekadar berbuka puasa... mungkin lepas ni lagi susah nak jumpa antara satu sama lain.. yelah.. masing-masing akan menerjah ke alam perkerjaan.. entah dapat entah tidak kami nak bersama-sama bercengkerama seperti suatu ketika dulu di MIIM..

Really hope that those memory will stay forever in my mind... and their mind as well..

FRIENDSHIP FOREVER GUYS... aku benar-benar menyayangi setiap seorang..



:)

Thursday, September 4, 2008

SEKADAR BERKONGSI GAMBAR-GAMBAR KU..





































ha!! Memandangkan lagi 5-10 minit nak kuar buat assigment, aku ambiklah masa dan peluang untik upload gambar-gambar nie.. sekadar untuk berkongsi ngan sesiapa yang rajin nak view blog aku yang agak tak berapa dikenali ni...


:)

Wednesday, September 3, 2008

PUASA KALI INI...


Puasa kali ini merupakan puasa pertama sebagai seorang wartawan praktikal di BERNAMA TV..

Sepanjang berpuasa di sini, ramai yang terpinga-pinga, seolah-olah tidak percaya bahawa aku berpuasa.. :) Tak per lah.. tak kan aku nak mencanang satu BERNAMA yang aku sedang berpuasa kan.. hehehe

Masa nak bukak puasa, pantang aku pergi beli makanan, mesti ada suara yang kata, lebih dari orang puasa aku ni.. hahaha..

Nak je kata.. aku ni pose lah.. tapi tak yah lah kowt kan.. tapi kalangan editor aku dah ada yang tahu aku ni berpuasa, biasalah... ada rakan-rakan aku disini dah jadi tukang menyampai.

BTW, aku dah mula rasa tak sihat sekarang ni.. dah selsema dan batuk-batuk.. nak jadi tak sihat pulak kan...

:)

Mintak-mintaklah aku ni sihat sampai ke hujung puasa nanti.. :)

oklah.. hope that ill get something to talk about soon... yelah. esok for the first time im goin for a bukak puasa event with the orphans.. :) mesti best.. hope so.. :D

Ill text the exprience here tommorow hopefully.. da....

Monday, September 1, 2008

LECTUER BERKAHWIN..


Inilah gambar yang aku ambil dengan pensyarah aku..Puan Bazura Baharuddin yang melangsungkan kenduri kahwin pada 24 Ogos.
Majlis ini walaupun dibuat dalam keadaan sederhana tapi cukup meriah...
Kehadiran rakan-rakan sekolej dan kalangan pihak atsan termasuk bekas-bekas pensyarah sangat menyerikan majlis ini.
Aku benar-benar bersyukur kerana bercuti pada hari tersebut dan berjaya meluangkan masa di majlis tersebut...
SELAMAT PENGANTIN BARU PUAN..
:)