Translate

Total Pageviews

Sunday, May 22, 2011

BANYAK YANG NAK DIUPDATE

Setelah sekian lama. Inilah mukadimah yang seringkali akan aku titipkan apabila mengemaskini laman blog ini. Apakan daya, itulah hakikatnya, kerana, aku mengambil masa yang cukup lama mencari ruang dan peluang serta emosi yang betul untuk mengemaskini maklumat, pandangan, serta keadaan terkini disekeliling aku.

Seringkali aku punya cerita yang ingin dikongsi, tetapi tampil terlalu sibuk untuk melakukannnya. Dan bila aku sedang bersenang-senang, aku tetap tiada upaya untuk melakukan kemaskini kerana ketika itu, dek kerana banyak maklumat yang ingin disampaikan sudah kabur tersimpan sekian lama. Dengan erti kata lain, sudah luput tarikh!

Tetapi isu terkini, pandangan terkini dan perkembangan terkini adalah, aku akan ke Kuala Lumpur setelah sekian lama (lama ke?) meninggalkannya. Sejujurnya, dikala aku dimaklumkan yang aku mungkin dipindahkan ke Pulau Pinang, hanya tuhan saja yang tahu betapa girangnya hati ini menerima perkhabaran tersebut.

Manakan tidak,aku akan pulang paling hampir dengan ibu tersayang, sekadar sejam perjalanan kalau memandu. Ini membolehkan aku kerap pulang ke kampung menjenguk beliau.

Namun, hakikatnya itu sajalah yang paling menggembirakan jika bercakap tentang perpindahan ini. Aku boleh dikatakan terlalu sunyi, sunyi kerana tidak punya kawan2 yang aku sudah kumpul, jaga dan simpan di KL sejak menjejakkan kaki kesana pada 2005.

Kini, berada di bumi Pulau Pinang, hanya beberapa kerat saja kawan yang aku ada, dan itu pun, belum ada ruang dah peluang menjadi akrab seperti mana aku ada kak Effa, Kak Rose, Izul, Zana, Kyrel, serta beberapa lagi wartawan penyiaran.

Malah, hadirku disini, juga meninggal jauh adik2 aku, Ida, Tasha dan Zul..yang kekal bermastautin di KL.

Dan kesannya, aku boleh sifatkan, diriku ini agak tertekan dek kerana kesunyian. Bagaimanapun, perkhabaran gembira, Zul bakal menamatkan zaman bujang amat menggembirakan hati. Perancangan ke Kuala Lumpur sudah dibuat seawal bulan 3. Kini detik dan waktunya semakin hampir. Aku akan ke KL untuk meraikan persandingan adik aku yang seorang itu.

Tidak sabar rasanya berjumpa kesemua rakan2 MIIM, serta rakan2 wartawan yang pasti, akan turut sama meraikan kemeriahan.

Hadir aku di Kota KL juga bakal membolehkan aku meluangkan masa dengan Kawan baik aku yang seorang lagi-Kamala.

Malah, ibuku juga akan turut serta kali ini. Yang tuhanku, gembiranya aku, tuhan saja yang tahu! hahaha.

So, apa yang bakal terjadi di KL itulah yang bakal menceriakan lagi laman blog aku ini. Sungulnya aku, sungullah blog ini. Ceria aku,..cerialah blog ini.

Apalagi! nantikan ceritaku di KL tidak lama lagi!:)