Translate

Total Pageviews

Sunday, January 30, 2011

ANDAMAN BERTUNANG

Pada tanggal 29 Januari, saya berkesempatan ke Jitra untuk mengandam.

Andaman bertujuan untuk majlis pertunangan. 

Tema-Biru dan Pink.

Sangat menarik kombinasi warna tema.

Dan biar gambar bicara lebih lanjut.

 Ini wajah Siti Zuriah Zulmi tanpa sebarang solekan.




 Dan diatas adalah selepas disolek / diandam olehku--

Saya boleh dihubungi menerusi:

Facebook: Kumaran Rajamoney
Twitter: KumarRajamoney
H/P: 0124413930 (SMS shja)

SOAL SALAM


"Meskipun ada ulamak berpendapat bahawa seseorang wanita boleh bersalam dengan lelaki ajnabi dengan syarat pada ketika itu darurat yakni dengan tujuan untuk menjaga maruah dan air muka orang yang menghulurkan salam. 

Seorang wanita mestilah sentiasa bersedia menghadapi situasi yang tidak diduga seperti itu. Alangkah elok, kiranya ustazah sentiasa berpakaian sama ada bertudung yang agak labuh sedikit dan menjadikan tudung sebagai pelapik untuk bersalam apabila berhadapan dengan lelaki ajnabi.

Selain itu, teknik lain yang boleh digunakan ialah berpakaian dengan lengan baju yang luas dengan memasukkan tangan ke dalam lengan baju sedikit dan terus bersalam secara berlapik.

Teknik ketiga ialah, melapik tangan dengan selendang yang diletak atas bahu. Selalunya golongan kenamaan sangat gemar mengenakan selendang di bahunya sebagai fesyen Melayu tradisi. Insya Allah dosa kecil ini dapat dielakkan.

Pernah seorang professor perempuan tersohor yang datang ke Malaysia, bertanya kepada saya, sama ada beliau boleh menghulur tangan untuk bersalam dengan lelaki Islam.

Jawapan saya kepadanya, ia bukan tradisi seorang muslim sejati. Saya sungguh kagum kerana Professor itu diam dan cuba tidak bersalam dengan lelaki Islam ketika berada di Malaysia.

Malah jika menurut etika dan protokol yang standard, seseorang lelaki tidak boleh menghulurkan tangan terlebih dahulu untuk bersalam dengan wanita.

Ini adalah kerana lelaki itu hanya perlu menyambut salam itu sekiranya wanita tersebut yang terlebih dahulu menghulurkan tangannya."


Diatas adalah sebuah petikan komen yang saya olah sedikit. Ianya diletakkan sebagai sebuah nukilan Pensyarah Univeristi Tempatan oleh sebuah portal.


Saya kurang arif dalam hal-hal melibatkan soal ke-Islaman. Meski dari usia kecil sehingga hari ini saya bersahabat dengan rakan-rakan melayu yang susur galurnya Islam, saya masih tercari-cari banyak perkara tersirat disebalik setiap betuk saranan dan tegahan yang ada dalam agama tersebut.


Antaranya termasuk larangan antara bukan muhrim, termasuk bersalaman.


Umum ketahui bahawa isu 'salam' ini menjadi hangat sepanjang kempen Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang yang baru melabuhkan tirainya petang tadi.


Isunya, dibangkitkan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang mendakwa kegagalan wanita yang menjadi Calon PAS bagi PRK terebut menghulurkan salam kepada masyarakat lelaki cina, menghina mereka.


Apakah benar dakwaan itu?


Baik. Seperti kelazimannya, ada baiknya kita tidak memihak kepada mana-mana kumpulan. Biar analisa ini berteraskan kepada logik akal dan bukan kepada kecenderungan sokongan.


Dalam soal ini, mahu tidak mahu terpaksalah saya membidas kenyataan Dr Chua yang saya sifatkan sebagai pemimpin yang tidak celik tentang asas keagamaan dan budaya masyarakat Melayu-Islam. Menjadi seorang pemimpin masyarkat untuk satu tempoh yang sangat lama, wajarkah beliau mempersoal tindakan Cigu Mala-calon Pas yang enggan hulurkan salam.


Sejujurnya, aku pernah menghulurkan salam kepada rakan-rakan wanita melayu. Ada yang sambut, dan ada yang menolak dengan baik. Di situ, kita faham bahawa ianya sesuatu yang tidak dibolehkan. Maka, sebagai individu yang rasional, adalah penting untuk kita mengaplikasikan tindakan itu dalam kehidupan seharian kita. lebih-lebih lagi apabila melibatkan individu besar seperti pemimpin.

Justeru, mengambil maklum tentang pantang larang yang sebegini, kita sepatutnya mengelak dari menyentuh mereka dan bukan galak mempersoal tindakan itu.


Dan-paling penting, ia mencerminkan tentang sejauhmana kita mampu untuk menjadi masyarakat yang inklusif. Mampu untuk menyerap semua maklumat tentang apa yang boleh dan tidak boleh dalam agama masing-masing agar ianya tidak menyebabkan satu-satu pihak menjadi tersinggung.


Justeru, jelas-Dr Chua seorang yang Jahil, meski memimpin negara dengan pelbagai jawatan selama ini.


Dalam perkembangan berkaitan, Cikgu Mala, yang menjadi sasaran BN-Dr Chua tentang isu salam 'tews' kepada beliau setelah muncul dengan sarung tangan ala Kak Wan! Apakah ini kekuatan iman yang hendak dicerminkan oleh seorang yang dicalonkan menjadi pemimpin.


Bari disergah sedikit dengan sedikit cubaan, sudah timbul penyelesaian yang sangat tidak melambnagkan jati diri yang kukuh. Andai benar Islam kata jangan, katakan jangan. Apakah perlu sangat memenangi undi, menjadi ADUN kalau nak dibandingkan dengan usaha memartabatkan agama?


Tindakan Cikgu Mala bukan memberikan penerangan kepada masyarakat bukan Islam sebaliknya tambah mengelirukan.


Kenapa? Seolah-olah perkara larangan dalam agama adalah sesuatu yang boleh ditukar-tukar mebgikut kesesuaian.


Memang Islam membolehkan perkara-perkara diubah mengikut kesesuaian (asalkan tidak lari dari tuntutannya), tetapi apa yang dilakukan Cikgu Mala adalah tidak logik dan sekaligus mengelirukan.


Justeru jelas, agama tidak sewajarnya dipolitikkan meski agama itu sempurna jika politik berteraskannya.


Sejauhmana keyakinan parti yang satu ini dalam memartabatkan agama andai pendirian dalam perkara sekecil bersalaman pun terhantuk dan terhimpit?


Dan akhir kalam, andai soal agama dan adat dicampur adukkand alam politik, tanpa adanya rasa hormat..maka, masyarakat kita akan terus terpisah tanpa mahu mengetahui keunikkan dalam setiap agama.

Thursday, January 27, 2011

INTERLOK

Tidak dapat dinafikan, sejak isu mengenai penggunaan buku Interlok sebagai sebahagian dari pengajaran KOMSAS dibangkitkan, ia telah menimbulkan satu fenomena yang saya secara peribadi lihat, tidak menguntungkan.

Bermula bila?-saya kurang Pasti, tapi dari pembacaan dan penelitian yang dibuat, saya mendapat tahu ianya dibangkitkan seorang ahli kabinet.

Apakah yang besar sangat isunya melibatkan Interlok ini sehinggakan pelbagai perkara menjadi debat. 

Ada yang menyokong, dan ada juga yang membantah penggunaan Interlok sebagai sebahagian dari pengajaran KOMSAS.

Sejujurnya, sebagai seorang yang tidak pernah membaca karya "PakLah" yang satu ini, saya secara tiddak langsung menjadi tidak layak untuk mengulas apakah ianya wajar diteruskan sebagai bahan pengajaran atau tidak.

Cuma, apa yang ingin saya titipkan disini adalah tentang sejauhmana kesan yang dibawa oleh kalangan fanatik isu ini.

Nyata, pendekatan ilmiah tidak dijadikan sandaran dalam perbincangan penggunaan buku ini sebagai bahan pengajaran.

Sebaliknya sentimen kaum menjadi 'taruhan' dalam perjuangan ini.
Kesannya, munculan NGO. Ada yang menyokong, malah tidak kurang, ada yang menolak.

Yang paling mencuri tumpuan adalah bagaimana isu ini dipolitikkan dengan begitu meluas sekali. 

Meski dengan nama NGO, mereka-mereka ini menampakkan ada kecendurungan dalam menyokong politiking.

Masakan tidak, dalam sibuk-sibuk mengutuk tindakan keputusan menyambung penggunaan buku tersebut, ada sms yang tersebar meminta masyarakat India tidak meyokong Barisan Nasional dalam Pilihanraya Kecil Tenang.

MOTIF!?
Hahaha..sangat menggelikan hati menerima sms seumpama itu yang diedarkan kalangan aktivis ini. Sewajarnya bicara mengenai bahan begini bukan secara politiking.

Esok, akan diadakan Perayaan Boghi membakar Interlok di Labis sebagai membantah keputusan penerusan penggunaannya sebagai bahan pembelajaran.

Tapi kenapa di LABIS? Hurm...PRK. Modal politik? (lagi??)

Dan yang aku lagi tidak setuju, ianya akan dilaksanakan disebuah kuil. Apakah motif mereka ini?? Saya seorang yang menolak penggunaan tempat ibadat dalam program yang bersifat agresif sebegini. Maaf jika hakikat ini meyakitkan. Saya tidak setuju.

Tidak setuju-dengan tindakan membakar Interlok di kuil!

Tetapi dalam masa yang sama, saya juuga berpandangan, Interlok perlu dikajii secara bebas-BEBAS dalam erti kata yang sebenar!

Harapan saya, jangan kerana segelintir manusia fanatik sebegini, akan menghancurkan negara yang dibina lebih 50 tahun ini.

Sekian. :)

Wednesday, January 26, 2011

SINGGAH DI KOTA KL

Semalam, tanggal 26 Januari..aku melangkahkan kaki menekan pedel minyak Proton Sagaku memecut ke kota Kuala lumpur seawal jam 5 pagi.

Tujuannya-mahu melunaskan beberapa perkara berbaki dengan pengurusan Bernama TV Kuala Lumpur dengan Pejabatku di Pulau Pinang.

Turut sama dengan aku jurukamera aku, Izuwan, dan saudari Nini, stringer Metro yang ada temuduga di KL.

Kami sampai seawal jam 9 pagi di KL. Nini kami tinggalkan di Masjid Negara.

Aku dan Izuwan kemudian melangkahkan kaki ke BTV. Aku disambut dengan cukup mesra oleh kalangan kawan-kawanku disana. rasa rindu di hati sedikit terubat dengan kehadiran kesemua mereka yang menyambut aku dengan keterujaan, senyuman yang besar dan pelukan.

Bahagia rasanya bila dihargai sedemikian rupa.

Dan yang penting, perkara yang dilunaskan termasu, mengambil keperluan BTV Pulau Pinang yang HQ 'terhutang'.

Selesai. Aku lari pula ke Kolej Univeristi Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Aku dijemput menjadi panel dalam diskusi Kewartawan Siaran. Aku ditanya beberapa soalan yang berteraskan kepada pengalaman kerja aku sebagai wartawan penyiaran.

En Daly Daud, bekas pensyarah aku yang merupakan ketua bidang bagi pengajian komunikasi di KUIS khabarnya telah mencadangkaan nama aku. Bila aku tanya kembali, kenapa aku dipilih berbanding wartawan lebih senior yang mungkin pengalamannya jauh lebih bernilai, ini jawapan En Daly:

"Saya dah dua kali jemput wartawan senior. Kali ini kami memerlukan pandangan dari kalangan wartawan yang baru menceburi bidang ini, supaya mahasiswa-mahasiswi disini boleh digalakkan untuk terus mengejar cita-cita kerah kerjaya kewartawan siaran."

Ok, baru saya faham! Turut bersama menyambut aku adalah Puan Rahmahtunnisah dan En Rie. Dua orang pensyarah aku yang turut berkhidmat di Kuis sebagai tenaga pengajar bidang pengajian yang sama,

Siri diskusi berjalan lancaar dengan turut disertai senior aku di MIIM, Sanggam!

Aku kongsi pengalaman mana yang ada. Tapi satu saja, program bermula sedikit lewat dari yang dijangka, dan sekaligus mengurangkan masa aku untuk bertemu rakan.

Untuk menurut janji yang dibuat, aku pulang ke BTV dan mengajak geng-geng 'Karat Club' untuk sama-sama menjamu selera di Pecel! Nyum..

"Pecel ayam favorite jadi pilihan"

Tetapi waktu sudah menjengah senja. Aku mahu melawat Imran Imtiyaz! Sebut saja niat itu, aku disuruh jangan oleh Kak Effa!

"Tapi kenapa??" 

"Tak elok melawat budak-budak lepas senja. nanti salah masa, dia akan meragam..paham-pahamlah kenapa. JANGAN! lawat lain kali..pi siang"

"Tapi aku rindu dia kak"

"Jangan, kang jadi apa-apa, hang jugak yang menyesal. Dengar cakap aku..aku dah pernah terkena. Jangan.."

-alamak, Mak Hayam warning lah...so, demi untuk kebaikkan bersama, aku pun hantar lah ssms dengan penuh kesedihan kepada Abby.

"Ibu, Uncle mungkin tak dapat join.Ada hal (which is i was asked not to). Kena Balik (jam dah hampir pukul 8).Kirim salam cium sayang kat Iyaz. Im gonna miss him. :("

And yes Iyaz..Uncle miss u..:(


So, aku pun melaksanakanlah perkara teraksir berada di KL.

Aku singgah di rumah lamaku, ambil Kipas dan dapur gas portable aku yang tertinggal disana, dan menyerahkan kunci rumah yang lupa aku tinggalkan sebelum aku balik dulu.

Habis cerita, aku ke Pasar Seni..ambil Nini dan balik. Izuwan drive.

Lupa!

"Izuwan disaman sebab memandu laju"

Had laju--110km/j, kelajuan pemanduan-125km/j

First saman membabitkan kereta aku (nasib bukan aku yang disaman).

Dan kami tiba jam 2 pagi di Parit Buntar. And I Miss KL sudah! hurm.....

Monday, January 24, 2011

SERANGAN BALAS!

Lim: Kenyataan Mukriz tak masuk akal
 
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menegaskan sebagai "tidak masuk akal" kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir bahawa 99 peratus pelaburan di negeri ini adalah atas usaha promosi kerajaan pusat.

Lim berkata adakah ini bermakna kalau Pulau Pinang tidak mendapat pelaburan, itu juga tanggungjawab kerajaan pusat.

"Kalau Mukhriz yang cakap begitu, beliau juga mesti bertanggungjawab kalau Pulau Pinang tidak berjaya (menarik pelaburan). Tak kan kalau berjaya beliau hendak dapat kredit dan kalau tidak berjaya itu salah orang lain," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia, Masood Khalid di George Town hari ini.

Katanya enam bulan pertama tahun lepas, kerajaan negeri dikritik hebat oleh pihak pembangkang negeri iaitu dari BNkerana hanya mampu mencapai RM1.5 bilion pelaburan.

"Masa itu, kita dikritik hebat dan mengapa BN tidak keluar untuk mengaku itu salah mereka. Sekarang bila Pulau Pinang dapat mencapai jumlah pelaburan yang tertinggi tahun lepas, itu dia punya kredit dan itu dia punya kepandaian," katanya.

Akhbar hari ini melaporkan kenyataan Mukhriz bahawa kerajaan Pulau Pinang yang diteraju pakatan DAP-PKR-PAS tidak harus cepat "mengambil kredit" di atas usaha orang lain dalam mempromosikan negeri tersebut sebagai destinasi pelaburan.

Sebelum ini, Pulau Pinang berjaya mencatatkan peningkatan sebanyak 465 peratus pelaburan pada tahun 2010 berbanding dengan tahun 2009.

--Bernama
 
Aku baru update tadi tentang laporan mengatakan 99% pelaburan ke negeri Pulau Pinang dibawa MITI.  

Baik. Kini Ketua Menteri, lim Guan Eng serang balas dengan mengatakan bahawa apa yang terjadi ketika tahun 2009 dikala negeri itu menerima pelaburan yang rendah juga berpunca dari MITI.

Jom kita, eh saya analisa sekejap.

Ini laporan yang dibuat ketika cerita kurangnya pelaburan dinegeri Pulau Pinang pada 2009.


PULAU PINANG 27 Okt. - Kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dibidas kerana berterusan gagal menarik pelabur ke negeri ini walaupun sudah lebih dua tahun mentadbir negeri.

Lebih menyedihkan, ramai rakyat Pulau Pinang terpaksa membuka gerai di tepi jalan sehingga tumbuh seperti cendawan selepas hujan bagi menampung hidup ekoran kurang peluang pekerjaan dan perniagaan.

Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan (gambar) berkata, keadaan tersebut adalah petunjuk jelas tentang keadaan ekonomi di negeri itu yang tidak berkembang dipercayai akibat kegagalan ditadbir dengan baik.

Menurutnya, pada 2008 pelaburan yang berjaya dibawa masuk adalah sebanyak RM10.2 bilion hasil usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) dan ia kemudiannya menunjukkan penurunan pada 2009 dan 2010 selepas peralihan kuasa berlaku.

"Pada 2009, jumlah pelaburan yang dicatatkan adalah RM2.2 bilion iaitu turun sehingga 79 peratus dan bagi Januari hingga pertengahan tahun ini pula hanya RM930 juta berjaya dibawa masuk.

"Jumlah pelaburan asing langsung (FDI) yang berjaya dibawa masuk ke negeri ini menjelaskan bagaimana teruknya keadaan ekonomi di Pulau Pinang di bawah pimpinan Guan Eng," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.


Beliau berkata, Gerakan Pulau Pinang bimbang dengan situasi tersebut dan sedang giat berusaha untuk membantu mengatasi perkara itu termasuk merancang pelbagai program yang mampu menyumbang ke arah perkembangan ekonomi negeri.

"Kita sedang merancang membawa Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Martrade), Datuk Mah Siew Keong melawat negeri ini untuk bertemu dengan pelabur dan pihak berkaitan.

"Kita tidak boleh berdiam diri sahaja kerana Gerakan memberikan keutamaan tentang isu seumpama ini,'' katanya.
 
ok. Laporan ini menunjukkan yang ada usaha dipihak Gerakan membawa kembali pelaburan ke Pulau Pinang melalui Matrade.
 
Matrade dibawah MITI. 
 
Mungkinlkah benar usaha yang dijalankan MITI inilah pelabura dapat ditingkatkan semula.
Apapun, saya percaya LIM juga sudah menguasahakan pelaburan masuk ke PP, meandangkan beliau memrlukan cerminan pentadbiran yang baik, apatah lagi jika ianya melibatkan kemakmuran ekonomi negeri.

Apatah lagi dengan ura-ura pilihanraya umum yang mungkin berkunjung tiba pada bila-bila masa!

Cuma sebagai rakyat Pulau Pinang yang punya hak mengundi, anda berhak bertanya tentang rekod pelaburan yang masuk itu.

Bagaimana ia masuk, siapa yang membantu ia masuk. 

Kita juga perlu tahu, berapa banyak pelaburan yang diterima hasil dari usaha LIM, dan MITI.

Barulah cerita sebenar dapat dibongkar.

Ini asyik main balas-balas kenyataan. *aku pun boleh buat* hehehe

Ok, dah-dah. Pi buat kerja. Lain kali, toksah hang pa dok gaduh. bagihlah ada pelaburan. :P

 
 

Sunday, January 23, 2011

99% pelaburan P Pinang didakwa usaha pusat
 
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata 99 peratus pelaburan di Pulau Pinang adalah usaha kerajaan pusat, khususnya oleh kementerian itu.

Justeru kata beliau, kerajaan Pulau Pinang yang diteraju pakatan DAP-PKR-PAS itu tidak harus cepat 'mengambil kredit' di atas usaha orang lain dalam mempromosikan negeri tersebut sebagai destinasi pelaburan.

"Kita telah jangka bahawa mereka (kerajaan negeri) akan buat kenyataan seperti itu, tetapi percayalah bahawa pelaburan yang sampai ke Pulau Pinang itu bukan semuanya daripada negara-negara yang mereka lawati.

"Contohnya pelaburan daripada Taiwan, saya sendiri yang pergi ke sana untuk mengetuai misi mempromosi perdagangan dan pelaburan, dan saya yakin daripada hasil kerja-kerja kita itu ada pelabur dari sana akan datang berlabur di Pulau Pinang," katanya kepada pemberita di Sungai Petani.

Mukhriz yang ditemui selepas mengagihkan 250 kotak limau mandarin kepada peniaga di Pasar Taman Ria semalam diminta mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bahawa peningkatan 465 peratus pelaburan di negeri itu tahun lepas mencerminkan keyakinan pelabur terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat.

Mengulas lanjut, Mukhriz berkata kementeriannya tidak 'pilih kasih' dalam mempromosikan negeri-negeri di Malaysia kepada negara luar.

"Maknanya kita tidaklah hanya bercakap mengenai Iskandar (Malaysia) di Johor, Melaka, Pahang dan sebagainya sebaliknya kita buat kerja untuk semua negeri.

"Sudah tentu Pulau Pinang yang telah dibangunkan oleh kerajaan Barisan Nasional dahulu turut mendapat nikmat daripada usaha-usaha kita walaupun sekarang ini mereka di bawah pemerintahan DAP," katanya.

Pada Rabu lepas, Lim membuat kenyataan akhbar menyatakan Pulau Pinang berjaya menarik lebih RM12 bilion pelaburan pada 2010 berbanding RM2.165 bilion pada tahun sebelumnya.

Beliau berkata kenaikan lima kali ganda itu mencerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar yang dilaksana kerajaan negeri bersandarkan tujuh faktor termasuk urus tadbir dan pimpinan berintegriti.

--Bernama
 
Pandangan aku--
Nampak kan? kedua-dua kerajaan pusat dan kerajaan negeri memerlukan hubungan yang rapat dalam membantu memperkasakan ekonomi negara. Tak kisahlah dipimpin kerajaan Bn ke Pakatan ke, yang penting, agenda memperhebatkan ekonomi penting.

Rasionalnya, memandangkan aku selalu juga buat liputan MITI, aku tahu yang banyak pelaburan luar ke sini dibawa hasil rundingan kementerian tersebut. Kalaupun kerajaan negeri ada membuat apa-apa rundingan, perlu dengan bantuan MITI. Itu yang aku tahu.

Jadi sepatutnya, dalam menyampaikan hasil kemasukkan pelaburan ke negeri Pulau Pinang, Guan Eng perlu secara terbuka menceritakan tentang bagaimana ianya diterima tanpa mengelapkan mana-mana bahagian cerita daripadanya.

Tiada salahnya menceritakan struktur pengurusan yang bijak kerjaan negeri menjadi antara tarikan tapi, kalau baba-bab lain dalam ini cerita digelapkan, maka iansudah menampakkan wujudnya sentimen politiking.
 
Sepatutnya, kerajaan, tidak kira persekutuan atau negeri, perlu faham apa itu pengurusan negeri, apa itu politik. 
 
Keyakinan perlu disangarkan, dengan tidak terus membutakan mata rakyat. Dunia tanpa sempadan pada hari ini mampu untuk membuka segala cerita yang ada, tanpa sebarang tapisan.
 
Justeru, amat bijak sekiranya langkah berpolitik dikurangkan dalam melaksanakan pentadbiran, kerna lambat laun, meski pengurusan anda sangat hebat, tetapi dihambat dengan cerita politiking yang melebih-lebih, mampu mengakibatkan pengundi (rakyat) jemu dan memilih untuk 'bertenang' dengan memilih pihak yang satu lagi.
 
Ini sekadar pandangan peribadi. Sekian. :) 

BLOG BUBUR LAMBUK

Itu gambaran paling jelas tentang blog ini.

Tidak konsisten dari segi kemaskini, isu yang dibangkitkan, istilah yang digunakan dan banyak lagi.

Nak buat macam mana, tuannya suka sangat nak mencampur adukkan semua perkara,

"BAK BUBUR LAMBUK"

Jadi persinggahan posting ini adalah bagi memberikan gambaran yang sebenar tenbtang, blog ini diadakan bagi meluahkan pandangan peribadi saya dalam banyak perkara.

Justeru tidak hairanlah jika saya menterjemahkan kesemua apa yang dilalui di laman yang satu ini.

Harapan saya, mereka yang 'terkunjung' ke laman ini akan emaafkan kesilapan yang ada, kerana hakikatnya saya hanyalah budak yang baru belajar.

Banyak lagi yang sedang diperbetul dan diperbaiki hasil dari pengalaman yang ditimba sehari-hari.

Saya kan cuba untuk mengurangkan cerita-cerita merepek di laman ini, dan menghidangkan maklumat yang lebih bermutu.

Sekian! :)

Friday, January 21, 2011

KERJA KAHWIN

Syukur. 

Itu saja kata yang mampu aku lafazkan diatas kurniaan bakat yang pelbagai dalam diri ini. Tidak pernah aku tahu yang aku mampu untuk menterjemahkan pelbagai perkara, sehingga aku mencuba.

Dan antara yang paling menjadi adalah kebolehanku dalam menghasilkan kerja kahwin.

Jarang sekali aku buka cerita tentang kerja aku yang satu ini.

Entah kenapa hari ini terdetik untuk bercerita tentang bakat yang dianugerahkan secara kebetulan.

Baik, aku mula terlibat dalam bidang ANDAMAN dan PERANCANG PERKAHWINAN setelah berkhidmat dengan Romzystudio Parit Buntar.

Melalui didikan yang diberikan dalam bidangan andaman, dan lain-lain kerja kahwin, aku kini boleh katakan bahawa aku sudah menguasai kerja ini untuk dijadikan sumber pendapatan sampingan.

Pengantin saya setakat ini semuanya berbangsa Melayu. dan, pengantin terbaik pernah saya bekerja adalah rakan saya sendiri, Nabilah Saleh dan Muhd Ismail Ali.

Saya titipkan gambar mereka. Anda boleh lihat lebih gambar di blog www.abbyhakka.com

" ANDA DINASIHATKAN JANGAN MENCURI GAMBAR DISITU KERANA MUNGKIN BERHADAPAN TINDAKAN SAMAN!"




Satu-satunya pengantin India yang pernah saya tatarias, adalah adik saya, Kalaivarni Rajamoney dan pasangannya, Logesparan.




Mehendi, atau inai lukis antara lain, menjadi pilihan pengantin sekarang.



 Sebenarnya, selain pengantin, saudara mara juga berkongsi rasa dalam menginaikan tangan mereka.


 Turut disediakan adalah perkhidmatan membuat hantaran.

Mahu mendapatkan perkhidmatan saya?

Sebut harga:

Make-up (biasa): RM 100 keatas

Andaman: RM 250 Keatas

Inai Pengantin: RM 60 Keatas

Inai Pengapit & Saudara Mara: Mengikut Permintaan

Hantaran: Mengikut Permintaan

~Harga boleh dirunding berdasarkan keperluan Raja sehari, dan secara berpakej.

Anda boleh menghubungi saya menerusi:

Twitter: kumarRajamoney
Facebook: Kumaran Rajamoney
HP:0124413930 (SMS Shja)



PENGERTIAN SEBENAR THAIPUSAM

Mungkin tajuk yang aku lampirkan kurang menarik, memandangkan ramai pihak yang sudah maklum apakah itu sambutan Thaipusam.

Tetapi hakikatnya, masih ramai masyarakat India / Hindu yang gagal memahami erti sebenar sambutan ini diadakan.

Dan sekadar memberikan pandangan, secara faktanya dikutip dari sumber Malaysia Hindu Sanggam (MHS), yang bertanggungjawab dalam menyampaikan maklumat yang tepat berkenaan tuntutan dan aturan beribadat seperti yang dituntut dalam ajaran Hindu.

Dan kepada rakan yang bukan Hindu, jadikan apa yang anda baca disini sebagai satu bentuk maklumat berguna agar anda tidak dipesongkan dengan amalan yang tidak kena pada ajaran agama Hindu itu sendiri.

Apa yang penting untuk diketahui adalah maklumat ini 100% dari HSM, dan tidak ada apa-apa tamnahan info dilakukan, melainkan pandangan peribadi yang diwarnakan dengan warna MERAH ini.

APA ITU THAIPUSAM?

Thaipusam adalah sambutan yang diraikan sebagai hari kebesaran "Dewa Muruga". Muruga turut digelar dengan nama-nama yang lain, termasuk Skanda, Subramaniya, Karthikeya dan Shanmuka. Thaipusam diraikan pada Bulan 'Thai' dalam kalender Hindu, dimana hari sambutan jatuh pada ketika Bulan melintasi Bintang 'Pusam'. Ia sekaligus membawa kepada pengertian "Thai" + "Pusam". Yakni, kejadian bulan melintasi bintang Pusam pada bulan Thai. Sambutan ini didedikasikan kepada Muruga menerusi beberapa mitos.

CERITA DISEBALIK THAIPUSAM

Thaipusam diraikan saban tahun bersempena dengan hari Dewi Parvathi memberikan "VEL" kepada Muruga bagi menewaskan 'Tharakasuran'.



 "MURUGA"

Ini susulan 'doa' yang dizahirkan mereka yang dianiaya Tharakasuran kepada Dewa Shiva yang kemudiannya mengarahkan Muruga menghentikan tindakan Tharakasuran. 11 jenis senjata diberikan Shiva kepada Muruga, manakala Parvathi menghadiahkan VEL yang mempunyai kuasa yang tinggi. Muruga berjaya membunuh Tharakasuran pada hari Thaipusam, menjadikannya sambutan yang kini diraikan meriah disegenap pelusuk dunia. Simboliknya, Thaipusam adalah hari kejahatan dikalahkan oleh kebaikan.

 "VEL

LAGENDA MENGANGKAT KAVADI

Umum mengetahui pada sambutan Thaipusam, Kavadi diangkat menuju ke kuil-kuil Muruga. Namun, ramai yang masih tidak mengetahui kenapa ia dilakukan.

Ianya dikaitkan dengan kisah Idumban, seorang pengikut Saga Agastya (Sami) yang taat. Suatu hari Saga meminta Idumban membawa dua bukit yang dijadikan tempat menyembah Muruga. Taat kepada permintaan gurunya, Idumban mengangkat dua bukit itu dengan mudah. Muruga yang memerhati tindakan Idumban bertindak mahu menguji sejauh mana taatnya Idumban kepada perintah yang dikeluarkan. Justeru, Muruga mengambil rupa seorang kanak-kanak dan berdiri di puncak salah sebuah bukit tersebut. Bukit itu menjadi berat.



 "IDUMBAN"

Sedar bukit itu berat dengan kehadiran kanak-kanak itu, maka Idumban mengarahkan kanak-kanak itu (Muruga) turun dari bukit itu. Muruga yang degil dan tidak menurut perintah kemudiannya menjadikan Idumban hilang sabar.

Kemudiannya, Idumban disedarkan tentang 'ujian' tersebut dan memohon maaf kepada Muruga. Muruga kemudiannya melantik Idumban menjadi pengawalnya. Mengambil simbolik dari kejadian ini, kavadi disignifikasikan sebagai dua bukit diangkat Idumban akan mendapat rahmat Muruga.

--Terdapat juga amalan mengangkat belanga berisi susu yang dipanggil 'Paal Kudam'. Susu didalam belanga ini digunakan untuk memnadikan patung Muruga pada hari sambutan.(Saya kurang pasti tentang lagendanya, tetapi ianya tidak menyalahi tuntutan agama).

 "KAVADI"

 "PAAL KUDAM"

AMALAN YANG TIDAK DISEBUT

Anda mungkin pernah melihat, sambutan Thaipusam diserika dengan para penganutnya menindik badan mereka dengan pelbagai bahan. Malah ada sesetengahnya, mengenakan cakuk yang kemudiannya digunakan untuk menarik Pedati.

Namun dalam mana-mana buku suci Hindu, tidak disebut tentang amalan ini. Ini termasuk Mitos disebalik sambutan Thaipusam atau Lagenda mengangkat Kavadi. Ramai pihak yang mengamalkan nazar yang tidak disebut dalam buku agama ini, atas pandangan mereka menunaikannya berdasarkan nazar yang dibuat.  Namun, ianya tidak tepat dengan keperluan sambutan dan perlu dihentikan.


 "BERTINDIK DIMUKA"
"MEMAKAI CAKUK"


KESIMPULANNYA

Ini pandangan peribadi. Bagi saya, masih ramai masyarakat Hindu yang naif tentang pengertian sebenar sembahyang dan acara, serta sambutan khas dalam agama Hindu. Justeru, adalah penting lebih ramai masyarakat Hindu disedarkan dari terus terpesong. HSM perlu lebih agresif dalam memberikan pemahaman sebenar kepada masyarakat Hindu. Semoga masyarakat Hindu Malaysia akan menjadi mengamal amalan Hindu terbaik di dunia tanpa sebarang keterpesongan.

MAKLUMAT TAMBAHAN

Kuil-Kuil Utama yang meraikan Thaipusan di Malaysia

 BATU CAVES SELANGOR
 IPOH,PERAK
 SUNGAI PETANI, KEDAH
KEBUN BUNGA, PULAU PINANG

Sunday, January 16, 2011

PENILAIAN TAWARAN 100 HARI PAKATAN RAKYAT

"xkan XNAK TOL DIHAPUSKAN? anak muda yang belajar,PTPTN DIMANSUHKAN xpayah bayar n dikira Biasiswa?....cikgu2 xkan TAK NAK elaun 500 sebulan?....perghh!!!! kerajaan najib nak bagi? nak bagi cuti bersalin 90 hari pun terkedek-kedek....hahahaha...buka minda n buat pilihan bijak...dah 50 tahun tu kira dah stok hantar pajak gantung jer...anda mampu mengubahnya..t.b.c =))"
Inilah antara bait-bait kata kat status Fb seorang kawan aku.
Ok..sebagai pengundi berdaftar, aku adalah anatara mereka yang layak untuk melihat, memerhati, menilai dan seterusnya membuat keputusan berdasarkan sasaran ini.
tidak salah sebenarnya saranan yang dibuat..itu pandangan saya dari melihat dan memerhati. Benar apa yang dikata. Siapa yang tidak mahu tawaran yang sebegini menguntungkan. Hanya mereka yang tidak wras akan menolak perkara yang ditawarkan ini. Apa yang perlu diambil pusing kalau tawaran sebegini sudah ada di depan mata.
Tapi Tunggu!
Itu penilaian yang dibuat berdasarkan penglihatan, dan pemerhatian aku.
Tapi itu saja tidak cukup bukan?
Aku mahu menilai satu persatu tawaran yang dibuat.

PERTAMA
"xkan XNAK TOL DIHAPUSKAN? "
Gila ke apa tak nak tol dihapuskan..? Mestilah nak. tahu tak berapa kos untuk ke Parit Buntar dari Pulau Pinang. Hampir 10 ringgit! Itu untuk sekali perjalanan, belum kira aku berulang alik sepanjang setengah bulan tidak berumah sewa sini. Bayangkan! Hampir kering poket dek kerena wang yang ada disalurkan kepada perkhidmatan yang digunakan. So, ye, saya setuju dengan cadangan ini pada dasarnya.
Tapi perlu diingat, perkara ini tidak seharusnya dilihat secara dasar sahaja. Bagaimana pihak pengurusan lebuhraya akan menyelenggara kawasan sepanjang utara ke selatan, dan semua lebuhraya tambahan diseluruh negara jika sudah tidak lagi mengutip tol?
Katalah kerajaan akan menanggung kos ini. Baik..saya setuju.
Masalahnya, persoalan lain pula yang timbul...mana nak campak semua pekerja dalam sektor ini. Tukang kutip duit tol, tukang bagi tiket, orang jaga maintainance, orang jaga operasi, orang itu dan ini yang jumlah pekerjanya berjumlah ribuan tu, apa nak jadi? Apa jaminan kerjaya mereka..dan andai kata mereka ni dikekalkan dalam bekerja, tapi jika dah tol dihapuskan, dari mana gaji mereka ini nak dibayar?
So, sejujurnya, cadangan yang menjurus kepada penghapusan tidak meyakinkan saya. Kalau kata nak KURANGkan, mungkin RASIONAL, kerana syarikat konsesi seperti PLUS sudah mendapat keuntungan berganda dari kos pembinaannya. Dan apa yang diperlukan hanyalah nilai yang mencukupi untuk membuat keuntungan sedikit selepas ditolak kos operasi. 
Kesimpulan--undi tidak condong kepada saranan ini. Lebih banyak tidak rasional berbanding rasional..hehehe

KEDUA 
"anak muda yang belajar,PTPTN DIMANSUHKAN xpayah bayar n dikira Biasiswa?"
HA!!!! Ini benda yang paling saya suka. Hapuskan saja, dan selepas ini berikan pinjaman yang berstatus biasiswa. Kalau tak rasional cadangan ini, apa kata, mereka yang mendapat keputusan cemerlang, pinjamannya dijadikan biasiswa (tak pasti sudah diamalkan atau tak). 
Ini sekaligus akan menggalakkan lebih ramai pelajar mahasiswa, dan mahsiswi menjadi cemerlang.
Kadar pinjaman juga perlu dijadikan fleksible dalam membuat bayaran balik.
Ini, orang nak bayar balik, telefon berjuta kali ke pejabat tak pernah nak berangkat. Kalau berangkat pun, entah tahun bila dapat maklumbalas. So, PTPTN bukan hanya perlu mencari mekanisme memudahkan pinjaman, tetapi juga memudahkan urusan pembayaran balik.
Kesimpulan--sure my vote goes to PR for this idea.

KETIGA
"cikgu2 xkan TAK NAK elaun 500 sebulan?"
Hurm. Im not a teacher. Analisis sikit...hampir 85 ribu orang guru berkhidmat. Sebulan jumlah elaun itu adalah, 42,500,000 ringgit. setahun...510,000,000 ringgit.
Banyak tuh. dah tuh? nak bagi kat cikgu je..tak ke mengamuk petugas awam yang lain. gila ke apa nak bagi kat cikgu saja. kalau dah cikgu saja pun jumlahnya dah sampai 7 kosong kat belakang, kalau dah ada tuntutan dari petugas awam yang lain. Ok. Cut it short! tak rasional.
Kesimpulan--Nope. No undi for this idea. Tak meyakinkan.

KEEMPAT
"kerajaan najib nak bagi? nak bagi cuti bersalin 90 hari pun terkedek-kedek"
Tang ni, payah sikit. Sebab aku pun dalam dilema mengenai status cuti yang wajar diberikan kepada ibu-ibu yang baru bersalin.
Well, somhow PM dah umum ibu-ibu boleh diberikan cuti sehingga 90 hari mengikut pilihan.
So, as for me lah, orang lain saya tak paksa..i take this as not an issue to be thought in casting votes. Unless for the 'ibu's'..i dont know. Mungkin anda ada kepentingan dalam hal ini, dan saya tidak.
Maaf.
Kesimpulan--Nope!
RUMUSAN- 1YES!  3NO'S!
Kalau aku undi guna pertimbangan yang ini sajalah..memamng akan aku undi BN. But not that fast. Im not a BN pro man. I have my right to cast my vote according to whom i think will work for the rakyat.
Tak semestinya BN top in the list they will get the vote. At the same time, PR, even they use 'Rakyat' in thier slogan..doesn't make them perfect as well..apa pun tunggu PRK ke 13 ye..hehehe.
P/S--ADUN saya dah pakai Merc.Benz! cepat betul dia 'kaya'. Tinggi sangatke gaji ADUN?..tolong selidik sikit! :P
MAKLUMAN--ANALISA INI DILAKUKAN BAGI PENJELASKAN PANDANGAN PERIBADI. TIDAK PERLU DIIKUTI, KERANA BUKAN KEMPEN MEMENANGKAN MANA-MANA PIHAK!

SERIUS SIKIT..OFFICE PENANG DAH MEMULAKAN OPERASI

Tuan-tuan dan Puan-puan..

Dengan ini dikhabarkan bahawa Pejabat Koresponden Bernama TV Wilayah Utara sudah memulakan operasinya berkuatkuasa 1 Januari.

Justeru, sekarang ini, Bernama TV bersedia sepenuhnya untuk membantu memberikan liputan berita penting kepada penontonan Bernama TV, Saluran 502 Astro.

Salurkan maklumat program atau liputan bermutu untuk disiarkan di slot berita empat (4) bahasa kami, melalui sms kepada saya di talian 0124413930.


Rakan-rakan yang membaca posting ini, sampaikan kepada rakan-rakan anda di wilayah utara (Pulau Pinang terutmanya).

Semoga dapat berkerjasama dengan anda untuk menyampaikan berita terbaik dari Utara.

Kumaran Rajamoney
Koresponden
Bernama TV Wilayah Utara.