Translate

Total Pageviews

Sunday, August 31, 2008

ESOK PUASA!!!!! EH..SILAP...HARI NI PUASA!!!!!


Yer..hari ini puasa (memandangkan jam sudah melebih kul 12).

Aku gembira kerana ini merupakan tahun ke-7 aku berpuasa dan aku sedang cuba untuk memastikan bahawa puasa aku pada tahun ini genap 30 hari, atau jika tidak berjaya, aku akan pastikan aku ganti semua puasa aku tinggal tu la...

Gambar yang aku sertakan ini adalah semasa aku sedang menaip blog ini.. tadi sempat keluar makan.. bersahur sesi pertama lah...dah janji ngan bebudak ni nak blanja... tercapai jugak..

Dah ditakdirkan aku dapat belanja diorang malam puasa.. hikmah2...

BTW, di kesempatan ini, kepada kalangan bloggers yang membaca catatan saya ini, SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK!!!!

:)

ISTANA CHANGKAT


















Ini adalah gambar-gambar yang dirakam ketika aku membuat liputan di Istana Changkat, milik kerajaan negeri Perak.

Aku dah pun ceritakan pasal liputan ini dalam blog terdahulu(semak di bawah), dan gambar ini sekadar buat tatapan anda.

Maaf, aku tidak dibenarkan bergerak-gerak, jadi kat satu tempat ni je lah aku dapat rakam gambar-gambar aku ni..

:)

INILAH PENSYARAH SEJATI




Nak tak nak, Mahu tak mahu..tak ada siapa yang boleh menafikan kenyataan itu...


Belajar dengan diorang ni..korang kalau tak pandai, sah..bukan salah diorang korang yang tak berapa nak betul...


AKU RINDU PUAN NISAH NGAN ENCIK ONE.... Alahai...kalaulah MIIM masih menghargai kepakaran...ISH!!!

KENANGAN LALU..TERINDAH








Kalau tengok balik gambar-gambar ni, rasa sayu jer hati... yer lah.. masing-masing dah ada hala tuju.




Bila saja namanya kerja, nak tak nak kita jadi terlalu terikat dengan komitmen sehinggakan kawan-kawan lama pun tak dapat dihubungi.




Tapi kita akan sentiasa tahu bahawa persahabatan sejati tidak ada bandingan jika sekadar masa dan ruang jadi taruhan..




Tak perlu panggilan menyatakan yang mereka mengingati..tak perlu ada sms yang menyatakan saling merindu..tak perlu singah melihat untuk memastikan diri dihargai..semuanya ini tidak perlu kerana dasar persahabatan yang berlandaskan garisan keikhlasan.




Aku tahu aku merindui saat ini, dan aku tahu mereka merinduinya jua.. Persahabatan kita ini akan kekal selamanya..




I MISS U GUYS..Kecuali Ida yang kini setia bersama aku di BERNAMA TV.. :)

MAHATHIR LOKMAN


Seperti yang aku nyatakan dalam blog terdahulu..aku lampirkan gambar aku ngan Mahathir Lokman masa malam Ambang Merdeka di Dataran Merdeka.


Memandangkan kawasan aku ambik gambar tu tempat kami park kereta kami, so..tak derlah lighting yang mencukupi..so..pahamlah kalau gambar tuh colour dia tak meriah.


:)

Saturday, August 30, 2008

30th August to 31st August

Cerita ini tentang pengalaman aku sepanjang bertugas sebagai media di majlis Ambang Merdeka anjuran KEKKWA. Tak tahu apa KEKKWA!? G blajar kat cikgu sekolah balik ek...hehe

BTW, aku sebenarnya cuti pada 30 ogos..tapi memandangkan salah seorang pelatih yang ditugaskan untuk cover story Ambang Merdeka ni cuti, aku di replace..of couse selepas aku bersetuju..sebab kebetulan aku ada kat ofiz..and i really wanna go.

Nampaknya tak rugi aku pegi.. kami buat live telecast..yang jadi Anchor, Kak Rusyilda Ismail (kak Syida)..ok..so tugas kami dapatkan pihak yang boleh diinterview.

Aku pun dengan cepat sekali dapatkan Datuk Norliza (Dtuk Liza), Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian, KEKKWA..orang kuat majlis ini lah..

Then aku dapatkan 3 beranak kaum sikh yang berpakaian Jalur Gemilang dan bendera Selangor.

so, kiranya live telecast tu menjadi sangat, dan kak syida was thanking me so much.. ops.. terlupa.. Aimy Yusuf pun ada gak lah.. so that should be kak syida thank us...best..getting congrats from a senior reporter like kak syida is a compliment.

Well, malam ni jugak aku dapat banyak input dari Kak Syida.. dia turun banyak ilmu coz of she thinks that i can go furter in this field.. and i hope so.. God Will..

Barangkali, bagi orang lain diluar sana.. ia bukanlah sesuatu yang hebat pun, tapi bagi aku.. ini adalah antara corat coret cerita aku sebagai bakal siarawan mungkin untuk seumur hidup..

Aku akan kembali dengan banyak lagi cerita.. Jumpa lagi.. eh!! Lupa.. aku dapat bergambar dengan Mahathir Lokman tadi..pengacara hebat tu.. nanti ada masa aku upload..

Thats all.. da.........!!!!!!

JALUR GEMILANG TERBESAR MENGGUNAKAN TEMPURUNG KELAPA..




Yup.. story itulah yang aku diminta untuk cover pada 29/08/2008.

Memandangkan Jalur Gemilang itu adalah usaha kalangan pelajar Kolej Harun Aminurrashid (K-Har), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), so seawal 7 pagi aku diminta untuk pergi kesana..

Kena pulak, usaha mereka ni dicatatkan dalam The Malaysia Book Of Record, so its a plesure to give them a special coverage.. itulah yang mungkin kalangan editor aku ni suruh buat.

Aku keluar lambat sikit, tunggu Pak Yeop kat area Danau Kota.. Lepas je Pak Yeop ambl aku, kami pergi mengisi minyak dan check minyak pelincir..alah!! nasib baik.. minyak pelincir kereta kering terus..lepas semuanya selesai kami bertolak lah ke Tanjung Malim...

Kami sempat singgah di hentian Rawang (kalau tak salahlah), makan, beli buah...and teruskan perjalanan ke Tanjung Malim.

~P/S- saja nak buat cerita ni panjang2~

Then, sampai saja di K-HAR, aku pun berjumpa lah dengan pihak yang terbabit.. rupa-rupanya event tu akan dirasmikan tepat jam 5...tapi kami bernasib baik sebab khabarnya cat habis malam sebelumnya menyebebkan pelajar-pelajar disana terpaksa menyambung kerja mengecat pagi tersebut, so kami pun amik lah c/ways diorang mengecat, then menyusun, and menyiapkan bendera tu.

Nak selitkan story sikit ni... masa sampai di kolej tersebut, ada orang melambai-lambai dari jauh memanggil aku.. ingatkan salah seorang pihak bertanggungjawab berhubung pembuatan bendera, rupanya CIkgu Salmah, Cikgu Bahasa Melayu aku masa form 1...

Kenal lagi cikgu aku ngan aku walaupun dari jarak jauh...aku pun terus jer dapatkan dia and bercerita perkembangan terbaru masing-masing. Ruapa-rupanya Cikgu Salmah dah jadi Pengetua SMK Bagan Serai.. DIA MEMANG HEBAT!!!

:) Sempat jugak lah dia kata yang dia bangga ngan aku.. hehehehe!!! Best2..

OK..sambung dengan cerita Jalur gemilang terbesar tu, then majlis perasmian diadakan.. yang penting, daripada nak jadikan event tuh sebagai berita, aku terus ubah fikiran jadikan special report..apalagi, on the spot aku buat standupper dan minta budak2 tu bagi kerjasama.. syukur..everything turns to be good..

And one more thing, ive get a chance to meet my friend, Fazuan there. dia masih macam dulu.. seorang yang berkuasa pemimpin.. :) sibuk memanjang..sama macam zaman kami sibuk dulu2..its the best asigment so far..thanks to everyone including Pak Yeop who gives me support...

Bila on air jer special report itu sekejap tadi, semua orang puji... well, i did it again.. hahaha.

Inilah hikmahnya kalau kita bersedia dengan hati yang terbuku menerima segala cubaan yang tuhan selitkan dalam hidup kita...

Terima kasih kepada semua editor who belive on me.. :)

Akan aku cuba untuk melakukan yang terbaik. I Promise!!!

Wednesday, August 27, 2008

HARI PALING INDAH.....

Kenapa?

Well, ini yang nak canang kat sini neh... aku hari ini appear kat tv as in not sebagai salahs eorang wartawan cutaway.. tapi aku buat standupper.

Memandangkan ianya sebuah laporan khas, aku pun buatlah standupper..walaupun sebenarnya aku masih ragu-ragu tentang kesediaan aku..

Fikir-fikir balik, bila lagi la pulak kan.. ni nak masuk hujung bulan kedua aku praktikal kat BERNAMA TV tapi standupper tak buat2 lagi. Last2 nekad nak buat.

Memandangkan apa yang aku usahakan tuh sebuah laporan khas, kakak PR bagilah skrip kat aku suruh wat voice over...

Dah siap semua.. aku pun ngan penuh gelabah tunggulah..sebab aku dimaklumkan akan dikuarkan laporan tuh kul 4, lebih awal 4 jam dari yang ada dalam jadual asal.. segan jugaklah sebab tv tu terpasang setiap penjuru and satu office leh nampak kan..

And at last... jeng jeng jeng.. pembaca berita sebut nama aku....yelah..sebagai intro untuk aku punya laporan kan.. then keluar lak suara aku.. malu pun ada gak dengar balik.. tersipu2lah..

And at the last of the Special Report kuar lah standupper aku.. nak terus saja aku dapat panggilan dari kak Shanty, senior repoter puji...kembang jap...itu belum lagi kakak kat desk tamil, desk malay, desk english tau.. hahaha.

Then report tu kuar lagi masa Prime Time.. ha!! kali ni lagi ramai yang menjadi peminat.. siap sorak2 lagi.. n kak hawa puji suara aku masa voice over sedap..adoi....best2...

Well, oklah..syukur. aku berjaya siapkan laporan khas ni.. menanti selepas ini, 2 lagi laporan khas.... tunggu pulak apa respon yang aku akan dapat..

And what is most important is..kerja aku menjadi. :D

Wednesday, August 20, 2008

APA CERITA MIIM SEKARANG?

Memandangkan aku punya banyak masa untuk ber'blog' hari ini... wajar rasanya aku memikir kembali untung nasib insitut yang aku timba ilmu selama hampir 3 tahun ini...

Aku sudah lebih 1 bulan menjadi staf latihan industri (sedang bergembira dengannya), aku masih menerima segala macam masalah yang sedang dihadapi kalangan pelajar MIIM.

Barangkali, pengurusan masih belum cukup cekap untuk mengikut telunjuk CE baru..mungkin..atau mungkinkah kerana terlalu mengikut telunjuk CE itu.. pun mungkin.

Kerana..aku pernah diberitahu oleh CE itu sendiri..pergerakan MIIM terpulang kepada cepat@tidak staf insitut tersebut mengikut kata dan gerak CE barunya..atau CE baru itu sedang melangkah dengan perlahan mengikut rentak staf beliau yang rata-rata orang baru?

Apapun yang sedang berlaku, cepat @ lambat pergerakan pengurusan tidak kira CE atau staf, tetapi janganlah sampai cerita lama berulang...

Masih banyak kelemahan dalam pengurusan.

Jika ada kalangan pengurusan yang tergerak membaca post saya ini, nasihat saya..tolong jangan berlagak seperti anda tahu segalanya..dan tolong jangan ubah semua aturan dahulu untuk kesenangan anda...

Sejujurnya aku sudah tidak terdaya untuk memberi input atau teguran kepada pihak pengurusan kerana rata-rata sudah memikirkan diri mereka terlalu bijak untuk menerima teguran seorang yang bernama pelajar mungkin....

Tapi, jika aku diperlukan untuk menuntut keadilan, akan aku pertahankan hak yang sepatutnya dimiliki oleh kami kalangan pelajar.

DEBAT LAGI

Ya..debat lagi.. kali ini Lim guan Eng bertemu mantan pemilik jawatannya kini, Tan Sri Koh Tsu Koon.

Isu?

Kurang perhatian kerajaan dahulu (BN) terhadap isu penyelewangan isu tanah lebih 40 juta Ringgit...

Menarik, terutamanya angka itu menjadi isu.. malah apa yang lebih menarik..isu ini membawa 2 orang tokoh politik yang terkenal.

Mungkin aku boleh rumuskan apa yang dibincangkan dari kaca mata seorang yang bukan penduduk tanah Pulau Pinang dan orang awam.....

Apa yang jelas dapat aku lihat adalah kurangnya fakta2 penting disampaikan kalangan dua orang tokoh terkenal ini.

Aku merasakan apa yang sedang dibincangkan dua orang ini adalah omongan kosong yang sedang cuba memperthankan diri tanpa menyampaikan dengan tepat apakah permasalahan dan akibatnya penyelesainnya tidak dapat dicapai.

Ya, mungkin ada yang berkata bahawa 1 jan yang diperuntukkan tidak cukup untuk menceritakan segala perkara yang berada didalam kotak fikiran.. namun, rakyat diluar sana mahu tahu, apakah yang sebenarnya sedang cuba dipaparkan oleh barisan kepimpianan Pulau Pinang ketika ini tentang kesalahan lalu kerajaan sebelumnya...?

sebagai seorang yang tidak mempunyai pendekatan politik, apa yang dapat dilihat mata kasar aku, perdebatan tadi tidak memberikan input yang cukup tentang isu yang dibangkitkan sebaliknya kedua pemimpin itu sekadar mengambil pendekatan untuk mempertahankan diri melalui sindirin kosong kepada pihak lawan.

Si Koh menuduh si Lim bersikat seperti pembangkang, Si Lim berkata Koh bawa amalan BN...hurm..

Apa ni???

Terasa seperti membuang masa sahaja menonton debat yang kurang bersemangat itu, juga menyampah melihat tindakan kedua-dua pemimpin itu mengondem dan mengutuk pihak lawan untuk mempromosikan pergerakan masing2...

Rakyat Malaysia..gunakan minda waras anda, lihat kembali input yang cuba disampaikan dengan membuang pegangan politik, dan kemudian barulah dinilai...mungkin baru anda sedar bahawa debat itu sebenarnya tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya bakal mebuka babak baru dalam siri permasalahan ini....

MASIH....

Ntah kenapa hari ini aku merasakan bahawa diriku serba tidak kena... memikirkan keadaan diriku yang kini sering cuba menafikan segala perasaan dan kenyataan yang sedang dilalui.

Aku dipaksa melepaskan cinta yang aku junjung selama lebih 1 tahun 6 bulan yang merupakan cinta pertamaku. sakit.. sangat sakit.. tapi apakan daya..itu yang diminta dan itu juga yang aku beri.. sudah itu kemahuannya dan diminta berkali-kali .

Sebagai seorang manusia biasa aku tidak mahu menipu diriku dan menghampakan keinginan bekas pemilik cintaku.. mungkin membiarkan dia pergi adalah cara terbaik.

Tapi malam ini, detik 12 malam..lahirnya hari esok, hari lahir pemilik cintaku dulu itu.

Aku telah merancang pelbagai kejutan sempena hari lahirnya..tapi semuanya hanya kenangan yang perlu aku lepaskan pegi bersamanya.. tapi mana mungkin.

Mengikut apa yang dicerita padaku sebelum 11.08.2008..dia barangkali berada di luar dari jajahan negara ini...mungkin ya..atau mungkin alasan semata2...entahlah.

Aku masih terluka.. luka ini takkan sembuh dalam masa terdekat ini.. aku sedang cuba memaafkan dirinya tapi yang pasti, aku mungkin akan memaafkan..tetapi melupakan? Rasanya mungkin tidak....

Hadiah pilihannya telah aku berikan bersama ucapan mendahului hari esok kerana aku putuskan segala hubungan dengannya...mahu membiarkan kenangan itu berlalu pergi tapi sakitnya yang masih terasa menahan kenangan itu sehingga hari ini...

Apa pun, biar tuhan sahaja yang menjadi hakim cerita cinta kami. aku redha..akan aku terima segala hikmah dari kekalahan cintaku ini.

Thursday, August 7, 2008

SUATU PENGALAMAN TERINDAH...

INI ADALAH SATU KISAH YANG AKU TIDAK MUNGKIN AKU AKAN LUPAKAN SEUMUR HAYATKU. MANAKAN TIDAK, ENTAH DIMANA UNTUNGNYA NASIB BADANKU INI, BARU HARI KE 7 MINGGU PERTAMA BULAN KEDUA AKU MENJALANI LATIHAN INDUSTRI DI BERNAMA TRV, AKU DIHADIAHKAN DENGAN SATU TUGASAN YANG MEBERIKAN SERIBU SATU WARNA BARU DALAM CARTA DIRIKU SBAGAI SEORANG PELATIH INDUSTRI.

DIRINGKASKAN CERITA, AKU DIPANGGIL ASSIGMENT EDITION AKU (AE)..EN HIZRAL NAMANYA.. DI PANGGIL UNTUK MELIHAT CARA AKU BERPAKAIAN. BERPUAS HATI DENGAN PAKAIANKU, AKU DIMINTA UNTUK MEMBUAT LIPUTAN KUNJUNGAN RASMI DELEGASI PAS MENGADAP RAJA MUDA PERAK, RAJA DR.NAZRIN SHAH..

NAH! TAK NAK PULAK TERKESIMA SEKEJAP KAN... :) DAH HABIS TERKESIMA, TERUS SAJA AKU PERGI MENDAPATKAN BLAZER KAT BILIK WARDROBE DAN KEBAL TALI LEHER EN ARA DAN MENDAPATKAN SONGKOK....

DAH DAPAT SEMUANYA, AKU BERLARI2 ANAK MENDAPATKAN TEKSI DI DEPAN PUSRAWI (HOSPITAL YANG MENGELUARKAN LAPORAN KONTREVERSI)... ADALAH DALAM 8 TEKSI DITAHAN, SEMUANYA TAK TAHU DIMANA KEDUDUKAN ISTANA CHANGKAT YANG MERUPAKAN LOKASI TUGASAN AKU ITU.. KEMUDIAN, TEKSI YANG KE BERAPA PUN AKU TAK TAHU, BERJAYA MEMBAWA AKU KE ISTANA TERSEBUT...

NAMA PUN ISTANA.. WAH!!!BUKAN MAIN HEBAT LAGI, MESKIPUN HANYA SEKADAR KAWASAN SINGGAHAN.. :)

AKU AWAL2 DIMINTA SALAH SEORANG PETUGAS UNTRUK BERSEMBUNYI KETIKA TUANKU TIBA. APA LAGI.. NAMPAK JER MERCEDEZ BENZ TUANKU, AKU MENGAMBIL TINDAKAN MENYEMBUNYIKAN DIRI DIDALAM SATU RUANG DIDALAM ISTANA...


MAKA.. BARAKHIRLAH SAT CERITA DI ISTANA ITU KERANA YANG SELEBIHNYA ADALAH PROTOKOL BIASA YSANG KAMI LALUI..

TAPI APA YANG PASTI, AKU BERJAYA UNTUK MEMPEROLEH SESUATU YANG SANGAT BERHARGA..

OPS! TERLUPA, KELMARIN AKU MEMBUAT LIPUTAN MAJLIS DIHADIRI PERDANA MENTERI.. TAPI TIADA APA YANG ISTIMEWA SEBENARNYA.. SO... ILL SAVE THE STORY FOR SOME OTHER TIME!!!