Translate

Total Pageviews

Monday, September 24, 2012

MENGULAS PILIH

PILIH

"Mengundi dalam PRU-13 ni pada aku
adalah seperti memilih dua biji pau yang besar dan gebu.
Satu pau penuh bersembunyi jarum peniti yang tajum dan halus
Manakala pau yang kedua pula intinya sudah basi dan berbau busuk
dan aku masih tidak tahu
sama ada untuk pilih satu
atau buat tidak tahu saja sambil berperilaku macam biasa."

Dipetik dari- http://gerobokamina.blogspot.com/

Beginilah catatan yang menarik perhatianku. Meskipun istilah yang digunakan penuh dengan kiasan, namun umum yang membaca pasti tahu apa yang ingin disampaikan oleh sang penulis.

Mahu menjadi seorang yang non-partisan (sangat kukuh dengan pendirian itu), saya terkadang tidak tahu mana satu yang perlu dipilih.

Bak kata penulis diatas, ianya bagaikan Pau yang nampak gebu. Tidak sekadar gebu, gambarannya besar-wah! pasti mengenyangkan..Namun, rupa yang indah tidak semestinya menjanjikan rasa yang sedap.



Sekadar Gambar Hiasan


Gambaran lebih tepat diberikan, dengan mengumpakan satu dari pau yang ada, penuh jarum..yang satu lagi sudah basi.

Soalnya, yang mana satu perlu dipilih kalau dah ditetapkan perlu.

Aku juga perlu tinggalkan persoalan sama seperti penulis RUANG YANG AKU PINJAM kerana, seperti beliau, aku juga keliru.

Tidak pasti samada pelu aku buang yang basi, dan telan peniti...atau buang saja peniti, dan telan yang basi.

Mana pun yang dipilih, yang pasti, keduanya tidak menjanjikan ketenangan...sakit sudah hampir pasti.

Mohon masa saja mampu mengubahnya!

Sunday, May 20, 2012

ORANG KREATIF

Pernah kenal orang kreatif?

Tahu rupanya bagaimana?

Pernah bercakap dengan mereka?

Apa tutur katanya?

Aku sudah lebih 170 hari mengenali susuk kecil ini, namun baru hari ini ku sedar yang di Manusia Kreatif!

Buktinya- http://gerobokamina.blogspot.com

Bacalah dan kenalilah susuk kreatif ini! 

*PROMO*

HEBATNYA MEDIA SOSIAL

Ya, itu adalah perkara yang ingin aku ulas hari ini.

 Sudah agak lama sebenarnya aku memerhatikan senario penggunaan laman sosial, namun tidak pernah berkesempatan untuk bercerita mengenainya, menerusi kaca mata aku.

Baik, aku mula mengenali laman sosial sejak menjejakkan kami ke alam pengajian tinggi.

Ketika itu, Myspace dan Friendster adalah kegilaan.

Menerusi laman sosial ini, ramai kalangan kenalan baru, terutamanya di insitusi tempat aku melanjutkan pelajaran dapat dikenali.

Ramai dikalangan mereka adalah senior.
Justeru, kehadiran dua laman sosial ini boleh dikatakan penyumbang kepada perolehan rakan yang ramai di kolej!

Tamat belajar di kolej, aku terus memeoleh peluang untuk bekerja dengan Bernama TV.

Cerita mengenainya sudah pernah disisipkan sebelum ini.

-dan ketika inilah aku mula merapati Facebook.

Sebenarnya, aku pernah menjejakkan kaki laman laman facebook ini terlebih dahulu (ketika masih belajar), namun rata-rata mereka yang menyertai laman sosial ini adalah dikalangan 'orang putih' yang tidak aku kenal.

Facebook ini juga agak asing ketika itu.

Jadi rasionalnya adalah tidak mendaftarkan diri ke dalam laman sosial itu bukan?

Baik, kembali ke cerita setelah sudah menyertai Facebook..segalanya berubah.

Facebook ini nyata lebih hebat dari segi aplikasinya, car berhubung dengan rakan serta rangkaiannya yang lebih luas.

Tidak pernah terfikir di otak aku ketika itu, penciptanya adalah seorang remaja yang masih menuntut di universiti!

Nah, kini, setelah lebih 4 tahun melayari kemudahan ini, pelbagai pembaharuan dapat dilihat.



FACEBOOK LEBIH DARI LAMAN SOSIAL BIASA

Hakikat!

Hari ini Facebook sudah menjadi agen penting dalam menyampaikan makluma kepada seluruh dunia.

Dan ia seperti bahan teknologi lain, membawa kebaikan dan keburukan.

Baiknya ia, adalah kerana banyak maklumat terkini dapat diperoleh dalam masa yang paling pantas.

Apatah lagi, dengan kecanggihan teknologi, gadget terkini menyertakan aplikasi Facebook sebagai salah satui tarikan penting!

Dengan adanya aplikasi dalam telefon bimbit misalnya, gambar, video atau apa jua maklumat dimuatnaik pada masa yang singkat dan boleh dilihat di seluruh dunia.

Ia sekaligus membolehkan pelbagai perkara baru dipelajari, difahami dan seterusnya mengembangkan daya pengetahuan pengguna Facebook.

NAMUN, keburukannya juga tersedia.

Umum sudah mengetahui bahawa aplikasi dalam Facebook membolehkan maklumat yang dimuatnaik di kongsi bersama orang lain.

Langkahnya pula mudah, hanya klik pada perkataan "Share" dan bahan yang hendak dikongsi akan terpampang di "timeline" individu tersebut.

Isunya, andai perkara yang dikongsi itu adalah benar, tidak mengapa..malangnya, sejak kebelakangan ini, ianya sudah disalahgunakan.

Bagaimanapun? Lihat.VIDEO INI

Oh ya, bercerita tentang Facebook, satu lagi laman sosial turut wujud.

Ianya tidak kurang hebatnya, malah boleh diklasifikasikan sebagai saling melengkapi. Ia dinamakan TWITTER.

Twitter bertindak hampir sama funsinya dengan Facebook, cuma bersesuaian dengan namanya, masej yang hendak disampaikan perlu ringkas dan padat-bak kicau burung.

Aku baru saja mula menggunakannya sejak hampir setahun yang lalu.

Sebenarnya, aku lebih gemar ber 'tweet' berbanding ber'facebook'.

Ini kerana, ramai kalangan pemimpin, artis, dan celebrity mempunyai twitter dan kita boleh memperoleh maklumat on time dari semasa ke semasa.

Sebagai seorang wartawan, twitter menjadi peneman setia bagi mengemaskini data atau fakta cerita 'orang besar' negara.

PESANAN--fuh! ada pesanan..tak menahan!! Sebenarnya, apa yang nak dipesan adalah mudah..jangan sesekali menyalahgunakan laman sosial kerana, kekhilafan kita akhirnya mampu mengundang padah. Contoh kes banyak..cari dan baca!:)




Wednesday, April 25, 2012

PENGUMPUL BARANGAN ANTIK



Baru-baru ini aku berpeluang untuk mengunjungi sebuah kediaman kecil yang penghuninya, bercita-cita besar.

Niat di hati mahukan sebuah galeri diwujudkan khas untuk menempatkan barangan yang membawa kembali pemahaman sejarah, salasilah sesuatu keturunan serta sosioekonminya.

Sudah memiliki lebih 1400 koleski barangan antik dari segenap pelusuk dunia, pasangan Praksah dan Punita, bagaimanapun punya fokus, mahukan barangan yang pernah digunakan masyarakat India menjadi keutamaan.

Apapun, terkini koleksi era kemerdekaan, dan Tunku Abdul Rham juga disentuh.

Aku berbangga dengan usaha yang ditunjukkan oleh pasangan ini yang jelas tidak sediit punterasa kudis kata-kata beberapa pihak yang memperleceh usaha mereka ini.

Malah, kata-kata itu menjadi pendorong untuk membuktikan bahawa mereka mampu untuk mewujudkan satu revolusi dalam pemikiran anak muda Malaysia, tentang sejarah negara dan keturunan mereka.

Anda boleh mengetahui mengenai perjuangan mereka di http://tamil-treasure.blogspot.com/

Sudilah kiranya, mendekati mereka dan mengambil maklum apakah perjuangan mereka.

Segulung ucapan tahniah kepada pasangan muda ini.
 

Tuesday, April 10, 2012

PENGIAT SENI TAMIL TEMPATAN TIDAK SEHARUSNYA MENJADI PEMINTA SEDEKAH



Dalam catatan terdahulu, aku ada membicarakan tentang perjuangan yang dibawa sekumpulan pengiat seni dari industri kreatif tempatan.

Malaysian Indian Creative Content Action Force (MICCAF) telah mengusulkan cadangan menggesa stesen berbayar Astro Vanavil untuk memperkasakan mereka dengan memberikan ruang satu saluran penuh.

Malangnya, setelah beberapa usaha dijalankan, tiada apa-apa kesan langsung dapat dilihat-melainkan beberapa gesaan yang dilakukan oleh kalangan pemimpin politik yang menjanjikan ruang penyelesaian.

Namun, suara ini jelas makin kuat memohon agar hak mereka tidak disisihkan.

Satu persatu persoalan dibangkitkan untuk memastikan hak mereka ini dipenuhi.

Sejujurnya, aku rasa ianya tidak adil sekiranya hasil kreatif tempatan disisihkan, dan diberikan sampah sebagai ganti.

Perubahan perlu dilakukan, dan sebagai langkah merealisasikannya, kita perlu bersama MICCAF menentang perkara yang tidak menguntungkan masyarakat kini secara amnya.

Beikut adalah beberapa video yang memberikan gambaran jelas perjuangan ahli industri kreatif India Malaysia.

SILA SOKONG FACEBOOK MICCAF


Lebih banyak artikal mengenai MICCAF DISINI

Friday, March 16, 2012

APA SALAHNYA MICCAF BUAT TUNTUTAN?

Siapa MICCAF yang aku maksudkan?

Mungkin ramai yang belum mengenali, tetapi MICCAF ini adalah sebuah suara yang lama terpendam dikalangan karyawan filem, dan industri kreatif India tempatan.

Menamakan diri mereka Malaysian Indian Creative Content Action Force (MICCAF) bertindak bangkit menyuarakan perjuangan yang sekian lama terpendam dek kerana tolak ansur.

Isunya mudah. Industri kreatif melibatkan karyawan India tempatan diangkat martabatnya.

Mengangkat martabat bukan dengan memberikan anugerah, tetapi dengan tuntutan agar lebih banyak ruang masa siara diberikan bagi membolehkan karyawan ini terus berkarya.

Apa yang berlaku hari ini adalah, hanya Radio Televisyen Malaysia (RTM) mempunyai masa yang khusus untuk menyoarkan, mempertontonkan program pro-karyawan India.

Meskipun kurang pasti tempoh satu-satu slot yang disediakan, Aku yakin hanya RTM yang benar-benar memberikan ruang kepada karyawan ini.

Rangkaian mega lain, seperti ASTRO dan Media Prima misalnya mengehadkan ruang dan peluang yang mereka tawarkan.


ASTRO sebagai contoh mendedikasikan 7 saluran, yang 6 daripadanya secara mutlak memberikan ruang siaran kepada saluran yang diimport dari India.

Sebuah saluran tempatan- Vanavil pula misalnya, turut gagal dalam membantu membangunkan industri tempatan, dengan tawaran yang terhad bagi penerbitan karya tempatan.

Keadaan karyawan India tambah mudarat apabila kesemua empat saluran percuma yang dibawah seliaan Media Prima gagal memberikan ruang siaran, dan hanya melakukan demikian pada sambutan perayaan (Deepavali) misalnya.

Itu pun, karya dari India dan bukannya menggunakan tenaga tempatan.

Justeru, persoalan yang dibangkitkan oleh MICCAF ini adalah jelas.

Mana mungkin karyawan India tempatan boleh bergantung kepada industri kreatif apabila semua saluran yang menjadi periuk nasi tidak 'terbuka' kepada kerja seni mereka.

Diam, didiamkan, berdiam...akhirnya suara-suara ini bangkit untuk menuntut hak.

Aku secara sepenuhnya menyokong usaha mereka ini.

"Proposal" mengenainya sudah diserahkan kepada pihak berwajib, antaranya Ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang.

Turut menerima  ia, adalah Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D'Cruz.

Sudah tiba masanya Kementerian Penerangan Kebudayaan dan Keseniaan mengambil inisiatif menggunakan pengaruh dan kuasa yang ada untuk membentuk kembali struktur siaran, agar tidak pro kepada satu-satu pihak.

Semoga usaha MICCAF ini akan mencapai kejayaan.

Lagi berita mengenai perjuangan MICCAF di SINI , SINI , SINI
FACEBOOK MICCAF SINI

Wednesday, February 8, 2012

SELEPAS THAIPUSAM

Semalam, Thaipusam di sambut meriah diseluruh negara.

Paling penting, Thaipusam tahun ini sepertui tahun-tahun sebelumnya disambut meriah.

Malangnya, aku seperti kebiasaannya sering kecewa setiap kali menghadiri sambutan ini. Kalau bukan dek tuntutan kerja, jangan harap aku memijak kawasan sambutan diadakan.

Bukan aku tidak mempercayai sambutan ini, atau kekuasaan Dewa Muruga, tetapi aku kecewa dengan sikap dan perlakuan manusia yang menghadiri sambutan itu.

Tidak kisahlah ianya melibatkan kepimpinan negara, ataupun orang ramai yang hadir.

POLITIK

Thaipusam sejak kebelakangan ini, semakin rancak dijadikan medan politik oleh kalangan politikus.

Di Batu Caves misalnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tanpa jemu,-jemu mengunjungi sambutan ini sejak mengambil alih tampuk kepimpinan negara.

Tahun ini tambah menarik bila beliau dan pasangannya mengenakan pakaian tradisional. Teruja sikit lah tengok penampilannya, tetapi kenapa ya Datuk Seri, baru tahun ni terfikir nak pakai..?

Sebab Pilihanraya Umum dah semakin hampir..dan sokongan masyarakat India menjadi tuntutan..?

Ucapannya, jelas mengulangi pendirian retorik, "Tolong-Menolong, Percaya-Menpercayai"nya.

Tak cukup dengan itu, jutaan ringgi disalurkan bagi pembangunan kebudayaan dan sekolah.

Wah!!! hebat!!

Teruja Teruja Teruja....

Dan sebagai 'hadiah', pihak Kuil menghadiahkan kalungan bunga malai sebesar gajah kepada pasangan Pm dan isterinya.

Apa motifnya?? Berapa ribu kalungan itu wahai pengurusan Kuil??

Perlu ke Najib dan Isterinya itu dapat kalungan sebesar itu...dewa Murugan yang dok kat dalam gua tuh hangpa boh ka malai besaq tuh??

Patung yang dok besaq kat luaq tuh pun tak pernah berbunga malai!!

Tak ke membazir namanya...

Sangat membazir ye...dan pembaziran begini dilakukan oleh jemaah pengurusan kuil.

Malah selain najib berucap ala berpolitik, Presiden MIC G.Palanivel pula memohon sokongan masyarakat India.

Sudah-sudahlah memperbodohkan masyarakat India, kerana mereka tidak boleh terus diperbodohkan!

Kalau itu situasinya di KL-Batu caves, di Pulau Pinang juga tidak kurangnya.

Kepimpinan Pembangkang terang-terangan berpolitik dengan membina "Thanner Pantal", dengan mempamerkan bendera parti politik masing-masing.

Kedudukannya, betul-betul dihadapn rumah pemimpin tertinggi DAP.

Sewajarnya, pembangkang menjadi contoh terbaik untuk menggantikan kerajaan, bukan sama naik dengan sikap mereka.

Tanpa segan silu, ada 'Thanner Pantal" milik pembangkang ini menyediakan maklumat berbaur politik.


Itu mengenai politik, banyak perkara lain yang turut menerbitkan kekecewaan.

Apa? rasanya luahan blogger ini menceritakan apa kekecewaan itu. Saya malas mahu ulas panjang, tetapi galakkan anda membaca DISINI untuk mengetahuinya.

Kesimpulannya, kini Thaipusam lebih kepada acara berbentuk pesta dan hilang nilai keagamaannya sedikit demi sedikit.

Apakah kekecewaan ini bakal terubat? Mungkin masa yang akan menentukannya.

Thursday, January 19, 2012

MEMBACA MAJALAH BARU

Aku dilayangkan dengan perkhabaran akan wujudnya sebuah majalah baru. Hasil tulisannya oleh kalangan rakan seangkatan di zaman aku masih di IPT lagi.

Teruja dengan permintaan melalui laman FB, yang mahu aku melihat dan membaca majalah tersebut..langkah disusun, membuka laman sesawang tersebut.

Tersentak. Seseorang yang aku tidak sangka menjadi nakhoda mengemudi majalah itu.

Aku sangat terkejut, kerana memikir dari segi layaknya dia atau tidak.

Mungkin sudah suratannya, rezekinya berada disitu mengepalai majalah itu, membuatkan aku tersenyum.

Dan aku terus sahaja menjalinkan mata dan gerakku ke setiap sudut penulisan.

Ada perasaan semacam kurang ummmppphhh....melihat kepada nama penyelarasnya, aku kecewa, kerana ianya ditulis, disusun oleh nakhodanya itu sendiri.

Nah tidak ada gunanya aku melayan lagi artikel itu. Tidak menarik minat aku. Terlalu banyak TYPO, dan kesalahan struktur ayat. Aku sebagai seorang wartawan tidak dapat membaca isi sebenar cerita yang ingin disampaikan. Membosankan.

Penyampaiannya terlalu lemah.

Terus sahaja otak aku melangkah ke laman yang meninggalkan catatan oleh nakhodanya itu.

Baru aku tahu, nota itu sendiri penuh dengan sampah. Maaf.

Menjadi penulis bukan mudah, inikan pula menakhodai mereka.

Ku harap kesalahan kecil itu, dapat diperbetulkan..agar majikan, bekas pensyarah serta rakan senagkatan tidak terkesan dengan kekurangan itu.

Berada dalam satu kedudukan tinggi bukan tempat untuk bermegah semata, kerana disitulah orang dapat melihat dengan jelas segala kekurangan kamu itu.

Harapan setinggi gunung agar majalah ini akan terus maju.Begitu juga dengan 'tuan editor'nya.

Harapkan yang baik-baik saja.

Ariosssss

TEMPAT BARU...

Setelah setahun meneroka kerajaya sebagai wartawan penyiaran di Pulau Pinang, satu wahyu baru sampai, meminta aku dan jurukamera Mohd Izuwan Mohd Zaki berpindah masuk ke ruang pejabat baru.

Tempatnya? Di Biro Bernama Pulau Pinang.

Dan seperti kebiasaan, sudah pasti seribu satu persoalan akan bermain di minda tentang bagaimana mungkin kehidupan dan suasana kerja di tempat serba baru.

Almaklumlah, kena mulakan kembali gerak kerja sepertimana pada tahap pertama kali menjejakkan kaki ke negeri kepulauan ini.

Antara perkara yang bermain di kinda pastinya penerimaan rakan-rakan di kantor.

Bertemu dan berpisah bersama kalangan rakan sama di luar pejabat, jarang sekali menimbulkan sebarng sengketa.

Jarang sekali akan ebrmasam muka.

Namun, andai sudah berada dibawah bumbung yang sama, pastinya cacat dan cela setia menampakkan diri, dan sekaligus mampu mengundang pelbagai rasa.

Andai rasa yang timbul itu tidak menyukarkan, syukur, tapi jika ianya tampil sebaliknya, sudah pasti pelbagai perkara perlu ditukar, dibetul dan di 'minta maaf' kan...

Tapi syukur, menjejakkan kaki ke hari ke-19 di ruang pejabat ini, sudah terasa satu bentuk kegirangan di dalam hati.

Rakan-rakan menyambut aku dengan tangan terbuka, memberikan sokongan sepenuhnya.

Kini, seperti di Kuala Lumpur, aku sudah ada satu semangat baru untuk melakukan kerja.

Jadual kerja aku juga sudah semakin tersusun..paling menarik, aku sudah kembali aktif, dengan menjalankan tugas selama 2 minggu tanpa cuti.

Paling penting, aku belum merungut mengenainya, malah gembira dengan perkembangan terkini ini.

Benar jangkaan aku dahulu..aku memang bukan jenis yang boleh berada dalam satu suasana sama dalam tempoh yang lama.

Pembaharuan, dan perubahan membantu aku membina kemabli semangat untuk aku bekerja.

Dan menariknya, aku sudah ada kawan melepak selepas waktu bekerja.

ketika aku sedang mengetuk kata-kata ini, sudah terbayang di minda mahu pekena cendol....

Nah, sekaligus, aku mahu hentikan bebelan gembira, dan meninggalkan anda dengan kata-kata, aku sudah mempunyai rentak baru dalam kehidupan tahun ini.

Semoga momentum kegembiraan, dan semangat ini akan dapat diteruskan dalam tempoh yang lama.

ARIOS...Cendol, here i COME!!!!!!!!!!!!

Tuesday, January 17, 2012

DIVYAESH KUMAR LOGESPARAN

Lama sebenarnya aku mahu mengemaskini laman blog aku ini dengan hanya meletakkan gambar-gambar pemilik nama Divyaesh Kumar ini.

Anak saudara ku ini, sudah mencecah usia 6 bulan..dan sudah semakin aktif.

Pelbagai karenahnya menghiasi hari kami.

Dan gambar di bawah adalah sebahagian dari memori yang aku rakamkan.
















Lebih banyak gambar akan cuba di muatnaik untuk tatapan rakan-rakan ku!