Translate

Total Pageviews

Tuesday, June 29, 2010

Tiada apa yang menarik untuk dikemaskini di laman sesawang ini. Sudah banyak sarang labah-labah yang menhimpunkan habuk.

Dan begitu juga gerak kerja aku. Aku boleh merasakan jiwa aku semakin lama semakin lemah untukmenjadi aktif dalam bekerja.Aku tidak tahu dimana kurangnya, tapi besar juga kemungkinan itu kesan dari ketidak seimbangan dalam urusan di pejabat.

Segalanya masih samar dan ketika inilaah baru sistem ingest sudah mula ditempatkan semula. Syukur. Namun, disitulah munculnya isu yang satu lagi. Isu tentang bagaimana urusan kerja ini akan dipermudahkan oleh kalangan mereka yang dilantik khas untuk menjalankan tugasan tersebut.

Aku hanya pasrah menunggu. Namun, sudah ada satu pegangan yang serius dalam diri aku..yang jika sekali aku sudah melihat segala cara kerja yang dilakukan, akan aku kembalikan semangat yang semakin memudar ketika ini.

Akku sangat-sangat memerlukan sokongan, nasihat dan dorongan rakan agar apa yang ddihasratkan akaan dapat dicapai kelak.

:) Harapnya...

Saturday, June 5, 2010

PERKAHWINAN + RAKAN-RAKAN = REUNION

Sebahagian dari gambar yang dirakan ketika kenduri Masliana dan Hayati yang menjadi medan kalangan rakan dari SRK dan SMK Methodist (ACS) berkumpul dan berkongsi cerita.

Pastinya saat yang saat dinantikan dan sekaligus menjadi detik yang sangat menggembirakan.













Friday, June 4, 2010

PULANG KE PARIT BUNTAR

Berada di kampung halaman, pastinya tidak ada tolok bandingnya.

Aku mengambil bas pukul 1.30 petang tadi (4/6/2010). Bagaimanapun agaka mengecewakan apabila bas yang dijanjikan tidak kelihatan pada waktu itu. Tunggu punya tunggu jam 2.30 petang baru kami dibawa menaiki bas yang sudah bersiap siaga membawa 'bala tentera' dari Jalan Duta pulang ke kampung halaman masing-masing.

Namun, agak mengecewakan, sekitar jam 3 petang baru bas itu digerakkan menuju ke Pari Buntar.

Namun,sebaik tiba, pastinya banyak yang aku harapkan untuk berlaku.

Aku sudah sempat merasa kari ikan mak aku. Sudah sempat "request" kari dal sayur lenyek.Esok mungkin akan aku dapat.

Sesudah itu sempat ku hantarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada salah seorang rakan baikku, Syahril.

Sms dibalas dengan ajakkan keluar minum-minum, memandangkan seorang lagi sekutu kami Wan,juga balik dari Kalabakan.

Peluang digunakan sebaiknya untuk menghabiskan masa malam hari.

Ketika ini jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi.

Entah jam berapa akan aku pulang, tetapi apa yang pasti..esok hari lain pula. Akan aku singgah ke dua maajlis perkahwinan rakanku disitu..tidak sabar melihat mereka naik pelamin.

Alahai.....

:D

Thursday, June 3, 2010

SERANGAN ISRAEL TERHADAP MISI BANTUAN KE GAZA

Mahu tidak mahu,hendak tidak hendak perkara ini sudah terjadi.

Aku tidak pernah menyangka perkara ini mungkin terjadi dek kerana satu tujuan murni. Apakah salah nyawa 10 orang yang sedang dalamm perjalanan menghulurkan bantuan kepada sekumpulan manusia yang sangat memerlukaan.

GAZA, rakyatnya menderita akibat sekatan yang dikenakan oleh Israel. Sudahlah pelbagai kemudahan disekat, nilai hidupdipeerlekeh, masyarakatnya hidup melarat....bantuan yang datang dari negara luar pula ditahan dan dihalang dari memasuki negara tersebut.

Apa yang lebih menyedihkan, tindakan menyerang Mavi Marmara, yang membawa bantuan tersebut dengan sejumlah kecil sukarealawan Malaysia termasukrakan wartawan dari Astro Awani, Ashwad Ismail amat mengesankan saya.

10 nyawa terkorban. Sebaik mendengar berita itu di TV, aaku menjadi gusar, yang amat sebenarnya. Semuanya ini kerana aku mahu tahu apa nasib Ashwad, dan jurukameranya..juga nasib Halim Mohamad (TV3) yang berada disebuah kapal lain.

Sebagai seorang yang prihatin, aku tunjukkan sokongan kepada Gaza.

Aku gelaapkan gambar profil di Facebook, dan memastikan rakan-rakanku yang sering melayari laman sesawang itu mendapat maklumat yang sudah dikemaskini dari semasa ke semasa.

Nasib amat baik, doa jutaan masyarakat negara ini, dan dunia telah dimakbulkan tuhan apabila mendapat maklumat mengatakan kesemua 12 orang rakyat Malaysia selamat.

Aku secara peribadi tidak melihat isu ini sebagai isu keagamaan. Ini kerana, ianya bukan isu keagamaan semata-mata sebaliknya ia mengenai nilai kemanusiaan yang dinafikan.

Aku tidak sanggup melihat kesengsaraan yang ditanggung masyarakat GAZA!

Andaikata, suatu hari aku ditakdirkan mati dalam keadaan disserang oleh tentera sebegini, atas alasan aku mahu sampaikan sumbangan kepada mereka yang layak dan memerlukan, tidaka akan aku pernah menyesalinya.

Malah aku akan anggap ianya sebagai satu bentuk penghormatan sebelum aku meninggal..dan aku juga percaya, ibu aku akan menggangap sedekmikian rupa.

Aku sangat-sangat marah dengan keadaan ini. Apapun, marah aku tidak dapat membantu, kalau yang diluar sana tidak menzahirkan perkara yang sama.

Apapun..doaaku ketika ini, kapal bantuan lain akan selamat sampai ke destinasinya.

Doakan ya!

Tuesday, June 1, 2010

IKHLAS ATAU KESEMPATAN UNTUK BERPOLITIK?

Gaza: Najib diberi 48 jam untuk bertindak

(Sumber-Malaysiakini.com)

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diberi tempoh 48 jam untuk bertindak segera membentang pelan bagi menyelamatkan rakyat Malaysia yang ditawan oleh rejim Zionis.

Menurut Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, parti itu juga menuntut dalam tempoh 48 jam berkenaan Najib perlu memanggil sidang khas parlimen membincangkan isu serangan Israel ke atas flotila kebebasan yang menghantar bantuan ke Semenanjung Gaza.

"(Selain itu), dalam tempoh tidak lebih dari 48 jam kerajaan hendaklah menamatkan kontrak dengan syarikat perunding antarabangsa yang merupakan proksi kepentingan politik Israel dan Amerika Syarikat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pakatan Rakyat, juga katanya menuntut kerajaan menghentikan dengan segera sebarang urusan perdagangan yang rasmi atau tidak rasmi dengan Israel.

Beliau juga kecewa dengan Najib yang hanya mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan serangan itu Israel hanya pada tengah malam semalam.

"Kenyataan itu hanya dibuat selepas didesak oleh pelbagai pihak yang mengangap kerajaan terlalu lembab dan takut untuk membuat kenyataan mengecam perbuatan lanun laut rejim Israel," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kelembapan perdana menteri itu, katanya, dilihat seperti menunggu apa nasihat dari Apco Worlwide untuk kerajaan bertindak tanpa menjejas kerja firma Yahudi itu yang diamanahkan oleh kerajaan untuk memulihkan kepercayaan Amerika terhadap kerajaan Malaysia.

"Tindakan rejim Israel tersebut adalah berpunca dari sikap lunak dan pak turut dasar luar kerajaan-kerajaan di dunia termasuk Malaysia yang menyumbang kepada tindakan kejam Israel.

"Perbuatan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Najib yang begitu mesra Amerika dan Zionis mesti dikecam oleh seluruh rakyat Malaysia," kata beliau.

ULASAN AKU--

Aku agak geram sebenarnya bila baca berita ini. Sejujurnya aku tidak rasa ini adalah tindakan yang bijak, yang perlu diambil oleh kalangan cendikiawan dan pakar-pakar politik negara seperti ini.

Sepatutnya masa-masa macam nilah kita bersatu menentang kezaliman, bukan mewujudkan satu krisis dalaman yang menggangu tumpuan kita.

Agak-agaklah. Dalam masa kita perlu berfikir bagaimana mahu membawa pulang rakyat Malaysia yang ditahan, ada pulak kenyataan sebegini yang lebih bersifat mewujudkan 'pening kepala', alih tumpuan cerita.

Bukan tak boleh nak dedah ke, gali ke, carik-carik cerita buruk kepimpinan PM, tapi tengoklah detik dan masanya. Janganlah setiap masa nak berpolitik saja.

Hakikatnya, sekarang ni semua pihak tak kira fahaman apa sekalipun bersatu menentang Zionist, bukan menentang sesama sendiri.

Sebab-sebab yang macam nilah yang membuatkan Israel kuat.

Tak faham aku dengan orang politik ni...orang lain semua dok doa nak mintak keselamatan rakyat Malaysia pulak, nyang diorang pulak sibuk nak memburukkan kepimpinan negara. Macam tak bolehlah buat masa-masa lain.

Tolonglah...naik meluat baca berita-berita semacam ni.

Tension..Tension!

Apaka-apa pun, rakan-rakan yang sedang membaca, doakan keselamatan semua warga Malaysia termasuk dua rakan media dari Astro Awani.