Translate

Total Pageviews

Friday, November 28, 2008

RAFIDAH AZIZ VS SHAHRIZAT JALIL-CORAT CORET

VERSUS

Sekadar hendak berkongsi rasa tentang perkembangan politik tanah air. Aku tidaklah pakar dalam soal 'berpolitik' dan selok beloknya.. Jadi ini lebih kepada pandangan seorang yang memerhatikan perkembangan dalaman sayap kanan parti UMNO ini dari kaca mata rakyat Malaysia.
Semua orang tahu, dan semua orang sudah bercakap tentang situasi yang sedang berlaku ketika ini. Tan Sri Rafidah Aziz sangatlah 'berapi' dengan tindakan naibnya, Datuk Seri Shahrizat Jalil ketika ini untuk mencabar beliau dalam pemilihan akan datang.. bulan Mac.
Semuanya bermula dengan pelan peralihan kuasa yang diumumkan Pak Lah.. dijangkakan pada 2010..tetapi memahami desakan dalaman dan luar dari parti, Pak Lah terpaksa akur dan melepaskan jawatan beliau pada Mac tahun hadapan.. seterusnya membawa kepada penundaan tarikh pemilihan yang sepatutnya berlangsung pada bulan hadapan juga ke Mac.
Maka disinilah bermulanya perang dingin antara penyokong Rafidah dan Shahrizat. Meski ditentang pencalonannya sebagai ketua wanita UMNO, penyokong Shahrizat tetap dengan pendirian untuk mencalonkan beliau. Dengan itu, Shahrizat secara 'terpaksa', perlu menerima bahawa penyokongnya sudahpun memberikan cukup pencalonan untuk beliau bertanding jawatan itu...
Apa yang Rafidah lakukan? Tiada apa, selain senyap dengan masih berpegang kuat kepada pelan peralihan kuasa pada Jun 2009. Semua orang tahu dan faham tentang senario yang melanda pergerakan ini selepas peralihan kuasa. Shahrizat akan menjadi seorang pemangku..dan keadaan ini tidak disenangi penyokong wanita nombor dua sayap itu.
Akhirnya, selepas berkali-kali didesak...dibincang serta diberi pandangan pelbagai pihak didada-dada akhbar dan media.. maka Datuk Seri Shahrizat mengambil pendekatan mengumumkan akan bertanding jawtan tersebut-Ketua Wanita UMNO-kontroversi bermula!
PERSOALANNYA!!?
Apa yang bakal terjadi...? Apa yang saya terangkan tadi adalah fakta.. ini hanyalah sekadar jangkaan dari pemerhatian dari insan kerdil yang baru-baru belajar untuk mengenali dunia politik dan putar belitnya.
Wanita UMNO bakal berpecah kepada dua kroni. Kroni ini akan memperjuangkan habis2an ketua mereka.. tidak kisah Rafidah atau Shahrizat. Bertanding tetap bertanding..Pantang maut sebelum ajal orang kata.. well, ini adalah hakikat yang pasti.. wanita sekarang-umno terutamanya sudah didik untuk menjadi kuat, berdikari dan belajar membuat keputusan...
Namun, apa natijahnya selepas dari pemilihan.. kroni ini akan mengalami masalah besar untuk disatupadukan..dan kenapa?
Pertama.. ketika ini, kalangan penyokong Rafidah sudah sangat rapat dengan wanita itu yang berdekad lamanya dipuncak.. dia kuat.. dia gagah!!! Singa kata orang... jadi jika Rafidah kalah, maka, penyokong singa ini akan kecut..terbuang dan terasa tersisih..yelah, bila yang kuat dan hebat kalah..pengikutnya pasti malu walau tidak disindir, walau tidak diperli...
Kedua, Shahrizat-kalau wanita yang seorang ini kalah, penyokongnya pasti masih dengan pendirian bahawa singa yang berjaya mengekalkan kerusinya, gila kuasa.. tidak mahu menurunkan takhta dan mahu mati berpangkat.
Ini adalah isu2 yang sudah pun diperkatakan di bawah.. di akar umbi..
Isu lain-Rafidah sudah bersedia untuk melepaskan jawatan, tetapi masih berdegil dengan tempoh 3 bulan?
Jawapan sudah Rafidah berikan, dalam tempoh 3 bulan itulah di mahu membangunkan sayap itu supaya Shahrizat mempunyai jalan yang lancar...bila disoal apakah Shahrizat tidak cukup bersedia...Jawapan-di Lembah Pantai pun boleh kalah..macam mana nak disifatkan berjaya memimpin?
Hurm...pandai Rafidah mencari titik kelemahan Shahrizat. Jadi, apakah mungkin jika ketika ini, Shahrizat seorang Ahli parlimen, Rafidah sanggup melepaskan jawatan beliau kepada Shahrizat menjelang Mac?
Jika jawatan yang menjadi persoalan, siapa Rafidah sekarang? Hanya seorang MP-yang penamaan calonnya sendiri dipertikaian ketika pilihanraya umum lalu..
Dan siapa Shahrizat ketika ini? Seorang penasihat kepada PM yang bertaraf Menteri...
Apakah yang Rafidah nak lakukan lagi dalam Wanita?
Kenapa liat sangat nak lepaskan jawatan?
Sampai bila nak pegang jawatan itu?
Kenapa Shahrizat mahu di 'overshadow' Rafidah selama ni?
Shahrizat taat atau takut?
Kenapa..kenapa dan kenapa?
Sebagai seorang yang mengikuti perkembangan ini, apa yang aku dapat simpulkan disini..wanita UMNO perlu melihat masa depan parti dan bukannya pemimpin.
Kalau kekuatan Rafidah adalah masa depan parti.. maka disitulah pilihannya, kalau pembaharuan Shahrizat adalah masa depan parti..dan disitu juga adalah pilihannya.
Jadi pilihanya pada apa yang akan dilakukan dan bukan siapakah orangnya...kerana ketika ini sudah ada sentimen berkata buruk tentang peribadi kedua-dua calon ini 'berasap' dipelbagai peringkat.
Wanita kenalah buat pilihan dengan bijak!
kalau tidak, jangan nanti, menang sorak..kampung tergadai.

Wednesday, November 26, 2008

BONDA MELUAH RASA

Hari ini, dalam lebih kurang jam 4.30 petang, aku telah dengan penuh tidak sabar, menyeberang laut melalui Jambatan Pulau Pinang untuk pulang ke kampung halaman, Parit Buntar. Tujuannya adalah satu-untuk bertemu bonda tercinta.
Bukan apa, sebelum pulang ke kota Kuala Lumpur selepas Deepavali, aku telah berjanji akan pulang ke Parit Buntar dan 'bercuti' untuk satu tempoh yang agak panjang berikutan selama aku menuntut ilmu di ibu kota, jarang benar aku dapat meluangkan masa bersama ibuku...
Namun, rezeki kerja datang dahulu..dan kata-kata Mr. Pravin-you can officially join us tommorow-menjadikan aku secara tidak langsung perlu memungkiri janji yang diberikan kepada bonda.
Sebelum bertolak sehinggalah aku sampai di tol Juru, panggilan aku tidak dijawab ibu-memandangkan ibuku tidak menggunakan telefon bimbit, maka sudah tentunya aku menelefon rumahku.. dan bila ibuku tidak menjawab.. aku faham yang beliau tiada di rumah.
Aku sangat merindui masakannya dan sanggup berlapar seharian dengan harapan dapat meminta ibuku masakkan 'rasam'-masakan kegemaran aku. So, aku teruskan usaha menelefon makcik ku yang bekerja dengan bondaku. makcikku katakan bahawa mereka baru habis kerja dan ibuku dalam perjalanan pulang...
Setelah aku mengagak ibuku sudah sampai dirumah, aku menelefon untuk meng'order' makanan. Alih2 ibuku memberitahu bahawa beliau sedang memasakkan makanan yang aku hendak mintak.. kebetulan? Mungkin....
Setibanya dirumah, aku bantu bondaku memasak...then elok nak makan.. ketika itulah segalanya terbongkar..-Bondaku Meluahkan Rasa-
Baru hari ini aku tahu bahawa bondaku merindui aku yang amat.. wah.. pendam ker ego Amma? hehehe...
Abang Heector, cameraman yang ikut aku balik adalah tukang dengar ketika itu..barulah aku tahu bahawa bondaku sudah melihat aku kurang dekat dengannya sejak aku berusia 15 tahun...
Dia mengatakan bahawa sifat aku yang berdikari sejak seawal usia itu seringkali menjauhkan aku dan dia..aku sibuk keluar bekerja setiap kali ada masa menjadikan aku tiada masa dengan beliau.
Namun, ketika itu jugalah aku dapat melihat betapa bondaku bangga dengan diri aku.. dia sangat memahami hasrat anaknya.. faham kehendak anaknya.. faham yang aku akan kembali kepadanya selepas dia lepaskan aku untuk mencari bahagia...
BERTAMBAH2 SAYANG AKU KAT DIA....

Tuesday, November 25, 2008

LAGI TENTANG JELAJAH ASIMO-KISAH DIRIKU

Jika dalam post terdahulu, aku menceritakan serba sedikit tentang ASIMO, apa yang ingin aku titipkan disini adalah tentang di mana aku sekarang dan apa yang sedang aku lakukan.

Pada 24hb, 2 hari lalu, satu malam selepas aku pulang dari Johor selepas mengikut ASIMO menjelajah ke ke sana, aku dengan tiba-tiba disuruh balik, kemas barang dan bertolak ke Pulau Pinang pula..

Aku jadi blur walaupun aku tahu kali ini 'trip' aku ke Pulau Pinang masih bersama si ASIMO.. --tapi En.ARA.....saya ker?--itulah soalan yang mula-mula keluar bila disuruh ke Pulau Pinang..

Sebabnya..bukan mahu melawan arahan beliau tetapi serba salah.. barangkali ada dikalangan wartawan lain yang ingin pergi 'berjalan-jalan' sambil menjalankan tugas.. dan bagi aku.. aku baru masuk bulan ini, dan sudah 2 kali keluar outstation..

Tapi bila dah dengar suara En.ARA yang kata--habis tu, ko la!!!--terus aku tak terkata.. tak per lah.. kali ni aku pegi, tapi kalau lain kali (jika ada dalam masa terdekat), akan aku minta jasa baik utamakan wartawan2 senior dahulu. Bukan apa-segan-

Memandangkan arah tujuan kami kali ini Pulau Pinang@Penang yang sangat tidak asing bagi aku, aku tidak punya sebarang masalah berhubung mengenalpasti tempat penginapan kami...di B-SUITE Bukit Jambul.





Semalam, hari pertama jelajah, ASIMO hadir di Hospital Adverntist sempena sambutan tahun ke-20 Tabung Dana Pesakit Jantungnya. Ramai kanak-kanak yang terdiri dikalangan pesakit yang hadir kali ini....cukup meriah.. sama seperti kunjungan lain sebelum ini, ASIMO adalah bintang paling popular ketika ini dalam bidaang robotik. Saya sangat pasti tentang kenyataan saya ini.


Story, kurang 30 minit dah siap, namun, aku hadapi masalah besar dengan penyuntingan dan penghantaran FTP..biar aku saja yang tahu betapa besarnya masalah itu..hehehe.. yang peting, aku mungkin akan melangkah sekejap ke Parit Buntar jika punya kesempatan masa..rindu lak nak jumpa bonda tercinta...


Esok, ASIMO akan meneruskan siri jelajahnya di Pulau Piang di Queensbay Mall..so, akan aku usahakan agar dapat titipkan pengalaman aku bersama-sama ASIMO pada hari-hari seterusnya. BTW, aku sedang sangat berminat tentang masalah yang sedang dihadapi Wanita UMNO..dan sedang berfikir2 untuk berkongsi pendapat tentang isu kepimpinan sayap kanan parti itu... kalau tahap kerajinan dan fakta untuk membincangkannya mencukupi..akan aku berbicara tentang dunia politik sedikit..(sebagai memberikan kepelbagaian-dan mewujudkan ruang membincangkan isu semasa di Blog kerdil ini)

SEKIAN.... :)

Thursday, November 20, 2008

JELAJAH ASIMO KE JOHOR


Tahukah anda apa itu ASIMO?

ASIMO adalah singkatan bagi nama robot yang nama panjangnya,
Advanced Step in Innovative MObilty.. Robot yang dihasilkan HONDA ini selepas 22 tahun kajian dijalankan, berketinggian 1.3 meter dan seberat 54 kg sahaja..

Hebat?
Jika anda merasakan itu sudah hebat.. bagaimana kalau aku tambah fakta bahawa ASIMO juga berkeupayaaan untuk berjalan pada kelajuan 2.7 kilometer sejam dan berlari pada kelajuan 6 kilometer sejam.. dan menambahkan kehebatan, ASIMO boleh menukar kelajuan dan arah pergerakan dengan agak cepat.

Eh! bukan itu saja.. ASIMO juga berkebolehan untuk menari..
Itu serba sedikit tentang ASIMO... biar aku ceritakan serba sedikit pengalaman aku sepanjang hampir empat hari mengikut ASIMO ke siri jelajahnya ke Johor. Pada hari pertama, aku bersama cameraman-IZ dan PR Boss aku-ABG ANAS tiba di Pulai Spring Resort..waktu sudahpun menunjukkan pukul 1 pagi..so, logiknya..kami masuk tidur.

Hari kedua merupakan detik pertama aku bertemu dengan makhluk ciptaan manusia ini yang hampir 100% menyerupai manusia yang menyandang beg.. sekali pandang seperti kanak-kanak yang mengimpikan untuk menjadi ' Superhero'...COMEL!!!
Aku terkesima melihat kepetahannya berkata-kata serta kebijaksanaannya berinteraksi.. juga bertutur dalam Bahasa Melayu.. menarik.. sangat menarik.. meskipun aku tahu bahawa apa jua yang dilakukan ASIMO sudah diprogramkan.. tapi minda tidak rasinonal aku tidak mahu menerima hakikat itu.. aku begitu teruja...

Bukan hanya aku sahaja yang teruja.. hampir 2000 orang yang hadir di Universiti Teknologi Malaysia yang merupakan destinasi pertama jelajah Johor juga cukup teruja.. bagaimana aku begitu pasti? Aku boleh kerat jari sebagai tanpa keyakinan aku...mana tidaknya.. sebaik si comel ASIMO muncul dari sebalik tirai hitam.. semua yang hadir di dewan itu meluru menuju kearah pentas untuk merakamkan gambarnya.. meriah.. cukup meriah...
Aku bagaimanapun tidak begitu teruja untuk mengambil gambar ASIMO kerana aku sudahpun merancang untuk membuat standupper bersama-sama ASIMO.. :)

Di kesempatan itu, aku cuba untuk mencari peluang membuat laporan khas perkembangan pendidikan mekatronik-robotik yang sedang diusahakan pihak UTM..
- alang-alang ada 'story', aku cuba memanfaatkan 'trip' aku ke Johor. Kemudian, destinasinya adalah JB.. di City Square.. sambutannya sama meriah.. tetapi istimewanya di City Square.. ASIMO diprogramkan untuk menari untuk lagu ' Rasa sayang'.. lagu tradisinal melayu..


Keterujaan aku terhadap ASIMO cukup membuak-buak.. diikutkan hati.. kalau ada duit berjuta di bank.. akan aku beli sebuah ASIMO dan jadikannya teman bersembang, bergurau atau sekurang-kurangnya teman penhibur dengan dengan gerak tari 'robot'nya..
Istimewanya di JB ini, aku berjaya mendapat apa yang aku inginkan.. bukan membawa pulang ASIMO, tetapi melakukan standupper bersama dengan ASIMO. Impian aku dijadikan kenyataan oleh kumpulan Honda dengan bantuan PR abang Anas.. thanks Abang Anas.. hanya dengan sekali 'take'.. tapi sebagai KIV, dua 'take' lain diambil, aku berjaya melakukan standupper tersebut (tapi yang pertama jugalah yang terbaik) .. yang penting..ASIMO turut serta membuat standupper bersama aku.. Mungkin peluang sekali seumur hidup...



Satu lagi perkara yang barangkali berlaku sekali dalam seumur hidup adalah apabila membuat standupper yang boleh didengar seluruh pusat membeli belah.. puncanya..? puncanya ASIMO diprogramkan memberikan respon mengikut perkataan yang dituturkan manusia iaitu aku.. dan sebuah microfon perlu digunakan bagi tujuan tersebut.. yang mana microfon tersebut juga dihubungkan dengan sistem pembesar suara yang boleh didengar satu pusat mebeli belah tersebut...
Terasa seperti seorang 'bintang' ketika itu... entah berapa ramai yang sudah merakam gambar aku.. yang aku pasti hanya limphan cahaya lampu kamera dari pelbagai sudut..hahaha.. popular sekejap kata orang.. ketika aku sedang menaip ni, ianya baru hari pertama siri jelajah ini di JB.. jika ada sebarang cerita menarik tentang jelajah ini atau ASIMO lagi, akan aku titipkan agar anda yang kini sudah teruja dengan cerita saya terus teruja.... :)







Sunday, November 16, 2008

TUGASAN BARU

Hari ini aku diberikan tugasan baru..tugasan untuk melakukan kerja di meja 'foreign'. Ruang tugas sangatlah mudah.. pada waktu yang ditetapkan kita perlu merakam visual yang dihantar melalui saluran APTN..kemudianmeng'injest'nya.. dapatkan berita dilaman web yang sudah disediakan khas..dan kemudian 'copy'-'paste' dalam folder.

Senangkan?

Bagi aku sejujurnya kerja ini sangat senang untuk dilakukan.. tapi yang membuatkan aku berfikir..kenapa orang yang selama ni ditugaskan buat kerja-kerja ni sangatlah 'free'//tak nampak kalut pun.. tapi aku punyalah gelabah nak buat kerja tu.

Mungkin sebab aku belum biasa atau mungkin kerana aku sengal sebab tak makan dari pagi tadi..

Apa-apapun aku seronok buat kerja ni.. tapi tak nak lah tukar 'desk'..kang tak pasal-pasal menyesal tak sudah!

:)

Saturday, November 15, 2008

SAJA NAK TAYANG..HEHEHE

Inilah logo Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Malaysia Institue of Integrative Media (MIIM) masa sesi 2006/2007.. lepas dari generasi aku dan rakan-rakanku ketika itu.. hilanglah zaman kegemilangan MPP ini. Sekarang MIIM masih lagi belum ada barisan MPP yang baru.. entah bila nak ada.. tak tahulah. Tapi apa yang pasti.. kenangan aku semasa menjadi setiausaha MPP MIIM adalah kenangan terindah dalam hidup aku. Kenapa? Kerana pelbagai suka duka kenangan yang tidak dapat dilupakan tersemat kerana aku memilih untuk menerima jawatan itu...
:)

MOTIVASI MEMBINA

Pada hari ke -11 aku bekerja di BERNAMA TV, hari Sabtu..kekurangan berita menjadikan ruang pejabat agak lesu tanpa 'kekecohan' menyiapkan berita seperti selalu. Dalam kelesuan itu, ada tersembunyi sebuah motivasi bagi diri aku.
Jika selama ini aku hanya ber'hello' 'hai' dengan Puan Durga yang bertugas di meja Bahasa Inggeris.. tapi pada tarikh dan hari itulah kelesuan tanpa berita membawa beliau berjalan kepada aku. bermula dengan bual-bual kosong bertanya tentang latar hidup, keluarga dan bala bla... beliau mula bercerita tentang diri beliau.
Rupa-rupanya beliau sudahpun sebaya dengan ibuku.. ha???? Biar betul.. kalau dilihat kepada penampilan beliau..nah..tidak mungkin anda percaya jika saya sebutkan umur beliau.. nampak jauh lebih muda dari yang dijangkakan. Melihat kepada umur yang dinyatakan.. aku mula memikirkan tentang selama mana mungkin beliau sudah bekerja di dalam dunia media ini.. soalan aku membawa kepada jawapan yang boleh menyebabkan aku 'jatuh rahang' dek terkejut... 31 tahun... MAK OIII.. Lama tue................................
Dengan usia bekerja yang begitu lama didalam dunia media, aku mula bertanyakan lebih lanjut tentang pengalaman beliau.. baru aku tahu.. beliau betapak dalam dunia media di BERNAMA dan pada usia 31 tahun pengalaman di dunia media, beliau masih di BERNAMA......
Aku menjadi benar-benar teruja dengan cerita pengalaman beliau dalam bidang kerja.. apa yang paling penting, banyak pesanan berguna yang beliau sematkan kepada aku. Mungkin bagi kalangan pendengar lain ianya membosankan tapi bagi aku, ianyua amat2 releven dengan keadaan diriku yang masih bertatih dalam dunia media ini.
Antara pesanan yang disematkan adalah tentang bagaimana kita harus hormat kepada wartawan dan pekerja yang lebih senior tidak kira apa jua tugasan mereka dalam bidang ini..kerana setiap seorang punya pengaruh yang tersendiri. Sentiasa mengambil tahu apa yang dikehendaki editor tugasan dan tidak berat tulang membantu pihak penerbitan jika bantuan diperlukan meskipun ianya diluar bidang tugas yang perlu dilakukan.
Apa yang paling penting adalah nasihat beliau bahawa walau apa jua permasalahan yang hadir, hadapi dengan tenang kerana dunia pekerjaan penuh dengan pelbagai cabaran.
Diharap aku dapat mengingati dan menggunapakai segala nasihat yang dicurahkan dan aku sangat-sangat menghargai masa yang diperuntukkan beliau untuk menasihati 'bayi' dalam dunia media ini...
:)

LAGI GAMBAR SAMBUTAN RUMAH TERBUKA DEEPAVALI BERNAMA TV


















































Gambar ini dari sebuah lagi 'folder' disumbangkan kak Mages-'Reader' tamil desk. Gambar yang dimuatkan adalah sebilangan kecil yang memuatkan diriku dengan kalangan ratu-ratu india di BERNAMA TV. Sejujurnya, bagi seorang yang membesar dan mempunyai rakan dikalangan masyarakat melayu sedari kecik..mempunyai teman-teman india memberikan ruang dan peluang untuk aku lebih mengenal bahasa, budaya dan pemikiran masyarakat dari kaum sendiri. Dan sekali lagi..menjadikan aku sangat bersyukur dipilih bertugas disini, di BERNAMA TV.

Tuesday, November 11, 2008

SELESAI SUDAH SEGALA URUSAN

Hari ini aku mengambil peluang bercuti untuk melaksanakan semua tanggungjawab aku yang tidak wajar aku tangguhkan kerana bakal memberi kesusahan pada aku kelak.



PERTAMA--Membuka akaun MAYBANK. Ini memang aku tak puas hati. Aku menapak sejauh lebih 1 kilometer nak ke MAYBANk..bila sampai baru diorang bagitau yang aku perlu ada bil elektrik sebagai bukti aku tinggal di kota metropolitan ini. Adei..kenapa tak bilang awal2 masa aku tanya syarat2 nak buka akaun masa aku ambil borang terlebih dahulu beberapa hari lalu. ..? So, dengan penuh ke'Frust'an.. aku melangkah pulang mencari bil elektrik. JUMPA!!!! then..aku melangkah sejauh 1 kilometer lagi untuk mendaftar akaun baru. Sejujurnya, kerja yang dilakukan cukup cepaat..dan segala urusan aku selesai dalam kurang 30 minit. Hebat kan? so, aku dengan sendirinya menjadi tidak ' kecewa' dengan kejadian diawal cerita meskipun aku penat kerana terpaksa melangkahkan kaki aku sejauh hampi 3-4 kilometer hanya untuk menyelesaikan urusan tersebut.


KEDUA--Membuka akaun KWSP. HA!!! ini aku memang dah jangka akan ada tendang menendang...tak pun tempoh menunggu yang sangggggggaaaaattttt lama. Tapi ternyata jangkaan aku meleset..urusan di KWSP selesai dalam masa kurang 20 minit.. lagi hebat!!!! Dan lebih menyedapkan hati, penyambut tetamunya cukup peramah dan 'helpfull'. Thanks akak!! and tak kurang tukang memasukkan fakta dan data diri aku untuk tujuan buka akaun..pun cekap, cepat dan mesra. So, two thumbs up KWSP.. tidak aku sangka begini bagus khidmat agensi kerajaan sekarang.

KETIGA--Menghantar borang membuat pas media. Ini aku kurang puas hati. Sebabnya..belumpun cukup pukul 1, hampir semua warga kerja tingkat 12 bangunan Sime darby tu dah hilang. Penat menekan punat loceng, muncul seorang pegawai. Pegawai tersebut pun helpfull tapi aku tetap tak puas hati tentang kenapa tak sabar-sabar nak keluar rehat walhal ada lagi 5 minit? Mungkin dah lapar sangat kot. Nasib aku cukup baik sebab ada pegawai seorang tu. dapat jugak aku menghantar borang kepada pegawai tersebut.

So, selesai sudah urusan aku. Secara keseluruhannya..aku berpuas hati dengan mutu kerja bank, dan agensi kerajaan yang semakin baik. Cuma, rasanya perlu ada sekurang-kurangnya seorang pegawai di mana-mana insitusi / agensi kerajaan bagi melayan isu-isu atau keperluan pelanggan ketika waktu rehat. harap jer la.. entah dapat direalisasi atau tak.. tak pasti la kan. :)

INDAHNYA ALAM PEKERJAAN

Barangkali ramai diluar sana masih berkata bahawa alam persekolahan dan zaman kita sedang belajar di mana-mana IPT adalah zaman yang tidak mungkin dapat dibuang dari kotak fikiran kita. YA, saya amat setuju dengan kenyataan itu. Sangat-sangat setuju.. tetapi bila aku sudah melangkah ke alam pekerjaan yang sedang aku nanti-nantikan selama ini, bagaikan bulan jatuh ke riba.
Tidak pernah aku bermimpi secepat ini aku akan berjaya melangkah ke alam pekerjaan. Malah, memperoleh pekerjaan di insitusi yang aku inginkan bukanlah satu mimpi lagi. Kini aku sudah menjadi seorang staf di BERNAMA TV.
BERNAMA TV.. mana mungkin aku dapat menolak. Rakan setugas yang kepalanya sama pusing.. editor yang memahami tugas wartawan..bahagian produksi yang sentiasa memberikan tunjuk ajar.. semuanya menggamit hatiku untuk meneruskan tugasku di sana.
Mungkin ramai yang akan berkata aku ini bodoh @ tidak pandai hidup jika aku nyatakan bahwa aku sepatah pun tidak menanyakan soal gaji kepada Puan Zahariah, Pengurus Sumber Manusia yang menerima aku bekerja.
Walau apa pun pandangan manusia lain, ini tetap pendirian aku. Aku bukan mencari wang ketika ini.. aku mencari pengalaman.. dan aku perlukan pekerjaan bagi mengurangkan beban yang ibuku sedang tanggung--AKU--. Soal duit, soal gaji.. dirasakan berpatutan dengan kerja yang aku lakukan... aku dengan cukup gembira menerima jumlah yang dihulurkan.
Apa pun, aku sangat-sangat bahagia ketika ini.. tiada lagi gundah di hati.. tiada lagi rungsing. Aku sangat-sangat mensyukuri nikmat yang aku peroleh ketika ini.
Benar sangkaanku selama ini, setiap kejadian yang berlaku ada hikmahnya. terima dengan hati yang terbuka, segalanya akan berakhir dengan berita gembira.. and as for me.. im happy with everything in my life... :)

Saturday, November 8, 2008

SAMBUTAN DEEPAVALI BERNAMA TV









Mungkin suratan, atau kebetulan..kepulanganku ke BERNAMA TV adalah sangat bertepatan dengan masa. Ini adalah kerana sambutan Deepavli diadakan dua hari selepas aku kembali bertugas. Kebetulan, membuat kolam adalah antara kemahiran aku.. dan aku telah cuba untuk menunjukkan kebolehan aku disamping membantu memberikan sumbangan yang termampu. Well..kolam yang aku usahakan bersama Preeya dan beberapa rakan sekerja menjadi bualan.


So, disini aku lampirkan gambar-gambar yang boleh ditatap untuk menceritakan serba sedikit mengenai sambutan terhadap kolam itu.. :)