Translate

Total Pageviews

Wednesday, April 29, 2009

PAS BOIKOT PILIHANRAYA DUN PENANTI???

Baru sekjap tadi tangan aku menekan-nekan kekunci komputer ke laman sesawang Malaysiakini.com.

Laporan yang sangat menarik ku rasa.

PAS kawasan Permatang pauh membekukan semua jentera pilihanrayanya.

Kenapa?

Boikot?? Ini yang juga dipersoalkan oleh Malaysiakini. Namun jawapannya tidak.

Kata jurucakap PAS, langkah yang diambil adalah kehendak akar umbi. Dan katanya PKR sudah mempunyai jentera yang kuat terutamanya di Permatang Pauh.

Maka apakah PAS merasakan tidak perlu memainkan peranan yang besar dalam memenangkan calon PKR.

Atau apakah inisatu taktik untuk menggesa Barisan Nasional @ UMNO untuk bertarung??
MUNGKIN.. politik menyajikan pelbagai bentuk pendekatan yang kadangkala jijik...

Apa dan kenapa? Akan kita tahu kelak..

P/S--
Pertandingan berpenjuru dapat dilihat muncul dalam pemilihan PAS. Kenapa?? Demokrasi dalam parti ye.. bukan kerana mereka sudah nampak kuasa mengatasi perjuangan.. :)

Monday, April 27, 2009

BIAR GAMBAR BERCERITA

Malas rasanya untuk menaip satu persatu perkataan untuk menceritakan apa yang aku lalui sepanjang aku tidak berkesempatan untuk mengemaskini blog ini.

Tetapi sebagai menyerikan laman ini, dan sekaligus tidak mahu sekadar ada blog untuk bermegah tanpa cerita, aku muatkan kepingan gambar di alam maya ini, untuk memberikan rumusan tentang perjalanan hidup aku.

:)

Gambar ini dirakam di Pavilion. Ini kali kedua aku menjejakkan kaki aku ke pusat membeli belah ber'profil' tinggi ini. Pertama kali ketika ingin bertemu Sarah, setelah setahun 'berpisah'. Dan, kali ini, kali kedua, atas ajakan Rizal Alfie dan Phir.
Gambar ini dirakam ketika mengadakan lawatan bersama Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) Selangor. Ini adalah kolam ikan Talapia milik anak syarikat kerajaan negeri Selangor, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS). Malangnya, meskipun diberikan nama 'kemajuan', perbadanan ini tidak mampu memajukan perniagaan ini yang diswastakan. Inisiatif baru diambil, dengan Pengurus Besar PKPS ditukar. Apakah mampu memberikan kesan sebalinya selepas ini?



Gambar dirakam ketika berkunjung ke Majlis sambutan Minggu Sekateri. Aku mewakili BTV, sebagai 'jemputan' majlis ini. Ini kerana BTV adalah penyiar rasmi bagi majlis ini yang dianjurkan Hotel Istana bersama Lord's Tailor. Terima Kasih Lord's Tailor!



Gambar yang dirakam ketika berkunjung ke 30 buah kuil di seluruh Wilayah Persekutuan bersama Timbalan Menterinya, Datuk M.Saravanan. Banyak masalah rupanya kuil-kuil di WP. Banyak yang ditinggalkan dan terbiar, namun, tidak boleh sewenang-wenangnya dirobohkan DBKL. Ini kerana, ianya adalah isu sensatif dan bagi kerajaan, isu tersebut dikhuatiri akan dipolitikkan.
:)

Proton Exora. Sangat menarik. Harga berpatutan. CEOnya, Dato Syed Zainal berkata, keluaran MPV pertamanya ini adalah 100% kerja tangan rakyat tempatan. Jadi, apalah salahnya kita sokong keluaran tempatan, terutamanya yang kaya raya tu. Sokong produk buatan Malaysia.


Bunga yang aku dapat dari Pertubuhan Wanita India Malaysia (MAIMA). Sangat cantik. jadi sayang nak buang, aku gubah semula bila ianya kering, dan tempatkan di tepi monitor komputerku. Thanks MAIMA!



Gambar ini dirakam ketika aku berkunjung ke Sayap baru Insitut Jantung Negara (IJN). Kami diberitahu perkembangan terkini mengenainya. Dan, gambar ini sengaja diambil sebagai koleksi. Hiasannya menggunakan kaca yang perbagai warna dan sangat cantik....
Sekian catatan buat masa ini. Akan aku titipkan lagi coretan jika ada idea dan mood.
Jika tiada mood pada masa yang tepat, atau madah yang hendah dibentang, maka, akan ada lagi gambar yang memberikan cerita.

Friday, April 24, 2009

PINDAH RUMAH

Finally, aku dah pindah rumah.

Sebenarnya sekembalinya aku dari Sungai Petani, aku sudah menetap di rumah baru aku--which was my house when i was studyin.

Aku masuk cuci kaki dulu.. angkut beg yang aku bawa masa aku ke Sungai Petani.

Then, aku dapat cuti, so, aku balik ke rumah di Setapak, kemas apa yang patut dan aku angkut semua barang aku yang penting.

Sebenarnya barang aku masih ada lagi dirumah itu, sebabnya, aku tak punya masa nak angkut semua barang aku itu. Jadi, mungkin esok aku akan mengangkut kesemua barangan aku itu.

Dan secara rasminya aku akan kembali menjadi penghuni Apartment Jasmin sepenuhnya.

Well, aku baru saja membeli TV, namun, malangnya aku belum ada masa untuk betul-betul melekat pada TV.

Yelah, sibuk... kalau ada pun kat rumah, entah apa yang nak tengok. So, as for the moment, biarlah kawan-kawan aku enjoy dulu dengan siaran TV tu, manalah tahu..esok lusa ada rancangan yang aku dah minat, yang aku dah tau timing dia.. sah-sah kawan-kawan aku tuh tak dapat nak tengok.. HAK HAK HAK...

Sebenarnya, banyak yang mudah sekarang sejak pindah balik. Kedai-kedai banyak, dan tempat yang aku dah Familiar, so, mudah lah urusan hidup aku.. tak der la penat aku nak jalan 1 kilometer nak ambik bas, then 'jam' sejam lebih, agak-agak nak sampai office, dah dekat 2 jam aku di jalan. Dah serupa aku nak ke Ipoh.

Sekarang, perjalanan tak sampai sejam..ambik bas, turun kat LRT Putra, terus ke KLCC, ambik bas lagi satu.. dah sampai depan IJN. sekejap je..walaupun banyak kerja, sekurang-kurangnya aku jimat masa.. dan ketika ini, aku masih menggunakan 'cash' money... tapi hujung bulan ini akan aku beli 'travel ticket' Rapid KL..

So, im into a new world lah sekarang.. (acctually dunia lama--rumah lama tapi dengan suasana yang lebih baru)

Friday, April 17, 2009

KEBEBASAN--KETELUSAN MEDIA, WUJUDKAH?

Inilah persoalan yang barangkali sentiasa bermain di minda setiap seorang pengamal media.

Aku sebagai seorang wartawan penyiaran sangat pasti bahawa perkara kebebasan dan ketelusan ini tidak wujud. NO....

But, at Bernama TV, sekurang-kurangnya i feel that whenever we think that theres something sangat kontreversi, berita itu seboleh mungkin akan dikurangkan impak kontreversinya, atau di drop terus, tidak kira ianya melibatkan kerajaan atau pembangkang.

Evenb though i realise that most of the news we carry here is dominated by the government, but there is always space for the other party--Pakatan Rakyat to fit in.

We do carry those stories that we feel is important to the 'rakyat' and always report a news the way we get it.. and try our level best not to create any 'stories' that is not stated in any interview.

BTW, thats Bernama TV.

Memandangkan aku sering terfikir akan ketelusan media wujud, sekureang-kurangnya di pihak pembangkang, yang melaporkan berita dengan seadanya tanpa mereka-reka cerita (yelah--kalau berita tentang mereka direka, mereka marah kata tak betul--so i though they wont do anything like that).

Dan aku agak terkejut bila mendapati berita yang dilaporkan sebuah akhbar milik parti dalam Pakatan Rakyat memberikan laporan merujuk kepada seorang mamat yang sangat aku kenali.

Dalam berita itu, dinyatakan satu kenyataan yang merujuk kepada mamat yang aku kenali ini (gambar disertakan).

Aku agak terkejut, bila mendapti, lelaki melayu itu diberikan nama bukan melayu, dan ditipu tempat kelahiran dan asalnya, serta pekerjaannya.. untuk memberikan atau mereka cerita bahawa sambutan yang diterima BN di Batang air akan berkurangan selepas ini.

Aku yang baru hendak mendekati agenda dan perjuangan parti ini (sekadar mengambil tahu sebenarnya) terus punya persepsi bahawa, BETUL!!!! Semua Parti politik adalah sama.. JANGAN PERCAYA BAHAWA PARTI YANG PERJUANGKAN NASIB RAKYAT SEBENARNYA PERJUANGKANNNYA.. aku rasalah kan.. mana-mana parti pun ada agenda nya tersendiri.. bohong pemimpinnya nak tolong rakyat!!

So, aku akan terus duduk atas pagar..tengok 'makhluk' ciptaan tuhan dikiri dan kanan terkinja2..

ALAHAI POLITIK.....

Monday, April 13, 2009

KENA TAG LAH!!

Upload satu gambar kegemaran anda ,


Kenapa anda suke gambar ini?
Sebab gambar ni masa first aku cover Perhimpunan UMNO dengan kawan2 yang shangat lah best!

Bila kali terakhir mkn pizza?
Entahlah...rasanya dengan Akma masa aku balik kampung few months back

Lagu terakhir yg anda dengar?
Lantera Timur (Satu Album)--lagu dah ulang2 kali dengar so.. not sure which one lah..

Apa yg anda buat selain selesaikan tag ini?
Facebook....

Selain nama sendiri anda suka dipanggil dgn panggilan apa?
Anak Rajamoney...hehehe

Tag lagi 6 org *soalan seterusnya ada kaitan dengan org yg anda tag!
1. Eddy 2.Abby 3.Asmaq 4.Ema 5.Ecah 6.Syaz


Siapa no 1 pada anda;

Kawan aku lah.. nak kata baik, baik jugak lah.. tapi tak berapa nak baik pun.. tapi diua baik lah.. cuma aku tak berapa nak suka dia baik sangat..hehe

Org no 3 ada hubungan dgn sape?
Hurm..........i know his name but i forgot!!! masa ni jugaklah nak lupa.. sengal!

Kata sesuatu berkenaan org no 5;
Penulis novel, yang sangat best...tapi aku tak sempat nak baca her latest novel

Bagaimana org no 4?
Kawan aku, sebaya aku.. la kerja kat TV Antara--pemvbaca berita

(layari www.tvantara.com)

Siapa org no 2?

My Boss when i was in the MIIM student Representive Council.. now, one of my best friend..

Bagi pesanan pd org no 6:
Aku tahu hang takkan upload gambar hang.. so, upload apa2 lah yang ang suka.. huhuhu

BIRTHDAY!

Tanggal 13 April 2009, genaplah umur aku di dunia selama 24 tahun. Dah semakin matang aku ni.. dan kematangan aku diraikan oleh insan-insan yang nyata menyayangi aku..terima kasih semua..dan biar gambar yang aku muatkan ini bercerita...

Ini kek yang di beli oleh Eddy dan Tasha.. Also a surprise.. Thanks!

Kek ini aku potong di rumah kampung aku...Surprise by Mak.. tapi tak berapa nak surprise sebab mak tak pandai berlakon.. hehe


Ini kawan aku Hafiz dan Shahril yang sempat merasa kek itu.. En Din Cameraman pun sempat rasa



After aku potong kek di Bernama TV, surprise by IDA.. bersama Patsy and Kak Shila..


And Aishah.. TQ for the Pic


Potong kek!!


Terkejut aku masa ni tau!!


Potong kek...


Inilah kek Surprise kak Bernama TV by IDA.. Thanks IDA...

Friday, April 10, 2009

ALKISAH SEPANJANG DI SUNGAI PETANI

Pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau sudah pun melabuhkan tirainya pada 7 April lalu.

Seperti dalam post terdahulu, dan melalui hebahan media mahupun penyampiaan mulut ke mulut, semua sudah sedia maklum tentang siapkah calon yang berjaya memenangi kerusi tersebut.

Aku tidak mahu mahu bercerita tentang kemenangan itu, sebaliknya post ini adalah bagi menceritakan apa yang aku lalui, rasai, nikmati sepanjang aku berada di Sungai Petani sendiri.

Hari pertama aku tiba di Sungai Petani, tiada apa yang menarik. Biasalah, kerana baru sampai, aktiviti lebih tertumpu kepada aktiviti mengemas semua pakaian dan barangan peribadi serta menempatkannya di kedudukan yang diingini.

Hari kedua adalah hari dimana segalanya bermula. Hari inilah kami—aku dan En.Din bergerak awal ke Pusat Penamaan Calon di SMKT 1 Sungai Petani.

Ketibaan awal tiada gunanya kerana kami tiada pas yang dikeluarkan kepada media sempena pilihanraya. Dan ketika itulah aku dapat tahu bahawa, Abang Khalil, Stringer kami ada pas itu, yang sebenarnya milik kami—tunggu masa nak serah lah ceritanya ni..

Tunggu punya tunggu, aku terserempak dengan seorang cameraman ni yang memakai tag Bernama TV dengan Vestnya sekali. Dia perasan aku dan kami bertegur.. owh, rupanya dia adalah staf stringer kami. Abang Fauzi namanya.

Dan Abang Khalil, stringer kami sampai. Dan sampainya beliau, terus saja aku ambil pas, masukkan gambar dan meluru masuk ke dalam kawasan sekolah tempat penamaan calon diadakan. Kiranya aku on time jugaklah tapi kami gagal untuk mendapatkan visual ramai calon bebas yang sudah masuk seawal 7.30 pagi.

Disitulah aku bertemu dengan sekumpulan rakan-rakan wartawan dari semua media yang laizmnya kita dengar namanya. Aku pun bertegur sapalah dengan semua yang ada disitu. Ramai juga kalangan staf/wartawan dari biro utara yang ditempatkan untuk pilihanraya kecil ini.

Penamaan calon dimulakan seawal 9 pagi, dan waktu penamaan calon ditutup tepat 10 pagi. Sejam lagi diperuntukkan untuk mereka-mereka yang ingin membuat bantahan mengemukan bantahan mereka. Sebanyak 9 bantahan diterima.

Ketika itu, sudah ada 15 orang yang dicalonkan. Kami berdebar-debar mahu tahu siapa yang bakal tersingkir di pusingan pemilihan dari ‘AF’ versi Bukit Selambau ini.

Penantian kami terjawab. Pegawai Pengurus Pilihanraya mengumumkan kesemua 15 Calon layak untuk bertanding.

Dan mereka ini ialah—
01. R. Loganathan - BEBAS

02. Tan Hock Huat - BEBAS
03. Mohd Radhi Mat Lazim - BEBAS
04. S.Manikumar - PKR
05. Mohd Fadzli Wahab - BEBAS
06. Abdul Rahim Abu - BEBAS
07. L. Sarala - BEBAS
08. Datuk S. Ganesan - BN
09. A.Jayagopal - BEBAS
10. S. Moganakumar - BEBAS
11. Khamis Awang - BEBAS
12. Husaini Yaacob - BEBAS
13. Venason Michael - BEBAS
14. Mejar (B) Anuar Abdul Hamid - BEBAS
15. T. Chandrarajan - BEBAS

Kalangan wartawan sudah mula kecoh.."Ramainya, tak ada yang tersingkir pulak tu!".

Masing-maisng mula giat mendapatkan nombor telefon calon-calon bebas yang ramai itu. Buat pertama kalinya dalam sejarah politik, sejarah pilihanraya khususnya, calon seramai 15 orang akan bertarung!

Pertarungan yang bukan mudah bagi kami andai ‘penyudah’ sebenarnya.
Ramai dikalangan calon bebas adalah bekas anggota PKR yang kecewa dengan pemilihan calonnya, S.Manikumar mengambil tindakan mencabar pilihan parti itu.


Tidak kurang juga, ada yang bertanding kerana mahu mempertahankan hak idolanya, Tun Dr.Mahathir Mohamad, dan calon ini adalah bekas ahli UMNO.

Tidak kurang, ada yang bertanding kerana mahu memberikan khidmat mereka kepada rakyat tanpa bergantung kepada mana-mana parti politik.
Dan hari-hari seterusnya adalah hari kempen!


Perlu saya akui, kempen di PRK DUN Bukit Selambau paling meriah dengan pelbagai poster dan kain rentang serta gimik yang dilakukan.

Dan sebut tentang DUN Bukit Selambau, sebenarnya Bukit Selambau hanyalah pekan kecil—dalam istilah biasa, kita akan gelar pekan cowboy. Tiada banyak aktiviti kempen disana, kempen banyak tertumpu di kawasan Sungai Petani, kawasan di bawah DUN Bukit Selambau.

Seperti yang selalu aku ungkapkan, setiap sesuatu yang berlaku, datang dengan hikmahnya. Dan pilihanraya kecil di Bukit Selambau menampakkan segala yang cacat dan cela di kawasan itu.

Yang aku pelik, kawasan kampung dan estet disitu masih daif, dengan pelabagai bentuk pembangunan yang dikecapi mereka-mereka yang berada di kawasan Sungai Petani ‘tidak sampai’ kepada kalangan penduduk di kawasan itu.

Sekaligus membuatkan aku memikir kembali, apakah pembangunan yang dicanang Barisan Nasional belum mampu disampaikan kepada kalangan penduduk di kawasan itu.

Baik, mahu menyalahkan Barisan Nasional, memang dah ternyata salahnya banyak. Namun, mahu tak mahu, penilaian waras aku membawa aku meikir semula apa peranan yang telah dimainkan oleh bekas ADUN PKRnya, V.Arumugam. I afraid not much.. dan akhirnya melarikan diri.

Dan, kemeriahan kempen Barisan Nasional sampai kepenghujungnya, apabila menurunkan ‘pejuangnya’ yang menjadi Perdana Menteri untuk 22 tahun, Tun Dr.Mahathir Mohamad.

Hebatnya kuasa Tun, ramai yang hadir memberikan rasa hormat dan melahirkan rasa gembira diatas kehadiran beliau.

Katalah apa pun, Tun tetap mempunyai AURA yang tersendiri, dan digeruni.
Akhir sekali, pilihanraya pun berlangsung, dan PKR menang.


Aku rasa macam nak gelak guling-guling bila dapat tahu PKR yang meletakkan Manikumar menang!

Kenapa?
Biar aku saja yang tahu…


Dan tanggapan yang aku dapat buat ketika ini adalah, Barisan Nasional perlu bekerja keras untuk memperbaiki semula semua kelemahan yang ada. Kalau mereka masih mengekalkan rentak lama, maka, aka tersungkurlah mereka menjelang PRU13.

Dan Pakatan Rakyat perlu sentiasa menjaga adab, tidak angkuh dengan kemenangan yang dicapai kerana, politik boleh menaikkan dan menjatuhkan. Sentiasa bersedia dengan apa juga perubahan yang mungkin berlaku, dan teruskan berkhidmat kepada rakyat jika mahukan sokongan rakyat menjelang PRU13 nanti.

Tuesday, April 7, 2009

DUA BUKIT SATU BATANG

Ya, hari ini secara rasminya, keputusan ketiga-tiga pilihanraya sudah diketahui keputusannya.

Aku awal2 sudah menjangka keputusan ini, dan ya.. jangkaan aku mengena.

Aku sebenarnya tak kisah dengan kemenangan Nizar kerana pada pemerhatian aku, Nizar lebih popular dengan kedudukannya sebagai 'Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat'.

Tahniah Datuk Seri... berkhidmatlah sebaiknya untuk kepentingan masyarakat di Bukit Gantang dan Perak umumnya.

Di Selambau.. ini cerita yang sangat menarik. Siapa yang menang, kalau bukan S.Manikumar, calon PKR..

Sebelum apa2 aku dah rasa nak gelak guling-guling tengok mamat ni.. u nknow what.. mamat ni tak ada ciri kepimpinan langsung. Macam patung india, yang kepalanya sentiasa bergoyang tanda mengangguk.. kesengalan dia sangat lah terserlah.. Aku tak tahulah kenapa mudah sangat pengundi memilih mamat sorang ni.. eh.. tolonglah... mamat ni punya kes polis berlapis2.. jangan sebab namanya calon PKR, ramai2 pangkah pastu bagi menang.. then menjahanamkan negara..

Agak lucu, tapi aku dah jangka keputusan ini.. Calon Barisan Nasional datuk S.Ganesan lebih wibawa, dan nampak 'politik'nya ada..tapi pun tak berapa nak menarik perhatian. Kenapa?
Sebabnya.. tak cukup lantang untuk bersuara... tapi kalau nak banding dengan Manikumar ni, bagus lagilah si Ganesan ni.

Aku sebenarnya lebih suka calon bebas, T.Chandararajan memenagni kerusi ini. Mak aih.. gimik dia bukan main.. untuk seorang calon bebas, dia memang menang promosi.. tapi sayangnya.. bebas sentiasa dilihat kurang memberikan kesan.

Dan calon2 lain, yang bebas sekadar memenuhi syarat.. tak ada apa yang boleh dibanggakan.

Well.. kemenangan di kedua-dua kerusi BUKIT ini tak memberikan sebarang perubahan dalam kedudukan kerajaan, cuma Datuk Seri Nizar akan lebih gah, kerana sudah terpilih ke Parlimen.

BTW, Tahniah buat calon BN di Batang Air.. nothing much to say..orang Sarawak nampaknya masih setia kepada BN..dan rasanya tak salah..

Cuma, dalam kegagahan kemenangan ini, aku tertanya2 jugak.. apasal.. dalam kehebatan memangi kerusi parlimen, dan DUN.. Pakatan Rakyat masih menganggap SPR tak telus???

Kalau SPR tak telus, mungkin sekarang ni, Nizar, dan Manikumar dengan konco2..sedang sungul, muncong kat bilik gerakan kan.. tak mungkin sedang meraikan detik2 kemenangan kan??

Renung2kanlah.. udah2ler menyalahkan semua pihak kalau kalah.. kalau menang tak pulak berterima kasih kata SPR telus..hak hak hak..

And as for BN, turun padang lebih2 yer wahai YB sekalian.. jangan lah nak menyombong lagi kalau nak kuasa terus di tangan.. lain lah kalau tak nak kuasa, nak duit je.. sila2 lah buat perangai lagi.. PRU13 nanti saya ngan yang lain will gv a farewell party.. :P

Saturday, April 4, 2009

DI PARIT BUNTAR SELAMA 3 JAM

Tanggal 4/3/09.. brangkali pada tarikh inilah, aku paling sekejap berada di Parit Buntar yang sebenarnya merupakan kampung halaman aku.

Sebenarnya semuanya bermula apabila En Din tetiba mengajak aku ke Parit Buntar. terkebil-kebil jugak lah aku sekejap.. kenapa?

En Din bagitau yang laptopnya bermasalah, dan En Nazam mintak kami ke Parit Buntar untuk menukarnya dengan laptop lain yang dibawa dari Taping, dari geng2 yang jaga kawasan pilihanraya Bukit Gantang.

Girang hatiku jangan ditanya.. tersangat lah suka.. sehinggakan mahu terloncat2 rasanya.. manakan tidak.. kampung halaman.. boleh jumpak mak.. dan yang paling penting.. leh suruh mak aku masak.. hahahaha..

Aku buat confirmation apakah tempat yang dituju itu Parit Buntar dan bukannya tempat lain...Yes! its Parit Buntar.. so cepat2 aku membuat panggilanm kepada mak aku.. mintak disiapkan makanan favorite aku --rasam, sambal sardin.. sebenarnya aku lebih suka mak aku buat dal dengan sayur bayam.. but memandangkan kesuntukkan masa dan mak aku tak sempat nak membeli bahan2nya..aku mintak rasam saja.. pun favorite aku jugak tuh...

Sebaik tiba di rumah.. aku makan sepuasnya dan panggilan dari Abang Midi memberitahu mereka di Pekan Baru..ok.. i know where they are.. habis makan kami ke Pekan Baru.. tiada laptop.. cuma laptop kami dicheck Abang Midi...

Then.. kami pulang.. well.. meskipun masanya cukup singkat.. tapi aku puas.. sedapnya masakan IBU hanya tuhan saja yang tahu.. nyam2..hehe

:)

Wednesday, April 1, 2009

MAHATHIR BANTU BN DI BUKIT GANTANG

Mahathir bantu BN di Bkt Gantang (berita dipetik dari laman Malaysiakini.com)

Muda Mohd Noor Apr 1, 09 3:57pm

kemaskini 5.56pm Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil langkah luar dugaan apabila bersedia turun berkempen membantu calon BN Ismail Saffian, Ahad ini.

Mantan perdana menteri dijadual menemui pengundi di Taman Kaya atau Taman Kota Jaya dalam DUN Changkat Jering.

Bagaimanapun, menurut setiausaha bahagian Umno Bukit Gantang, pejabat bekas presiden Umno itu belum menetapkan masa kehadirannya."Ia (masa) akan diketahui dalam sedikit masa lagi," kata Jamail Idris.

Dalam pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang, Ismail berdepan calon PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan calon bebas, Kamarul Ramizu Idris. Kehadiran Dr Mahathir, yang ingin berhasrat kembali kepada Umno setelah meninggalkan parti itu Mei tahun lalu, nanti kali pertama dalam pilihanraya kecil selepas membantu anaknya Datuk Mukhriz di Jerlun dalam pilihanraya umum lalu.

Ahli jawatankuasa Umno bahagian itu Mohamad Saadin Yusof mengalu-alukan kedatangan tokoh itu untuk turut berkempen dan percaya ia akan memberi semangat baru kepada penyokong Umno.

"Mereka (ahli Umno) yang sebelum ini tidak mengundi parti itu, akan mengundi BN semula."

Sudah tentu kehadiran Dr Mahathir akan memberi kekuatan tambahan kepada BN," katanya.

Sementara itu, PAS tidak bimbang dengan kedatangan Dr Mahathir membantu Ismail dengan alasan beliau tidak lagi berpengaruh luas, apatah lagi parti itu menikmati sokongan bukan Melayu.

Ketua Pemuda PAS Perak, Norazli Musa berkata, pengaruh tokoh itu hanya di kalangan pengundi Melayu tetapi kecil sahaja.

"Mungkin sebahagian kecil pengundi Melayu yang boleh dipengaruhi oleh Dr Mahathir," katanya, ketika diminta mengulas rancangan membawa bekas presiden Umno itu membantu kempen.

"Malah perdamaian Dr Mahathir dengan perdana menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) hanyalah lakonan sahaja.

" Menurutnya lagi, PAS hanya mahu mengekalkan kira-kira 50 peratus sokongan pengundi Melayu untuk menang dalam pilihanraya ini.Majoriti pengundi bukan Melayu umumnya, kata Norazli lagi, menyokong Mohammad Nizar.

"Dengan sokongan pengundi bukan Melayu ini, kedatangan Dr Mahathir tidak memberi kesan," katanya.

P/S--Kalau betullah Tun nak berkempen, mungkin Nizar masih boleh menang.. tapi cuma nak sangkal sikit kenyataan bahawa TUN hanya ada sokongan orang melayu. Maaf, aku yang bukan melayu masih menghargai jasa dan sumbangan beliau kepada negara ini. Dan aku percaya ramai lagi bukan melayu seperti aku yang menyokong TUN walaupun kami bukan penyokong mana-mana parti...Bukan berkata PAS atau parti lain tak menyumbang, cuma jangan sesekali menidakkan kehebatkan TUN. Silap haribulan, satu lagi Tsunami bakal berlaku, dan kali ini mungkin korang di pihak pembangkang yang bakal terpelanting..

PILIHANRAYA KECIL N25 BUKIT SELAMBAU

Aku diamanahkan untuk membuat liputan di Bukit Selambau, sepanjang Pilihanraya Kecil Dewan Undangan negeri (DUN) ini.

Aku pada hari pertama menghadapi kesukaran pertama, apabila tersilap masuk lorong yang dikhususkan kepada penyokong Pakatan Rakyat. Lorong ini dikawal rapi polis di penghujungnya, jadi aku terpaksa patah balik, mencari jalan yang satu lagi, laluan sebenar ke pintu masuk SMK Teknik Sungai Petani 1. Habis berlumpur jugak lah kasut dan seluar aku.

Sesudah sampai, keadaan dah kecoh. Pakatan Rakyat usung tarian Singa dan Gendang, yang Barisan Nasional tak kalah.. bawak gendang India.

Aku tidak dapat masuk ke dalam sekolah itu sebab aku masih tidak aku Pas Pilihanraya. Jadi aku terpaksa tunggu diluar sehingga stringger kitorang, Abang Leh datang bawak Pas kitorang tuh.

Dah dapat masuk, aku berkenalan dengan mana-mana rakan media yang ada. Dan sempat buat 2 cross over.

Dan, waktu penamaan calon ditutup sekitar 10 pagi.. kami mendapat tahu ada 15 calon. Fuh.. penat nie..kata semua media..kami tunggu waktu bantaha, kot2 lah ada yang terpinggir.. ini tidak.. semuanya lepas. Ya, lepas!

Jadi kerja baru bermula.

Pada hari pertama kempen, aku sempat menuju ke kempen calon bebas, L.Sarala yang bertanding atas tiket basikal..dan semalam aku sempat jumpa calon kapal, dan calon kepala harimau.

Sebenarnya, ada bagusnya ramai calonnya, tertumanya bagi wartawan.. kami dapat banyak colour story.. sampai ada yang terpaksa tolak..hehehe..

And perjuangan ini akan diteruskan sehingga 7 April.. tunggu dan lihat apa perkembangannya nanti..

:)