Translate

Total Pageviews

Monday, May 25, 2009

PANAS!!!--CERITA TENTANG KONVO!

Boleh bikin panas satu badan sekarang nie, bila aku dapat tahu bahawa perbincangan tentang konvo Malaysia Insitut of Integratif Media (MIIM) masih belum diadakan.

Untuk makluman rakan-rakan, saya--Kumaran Rajamoney, DIJ-2283-102005, telah beberapa kali menghubungi pihak MIIM untuk mendapatkan maklumat tentang perjalanan pengaturan majlis gradusi MIIM, bagi pelajar sesi pengambilan aku, dan junior aku yang sepatutnya.

Untuk memperjelaskan keadaan, pelajar semester aku, yang mengambil jurusan diploma Pengajian Media (DMS dan Diploma Produksi Multimedia (DMP) sudah tamat penagajian mereka lebih satu tahun.

Dan aku sendiri kini hampir satu tahun TAMAT pengajian di MIIM.

Ini bermakna, secara keseluruhan MIIM sudah hampir lebih setahun tidak mengadakan konvo atau Majlis graduasi.

Dan sebenarnya majlis ini sudah sepatutnya berlangsung pada sekitar Mac atau April (paling lambat).

Dan atas budi bicara tanpa hitam putih, majlis konvo sewajarnya diadakan selewat2nya pada bulan Mei atau Jun.

Dan melewati bulan Mei, masih tiada sebarang maklumat tentang konvo, dan menjadikan ada kalangan rakan, termasuk EMA (DIB 102005) menelefon pihak MIIM untuk mendapatkan maklumbalas.

Dan maklumbalas yang diterima adalah tiada sebarang bentuk perbincangan rasmi diadakan dan 'mulut-mulut' yang tidak bertauliah menyebarkan maklumat tentang konvo dan tarikh, serta bulan yang tidak sah!

meragui keadaan ini, saya sendiri, setelah beberapa kali menghubungi Puan Mus, Timbalan Ketua Bahagian Akademik, mendapat maklumat bahawa, En Yusri--KE @ CE MIIM memerlukan masa untuk membincangkan tentang perkara tersebut.

Apa yang dibincangkan aku tidak faham lagi. sepatutnya pada ketika ini, keadaannya bukan lagi isu perbincangan, sebaliknya waktu menjalankan kerja.

Aku pelik kenapa selepas hampir 3 bulan aku bertemu dengan En Yusri, baru kini perjumpaan, pertemuan dan perbincangan mahu diadakan dengan pihak En Latif!

This is too much..

So, rakan2.. sebarkan maklumat ini kepada semua yang ada.

Ini bukan sekadar soal segulung Diploma.

ini soal maruah!

Kita dijanjikan dengan majlis graduasi semasa mendaftar.

Kita dijanjikan dengan LAN @ MQA--yang masih tergantung statusnya!

Kita dijanjikan dengan pelbagai perkara dan semuanya ini tinggal janji.

Kita perlu beri tekanan kepada pihak pengurusan, YUSRI dan Latif tertuamanya.

Mereka tidak menghormati kita.

Ini bukan lagi soal pelajar dan pengurusan, ini soal Konsumer dan 'penjual perkhidmatan'.

Kita berhak mendapatkan apa yang perlu dengan kadar yang terbaik mengikut kadar yang kita bayar iaiatu LEBIH 18,000 Ringgit Malaysia...!!!!!

Aku akan lakukan yang terbaik bagi pihak diri aku.

Dan aku tidak lagi mampu untuk membawa suara rakan-rakan, kerana aku tiada jawatan, kedudukan yang selayaknya seperti dulu.

Namun, aku tetap akan cuba bantu sedaya mungkin..atas kapasiti membantu rakan.

Diharap rakan-rakan dapat menyebarkan maklumat ini, bersatu dalam menekan pengurusan MIIM.

Ikhlas--Kumaran!

Friday, May 15, 2009

MASA SIBUK @ AKU YANG SIBUK

Aku tidak faham apakah aku yang sibuk, atau masa begitu mencemburui aku. Banyak yang ingin aku nyatakan, sampaikan serta kongsi melalui laman blog aku ini.

Namun malangnya, masa dan kesibukan, tuntutan kerja serta pelbagai lagi perkara menyekat aku dari meninggalkan segala apa yang boleh aku lakukan di sini.

Namun atas dasar bukan sekadar memiliki blog, aku akan meninggalkan sebarang bentuk pendekatan yang terboleh disini pada masa-masa terluang.

Nantikan dengan kesabaran yang seadanya.

:)

Sunday, May 3, 2009

SETAHUN SUDAH BERLALU

Sudah setahun rupanya aku mempunyai laman blog ini.

Boleh dikatakan aku kurang sedar bahawa itu tempoh sebenar aku mencoret pelbagai cerita, suka duka dan gembira serta sengsara aku disini.

Tidak kurang segala bentuk pandangan tentang situasi semasa serta apa yang aku lalui sebagai seorang wartawan penyiaran ketika ini.

Harapnya, laman blog ini akan sentiasa menerima coretan cerita dari aku, dan apa yang aku akan pastikan adalah, mereka yang singgah di laman blog aku ini akan peroleh sesuatu untuk direnungkan.. atau paling tidak, sebagai laluan mudah mengenali siapa Kumaran Rajamoney.

Terima kasih kepada semua pembaca, yang aku ketahi, dan yang tidak akuketahui kewujudan anda.

Komen yang dicoretkan oleh sesetengah dari anda pula sudah pasti akan sentiasa saya ambil tahu. :)