Translate

Total Pageviews

Sunday, August 2, 2009

SETELAH SEKIAN LAMA

Nampaknya, lama aku tindak singgah mengkhabarkan pekembangan terkini. Bukan terlalu sibuk tapi menyibukkan diri sebenarnya.
Banyak yang aku mahu ceitakan, namun tidak ada 'mood' yang sesuai untuk mengkaryakannya disini. Namun, kala 'mood' datang, idea hilang entah ke mana.
Aku ketika ini sedang menyesal sebenarnya. sedang menyesal diatas kecuaian aku selama ini. Apatah lagi ianya melibatkan wang dan keluarga. Aku sepatutnya mentyimpan semua resit-resit deposit wang ke akaun yang seringkali aku gagal laksanakan.
Terlalu cuai aku ni. dan kala muncul masalah, barulah aku terkapai-kapai mencari penyelesaian kepada semua masalah tersebut.
Jadi kata kunci selepas ini adalah --JANGAN CUAI!!!
Dan sejak kebelakangan ini, pelbagai perkara berlaku dalam negara kita yang ingin aku ulas. tapi entah kenapa, kadang-kadang aku seperti sudah tiada semangat untuk menceritakannya kerana masih ramai yang bodoh, buta dan tuli kalau membabitkan soal politik.
Seringkali politik di letakkan di hadapan dan membelakangi norma kehidupan kita sebagai seorang rakyat Malaysia.
Siapa yang kini tidak kenal siapa Teoh Beng Hock? setiausaha politik kepada salah seorang exco negeri Selangor yang mati jatuh dari bangunan MACC.
Banyak perkara yang dibincangkan. dari penglibatan MACC dalam 'membunuh' TBH hinggalah ke kes bunuh diri...
Banyak perkara yang diulas, dan kala ini, kematian TBH masih misteri yang perlu memerlukan satu penerangan yang terperinci.
dan sekali lagi, kes ini mendapat liputan hangat kerana kalangan ahli politik sudah campur tangan. Katanya, mereka mahu kebenaran..tanpa menunggu. petang itu juga kain rentang sudah disiapkan. Entahlah.. terlalu banyak drama.
Dan kemudian isu Kampung Buah Pala yang masih berlarutan. Kerana kes KBP juga beberapa hari lalu berlaku kes gaduh ala-ala filem tamil di perkarangan Ibu Pejabat MIC. Bermula dengan kes Maika Holding, ia kemudiannya membabitkan kes KBP dan akhirnya pergaduahan.. dan bodohnya, kalangan pemimpin politik antara yang terlibat dalam pergaduhan ini. Tidak ada etika yang ditunjukkan. Patutnya, kalangan mereka ini menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat, tetapi kalau mreka ini sudah ke jalanan- bergaduh, maka apa gunanya lagi meja rundingan.
Dan semalam, satu Demo yang paling bodoh pernah aku tengok di Malaysia. Memang aku sifatkan bodoh. Tidak kira orang kata aku ni yang bodoh pun, tak kisahlah..dan yang bodoh dan bangang itu adalah rakyat. Kenapa? Sebabnya, jelas demo seumpama ini hanyalah bersifat politik, apatah lagi dengan penglibatan secara langsung oleh kalangan pemimpin politik.
Apalah yang cuba dicapai kumpulan ini? Apa gunanya ada parlimen, apa gunanya kamu diberi kuasa yang begitu banyak di hampir setiap pelusuk negara.. apa gunanya kamu menang beberapa negeri, kalau rakyat perlu dikerah ke jalananan untuk melahirkan rasa tidak puas hati mereka.
dan apakah kesemua, katalah 20 ribu orang yang ke jalanan ini faham apa itu ISA. Pernahkah kalangan pemimpin memberikan pemahaman tentang sejarah penggunaan ISA dan apa gunanya, ke mana arah tujunya.
yang aku nampak, ketika ini hanyalah perjuangan menghapuskan akta tersebut. tapi penyelsainya apa?
Dan PM dah umum kata ISA sedang di kaji.. apalah gunanya demo di jalanan yang sesungguhnya menghalang kegiatan ekonomi dan menyusahkan rakyat.
Mungkin kalangan pemimpin itu kata itu propanganda kerajaan bagi menutup kehendak rakyat yang mahukan perubahan.
Tapi bodohnya mereka ini adalah, kejadian yang mereka lihat di dada akhbar dan media adalah perkara yang benar, yang mereka tidak mahu lihat dengan mata dan hati.
Apalah nak jadi dengan negaraku ini.
Yang pernah berkuasa tidak bijak menggunakannya, dan baru diberi kuasa pun masih tak reti nak gunakannya.
Sedih...
dan dalam keadaan ini juga, hilang sebuah permata berharga yang sentiasa memperjuangkan kesatuan dan keharmonian.
Yasmin Ahmad, perginya wanita cekal itu ditangisi semua. Dan kalaulah manusia yang seorang ini jadi pemimpin, pastinya akan dihormati kalangan semua kaum.
Lihat saja hari perginya arwah, seramai mana bukan melayu yang hadir memberikan penghormatan terakhir kepada beliau.
Dan sebagai salah seorang yang berkesempatan untuk menemuramah beliau sekali, karisma beliau amat saya hormati...dan sanjungi.
Pelbagai kesedihan dan dilema aku tentang perjalanan negara dan rakyatnya jauh di lubuk hati aku.
Negara yang dulunya mencurahkan hujan emas kini kurang nikmatnya.
Aku tidak sanggup melihat negaraku kehilangan segala apa yang dimiliki hanya kerana ketaksuban kuasa oleh sesetengah pihak.
Bila ini semua akan berubah? Hanya tuhan yang mampu menentukannya..

No comments: