Seperti yang ramai ketahui, Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai sudah berlangsung, dan keputusannya Parti Islam Se-Malaysia kekal memegang takhta kawasan DUN tersebut.
Sebenarnya kemenangan PAS di DUN tersebut sudah dijangkan oleh ramai. Malah, sudah seolah-olah menjadi kubu kepada kekuatan PAS, Manik Urai adalah salah satu kawasan pilihanraya yang menjadi tumpuan selama hampir sebulan, sejak sebelum pilihanraya bermula, sehinggalah ianya tamat.
Tidak salah jika saya katakan di sini, Manik Urai masih lagi isu yang hangat dibincangkan dari kedai kopi tepi jalan, sehinggalah hotel lima bintang, sama seperti keadaannya ketika Pilihanraya Umum (PRU) ke-12 yang berlangsung awal tahun 2008.
Sebabnya? Ramai yang maklum bahawa dalam kesemua pilihnaraya kecil yang disertai Barisan Nasional selepas PRU-12, hanya Manik Urai menunjukkan peningkatan prestasi yang sangat ketara. Lebih dari yang dijangka sebenarnya.
Saya sekadar memberikan pandangan dari kaca mata seorang pemerhati, pembaca, dan sedikit kajian logik mengenai apa dan kenapa Manik Urai menjadi satu kawasan yang begitu bersejarah buat BN dan PAS sendiri.
Baik...
Memulakan cerita, baik kiranya kita lihat kembali kemenangan yang dicapai PAS kali ini.
PAS yang dikatakan kuat pengaruhnya di kawasan tersebut mendapat 5,348 undi.
BN pula mendapat 5,283 menjadikan majoriti 65 undi, iaitu perbezaan hanya0.61 peratus.
Ini satu kejutan sebenarnya, apatah lagi ketika PAS sudah mula bermegah dengan mengatakan mereka sudah menang dengan majoriti 2 ribu undi sebaik tamat waktu undian. Perkara ini dilaporkan portal Malaysiakini.com.
Dan bancian yang aku lakukan melalui 'status' di laman 'Facebook' aku (secara rawak) menunjukkan hampir semua komen yang ditinggalkan pada status yang berbentuk soalan itu menyokong bahawa kemenangan PAS tetap merupakan kemenangan, dan kekalahan Bn tetap merupakan satu kekalahan. Aku terima.
Namun, sedkit pembacaan tambahan menunjukkan bahawa, Exco Negeri kelantan, Husam Musa sendiri mengakui bahawa, peningkatan majoriti undi BN adalah disumbang oleh undi pengundi muda--yang mahukan pembangunan.
Baik, letak tepi dahulu soal BN, dan mari kita bincangkan soal pembangunan dan kehendak suara muda ini. Seperti yang semua sedia maklum, banyaknya sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakat (PR) pada PRU-12 disumbang oleh suara muda yang mahukan perubahan dalam struktur pemerintahan.
Dan suara sama kini jelas mula menolak PAS di Manik Urai, hanya kerana janji pembangunan. Kenapa?
Melihat kembali sejarah pemerintahan negeri Kelantan oleh PAS--sejak sebelum adanya PR, menunjukkan cara pemerintahan yang lemah dari segi memperjuangankan pembangunan. Ini jelas apabila Kelantan masih jauh ketinggalan berbanding negeri-negeri lain. Kalau negara yang dikatakan diperintah oleh kalangan 'perasuah' boleh maju seperti sekarang ini, kenapa sebuah negeri yang kaya dengan hasil buminya, dipanggil serambi Mekah, ketingalan serbi serbi walau diperintah oleh kalangan pemimpin yang dikatakan 'bersih'.
Musykilnya aku, kenapa seorang yang bersih, sebuah kerajaan yang bersih, gagal menyempurnakan pembangunan dengan baik. Bukankah secara logik, pengurusan dana dengan efisin sepatutnya membawa kepada pembangunan yang lebih baik dan tersusun..?
Dan pembangunan ini gagal walaupun diberikan peluang selama 20 tahun.
Dan apakah kegagalan PAS ini yang menyebabkan kurangnya undi di Manik Urai?
Tidak cukup dengan itu, PAS secara umumnya sudah pun terlibat dengan krisis kuasa dalam parti.
Terdahulu, sudah ada pertelingkahan diantara pemimpin kanan PAS yang jelas berbeza hala tuju. pelbagai bentuk '"SOT" / kenyataan diberikan secara terbuka kepada media. Apabila bersua muka secara bersama, kenyataan ini dengan mudah ditukar kepada 'media arus perdana memutar belitkan keyataan saya'. sampai bila pemimpin PAS mahu menyorok disebalik kesilapan ini?
Disini, jawatan dan kuasa, pengaruh yang besar semakin jelas 'direbut', dan akhirnya menyebabkan pihak luar, pengundi terutamanya menilai, dan menterjemahkan perasaan, pandangan, dan amaran melalui undi.
PAS sedar yang mereka telah kehilangan undi yang banyak di Manik Urai. Menyalahkan BN satu hal, tetapi PAS perlu mencari kesalahan pada diris endiri terlebih dahulu. Ini kerana, sejak berjaya menawan banyak kerusi pada PRU-12, PAS dilihat semakin angkuh.
Muktamar PAS menajdi gelanggang menunjukkan keangkuhan apabila hampir setiap ruang muktamar itu digunakan untuk mengutuk, mengumpat, mencaci dan mencerca UMNO / BN.
Mungkin pada pandangan perwakilan, itu adalah perkara terbaik untuk dibincangkan, tetapi, logiknya, Muktamar seharusnya dijadikan sebagai landasan memperbaiki kesalahan, kesilapan, dan menilai kekuatan pada diri sendiri terlebih dahulu.
Kegagalan melakukan demikian jelas dapat dilihat pada PAS.
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
Dan berubah arah kepada BN pula.
Walaupun bukan satu kemenangan, tapi ia kemenangan secara moral. Itu ungkapan yang semakin lazim kalangan pemimpin UMNO/BN bila membincangkan mengenai Manik Urai.
Tiada siapa yang dapat menyangkal sebenarnya, walau kelat, terpaksa jua diakui bahawa BN menang moral kali ini.
Tapi sedihnya, BN masih di takuk lama. Kenapa perlu kalah kalau anda sudah cukup hebat???
Ini persoalan yang paling penting..
Perbagai bentuk projek ditabur dan dijanjikan.
Wang kerajaan banyak yang dihabiskan untuk tujuan menarik pengundi yang ingin mengundi. Apa gunanya mengundi, kerana kalaupun pengundi berjaya mengurangkan undi majoriti kepad ahanya 65, tiada apa yang bakal mereka peroleh.
Contohnya, jambatan yang dijanjikan Timbalan Perdana Menteri, tegas, hanya jika BN menang.
Maka, apakah kini, setelah Bntewas, walau dengan hanya 65 undi, akan menyebabkan jambatan itu terbina. kebarangkalian tidak jauh lebih tinggi berbanding ya..
Jadi, ramai diluar Manik Urai mengatakan BN hanya pandai berjanji tetapi tidak pandai mengota. Dengan erti kata lain, BN dan pemimpinnya disifatkan prihatin pengundi hanya pada musim pilihanraya sama seperti dalam pilihanraya lain.
Jadi, kesalahan BN ini tidak lain dan tidak bukan, kesalahan berulang.
Tidak ada banyak yang boleh disentuh mengenai BN sebenarnya, kerana kekalahan BN masih disifatkan sebagai kemenangan oleh pihak tersebut.
Namun, kemenangan yang bersifat moral ini boleh diruntuhkan mana-mana pihak, pengundi terutamanya bagi membuktikan bahawa BN masih salah jika janji hanya diberi sekadar janji.
Cuma satu pesan aku buat peminat/pengikut/ penyokong fanatik bagi kedua-dua pihak ini,
PAS--kalau sudah mula lupa diri, akan menerima nasib yang sama seperti UMNo dan BN ketika ini.
UMNO/BN--Kalau tak sedar lagi, mungkin PRU13 anda sudah tiada kuasa lagi.
Ini hanyalah pandangan. Mungkin betul, mungkin salah.
Saya tidak berpihak kepada mana-mana pihak, jesteru, kalaulah ada kalangan anda yang mahu meninggalkan komen, letakkan diri anda dalam keadaan tanpa sebarang ideologi politik, bagi memahami apa yang saya cuba sampaikan.
SEKIAN! :)
No comments:
Post a Comment